Anda di halaman 1dari 2

Bismilahhirahmanirahhim……………………..

Asalamualaikum w.b.t….

1. Yang berusaha, Pn Aini Najwa bt Othman PJK, Guru Besar SK Kuala Perai
Yang di hormati :
(Nama Penceramah)Ustaz Suhaizi bin Semail
(jawatan):Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang.
Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Suhaini bt Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Zambri bin Mohammad
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Insan Sofiah bt Ishak
Guru-guru dan seterusnya murid-murid sekalian.

2. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama pada pagi ini untuk mendengar
ceramah sempena Nuzul Al-Quran yang akan disampaikan oleh Ustaz Suhaizi
bin Semail.

Pihak majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz Suhaizi bin
Semail atas kesudian hadir untuk bersama-sama kami pada pagi
ini. Sesungguhnya ,kehadiran tuan, amat bermakna bagi kami semua.
Hadirin sekalian,

3. Demi memastikan aturcara yang kita rencanakan pada hari ini , berjalan
dengan lancar dan sempurna, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Al Fadhil Ustaz Iswadi bin Saidin untuk mengetuai bacaan doa. Majlis
mempersilakan, tuan.

( Habis doa )
Amin..ya rabbal A Lamin.

4. Meneruskan kelangsungan acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
(Nama) Ustaz Suhaizi bin Semail.
(Jawatan) Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
PulaunPinang Untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Anak Baik Lagi
Cerdik Membina Generasi Al-Quran
Majlis mempersilakan, tuan.

( Habis Ceramah )

5. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ceramah yang baru,


disempurnakan tadi. Semoga apa yang telah disampaikan menjadi panduan
berguna, untuk kita semua. Terima kasih, daun keladi.
6. Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan Pn Aini Najwa bin
Othman untuk menyampaikan
cenderamata kepada Ustaz Suhaizi bin Semail. Majlis mempersilakan
( Lepas cenderamata )
Terima kasih kepada Pn Gb atas kesudian menyampaikan cenderamata dan
terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Suhaizi atas kesudian tuan menerima
cenderahati drpd kami.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Sekolah Kebangsaan Kuala Perai baru-baru ini dibawah Unit Bimbingan dan
Kaunseling ada mengusahakan satu projek khas yang bermatlamat membantu
dan memeriahkan ukhuwah antara waris dan warga kerja.

Untuk ini, Majlis dengan berbesar hati ingin menjemput Ustaz Suhaizi
merasmikan usaha kecil kami ini iaitu program “Bundle Raya”.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka majlis kita berakhir di sini.
Saya memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara sepanjang
mengendalikan majlis ini.
Wabilah hi taufik, wal hidayah.Wasalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai