Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM

KG JENDERAM HULU, 43800 DENGKIL,


SEPANG SELANGOR.

KERTAS CADANGAN
MAJLIS PENYERAHAN
WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS
PSS, KETUA KELAS DAN PENOLONG
KETUA KELAS

2016

TARIKH: 11 JANUARI 2016 (ISNIN)


TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN, SEK. KEB. JENDERAM
ANJURAN BERSAMA: UNIT DISIPLIN, PUSAT SUMBER
SEKOLAH DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

WATIKAH PELANTIKAN 2016

Page

1.0

PENDAHULUAN

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas merupakan
kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang
mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun
kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain.
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan
meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas
juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada muridmurid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai
matlamat dan objektif PSS.
Manakala ketua dan penolong ketua kelas dilantik untuk membantu guru mengawal kelas dan
melicinkan perjalanan pengurusan kelas oleh guru.

2.0 MATLAMAT
2.1 Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas menjadi pemimpin yang berkesan dan
bertanggungjawab.
2.2 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas, ketua darjah dan penolong ketua
darjah supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan
penuh bertanggungjawab.
3.2 Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah
yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk
menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.

WATIKAH PELANTIKAN 2016

Page

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 25 orang Pengawas Sekolah.
4.2 20 orang Pengawas PSS.
4.3 7 orang Ketua Kelas.
4.4 7 orang Penolong Ketua Kelas.

5.0

TEMPAT

Tapak Perhimpunan SK Jenderam

6.0

TARIKH

11 Januari 2016 (Isnin)

WATIKAH PELANTIKAN 2016

Page

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA
KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2016
PENGERUSI:
NAIB PENGERUSI 1:
NAIB PENGERUSI 2:
NAIB PENGERUSI 3:

Y.M
PN.
EN.
PN.

RAJA MAIMUNAH BT RAJA HARUN


FARIDAH BT ISMAIL
MOHD RAZALLI BIN ABD AZIZ
NAZIRAH BT MOHAMED NOORDIN

SETIAUSAHA:
PN. FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD
FAUZI
NAIB SETIAUSAHA:
PN. NOR HAMIFAH BT HAMID
BENDAHARI:
PN. NOR SAIDAH BT MAT SAID
JAWATANKUASA BACKDROP:
EN. MOHD RIZAL BIN ABD RAZAK
PN. FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD
FAUZI
JAWATANKUASA PA SISTEM:
EN. FADZIL BIN MOHD ALI (K)

WATIKAH PELANTIKAN 2016

JAWATANKUASA FOTOGRAFI
DAN DOKUMENTASI:
CIK NUR FADHILLAH BT MUZAMMIL
CIK WONG MEE NGIIK
PENGACARA MAJLIS:
PN. FAIZAH BT RAZALI
JAWATANKUASA SIJIL:
PN. FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD
FAUZI
PN. NOR HAMIFAH BT HAMID
JAWATANKUASA BUKU
PROGRAM:
PN. KALAVATHY A/P SANNASI (K)
PN. FAZLIZATUL HUDA BT AB.
RAHIM

Page

8.0

TENTATIF PROGRAM

MASA
7.45 am

AKTIVITI
Barisan masuk Pengawas PSS
Barisan masuk Pengawas Sekolah
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Ucapan GPK HEM
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan :
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

7.50 am
8.00 am
8.20 am

Lafaz Ikrar oleh Ketua Pengawas

8.30 am

Bersurai
Sesi Fotografi

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
1.
2.
3.

Perkara
Sijil
Banner
Buku program
JUMLAH

Jumlah
RM 60
RM 80
RM 20
RM 160

PERUNTUKAN : 1. KERAJAAN (Bimbingan dan Kaunseling) = RM160.00

10.0

PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas


PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

11.0

PENUTUP

Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan motivasi
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , Ketua dan Penolong Ketua Kelas untuk
menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.

WATIKAH PELANTIKAN 2016

Page

Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan kepada para Pengawas Sekolah,
Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih
berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak
tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat
bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(FAUZIATUL DURRA BINTI AHAMAD FAUZI)


Setiausaha,
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas,
Tahun 2016
SK Jenderam

Disahkan oleh,

(RAJA MAIMUNAH BT RAJA HARUN)


Guru Besar,
SK Jenderam
43800 Dengkil,
Selangor.

WATIKAH PELANTIKAN 2016

Page

Anda mungkin juga menyukai