Anda di halaman 1dari 7

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Mohamad Shatar B. Sabran

Naib Canselor Universiti Pendidikan Malaysia diiringi oleh

Pn Hjh Bainah bt Abdollah , Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub serta dif-
dif kehormat

Nyanyian lagu Negaraku . Hadirin diminta bersedia.

……………………………………..LAGU……………………………………………………………………………

Terima Kasih diucapkan, para hadirin dipersilakan duduk

Bismillahhirrahmanirrahim… Alhamdulillah hirabbil a’lamin…. (IKUT SOLUTASI)

Yang Berbahagia,
Profesor Dato’ Dr Mohamad Shatar B. Sabran
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris

Yang Berusaha Pn Hjh Bainah Bt Abdollah


Pengetua
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub

Yang berusaha, Tn Hj Mior Hanafi B. Hashim


Yang Dipertua PIBG
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub

Barisan Penolong Kanan SMKDARY

Barisan Guru Kanan SMKDARY

Dif-dif kehormat

Guru-guru, para ibu bapa, tuan-tuan, puan-puan dan pelajar-pelajar SMKDARY


Yang kecil tidak disebut nama

Yang besar tidak diimbau gelar

Yang dari darat dari laut

Yang dari hulu dari hilir

Isik-isik dah berbunyi

Iyang-iyang dah mengiyang

Berhimpun pepat kita di sini

Bagi menjayakan Majlis Anugerah Gemilang Akademik

SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, 2018

Hari ini hari keramat, bersulam budi berjuta hikmat, dapat kita berhimpun
bersama-sama, sebagai satu keluarga dalam majlis yang direncana untuk kita
semua.

Sesungguhnya perhimpunan besar yang diadakan kali ini, membolehkan kita


menghargai kecemerlangan akademik pelajar SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr


Mohamad Shatar B. Sabran (Naib Canselor UPSI) serta dif-dif jemputan kerana
sudi hadir ke majlis pada hari ini.

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Hadirin Hadirat sekalian,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan bermunajat, bermohon berkat, agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, dijemput Saudara Mohamad Syukri B. Raman untuk memimpin bacaan
doa, dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin… Amin Yarabbalamin

Terima kasih buat Saudara Mohamad Syukri B. Raman atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Sebagai pembuka persada ucapan pihak majlis menjemput Tn Hj Mior Hanapi B.


Hashim selaku Yang Dipertua PIBG SMKDARY , untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormat Dipersilakan .

……………UCAPAN 1………………………..

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tn Hj Mior Hanapi B.
Hashim , Yang Dipertua PIBG SMKDARY.

Pengetua bestari berbudi bicara

Semua sudut diambil kira

Pengetua bestari insan bijaksana

Tegur nasihat untuk membina


Seterusnya ucapan Pn Hjh Bainah Bt Abdolah,

Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub

Dengan segala hormatnya, Dipersilakan

Hadirin sekalian

Kehadiran tuan dinanti


Majlis sudah pasti berseri
Mohon diberi kata perasmi

Maka turunnya Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Mohamad Shatar B. Sabran ke


majlis kita barangkali ada amanat yang bakal disampaikan.

Justeru, pihak majlis berbesar hati menjemput Yang Berbahagia, Profesor Dato’
Dr Mohamad Shatar B. Sabran (Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris)
merangkap ALUMNI SMKDARY

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah


Gemilang Akademik SMKDARY 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Warga dewan sekalian,
Gimik perasmian Majlis Hari Anugerah Gemilang Akademik SMKDARY 2018 .

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Dato’
Dr Mohamad Shatar B. Sabran atas kesudian menyampaikan ucapan dan
menyempurnakan perasmian Majlis Hari Anugerah Gemilang Akademik SMKDARY
2018 itu tadi.
Warga dewan sekalian,

Bersarang merbah di Kuala Langat


Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
Persembahan sketsa kami sembahkan
Dengan itu, aturcara majlis diteruskan lagi dengan persembahan drama pendek
berkisar tentang perubahan teknologi .Dipersilakan.

Marilah kita saksikan persembahan menyemarakkan aura teknologi terkini.

…………………………………………………………………………………………………………………………
Zaman kini telah berubah. Begitulah teknologi telah mentransformasi kehidupan
masa kini.

Persembahan sketsa ini disertai oleh 10 orang pelajar. Dan diketuai oleh

…………………………. ………Dan persembahan itu tadi dipimpin oleh Pn Rosnita,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Warga dewan sekalian,

Penyampaian ANUGERAH GEMILANG AKADEMIK SMKDARY 2018

bermula……

Anugerah ini diberikan berdasarkan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan


dalaman dan peperiksaan Awam 2017.

Justeru pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Hjh Bainah Bt Abdullah,


Pengetua SMKDARY untuk mengiringi
Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Mohamad Shatar B. Sabran(Naib Canselor
UPSI) bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil. Dipersilakan

Rujuk Senarai penerima hadiah

PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 dan 2


PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 dan 6 RENDAH
PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 dan 2
PENYAMPAIAN
PENYAMPAIANHADIAH
HADIAHPELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 dan 6 RENDAH
PANITIA CEMERLANG
ANUGERAH CEMERLANG PT3, SPM dan STPM
ANUGERAH TOKOH PT3, SPM dan STPM
PENYAMPAIAN HADIAH PANITIA CEMERLANG
ANUGERAH CEMERLANG PT3, SPM dan STPM
ANUGERAH TOKOH PT3, SPM dan STPM

Selesailah sudah penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang. Sebagai
tanda kenangan dan terima kasih pihak majlis menjemput Pn Hjh Bainah Bt
Abdullah, Pengetua SMKDARY untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Mohamad Shatar B. Sabran(Naib Canselor
UPSI) . Terima kasih sejambak budi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Sempurnalah sudah Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMKDARY 2018.

Pihak majis merafak ucapan jutaan Terimakasih dan sekalung penghargaan yang
tidak terhingga kepada Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Mohamad Shatar B.
Sabran (Naib Canselor UPSI)

tuan-tuan, puan-puan ,

semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis
ini.

Warga dewan sekalian,

Mohon bersedia untuk menyanyikan lagu Sekolah , Lagu Waris Semain Beta

Nyanyian lagu Sekolah


Kalau tuan pikat cemara

Buatlah bara bakar selasih

Sudilah tuan menjamu selera

Hidangan mesra pengikat kasih

Jamuan disediakan kepada para tetamu yang hadir.

Kita sudahi majlis ini dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.

Wabillah hitaufik….

Anda mungkin juga menyukai