Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN

UPSR 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
(BERITAHU MURID SUPAYA BERDIRI APABILA CIKGU SEBUT)

Mengumumkan ketibaan Yang dihormati Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan St.
Paul, Encik Hamzan Bin Idrus dan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Razali Bin
Zakaria masuk ke dalam dewan.
Hadirin dipohon berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Majlis mengalu-alukan ketibaan,

Yang Berusaha Tuan Haji Razali Bin Zakaria Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. Paul,
Yang dihormati Encik Hamzan Bin Idrus Yang Di Pertua PIBG SK ST. Paul, Yang
Dihormati Encik Azni Bin Yahya,Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Yang dihormati , Puan Seniyati @ Rahayah Bt Daeng,
Penolong Kanan 1,Yang dihormati Encik Mohamad Yusoff Bin Ahmad, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, guru-guru seterusnya murid Tahun 5 dan 6 SK St. Paul yang
disayangi sekalian.

Merah menyala si bunga raya,


Biarkan ia mekar di sana,
Izinkan saya mula bicara,
Agar manfaat diperoleh bersama.

Pertamanya marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah
dan izin- NYA dapatlah kita bersama sama berhimpun pada pagi yang indah dan
bermakna ini untuk menjayakan PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR
2014.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput

adikuntuk

membacakan

doa

sebelum

memulakan majis.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik atas
bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, warga dewan diminta bangun dan bersamasama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah dengan penuh semangat.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Program Motivasi Kecemerlangan UPSR merupakan projek mega yang dikelolakan
hasil kerjasama Sekolah Kebangsaan St. Paul bersama guru pelatih program internship
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang melibatkan seluruh warga Sekolah
Kebangsaan St Paul dan murid Tahun 5 dan 6.

Projek ini bertujuan untuk membantu menyediakan diri dari segi mental dan fizikal
dalam meningkatkan motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid Tahun
6 sebelum mereka menghadapi UPSR yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Antara objektif program ini untuk:
i.

Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.

ii.

Memberi rangsangan dan motivasi kepada murid Tahun 5 dan Tahun6.

iii.

Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri murid-murid


ke arah mencapai kejayaan dalam UPSR 2014.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput Encik Hamzan Bin Idrus Yang Di
Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan St. Paul menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat YDP PIBG SK St. Paul
Encik Hamzan Bin Idrus di atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi
Sampan berkolek ke tanjung Tuan
Bawa muatan sekarung padi
Ucapan diberi penuh penghargaan
Terima kasih sekalung budi

Bagi agenda seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari pihak
sekolah, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Razali Bin Zakaria
untuk menjemput dan mengiringi YangDiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan St. Paul,
Encik Hamzan Bin Idrus untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan sukacita mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Razali Bin Zakaria atas penyampaian
cenderamata itu sebentar tadi. Dengan itu, hadirin diminta berdiri bagi mengiringi
tetamu untuk meninggalkan majlis.

Terima kasih diucapkan kepada warga dewan.


Hadirin diminta duduk,

Kini, tibalah masanya aktiviti kemuncak Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014 .
Dengan itu, majlis mempersilakan penceramah kita pada pagi ini iaitu Encik Azni Bin
Yahya, Pensyarah Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh untuk
menyampaikan ceramahnya.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

SELESAI CERAMAH
Terima kasih diucapkan kepada penceramah program motivasi kecemerlangan UPSR
pada hari ini atas ceramah yang sungguh bertenaga tadi. Banyak input baru yang boleh
kita gunakan sebagai persiapan menghadapi UPSR tidak lama lagi. Diharap ilmu serta
tips yang dikongsi tadi dijadikan panduan hadirat sekalian.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Majlis menjemput Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. Paul, Tuan Haji Razali Bin
Zakaria untuk merasmikan majlis penutup Program Motivasi Kecemerlangan UPSR
2014

Yang Berusaha Tuan Haji Razali Bin Zakaria Guru Besar SK St. Paul, Yang Dihormati
Encik Azni Bin Yahya Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh, Yang dihormati , Puan Seniyati @ Rahayah Bt Daeng, Penolong Kanan 1
Yang dihormati Encik Mohamad Yusoff Bin Ahmad, Penolong Kanan HEM, guru-guru
seterusnya murid Tahun 5 dan 6 SK St. Paul yang dikasihi sekalian.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi
Tampillah tuan kami merayu
Bersama amanat bekalan kami
Dengan ini, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar SK ST. Paul memberikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR
2014.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Razali
Bin Zakaria atas ucapan majlis penutupan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR
2014.

Untuk menghargai kesudian tetamu kehormat yang telah sudi meluangkan masa
bersama-sama dengan kita untuk majlis pada pagi ini.Dengan itu dijemput Tuan Guru
Besar untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Penceramah
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014, Encik Azni Bin Yahya.

Bagi menzahirkan penghargaan kami guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh, pihak kami berbesar hati ingin menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima
kasih kami atas kesudian pihak sekolah bekerjasama dalam membantu menjayakan
majlis Program Kecemerlangan UPSR 2014 ini. Dengan itu, dijemput wakil guru pelatih,
Nur Izzati Binti Shukri @ Md. Nor untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Sebelum

mengakhiri

majlis

kita

adik..membacakan

pada
doa

hari

ini,

penutupan

majlis
majlis

Kecemerlangan UPSR 2014.


Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi sedikit rasa nak junjung.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

mempersilakan

Program

Motivasi

Berakhirlah majlis kita pada hari ini. Dengan itu, hadirin diminta berdiri bagi
menghormati tetamu untuk meninggalkan majlis.
Majlis Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai