Anda di halaman 1dari 5

LEMBAGA DISIPLIN DAN KEPIMPINAN PELAJAR

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN BILIK MPP
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN MQA
TARIKH :
13 MAC 2019

TEMPAT :
BILIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

1.0 PENDAHULUAN
Majlis Perwakilan Pelajar merupakan satu badan persatuan pelajar dibawah penyelarasan
Lembaga Disiplin dan Kepimpinan Pelajar Kolej Vokasional. Kolej Vokasional Setapak
seiring dengan Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan usaha pemupukan
kepimpinan, pengurusan dan perundangan dalam kalangan pelajar wajar diberi nafas baharu
ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu mendepani cabaran semasa dan
masa depan dunia global. Demi memenuhi keperluan MQA unutk Diploma Vokasional
Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar juga merupakan salah satu aspek dan unsur yang dinilai
dari segi kesedian pelajar dalam memimpin pelajar kolej dan membantu pihak pengurusan
kolej unutk menjadi organisasi pemberi Pendidikan tinggi yang kompeten sejajar dengna
keperluan MQA.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Disiplin dan Kepimpinan Pelajar ingin memantapkan
pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Setapak dengan
menambahbaik kemudahan bilik gerakan MPP bagi memenuhi keperluan MQA.

OBJEKTIF

1.1 Menambah baik keperluan Bilik Majlis Perwakilan Pelajar dengan kemudahan
asas bagi memudahkan pengurusan,

1.2 Menambah baik keperluan fail pengurusan Majlis Perwakilan Pleajar yang selaras
dengan keperluan MQA.

KUMPULAN SASARAN

2.1 Semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2019-2020.

PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 15 Mac 2019


Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik Majlis Perwakilan Pelajar

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan daripada PIBG Kolej Vokasional Setapak


PERBELANJAAN

Rujuk lampiran

11.0 PENUTUP

Perubahan demi perubahan yang merujuk kepada penambahbaikan sistem pelantikan barisan
kepimpinan pelajar adalah perlu bagi memastikan pergerakan pelajar Kolej Vokasional
Setapak lebih mantap dan boleh dibanggakan oleh semua pihak. Pengaruh politik kepartian
akan cuba dielakkan bagi memastikan ketulenan pilihanraya yang berlaku. Sekaligus
menggambarkan kematangan pelajar di dalam arus kepimpinan mereka.

Disediakan oleh:

………………………………………………
(SYAZWAN SYAMIM BIN ABD RAHMAN)
Pensyarah Penyelaras,
Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Vokasional Setapak.

9.0 Disemak/Ulasan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

10.0 Disahkan/Diluluskan oleh Pengarah


…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

……………………………………..
(RUSLAN BIN ZAINUDIN)
Pengarah,
Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur

LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan dari PIBG

BI PERKARA HARGA BILANGA JUMLAH


L SEUNIT N
1 Mesin Pencetak (Printer) RM 230 1 RM 230
2 Kertas A4 (Putih) RM 10 2 rim RM 20
3 Kertas A4 (Berwarna) RM 15 1 rim RM 15
4 Ring File 20mm RM 8.6 10 RM 86
5 Ring File 50mm RM 9 1 RM 9
8 Tanda nama beserta jawatan RM 15.00 16 RM 240
JUMLAH RM600

Anda mungkin juga menyukai