Anda di halaman 1dari 3

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK TTJ

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Tuan Ghazali Bin Wahid , ADUN Paroi masuk ke ruang legar
SK Taman Tuanku Jaaafar.


Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berhormat, Tuan Ghazali Bin Wahid , Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Paroi
Yang berbahagia, Datuk Shahrul nizam b yunus, YDP PIBG, SKTTJ
Yang berusaha, pn hjh fausiah bt mat noor, Pn Guru besar cemerlang SK TTJ

barisan guru penolong kanan serta guru-guru sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Buat ketupat bersama rendang
J adi hidangan di pagi hari
kami mengucapkan selamat datang
ke Majlis J amuan Aidilfitri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga
kerana kita sama-sama dapat berkumpul di ruang legar SKTTJ ini bagi meraikan majlis Sambutan hari
raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2013.


1) bacaan doa
Hadirin yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz mohd najah b. isa bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-
fadhil ustaz.




terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita
pada tengah hari ini berlangsung di bawah berkat oleh Yang Maha Agung.
2) ucapan pn suhaila
majlis pada pada tengah hari ini diteruskan dengan mempersilakan PN Suhaila bt Mustafa, pengerusi
badan kebajikan guru sekolah SKTTJ untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh PN Suhaila bt Mustafa, pengerusi badan kebajikan guru sekolah SKTTJ. Majlis
merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi..
3) ucapan guru besar
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan guru besar bermadah kata
Untuk maksud itu, majlis mempersilakan puan hajah fausiah bt mohd noor, puan guru besar cemerlang
SKTTJ untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh puan hajah
fausiah bt mohd noor, puan guru besar cemerlang SKTTJ.
4) ucapan YDP PIBG
Kini kita beralih pula kepada ucapan wakil Persatuan Ibu Bapa Dan guru, SKTTJ. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan yang berbahagia dato shahrul nizam b yunus, YangDipertua PIBG SKTTJ
untuk meyampaikan ucapan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada dato shahrul nizam b yunus, YangDipertua PIBG SKTTJ atas
kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.








5) Ucapan YB ADUN PAROI
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata ucapan
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Ghazali Bin Wahid ,
ADUN Paroi utnuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan..
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Yang
Berhormat, Tuan Ghazali Bin Wahid , Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Paroi atas ucapan sebentar
tadi.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Baik lelaki mahupun perempuan
J anganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan

7) jamuan
Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri.
Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai