Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 SKFUT

PENGUMUMAN MC CATATAN
KETIBAAN TETAMU JUMALI
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, ahli parlimen
kawasan Tebrau, diiringi oleh dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan, hadirin diminta
berdiri.
Dan seterusnya sama-sama menyanyikan lagu bangsa Johor dan lagu Negaraku.
Hadirin dipersilakan duduk.
ALWANI
Assalamualaikum w.b.t., dan salam sejahtera.
- Yang Berhormat , Tuan Jimmy Puah Wee Tse, ahli parlimen kawasan Tebrau.
- Yang Dihormati, En. Radzuan bin Yahya, Yang Di Pertua PIBG SKFUT
- Yang Berusaha, Cikgu Hashimah binti Hashim, Guru Besar SKFUT
- Yg dihormati, En. Abd Rahim bin Maulud, Pengurus Felda Ulu Tebrau.
- Yg Dihormati, Hj Abd Jalil bin Hj Sahlan, Ketua Kg, Felda Ulu Tebrau.
- Yg dihormati, guru-guru penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru dan kakitangan
SKFUT, para ibu bapa serta hadirin dan hadirat sekalian.

KATA ALUAN
Lenggang bertapak seni memandang JUMALI
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
SudilahTuan ke majlis kami

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-43 SKFUT. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat
menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini. Pastinya pertemuan kita pada pagi yang
indah ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran bagi sama-sama membantu
pihak sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi anak-anak kita bukan sahaja dalam
bidang akademik dan kokurikulum malahan juga dari aspek sahsiah dan rohani. Tanpa
kehadiran dan sokongan dari tuan-puan sekalian,siapalah kami di SKFUT ini.

1
DOA
Hadirin sekalian, ALWANI
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput dan dipersilakan Al-Fadhil Ustaz
Nasharuddin bin Md Said untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan ustaz..

Amin amin Ya Robbal Alamin, semoga majlis yang berlangsung diberkati Yang Maha
esa.

PERSEMBAHAN TARIAN.
Dari kedah ke kuala Perlis JUMALI
Singgah bersantai ditepi jeti
Persembahan tarian memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur dihati.
Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan tarian oleh murid-murid tahap 1
SKFUT. Dipersilakan.
Begitulah tadi persembahan tarian oleh murid-murid tahap 1 SKFUT. Untuk makluman
hadirin, persembahan tarian itu tadi ialah hasil bimbingan cikgu Siti Noor Afiqah Bt
Sarip, cikgu. Mornida Bt. Moin dan cikgu Laila binti Rais.
.
UCAPAN GURU BESAR
Hadirin sekalian,
Duduk sekawan gadis jelita, ALWANI
Membawa santapan buat pahlawan;
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Saya bagi pihak Majlis, dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
cikgu Hasimah binti Hashim, Guru Besar SKFUT untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Hasimah binti Hashim Guru
Besar SKFUT, atas ucapan sebentar tadi.

2
Hadirin sekalian, seterusnya saya bagi pihak majlis menjemput dan mempersilakan
yang dihormati En. Radzuan bin Yahya selaku YDP PIBG SKFUT untuk ALWANI
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan tuan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Radzuan bin Yahya, YDP PIBG SKFUT,
diatas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMI
Hadirin sekalian,
Daun semulur dipekan sari, JUMALI
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee
Tse merangkap Ahli Parlimen Tebrau bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 SKFUT.

Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.


Seterusnya dipersilakan YB untuk menyempurnakan gimik pelancaran..

Saya bagi pihak Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat
Tuan Jimmy Puah Wee Tse merangkap ahli parlimen Tebrau diatas kesudian
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 SKFUTpada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERMATA, SIJIL


Hadirin sekalian,
Merdunya meliuk dihujung pekan,
Perawan mendengar terus berangan, ALWANI
Cenderahati bermakna kami berikan,
Sebagai tanda kenang-kenangan

Majlis akan diteruskan lagi dengan pemnyampaian cenderamata dan sijil kepada
Rakan Strategik, AJK PIBG SKFUT bagi sesi 2022 dan Anugerah murid yang
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Khusus.
Bagi menyempurnakan majlis, dijemput dan dipersilakan yang dihormati En Radzuan

3
bin Yahya, YDP PIBG untuk mengiringi yang berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse
bagi menyempurnakan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Rakan Strategik SKFUT :-


( baca senarai )
Seterusnya Dipersilakan AJK PIBG SKFUT sesi 2022 :
( baca senarai )
Seterusnya adalah Anugerah kepada murid yang dapat melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Khusus.
( baca senarai )

Diharap Yang berhormat kekal diatas pentas. Seterusnya dipersilakan En. Radzuan bin
Yahya YDP PIBG untuk menyampaikan cenderhati kepada Yang Berhormat Tuan
Jimmy Puah Wee Tse.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse
atas kesudian menyampaikan cenderamata dan sijil sebentar tadi.

JAMUAN VIP
Hadirin sekalian, majlis akan ditangguhkan buat seketika dan akan disambung
sebentar lagi bagi memberi ruang kepada dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan.
Dipersilakan YDP PIBG, GB dan guru-guru penolong kanan mengiringi yang berhormat
Tuan Jimmy Puah Wee Tse ke bilik jamuan.

PERSEMBAHAN MURID TAHAP 2


JUMALI
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan persembahan murid tahap 2. Marilah sama-sama kita
saksikan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PAJSK


Majlis diteruskan lagi dengan anugerah kecemerlangan PAJSK untuk tahun 2022.
Dengan itu
dijemput ................................................mengiringi ...................................................untu
k menyempurnakan majlis.

4
PENYAMPAIAN ANUGERAH SAHSIAH MURID.
ALWANI
Majlis diteruskan lagi dengan anugerah SAHSIAH MURID. Dengan itu dijemput Cikgu
Wan Shahrul Bariah binti Wan Musa, Kaunselor SKFUT mengiringi Cikgu Rosnaini binti
Jaafar GPK HEM SKFUT untuk menyempurnakan majlis.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM


Majlis diteruskan lagi dengan anugerah kecemerlangan Kurikulum untuk tahun 2022.
Dengan itu dijemput ..............................................................
mengiringi ........................................................untuk menyempurnakan majlis.

Hadirin sekalian,
Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada YDP PIBG, En. Radzuan bin Yahya
untuk mempengerusikan mesyuarat agung PIBG kali ke-43. Dipersilakan...

-Mesyuarat Agong
-Cabutan bertuah

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah sudah
majlis kita pada hari ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
bertungkus lumus menjayakan majlis kita pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Janagan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati.

Mohon ampun dan maaf sekiranya kami terkhilaf sepanjang mengendalikan majlis ini.
Selamat Maju Jaya, Selamat Meneruskan Kecermelangan
SekianTerima Kasih. Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai