Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN OPEN CLASSROOM PERINGKAT SKPJ

DAN PERASMIAN BANGUNAN IBNU SINA


26 FEBRUARI 2020

Perarakan masuk Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji WAN KHALIM
VIP BIN AHMAD, Pegawai Pendidikan Daerah Pendang, diiringi Encik
Mohd Nazri Bin Abd Ghani, Guru Besar.

Majlis mengalu-alukan.

Nyanyian lagu Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin
dimohon berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku

*****************NYANYIAN LAGU********************

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.


Tetamu jemputan dan para guru dipersilakan duduk.

Salutasi Bismillahirrahmanirrahim.

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis pelancaran Program


Open Classroom Peringkat SK PEnghulu Jusoh dan perasmian
bangunan Ibnu Sina.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan Bismillah pembuka acara.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Wan Khalim Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah Pendang

Puan Sarina Bt Khalid


Timbalan PPD Pembelajaran

Encik Jasni Bin Md Kechik


Timbalan PPD Perancangan

Tuan Hj. Ahmad Zamberi Bin Ahmad


Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Encik Mohd. Zaid Bin Md Zain


Timbalan PPD Pembangunan Murid

Encik Sobri Bin Othman


Pegawai SIP+ merangkap Mentor Sekolah

Penolong-penolong PPD

Pegawai – pegawai SISC+

Barisan pegawai - pegawai

Yang Dihormati,
Encik Mohd. Nazri Bin Abd. Ghani
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh

Tuan Haji Samsudin B Md Isa


Yang Dipertua PIBG SK Penghulu Jusoh

Barisan Guru Besar

Barisan Penolong Kanan

Guru-guru

serta hadirin yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


rahmat dan hidayahNya, dapat kita bersama-sama berkumpul di
Majlis Pelancaran Pelaksanaan Open Classroom Peringkat SK
Penghulu Jusoh.

Untuk pengetahuan hadirin, pada hari ini juga akan


berlangsungnya perasmian bangunan Ibnu Sina

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita sama-sama menadah


tangan memohon restu agar majlis mendapat keberkatan. Oleh
itu dijemput USTAZ AZHAR BIN JOHARI untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************* Bacaan Doa********************


.

Amin-amin ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada


USTAZ AZHAR BIN JOHARI atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Untuk makluman para hadirin sekalian


pengacara majlis Program Transformasi Daerah (PTD) telah mengambil inisiatif
melaksanakan pembelajaran kelas terbuka yang bertujuan untuk
meningkatkan kualiti PDPc guru.

Kejayaan guru itu bukan sahaja diukur kepada kemenjadian


muridnya, tetapi juga terjelma melalui semangat berpasukan dan
tanggungjawab mereka terhadap profesion keguruannya,
masyarakat dan Negara.
Pelaksanaan“ Lesson Study ” dalam PLC juga bertujuan
membentuk jati diri guru-guru ke arah yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang. Justeru, diharapkan dengan pelaksanaan
” Lesson Study “ ini, guru-guru akan dapat memahami konsep
satu kitaran pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan
sempurna di sekolah.
 
Antara objektif Open Classroom ialah
¨ Memahami konsep dan pelaksanaan satu kitaran Lesson Study
di sekolah.
¨ Menggunakan Lesson Study sebagai satu pendekatan
perkembangan professional guru-guru di sekolah.
Membina semangat sepasukan dan bekerjasama ( team work )
yang bertanggung jawab dalam melaksanakan sesuatu
program

Ucapan GB Adat berbahasa menyampaikan pesan Adat majlis


menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis pada pagi ini, pihak majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, En Mohd Nazri
Bin Abd Ghani, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan


Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan
perasmian Tuan Yang Berusaha,
PPD Tuan Haji Wan Khalim Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah Pendang

Tuan ibarat pohon yang rendang Tempat kami tumpang berteduh

Ibarat sekaki payung Tempat kami berlindung


Ibarat rumah Gadang Tempat kami bermalam
Ibarat lampu pelita
Tempat kami mencari cahaya

Ibarat bahtera di tengah samudera


Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong wawasan Malaysia
Mengangkat martabat negara tercinta

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, Majlis dengan
takzimnya mempersilakan
Yang Berrbahagia Tn Hj Wan Khalim Bin Ahmad untuk menyampaikan
ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran
pelaksanaan Open Classroom SK Penghulu Jusoh.

Dengan penuh takzim dipersilakan.

***********( Ucapan Tuan PPD)**********

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berrbahagia Tn


Hj Wan Khalim Bin Ahmad atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Gimik Pelancaran Majlis mempersilakan Yang Dihormati, En Mohd Nazri Bin Abd Ghani,
Program Open Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh untuk mengiringi
Classroom Yang Berrbahagia Tn Hj Wan Khalim Bin Ahmad untuk membebaskan
burung sebagai simbolik kebebasan dan juga sebagai gimik
pelancaran Program Open Classroom SK Penghulu Jusoh.

Gimik Perasmian
Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, Majlis
Bangunan Ibnu
dengan takzimnya mempersilakan
Sina
Yang Berrbahagia Tn Hj Wan Khalim Bin Ahmad untuk
menyampaikan upacara perasmian bangunan Ibnu Sina dan
seterusnya menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak
Perasmian.

Dengan ini, dipersilakan Yang Dihormati, En Mohd Nazri Bin Abd


Ghani, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh serta
tetamu- tetamu kehormat untuk mengiringi Yang Berusaha Tn Hj
Wan Khalim Bin Ahmad ke laluan ke bangunan baharu untuk
menyempurnakan gimik perasmian bangunan Ibnu Sina.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Berusaha Tn Hj Wan Khalim Bin Ahmad atas kesudian
menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Penghulu
Jusoh sebentar tadi.

Penutup Hadirin sekalian, dengan berakhirnya perasmian bangunan Ibnu Sina


sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian pelaksanaan
open classroom dan perasmian bangunan Ibnu Sina sebentar tadi,
maka tibalah kita ke penghujung majlis.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Sekian,

Wabillah hi taufiq, wal hidayah, Wassalamualaikum w.b.t.

Taklimat Majlis mempersilakan Cikgu Faizah Kamarudin, Pegawai SISC+


Instrumens untuk memberi penerangan berkaitan Borang Instrumens.
Dipersilakan.

***************** TAKLIMAT *****************

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Faizah Kamarudin

Para hadirin dipohon meletakkan Borang Instrumens dan


Parking Lot di atas meja kelas berkenaan.
Maklumat dan Untuk pengetahuan hadirin Tandas Lelaki terletak di depan
bersurai Prasekolah manakala TAndas Perempuan berada di sebelah surau

HAdirin yang dimuliakan boleh bergerak ke kelas mengikut juru


pandu yang berada di sebelah.

Sekian. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai