Anda di halaman 1dari 5

TEKS JURUACARA MAJLIS

PENYERAHAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR KIMIA


SUMBANGAN ROMBONGAN ALUMNI DATUK ATIKAH BINTI ADOM
2:30 PETANG, KHAMIS, 23 JUN 2022
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

1. KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Sejahtera

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammu’alaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang berbahgia Datuk Atikah binti Adom,


Pengerusi Alumni SABGS Batch 1968
Serta ahli rombongannya,

Yang berusaha Puan Hajah Normala binti Abdul Rahman,


Pengetua SMK (P) SAB

Yang dihormati Puan Punitha A/P Chinnayah,


GPK Pentadbiran SMK (P) SAB

Yang dihormati Puan Hajah Fariza binti Ahmad,


GPK Kokurikulum SMK (P) SAB

Yang dihormati En. Hashim bin Harun,


GPK Tingkatan 6 SMK (P) SAB

Yang dihormati Puan Jeyamanei A/P Karuppiah


Guru Kokurikulum Tingkatan 6 SMK (P) SAB

Guru-guru bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar yang


dikasihi sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahgia Datuk Atikah binti Adom
serta ahli rombongan Alumni Batch 1968 ke SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas
limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama berkumpul di petang yang
indah permai bagi merapatkan lagi sillaturrahmi antara warga alumni dengan
warga SABGS di dewan asrama ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

2. BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Noh Bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

----- Bacaan Doa -----

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Noh Bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

3. UCAPAN PENGETUA

Para hadirin sekalian,


Majlis seterusnya menjemput Puan Hajah Normala binti Abdul Rahman,
Pengetua SMK(P)SAB untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

----- Ucapan Pengetua -----

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Normala binti Abdul
Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi.
4. UCAPAN DATUK ATIKAH BINTI ADOM

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahgia Datuk
Atikah binti Adom, Pengerusi Alumni SABGS Batch 1968 untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan Yang Berbahgia Datuk.

----- Ucapan Datuk Atikah binti Adom -----

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahgia Datuk Atikah binti Adom
atas ucapan tersebut.

5. PENYERAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR KIMIA

Hadirin dan hadirat sekalain.


Majlis diteruskan gerak langkahnya dengan penyampaian Bahan Bantu
Mengajar Kimia Sumbangan Alumni SMK (P) SAB.

Bagi menyempurnakan majlis ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang
Berbahgia Datuk Atikah binti Adom, Alumni SMK (P) SAB, dengan diiringi
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
untuk menyampaikan Bahan Bantu Mengajar Kimia tersebut kepada Yang
berusaha Puan Hajah Normala Binti Abdul Rahman, Pengetua SMK(P)SAB.
Dipersilakan Yang Berbahgia Datuk.

----- Penyerahan BBM Kimia -----

Kain songket cantik kilauan,


Ditenun oleh orang Kemaman,
Tidak terbalas budimu puan,
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Begitulah tadi ,upacara penyampaian Bahan Bantu Mengajar Kimia sumbangan


dari Alumni SABGS Batch 1968.

Pastinya kami warga SMK (P) SAB tidak akan lupa jasa dan budi Yang
Berbahgia Datuk Atikah binti Adom serta ahli rombongannya yang merupakan
Alumni SABGS Batch 1968 atas sumbangan tersebut.
6. SESI BERGAMBAR

Majlis seterusnya menjemput para hadirin serta para guru untuk sesi bergambar.

8. PENUTUP

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon ampun dan maaf andai
terdapat salah dan silap dalam tutur bicara serta kekurangan dari pihak kami.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

*Dipersilakan para hadirin semua untuk ke Dewan Makan Asrama bagi


menikmati jamuan yang telah disediakan.
- ADVISOR AT NATIONAL ASSOCIATION OF EARLY CHILDHOOD CARE

- WOMEN ICON AT CANCER CARE MALAYSIA

- DIRECTOR AT WORLD COMMUNICATIONS NETWORK RESOURCES

- DEPUTY PRESIDENT AT PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA

- FORMER DIRECTOR AT CORPORATE AFFAIRS AT BANK SIMPANAN


NASIONAL

- FORMER PUBLIC RELATIONS OFFICER TO MINISTER AT KEMENTERIAN


PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Anda mungkin juga menyukai