Anda di halaman 1dari 3

Skrip pengacaraan Majlis Aprisiasi Prasekolah 2022/2023

Majlis Aprisiasi Prasekolah 2022/2023 dimulakan dengan perarakan masuk murid-


murid prasekolah. Dipersilakan.

Bismillahirohmanirrohim

Yang Berusaha
Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail , Guru Besar SK RKT Sri Ledang

Yang di hormati:
1. Encik Hasrin bin Jamian : Penolong Kanan Pentadbiran
2. En.Mansor bin Samah ; Penolong kanan HEM
3. En. Azri bin Mohd Yamin : Penolong Kanan Kokurikulum

Ibubapa, murid – murid, rakan-rakan guru serta para jemputan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Aprisiasi Prasekolah

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul di dalam dewan yang indah ini untuk meraikan Majlis
Aprisiasi Prasekolah

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Para hadirin sekalian,

Majlis Aprisiasi Prasekolah dimulakan dengan persembahan Joget Alahai Sayang.


Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan joget Alahai sayang. Kumpulan ini dibimbing oleh
Pn.Nur Shafiza binti Abu Bakar dan Pn.Rafidah bt Talib.

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

Terlebih dahulu marilah memanjatkan puji-pujian ke hadrat Allah SWT , semoga majlis ini
mendapat berkat, untuk itu majlis mempersilakan Ustaz Badrunnaim b Mohammad Ali ,
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrunnaim. Semoga majlis kita hari
ini dilindungi dan diberkati Allah.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis ini diteruskan dengan ucapan oleh,Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail , Guru Besar SK
RKT Sri Ledang ,dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Tibalah kini masanya untuk penyampaian sijil prasekolah .


Majlis dengan ini menjemput Encik Hasrin bin Jamian ; Pen.Kanan Kurikulum, untuk
mengiringi Tn.Hj.Ashabulyamin bin Ismail Guru Besar SK RKT Sri Ledang, tampil ke atas
pentas menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Berikut diumumkan penerima sijil prasekolah 2022/2023:

Baca senarai nama prasekolah ikut buku program

Seterusnya dijemput penerima cenderahati dan sijil penghargaan khas:

1. Pn.Nur Shafiza bt Abu Bakar


2. Pn.Rafidah bt Talib

Sebagai makluman Pn.Nur Shafiza dan Pn. Rafidah telah membantu menjadi jurulatih
pergerakan kreatif dan tarian sempena Hari kanak-kanak dan hari aprisiasi prasekolah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn.Hj.Ashabulyamin bin Ismail dan Encik Hasrin
bin Jamian atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Dengan penyampaian sijil dan cenderahati sebentar tadi , maka berakhirlah majlis Aprisiasi
Prasekolah pada pagi ini.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua murid prasekolah.

Sekian sahaja, wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum WBT


Selepas ini ialah sesi bergaambar bagi murid prasekolah, manakala murid lain boleh turun
rehat di kantin.

Anda mungkin juga menyukai