Anda di halaman 1dari 25

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

KUMPULAN KULIAH : A

TAJUK : FRASA NAMA

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI

NAMA PELAJAR NO MATRIK


RAJA NUR HANNANI BINTI RAJA KAMARRUDIN D20171078619
NOOR AZIERAYANIE BINTI TAJUDIN D20171078620
NUR SYAHIRA FAZLIN BINTI ADANAN D20171078667
Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat


1.0 Pengenalan 1
2-3
1.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar
2.0 Latar Belakang

2.1 Jenis Bahan Bantu Mengajar


4-5
2.2 Pendekatan Pengajaran
5-6
2.3 Strategi Pengajaran 6-7
7-8
2.4 Teknik Pengajaran
3.0 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar “Kotak Misteri” 9-10
4.0 Langkah / Prosedur Penggunaan “Kotak Misteri Dan

Aplikasi Dalam Pengajaran Tatabahasa


11-14
4.1 Langkah-Langkah Penggunaan

4.2 Aplikasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) “Kotak 15-16

Misteri” dalam pengajaran Tatabahasa


5.0 Ulasan Bahan Bantu Mengajar
17-18
5.1 Kelebihan Bahan Bantu Mengajar “Kotak

Misteri”

5.2 Kelemahan Bahan Bantu Mengajar “Kotak Misteri” 18


6.0 Kesimpulan 19
Lampiran 20-21
Bibliografi 22
1

1.0 Pengenalan

Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat
dilihat sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang
dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan
pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan
potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran maklumat . Menurut Hamdan & Mohd
Yasin (2010), menyatakan guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pendidik dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai
pembelajaran yang diajar oleh guru.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan


Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat
yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta
dapat diikuti oleh murid dengan lebih baik dan meningkatkan prestasi pelajar. Dalam
sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat
sebagai satu kuasa atau pendorong yang penting bagi mencorakkan modal insan yang
dilahirkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan
pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif, serta
pembangunan potensi manusia yang lebih mampan.

Menurut Hamdan & Mohd Yasin (2010) menyatakan guru sewajarnya menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya
supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah amat penting dalam proses P&P bagi menarik minat
pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi jika
guru-guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam P&P dan bukan hanya kepada
pelajar sahaja bahkan kepada guru itu sendiri. Oleh yang demikian, pelbagai maklumat yang
berguna diperolehi serta dapat meningkatkan pengetahuan semasa penyediaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) terhadap sesuatu topik yang akan diajar di dalam kelas.

Oleh itu, menurut Noordin & Zainal Abiden (2010), guru dapat menghasilkan
pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea
yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam P&P. Di samping itu,
dengan menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat meningkatkan
lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar. Manakala, guru--guru juga dapat
2

menyampaikan idea-idea yang bernas serta lebih berkesan terhadap dalam proses
pengajarannya di dalam kelas.

1.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Yang
mana dalam konteks ini, peralatan mengajar bukanlah terhad kepada buku-buku teks, buku
rujukan, papan hitam, pen marker, dan gambar-gambar sahaja, sebaliknya ia merangkumi
segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,
mendengar, rasa, hidu, dan sebagainya yang mana segala benda atau apa sahaja yang dapat
dialami oleh murid dalam membantu memudahkan kefahaman murid terhadap sesuatu yang
diajar dan membantu guru dalam menyampaikan isi pengajaran.

Menurut Atan Long (1981:179-203) beliau telah membahagikan alat bantu mengajar
kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang dengar.
Bahan Bantu Mengajar BBM terdiri dripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan juga boleh
disampaikan dengan pelabagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada
slaid dan dipancarkan pada skrin. Yang mana, bahan baru ini perisiannya adalah diperoleh
daripada sumber-umber seperti buku atau pembacaan lain dan kemudiannya dijelamakan
dalam bentuk yang baru yang digunakan sebagai bahan untuk memudahkan kefahaman dan
penyampaian pengajaran. Alat-alat penyampain inilah yang dinamakan sebagai BBM.

Menurut Ngui Kuen Sang (1981), menyatakan bahawa Bahan Bantu Mengajar (BBM)
itu tidak dapat diberikan satu takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai
dikalangan pendidik bersetuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan pandangan seseorang.

Namun, walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh
seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah sama yang mana untuk
memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak bersifat verbalistik, mengatasi
keterbatasan ruang, megatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan dan
mempersamakan pengalaman.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapatlah di simpulkan bahawa Bahan Bantu


Mengajar (BBM) itu adalah segala bentuk benda atau cara yang di gunakan semasa proses
3

pengajaran dan pembelajaran sebagai pemudah atau memudahkan sesorang guru dalam
penyampaian isi pengajarannya dan memudahkan murid memahami apa yang disampaikan
oleh gurunya. Daripada pendapat-pendapat itu juga, dapat dirumuskan bahawa Bahan Bantu
Mengajar (BBM) itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bahan-bahan yang
menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, slaid, pita video, radio, pita rakaman,
internet, permainan atas talian, dan sebagainya.

Maka dari tu, dalam subjek Bahasa Melayu sendiri guru-guru Bahasa Melayu
khususnya dan guru subjek lain umumnya, haruslah bijak dalam merancang dan
menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bukan sahaja mampu menarik
perhatian pelajar supaya berminat dengan subjek yang diajar namun yang paling penting
adalah bagi memudahkan kefahamn pelajar tentang sesuatu yang diajar. Seperti dalam subjek
Bahasa Melayu sendiri, subjek ini selalunya kurang diminati oleh pelajar ekoran perisian
pelajarannya yang mungkin membosankan. Maka, guru-gru haruslah bijak memilih bahan
pengajaran yang memjadikannya sesuatu yang menyeronakkan dan mampu memberi sesuatu
imput terhadap murid. Keberkesanan setiap Bahan Bantu Mengajar (BBM) bukanlah terletak
pada kecanggihan bahan atau alat yang digunakan , namun yang lebih utama ialah kesesuaian
berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan sesuatu mata
pelajaran.
4

2.0 Latar Belakang

2.1 Jenis Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan aspek yang penting dalam PdPc. Hal ini
demikian kerana, tanpa BBM sesuatu pembelajaran tidak akan menjadi menarik dan unik.
Bersesuaian dengan kehendak kurikulum pendidikan iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar
maka penggunaan BBM di dalam kelas akan menggalakkan pelajar bergiat aktif. Penglibatan
pelajar di dalam kelas akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan kondusif kerana
guru dan pelajar bersama-sama bergiat aktif di dalam kelas. Sebenarnya BBM dan Alat Bantu
Mengajar (ABM) merupakan perkara yang berbeza. ABM merupakan alat yang digunakan
dalam pembelajaran seperti kertas, meja, kerusi, papan hitam dan sebagainya manakala BBM
merupakan bahan yang digunakan bagi memastikan pelajar memperolehi kefahaman terhadap
tajuk yang dipelajari.

BBM ini terdiri daripada tiga jenis iaitu bahan bantu mengajar eletronik, bahan bantu
mengajar bukan eletronik, serta bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Bagi
BBM elektronik, bahan ini menggunakan tayangan slide, tayangan video, radio dan lain-lain
di dalam PdPc. BBM elektronik ini selaras dengan perkembangan semasa di dalam dunia
teknologi ini.. Penggunaan bahan bantuan mengajar berasaskan eletronik dapat menarik
minat para pelajar serta mengelakkan pelajar bosan dan mengantuk semasa berada di dalam
kelas. Hal ini demikian kerana, sistem pendidikan tradisional berpusatkan guru iaitu pelajar
hanya mendengar dan menyalin nota yang diberikan oleh guru. Kaedah pembelajaran tersebut
akan menyebabkan pelajar cepat berasa bosan kerana pelajar tidak bergiat aktif di dalam
kelas.Bagi mengatasi masalah ini pembaharuan dalam kaedah pengajaran perlu berlaku
dengan mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan teknologi yang telah disediakan.

Seterusnya, BBM bukan eletronik merupakan suatu perkara yang mencabar bagi guru.
Hal ini demikian kerana, guru perlu menghasilkan BBM yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Kumpulan kami telah menghasilkan BBM bukan elektronik. Dalam
kaedah ini, peranan guru amat penting dan kekreatifan guru perlu digunakan bagi
merancakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. BBM yang
berkonsepkan aktiviti dan yang mempunyai unsur-unsur imej dapat menarik minat pelajar.
Kebanyakan pelajar akan mudah memahami sesuatu pembelajaran sekiranya pembelajaran
5

tersebut diaplikasikan dan mempunyai gambar supaya pelajar mudah ingat. Dengan kaedah
ini, pelajar akan lebih seronok untuk belajar serta dapat menghidari perasaan bosan ketika di
dalam kelas. Oleh itu, kumpulan kami bersepakat untuk memilih menghasilkan BBM bukan
elektronik kerana di samping mencabar tahap kekreatifan, kami juga dapat menghidupkan
suasana kelas yang sangat menyeronokan.

Akhirnya, bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Bahan yang bercorak
pengalaman adalah seperti lakonan, lawatan sambil belajar, projek pameran dan lain-lain.
Kaedah pembelajaran seperti lakonan sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada pelajar.
Hal ini demikian kerana, kaedah tersebut dapat melahirkan pelajar yang mempunyai
keyakinan yang tinggi, berani dan dapat memudahkan pelajar berkomunikasi. Bagi bahan
sebenar pula ia melibatkan penggunaan bahan daripada alam sekitar. Antara bahannya ialah
kayu, daun, air dan lain-lain. Penggunaan bahan sebenar ini akan memberi pendedahan
baharu kepada pelajar. BBM kumpulan kami mengutamakan objek untuk memudahkan
pelajar membuat gambaran kerana sesetengah individu susah berimaginasi sekiranya tidak
nampak sesuatu benda di depan mata. Pengetahuan yang diperolehi pelajar melalui
pembelajaran kaedah ini akan memberi impak yang mendalam kepada memori seorang
pelajar. Pembelajaran sememangnya memerlukann bahan rangsangan bagi kecerdasan
pemikiran. Keberkesanan bahan rasangan akan membantu guru menyampaikan sesuatu ilmu
pembelajaran dengan berkesan.

2.2 Pendekatan Pengajaran

Terdapat definisi yang berbeza bagi istilah pendekatan dari segi pedagogi umum dan
pedagogi isi kandungan dalam mata pelajaran berkaitan bahasa. Menurut Abdull Sukor
Shaari (2011), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling brhubungan yang dikatkan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan bersifat aksiomatik iaitu satu pernyataan
yang diandaikan benar tanpa perlu lagi dibuktikan. Dalam pedagogi umum, terdapat empat
pendekatan yang sering digunakan iaitu:-

Pendekatan deduktif

Pendekatan induktif

Pendekatan eklektik

Pendekatan komunikatif
6

Berdasarkan empat pendekatan tersebut, kumupulan kami telah memilih pendekatan


induktif, pendekatan elektif dan pendekatan komunikatif bersesuaian dengan BBM yang
kami hasilkan. Pendekatan Induktif merupakan satu pendekatan PdPc yang melibatkan satu
proses penaakulan yang tinggi. Melalui pendekatan ini, pelajar perlu berfikir dan mencari
jawapan sendiri bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk yang
dipelajari mereka. Seterusnya pendekatan eklektik merupakan pendekatan yang berkaitan
dengan gaya pembelajaran guru. Sebagai contoh, guru memberi huraian lebih lanjut
mengenai fungsi frasa nama dan seterusnya guru akan meminta pelajar membina ayat yang
lain dengan fungsi yang sama. Akhir sekali, pendekatan komunikatif iaitu pendekatan yang
menekankan keupayaan pelajar untuk berkomunikasi. Pelajar perlu bergiat aktif di dalam
kelas supaya berlaku interaksi antara guru dan pelajar. Interaksi antara guru dan pelajar amat
penting kerana guru dapat mengukur dan menilai keupayaan pelajar dalam memahami
sesuatu tajuk yang dipelajari.

2.3 Strategi Pengajaran

Menurut Abdull Sukor Shaari (2011), strategi didefinisikan sebagai rancangan yang
terperinci untuk mencapai kejayaan dalam pengajaran. Selain itu, strategi pengajaran juga
merupakan satu sek aksi-aksi pengajaran untuk mencapai hsil pembelajaran yang bersifat
jangka panjang. Terdapat tiga jenis strategi yang sering digunakan iaitu:-

i. Strategi berpusatkan guru

ii. Strategi berpusatkan pelajar

iii. Strategi berpusatkan bahan

Strategi berpusatkan guru merupakan satu kaedah pembelajaran tradisional dan hanya
melibatkan interaksi sehala sahaja. Dalam mengendalikan strategi ini, guru banyak
menggunakan teknik syarahan atau penerangan, hafalan dan bercerita. Bagi guru bahasa
Melayu strategi ini tidak sesuai digunakan kerana pembelajaran yang melibatkan tatabahasa
perlu diaplikasikan agar pelajar nampak atau mengetahui apa yang mereka pelajari. Strategi
ini sesuai digunakan oleh guru Sejarah kerana subjek ini perlu banyak bercerita.

Strategi berpusatkan pelajar amat sesuai digunakan seiring dengan kehendak


kurikulum pendidikan yang menginginkan pelajar bergiat aktif di dalam kelas. Strategi ini
bukan sahaja meyebabkan berlakunya interaksi dua hala bahkan interaksi dalam kumpulan
7

dan antara kumpulan juga berlaku. Strategi ini dapat menghasilkan pembelajaran yang
kondusif kepada pelajar tambahan pula dengan adanya BBM yang menarikkan lagi suasana
di dalam kelas. Strategi berpusatkan pelajar merupakan aspek utama kumpulan kami bagi
memastikan PdPc kami berjalan dengan lancar.

Strategi berpusatkan bahan juga merupakan elemen yang penting. Hal ini demikian
kerana, strategi ini memberi penekanan yang lebih kepada penggunaan bahan bantu
mengajar. BBM dihasilkan bagi memudahkan pemahaman pelajar dan supaya penyampaian
guru kelihatan lebih menarik dan berkesan. Dalam strategi ini, kami telah menghasilkan
BBM yang menarik dan sesuai untuk pelajar.

2.4 Teknik Pengajaran

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan


biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak
dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak menggunakan BBM yang menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan
teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid. Oleh sebab itu, guru-guru
haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan
mengaplikasikan teknik-teknik yang bersesuian seperti improvisasi dan permainan bahasa.

Teknik improvisasi merujuk kepada perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat


sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang
ada sahaja. Setiap teknik yang digunakan perlu bersesuaian dengan BBM yang digunakan
agar PdPc dapat dijalankan secara berkesan. Improvisasi sering dilaksanakan dalam
pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi pelajar diransang untuk
berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Para pelajar
juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan
ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti pelajar
dapat dicerna secara maksimum.

Seterusnya, teknik permainan bahasa merupakan salah satu cara dalam mempelajari
bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang
kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
8

dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran


berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu
daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga
adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid.
Permainan bahasa sebenarnya bukan hanya merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira
semata-mata, tetapi juga boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah
dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam
pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau
tidak langsung.
9

3.0 Ciri-Ciri Bahan Bantu Mengajar

Tujuan menggunakan bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk membantu guru menyampaikan menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat
serta menarik. Guru perlu bijak memilih bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan
aktiviti dan isi pengajaran yang disampaikan.Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud
dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan pemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian,
bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan
mendorong mereka untuk terus belajar.Terdapat beberapa ciri-ciri bahan bantu mengajar
yang berkesan sekaligus membantu proses pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru
kepada murid.

Antara ciri-ciri bahan bantu mengajar berkesan yang telah dihasilkan oleh kumpulan
kami ialah,bahan bantu mengajar yang hendak digunakan adalah bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud
bertepatan,dimana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan
keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang
digunakan boleh difahami oleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu.
Ia juga dilihat bertepatan dengan topik dan isi kandungan yang hendak disampaikan. Faktor
ini akan membantu guru menyampaikan isi-isi pengajaran dengan lebih mudah dan jelas.

Selain itu, bahan bantu mengajar yang dihasilkan mengandungi idea-idea dan reka
bentuk yang asli dan tersendiri. Kelainan yang terdapat pada bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru akan memberi kesan yang lebih mendalam kerana murid akan lebih
mengingati kelainan tersebut.Ini kerana,bahan yang digunakan haruslah dapat membantu
guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Dengan kata lain, dengan menggunakan bahan bantu mengajar,
seorang guru akan dapat menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Murid
juga menggunakan bahan tersebut semasa aktiviti pengajaran.

Reka bentuk bahan bantu mengajar yang jelas,berwarna-warni,boleh disentuh,menarik


dan berkesan dilihat mampu menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid. Selain
itu, guru mungkin boleh menggunakan gambar-gambar dengan pelbagai warna untuk
menjadikan bahan bantu mengajar yang dipilih dan direka itu lebih menarik.Bahan bantu
mengajar yang menarik akan dapat memukau perhatian murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung,minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
10

akan bertambah dan sekali gus menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.Kotak misteri
frasa nama ini juga dikelilingi dengan info tentang frasa nama agar ia bersifat lebih infografik
dan bahan di dalam sampul boleh dikeluarkan dan diganti-ganti.

Kos penyediaan bahan bantu mengajar perlu diberi perhatian. Justeru itu, bahan bantu
mengajar yang telah dihasilkan ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan tidak menjadi
bebanan buat kami. Dalam hal ini,guru perlu memikirkan kos yang akan digunakan apabila
menghasilkan bahan bantu mengajar. Kami telah menggunakan bahan-bahan terbuang dan
yang telah sedia ada untuk menjimatkan kos pembinaan bahan bantu mengajar ini. Apa yang
penting bukan kos yang tinggi tetapi keberkesanan bahan bantu mengajar yang digunakan itu.

Selain menjimatkan kos, masa bagi pembinaaan bahan juga perlu diambil kira agar ia
tidak membebankan dan mengganggu tugas- tugas hakiki guru. Guru tidak perlu
menghabiskan terlalu banyak masa untuk membina bahan bantu mengajar sehingga
menimbulkan gangguan dalam tugasan lain. Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran
yang dihasilkan adalah sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa
yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam
komunikasi.Sumber pengajaran dan pembelajaran juga mengandungi nilai murni yang tinggi.
Ini kerana, guru tidak seharusnya menggunakan bahan-bahan yang mempunyai unsur negatif
seperti gambar yang tidak sopan, atau mengandungi unsur-unsur negatif.
11

4.0 Langkah / Prosedur Penggunaan “Kotak Misteri Dan Aplikasi Dalam Pengajaran
Tatabahasa

4.1 Langkah-Langkah Penggunaan

Langkah Tindakan Guru Tindakan Pelajar

1.  Guru memperkenalkan Bahan Bantu  Pelajar menumpukan sepenuh


Mengajar(BBM) yang hendak perhatian sepanjang penerangan
digunakannya pada hari tersebut guru berkaitan Bahan Bantu
sesuai dengan tajuk yang hendak Mengajar (BBM) yang digunakan
dipelajari. pada hari tersebut.
 Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan: “Kotak Misteri Frasa
Nama”

2.  Guru menerangkan berkaitan  Murid memahami peranan


pelaksanaan aktiviti dan peranan masing-masing dalam aktiviti
yang perlu dimainkan oleh setiap yang akan dijalankan.
orang murid .

3.  Guru Memastikan murid duduk di  Murid duduk di tempat masing-


tempat masing-masing dan bersedia masing dalam keadaan yang
untuk menjalankan aktiviti. bersedia untuk menjalankan
aktiviti.

4.  Guru memutarkan lagu dan mula  Semua murid mendengar dengan


memberikan “Kotak Misteri” kepada teliti putaran lagu yang
Murid untuk diedarkan sepanjang dimainkan dan pelajar pertama
lagu dimainkan. yang memegang “Kotak Misteri”
mengedarkan “Kotak Misteri”
secara bergilir- gilir kepada rakan
yang lain.

5.  Guru memantau pergerakan “Kotak  Murid dengan fokus


Misteri” yang diedarkan kepada mengedarkan kotak misteri
12

murid. kepada rakan secara bergilir-gilir.

6.  Guru memberhentikan putaran lagu  Pelajar terakhir yang memegang


yang dipasang dan mengarahkan “Kotak Misteri” ketika lagu
murid terakhir yang memegang berhenti diputarkan mengambil
“Kotak Misteri” semasa lagu satu benda daripada “Kotak
berhentu dimainkan untuk Misteri”
mengambil sesuatu benda pada
“Kotak Misteri”.

7.  Guru memberikan masa kepada  Murid meneliti benda yang


murid untuk meneliti benda yang diperoleh daripada “Kotak
diperoleh daripada “Kotak Misteri” Misteri”

 Guru memberikan arahan untuk  Murid mendengar arahan yang


8. membina satu ayat lengkap dengan diberikan oleh guru dengan teliti
menggunakan bahan yang diperoleh dan memikirkan jawapannya.
daripada “Kotak Misteri”.

Contoh Arahan :
 Dengan menggunakan bahan yang
diperoleh , bina satu ayat lengkap
yang meletakkan frasa nama (bahan
yang diperoleh) sebagai konstituen
subjek dalam ayat.

 Berdasarkan bahan yang diperoleh


bina satu ayat yang menggunakan
frasa nama (bahan yang diperoleh)
sebagai objek dalam ayat.

 Berdasarkan bahan yang diperoleh


13

bina satu ayat yang menggunakan


frasa nama (bahan yang diperoleh
sebagai konstituen predikat dalam
ayat.

 Berdasarkan bahan yang diperoleh


bina satu ayat yang menggunakan
frasa nama (bahan yang diperoleh
sebagai penerang dalam satu ayat
lengkap.

 Berdasarkan bahan diperoleh jadikan


frasa nama (bahan yang diperoleh)
menjadi binaan frasa nama Inti +
Penerang .

 Guru memberikan masa beberapa  Murid berfikir dan merancang


9. minit untuk memberi peluang kepada ayat yang hendak dibinanya.
murid berfikir tentang ayat yang
akan dibinanya.

 Setelah masa yang ditetapkan tamat,  Murid menulis hasil jawapannya


10. guru meminta murid untuk menulis di papan tulis.
jawapannya pada papan tulis.

 Guru menyemak hasil jawapan  Murid berdiri bersama guru di


murid dan memberikan peneguhan hadapan ketika guru menyemak
11. secara pujian/hadiah apabila hasil kerja murid yang ditulis
jawapan muird itu betul dan pada papan tulis bagi tujuan
membetulkan kesilapan murid jika semakan dan pembetulan ayat
jawapan murid tersebut salah. yang dibina.
14

12.  Guru meminta beberapa orang  Murid memberikan ulasan tentang


murid untuk membuat ulasan aktiviti yang dijalankan dan
tentang aktiviti yang dijalankan dan menyatakan keberkesanan atau
bertanyakan sejauh mana kefahaman kefahaman mereka apabila Bahan
murid berkaitan tajuk yang diajar Bantu Mengajar (BBM) “Kotak
apabila menggunakan Bahan Bantu Misteri” digunakan pada sesi
Mengajar (BBM) “Kotak Misteri". Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) digunakan pada hari
tersebut.

13.  Guru membenarkan pelajar datang  Pelajar datang secara


secara berkumpulan untuk meneliti berkumpulan untuk menyaksikan
dan membaca nota-nota ringkas yang sendiri nota-nota berkaitan frasa
terdapat pada setiap sudut Bahan nama yang tertampal pada sudut-
Bantu Mengajar “Kotak Misteri” sudut “Kotak Misteri”
supaya murid lebih memahami input-
input berkaitan Frasa Nama.

*Langkah 4 hingga 11 di ulang sepanjang aktiviti dijalankan*


15

4.2 Aplikasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) “Kotak Misteri” dalam pengajaran
Tatabahasa

Bahan bantu mengajar “Kotak Misteri” yang kami hasilkan adalah bahan bantu mengajar
yang dihasilkan bagi memudahkan kefahaman pelajar serta penyampaian guru berkaitan
pengajaran frasa nama. Melalui bahan bantu mengajar yang kumpulan kami hasilkan ianya
mampu memudahkan kefaham pelajar tentang penggunaan-penggunaan frasa nama dalam
ayat. Hal ini kerana, “Kotak Misteri” yang dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar kami
mengandungi pelbagai benda terdapat di dalamnya. Setiap benda yang terdapat dalam kotak
tersebut boleh diaplikasikan bagi menghasilkan sesuatu ayat dengan menggunakan benda
daripada kotak misteri tersebut. Apa yang ingin kumpulan kami tegaskan di sini ialah, kami
ingin mendidik setiap murid bahawa setiap benda yang terdapat di sekeliling kita boleh
berfungsi dan diinovasikan dalam pembelajaran tatabahasa tambahan pula bagi tajuk
kumpulan kami sendiri iaitu berkaitan frasa nama. Maka, dengan penggunaan BBM kami ini,
pelajar dapat mengaplikasikan setiap benda yang terdapat pada kotak misteri kami
mempunyai fungsi dalam pembelajaran tatabahasa khususnya pembinaan ayat dengan
meletakkan bahan-bahan daripada “Kotak Misteri” berfungsi dalam sesuatu ayat.

Sehubungan dengan itu, bagaimana ianya diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa


khususnya tajuk kumpulan kami sendiri iaitu “frasa nama” ialah dengan, menggunakan benda
yang terdapat pada kotak misteri yang kumpulan kami hasilkan pelajar akan diarahkan untuk
membina ayat-ayat yang meletakkan benda daripada kotak misteri tadi berfungsi dalam
sesuatu sesuatu ayat. Dengan menggunakan benda yang diperoleh daripada kotak misteri tadi,
pelajar dapat menyentuh, memegang dan merasa sendiri struktur benda tersebut secara nyata.
Hal ini akan memudahkan seseorang pelajar untuk membantunya dalam membina sebuah
ayat.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) “kotak misteri” ini juga bukan sahaja mampu memberi
kefahaman pelajar tentang penggunaan frasa nama dalam ayat melalui pembinaan ayat, malah
16

bahan bantu megajar ini juga sekaligus memudahkan guru untuk menyemak secara terus ayat
yang dibina oleh pelajar yang meletakkan bahan daripada “kotak misteri” berfungsi dalam
sesuatu ayat. Kerana, pada aktiviti yang dijalankan, guru akan mengarahkan pelajar untuk
menulis ayat yang dibina pada papan tulis, hal ini akan memudahkan guru untuk menyemak
secara terus kefahaman pelajar tentang topik dan sekaligus mampu memudahkan pelajar
untuk lebih faham kerana mereka diarahkan membina ayat kemudian disemak secara terus.
Hal ini sekali lagi membawa kepada pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini begitu
efisien kerana, pemberian isi pembelajaran dalam bentuk nota memungkinkan pelajar untuk
tidak membacanya dan pemberian kerja kepada pelajar yang ditulis di dalam buku
memungkinkan hasil kerja yang dibina pelajar tidak disemak dan menyebabkan pelajar tidak
mengetahui kesalahan mereka. Jadinya, dengan pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar
(BBM) kotak misteri ini, ianya memperlihatkan bahawa peggunaan BBM ini dapat
memberikan kefahaman secara langsung kepada pelajar.

Sehubungan dengan itu, melalui bahan bantu mengajar “Kotak Misteri” ini juga,
pelajar akan dapat merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di
samping mendapat input-input pembelajaran yang penting. Hal ini kerana, pada setiap sudut
“Kotak Misteri” ini terdapat sampul-sampul yang meletakkan nota-nota ringkas yang
berkaitan dengan Frasa Nama yang boleh dijadikan bahan pembacaan pelajar. Ini
menunjukkan bahawa, kotak misteri ini penuh dengan input-input penting berkaitan frasa
nama di samping memberikan pengalaman yang menyeronokkan dalam pembelajaran frasa
nama melalui aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kotak misteri tersebut.
Tambahan lagi, bagi menarik perhatian murid dalam Pdpc menggunakan Bahan Bantu
Mengajar itu, guru menambahkan elemen bunyi atau muzik yang mana menggunakan lagu –
lagu sebagai elemen tambahan untuk keseronokan kepada pelajar bagi belajar topik yang
diajar pada hari tersebut. Dengan itu jelaslah bahawa, pengapilikasian Bahan Bantu Mengajar
(BBM) “Kotak Misteri” kami ini membantu pelajar untuk memahami penggunaan frasa nama
dalam tatabahasa melalui pengalaman sendiri pembinaan-pembinaan ayat yang menunjukkan
fungsi bahan yang diperoleh daripada kotak dalam ayat di samping dapat memperoleh
keseronokan daripada elemen-elemen tambahan yang digunakan semasa BBM itu digunakan
seperti alunan-alunan muzik .
17

5.0 Ulasan Bahan Bantu Mengajar


5.1 Kelebihan Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantuan mengajar (BBM) amat membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi dengan
menggunakan bahan bantuan mengajar (BBM). Antara kebaikan BBM kumpulan
kami adalah dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, menarik
dan berkesan. Terdapat pelbagai bahan yang boleh dijadikan bahan untuk bantuan
pembelajaran. Bukan sahaja teks, gambar-gambar, atau, papan hitam, malah terdapat
banyak lagi bahan bantu mengajar yang boleh digunakan mengikut kesesuaian
semasa. BBM yang dihasilkan oleh kumpulan kami merupakan bahan yang berbentuk
gambar. Hal ini demikian kerana, pelajar akan mudah mengingati sesuatu perkara.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Hal ini
demikian kerana BBM dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan
mudah, cepat serta menarik. Penghasilan BBM juga mengajar guru untuk lebih
bersifat kreatif untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru perlu sentiasa
mengambil berat dan mengikut peredaran semasa.
Kelebihan penggunaan BBM kami juga dapat merangsang minda dan
pemikiran pelajar untuk digunakan sepanjang tempoh belajar. Penggunaan buku teks
di dalam kelas tidak dapat meransang minda pelajar secara menyeluruh. Tambahan
pula, di dalam buku teks terdapat terlalu banyak kandungan perkataan dan ayat
sehingga boleh mencetuskan rasa bosan dalam diri pelajar. Oleh itu, BBM yang unik
dan menarik perlu dihasilkan bagi memastikan minda pelajar teransang. Kumpulan
kami telah menghasilkan BBM yang digelar sebagai kotak misteri. Di dalam kotak
tersebut terdapat pelbagai gambar dan pelajar perlu membina ayat mengikut fungsi
nama yang telah ditetapkan.
Seterusnya, penggunaan BBM kumpulan kami dapat menghasilkan
pembelajaran yang kondusif dan efektif. Bagi memastikan objektif tersebut dapat
dilaksanakan maka penghasilan BBM haruslah menarik dan mengikut peredaran
18

zaman. BBM juga dapat mencetuskan minat pelajar untuk mempelajari sesuatu
subjek. Penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk
melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Sekiranya pembelajaran ini dapat
berjalan dengan lancar, sudah pasti objektif pembelajaran seperti yang dirancang akan
dicapai oleh setiap guru. Hal ini sesuai dengan konsep belajar sambil bermain. Seperti
yang diketahui, bermain merupakan perkara yang amat menyeronokkan. Oleh itu,
bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah menarik. BBM yang dihasilkan oleh
kumpulan kami memerlukan pelajar bergiat aktif di dalam kelas bersesuaian dengan
strategi kami yang berpusatkan pelajar.
Penggunaan BBM akan menyebabkan wujudnya interaksi antara guru dan murid
semasa proses pembelajaran dijalankan. BBM ini dapat amat membantu khususnya
kepada murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Sememangnya bahan
bantu mengajar membawa pelbagai kebaikan kepada guru dan juga murid dalam
PdPc. BBM kumpulan kami ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu
menarik minat pelajar serta meningkatkan kefahaman pelajar.

5.2 Kelemahan Bahan Bantu Mengajar

BBM yang dihasilkan oleh kumpulan kami juga mempunyai kelemahan iaitu
kotak yang dijadikan sebagai bahan mengajar bersaiz besar dan susah dibawa. Selain
itu, BBM ini hanya sesuai digunakan untuk subjek bahasa Melayu sahaja. Oleh itu,
penggunaan BBM ini sangat terhad. Seterusnya, kotak misteri yang dihasilkan oleh
kumpulan kami ini mudah rosak kerana kami tidak membalutnya dengan plastik dan
ketahanan kotak tersebut hanya dalam jangka masa pendek sahaja. Pelekat yang
terdapat di kotak misteri tersebut mudah tertanggal jadi kami perlu berhati-hati
semasa menggunakannya. BBM yang dihasilkan bukan elektronik dan kemungkinan
untuk menarik minat serta perhatian pelajar mengambil masa.
19

6.0 Kesimpulan

Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai media dalam
pengajaran. Sebagai guru, kita seharusnya perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan
bahan bantu mengajar bahan bantu mengajar terutamanya dalam kemahiran 3M iaitu
membaca,menulis dan mengira. Pemilihan bahan bantu mengajar bergantung kepada
keperluan mata pelajaran dan kemahiran yang hendak diajar. Prinsip-prinsip pemilihan bahan
bantu mengajar mestilah dipatuhi agar ianya berkesan dalam penggunaannya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.Aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan
menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Dalam hal ini,Bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan ini adalah elemen yang sangat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan
perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu
pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi
verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi
kandungan sesuatu pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi
juga dapat mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat
pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokkan.

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat
unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini akan
membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.Keadaan ini
dapat diatasi dengan penggunaan bantu mengajar kerana kemampuannya dalam memberikan
pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada
semua pelajar. Selain itu pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan
alat bantu mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu
konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru
20

juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi
kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Interaksi sosial in imembolehkan
perkembangan yang lebih positif dalam diri murid-murid.

Lampiran
21
22

Bibliografi

Abdullah Shukor Shaari (2011),Pedagogi Kedah:UUM Press.

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa dinamika berdasarkan tatabahasa


dewan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Atan Long. (1984). ”Pendidik dan Pendidikan” dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

BISHOP.W&STARKEY D (2006). Pedagogy In Keywords in Creative Writing (pp.


119-125). University Press of Colorado. doi:10.2307/j.ctt4cgr61.28.

Hamdan & Mohd Yasin (2010),Penguasaan Kemahiran Pedagogi Dan isi Pelajaran Guru:
UTM.
23

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010b). Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster di
Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.

Mohd. Azmi Osman. (2005). Modul multimedia sebagai bahan bantu mengajar dalam topik
unsur simetri. Tanjong Malim: Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Noordin & Zainal Abidin (2010), Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar: UKM.

Ngui Kuen Sang (1981),Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran &Pembelajaran
(P&P):UTHM.

Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahabuddin. (2003). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS
Publications & Distributors.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai