Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN

PROGRAM JAYA WARIS PPKI SKSA 2018

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim………….. Alhamdulillahirabbila’lamin

Wassolatuwassalamua’laasyrafilanbiya’Iwalmursalin waa’la alihi wasohbihi ajmain.

Yang Berusaha
 En. Osman b. Hashim (________________________________________)
 Pn. Norida bt Annuar (Guru Besar SKSA)
Yang dihormati
 Pn. Roslina bt. Hasan (Penolong Kanan Pentadbiran)
 En. Mohammad Juhairi b. Hj. Idris (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
 En. Zool Azhari bt. Abdul Kader (Penolong Kanan Kokurikulum)
 En. Zainol b. Yusoff (Penolong Kanan Pendidikan Khas)
 ____________________________________ (GPK HEM SK Sg Setar)
 ____________________________________ (GPK HEM SK Sg Bakau)
 En. Azhar b. ___________ (Yang DiPertua PIBG SK Sg Acheh)
 En. Mohd. Zaini b. Harun (Yang DiPertua PIBG PPKI SK Sg Acheh merangkap AJK
PIBG sekolah)
 Cik Fadirah bt. Aziz (Guru Pemulihan Khas)
 Cik Kamisah bt. Kechil (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
 barisan guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibu bapa, para waris, tuan2 dan puan2
yang dihormati sekalian.

1
Assalamualaikum wbt, selamat pagi, salam perpaduan dan salam sehati sejiwa.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Program Jaya Waris Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),
peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh pada kali ini.

Lembut bicara mengucapkan salam,

Tangan dihulur penuh kemesraan,

Majlis bermula bersulamkan kalam,

Ahlan Wa Sahlan kami ucapkan.

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi hadir bagi
menjayakan program pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran hadirin dan hadirat sekalian
pada hari ini amat bererti buat kami terutamanya seluruh warga PPKI SK Sungai Acheh.
Kehadiran tuan2 dan puan2 sesungguhnya amat bererti bagi kami dalam usaha untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan waris di samping mendapatkan maklumbalas
berhubung perkembangan pembelajaran akademik dan kokurikulum anak2 masing2. Terima
kasih diucapkan atas kepercayaan yang diberikan.

Bacaan Doa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan
Ustaz Ibrahim b. Abdul Halim untuk memimpin bacaan doa.

Amin, amin, amin Ya Rabbal a’lamin………………………….. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Ibrahim atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

2
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Ucapan Aluan PKPK

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selasih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas. Untuk
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Zainol b. Yusoff untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zainol b. Yusoff atas ucapan yang
disampaikan.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Ucapan GB

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang di dara buat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

3
Tanpa melengahkan masa, majlis kini diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pn. Norida bt.
Annuar (Guru Besar SK Sungai Acheh). Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan
sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Norida atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Ucapan Pegawai Pendidikan Khas Daerah

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,

Tak berkat ilmu tanpa amalnya,

Tak lengkaplah majlis jika tiada kalamnya.

Kini majlis mempersilakan En. Osman b. Hashim (__________________________) untuk


menyampaikan ucapan. Dengan segala hormat dan sukacitanya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada En. Osman atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Tayangan slaid show Aktiviti Pendidikan Khas

Seterusnya marilah sama2 kita saksikan tayangan slaid mengenai aktiviti2 dan program2
yang dijalankan oleh kelas PPKI di sepanjang sesi 2017. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd. Shah Effendi atas persiapan dan penyediaan
tayangan slaid sebentar tadi.

4
Hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

Taklimat Penyelaras

Majlis kini diteruskan lagi dengan taklimat oleh setiap Penyelaras dimulai oleh taklimat
berkaitan kurikulum. Untuk itu majlis mempersilakan En. Kadir b. Haumar, selaku Penyelaras
Kurikulum untuk menyampaikan taklimat kurikulum. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Kadir atas taklimat yang disampaikan. Seterusnya
dipersilakan pula Pn. Faezah bt. Ahmad selaku Penyelaras HEM PPKI untuk memberikan
taklimat berkaitan dengan Unit Hal Ehwal Murid. Dipersilakan.

Terima kasih Pn. Faezah atas taklimat yang disampaikan. Kini dipersilakan pula En.
Muhammad Syafiq Azfa b, Mohd. Azli, selaku Penyelaras Kokurikulum PPKI untuk
menyampaikan taklimat kokurikulum. Dipersilakan.

Terima kasih En. Muhammad Syafiq atas taklimat kokurikulum yang disampaikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Penyampaian hadiah

Majlis kini diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata sebagai tanda
penghargaan dan kenang2an dari kami terutamanya warga PPKI SK Sungai Acheh.

Untuk itu majlis mempersilakan …………………………………………………………………… diiringi oleh


……………………………………………………………………….. untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

5
Dijemput:

1) En. Mohd. Zaini b. Harun (…………………………………………………………) untuk menerima sijil


……………………………………………………………………………………...

Seterusnya, dipersilakan:

2) En. Osman b. Hashim (……………………………………………………………………..) untuk menerima


cenderamata kenang2an daripada kami warga PPKI SK Sungai Acheh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada …………………………………………………

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya upacara itu tadi, maka selepas ini kita akan menjalankan pelantikan
Jawatankuasa Permuafakatan Waris PPKI bagi sesi 2018, yang kemudiannya akan disusuli
oleh perjumpaan waris dan sesi RPI bersama guru kelas. Sebelum itu, majlis sekali lagi
mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Osman dan semua tetamu yang hadir kerana
sudi memenuhi undangan kami pada hari ini. Selepas ini, dijemput En. Osman b. Hashim
bersama para tetamu jemputan diiringi oleh Pn. Norida bt. Annuar dan barisan Penolong
Kanan untuk ke jamuan makan yang disediakan di __________________.

Akhir kata, saya mewakili pihak sekolah dan jawatankuasa program pada hari ini sekali lagi
ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir pada
hari ini, dan kami juga memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan sepanjang majlis
ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk
itu adalah dari kedaifan dan kelemahan saya sendiri. Terima kasih untuk semua. Sekian,
wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum wth…

Sesi pelantikan Jawatankuasa Pemuafakatan Waris PPKI selepas ini akan dikendalikan oleh
En. Muhammad Syafiq.

Anda mungkin juga menyukai