Anda di halaman 1dari 5

Skrip pengacaraan Majlis Apresiasi dan kemenjadian Murid

Murid-murid serta para hadirin diminta berdiri semasa pengumuman ketibaan perasmi.

Diiringi oleh yang dihormati Tn.Hj. Ashabullyamin bin Ismail Guru Besar SK RKT Sri
Ledang dan tetamu jemputan, mengumumkan ketibaan yang berbahagia Tn.Hj.Shaari bin
Mohd, Ketua Perancangan Strategik dan Prestasi, Tenaga Nasional Berhad.

Para hadirin diminta kekal berdiri, kerana sebentar lagi majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Bangsa Johor.

Para hadirin dipersilakan duduk.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah…….

Yang berbahagia
Tn.Hj.Shaari bin Mohd
Ketua Perancangan Strategik dan Prestasi, Tenaga Nasional Berhad.

Yang Berusaha
Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail , Guru Besar SK RKT Sri Ledang

Yang di hormati:
1. Encik Hasrin bin Jamian : Penolong Kanan Kurikulum
2. En.Mansor bin Samah ; Penolong kanan HEM
3. En. Azri bin Mohd Yamin : Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati,
1. En.Mahizul Nizam bin Mahat
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah serta barisan AJKnya
2. Encik Zahari bin Aman : Ketua kampung Felda Sri Ledang
3. Encik Azman bin Abrol ; Pengerusi JKKR
4. Tn.Hj.Ahmad bin Malan ; Imam Masjid Felda Sri Ledang
5. Encik Hasnan bin Shaari : Pengurus Felda Sri Ledang
Ibubapa, murid – murid, rakan-rakan guru serta para jemputan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat datang diucapkan ke Majlis Apresiasi dan Kemenjadian Murid tahun 2022/2023

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat
kita berkumpul di dalam dewan yang indah ini untuk meraikan Majlis Apresiasi dan
Kemenjadian Murid bagi Tahun 2022/2023.

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Warga dewan sekalian,

Majlis Aprisiasi dan Kemenjadian Murid dimulakan dengan persembahan Tarian Zapin daripada
kumpulan Warisan Tari Sri Ledang. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Warisan Tari Sri Ledang. Kumpulan tarian ini terdiri
daripada murid Tahun 3 dan dibawah bimbingan Pn. Siti ‘Afifah Tunnur bt Mohd Asrab dan Pn.
Rafizah bt Paiman.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan memanjatkan puji-pujian ke hadrat Allah SWT , semoga majlis ini
mendapat berkat, untuk itu majlis mempersilakan Ustaz Badrunnaim b Mohammad Ali , untuk
memimpin bacaan doa.
Bacaan doa
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrunnaim. Semoga majlis kita hari ini
dilindungi dan diberkati Allah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sidang hadirin sekalian,

Majlis ini diteruskan dengan ucapan oleh,Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail , Guru Besar SK RKT
Sri Ledang ,dipersilakan.

Ucapan Gb

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail atas ucapan
beliau sebentar tadi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sidang hadirin sekalian,
Marilah sama-sama kita mendengar ucapan perasmian Majlis Apresiasi dan kemenjadian Murid
tahun 2022/2023, untuk itu dipersilakan yang berbahagia Tn.Hj.Shaari bin Mohd , Ketua
Perancangan Strategik dan Prestasi, Tenaga Nasional Berhad, menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis, dipersilakan.

Ucapan perasmi

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia Tn.Hj.Shaari bin Mohd ,kerana
sudi merasmikan majlis kami sebentar tadi.

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan.

Para hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Tokoh
Murid. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan penuh takzim menjemput yang berusaha
Tn.Hj.Ashabulyamin bin Ismail, Guru Besar SK RKT Sri Ledang mengiringi yang berbahagia
Tn.Hj.Shaari bin Mohd, Ketua Perancangan Strategik dan Prestasi, Tenaga Nasional Berhad.

Baca senarai Anugerah Kecemerlangan Akedemik dan


Biodata Tokoh

Seterusnya, majlis menjemput Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail Guru Besar SK RKT Sri Ledang,
untuk menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan Tn.Hj.Shaari bin Mohd,menerima cenderahati daripada pihak sekolah.


Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj.Shaari bin Mohd atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sidang hadirin sekalian,

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita mendengar alunan lagu secara unplug
yang akan didendangkan oleh Siti Nur Umairah binti Rosmadi bersama pemain-pemain alat
muziknya, Siti Nur Umairah akan mendendangkan lagu yang bertajuk Muhasabah Cinta,
dipersilakan.
Nyanyian lagu
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Siti Nur Umairah dan rakan-rakannya.
Persembahan nyanyian ini telah dibimbing oleh Pn. Balqis binti Hassan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadirin sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tn.Hj.Shaari bin Mohd, Ketua
Perancangan Strategik dan Prestasi, Tenaga Nasional Berhad, kerana sudi meluangkan masa
menghadiri majlis ini. Majlis dengan ini mempersilakan Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail Guru
Besar SK RKT Sri Ledang, untuk mengiringi Tn.Hj.Shaari bin Mohd meninggalkan majlis.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah cemerlang mata pelajaran dan
Anugerah Kecemerlangan Kelas Permata. Bagi menyempurnakan acara majlis mempersilakan
Yang dihormati Encik Azri bin Mohd Yamin : Penolong Kanan KoKurikulum, mengiringi yang
dihormati Encik Mansor bin Samah: Penolong Kanan Hal ehwal murid, untuk menyampaikan
hadiah. Dengan hormatnya dipersilakan.

Baca senarai dalam buku program.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mansor bin Samah dan Encik Azri bin Mohd
Yamin atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Para hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Khas. Bagi menyempurnakan acara majlis
mempersilakan yang dihormati Yang dihormati Encik Hasrin bin Jamian: Pen.Kanan Kurikulum,
mengiringi yang berusaha Tn.Hj.Ashabulyamin bin Ismail, Guru Besar SK RKT Sri Ledang,
untuk menyampaikan anugerah. dipersilakan.

Baca senarai dalam buku program.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn.Hj.Ashabulyamin bin Ismail dan Encik Hasrin bin
Jamian atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
- Seluruh warga SK RKT Sri Ledang
- Jawatankuasa PIBG SK RKT Sri Ledang
- Tn.Hj.Shaari bin Mohd selaku perasmi.
Serta semua pihak yang memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan Hari Apresiasi dan
Kemenjadian Murid tahun 2022/2023.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah, semoga menjadi galakan kepada murid lain
pada tahun akan datang.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Bagi mengakhiri majlis Hari Apresiasi dan Kemenjadian murid SK RKT Sri Ledang, warga dewan
dimohon berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.

Sekian . Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai