Anda di halaman 1dari 21

KOMSAS

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa

A Puisi Tradisional

Pantun Alam Remaja

Rangkap 1 Anak-anak berasa gembira ketika menyambut kepulangan ibu mereka.


Rangkap 2 Kepulangan ibu menyebabkan hati anak-anak yang cemas menjadi tenang.
Rangkap 3 Anak-anak bersuka ria apabila melihat ibu pulang dengan cepat.
Rangkap 4 Anak-anak menyanyikan lagu bersama-sama.
Rangkap 5 Anak-anak berasa gembira apabila ibu bapa mereka telah pulang ke rumah.
Rangkap 6 Anak-anak sangat bersuka ria apabila diberikan pakaian baharu oleh ibu bapa.
Rangkap 7 Sudah menjadi kebiasaan, anak-anak yang masih kecil bermanja dengan ibu bapa mereka.

Bertemakan perasaan anak-anak yang bergembira dan bersuka ria apabila menyambut
Tema
kepulangan ibu bapa mereka.
• Perasaan gembira apabila mendapat pakaian baharu daripada ibu bapa.
Persoalan • Sifat manja merupakan sifat semula jadi dalam berkasih sayang.
• Rasa takut akan hilang apabila ibu sudah pulang.
• Bentuk terikat.
• Terdapat tujuh rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
• Tiga hingga lima patah perkataan satu baris.
Bentuk • Sembilan hingga sepuluh suku kata setiap baris.
• Dua baris pertama ialah pembayang dan dua baris kedua ialah maksud bagi setiap
rangkap.
• Rima akhir: a, b, a, b (Rangkap 1); a, a, a, a (Rangkap 2); a, b, a, b (Rangkap 3); a, b, a, b
(Rangkap 4); a, a, a, a (Rangkap 5); a, b, a, b (Rangkap 6); a, b, a, b (Rangkap 7)
• Asonansi vokal a: Tidak terkatakan besar hati (R1; B3)
• Aliterasi konsonan n: Sebarang nyanyi kita nyanyikan (R4; B4)
Gaya Bahasa
• Kata ganda: bilang-bilang (R2; B2); adik-beradik (R4; B3); bersorak-sorak (R6; B1)
• Peribahasa: besar hati (R1; B3)
• Kesabaran
Kita haruslah bersabar semasa menunggu kepulangan ibu bapa.
• Kesyukuran
Nilai/ Kita hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa yang memilih dan
Pengajaran membeli pakaian untuk kita.
• Kasih sayang
Kita hendaklah menerima pemberian ibu bapa dengan gembira sebagai tanda berkasih
sayang.

1
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Pantun Kiasan

Sesuatu benda yang buruk tidak harus dibuang begitu sahaja kerana kemungkinan benda itu
Rangkap 1
masih boleh digunakan untuk tujuan lain.
Orang dagang bersikap terlalu merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak
Rangkap 2
memberikan faedah kepada masyarakat.
Seorang lelaki yang ingin mendapatkan seseorang gadis untuk dijadikan kekasihnya atau
Rangkap 3 isterinya tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau
berdarjat terlalu tinggi.
Seseorang tidak seharusnya menyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapai sesuatu
Rangkap 4
kerana dibimbangi harapan itu tidak kesampaian.
Seseorang yang berkebolehan menyelesaikan masalah yang besar sudah tentu tidak
Rangkap 5
menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.
Seseorang tidak harus mengamalkan sikap membesar-besarkan atau menghebohkan
Rangkap 6
sesuatu pekerjaan yang tidak seberapa.
Rangkap 7 Pendirian seseorang mudah berubah jika tidak berpegang teguh pada sesuatu pendapat.
Kemarahan seseorang dapat dipadamkan dengan kata-kata yang bernas daripada orang
Rangkap 8
yang berilmu pengetahuan.
Rangkap 9 Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampung halaman.
Rangkap 10 Sesuatu yang terjadi mesti ada punca dan akibatnya.
Rangkap 11 Kehendak hati yang terlalu besar sehingga tidak berupaya untuk mencapainya.
Jika pengetahuan hanya sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih tinggi
Rangkap 12
pengetahuannya.
Rangkap 13 Seseorang tidak harus mengharapkan sesuatu yang belum tentu lagi diperolehnya.
Rangkap 14 Kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin apabila sudah tua.
Rangkap 15 Seseorang tidak seharusnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.
Seseorang berasa kesal setelah meninggal dunia dan berharap agar peluang menebus
Rangkap 16
kesalahan masih terbuka untuknya.
Orang yang tampan dan cantik tidak dianggap sempurna jika berkelakuan atau berperangai
Rangkap 17
kurang sopan.

Tema Kiasan atau sindiran terhadap tingkah laku manusia.


• Sindiran terhadap perbuatan membazir.
• Sikap terlalu merendah diri yang tidak kena pada tempatnya.
Persoalan • Terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
• Kebolehan individu menyelesaikan masalah.
• Orang yang malas sukar mendapat kejayaan dalam hidupnya.

2
BM Tingkatan 2 KOMSAS

• Bentuk terikat.
• Terdapat tujuh belas rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
• Tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
Bentuk
• Sembilan hingga sebelas suku kata sebaris.
• Dua baris pertama ialah pembayang dan dua baris kedua ialah maksud bagi setiap
rangkap.
• Rima akhir: a, b, a, b
• Asonansi vokal a: Apakan daya tangan tak sampai (R11; B4)
• Aliterasi konsonan k: Kononlah pulak cicak mengkarung (R5; B4)
• Hiperbola: Hujan ribut gunung terbakar (R8; B3)
Gaya Bahasa
• Peribahasa: melukut di tepi gantang (R2; B4)
• Sinkope: nak (R3; B3); tak (R14; B3)
• Imej alam: laut (R15; B3); gunung (R15; B4)
• Berjimat cermat
Kita hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam kehidupan.
• Merendah diri
Nilai/ Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang lain.
Pengajaran • Berkeyakinan
Kita hendaklah mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa untuk
mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan walaupun perkara itu kelihatan sukar untuk
diperoleh/ dicapai.

Pantun Budi

Rangkap 1 Budi pekerti yang baik akan sentiasa dijunjung, diingati, dan menjadi sebutan orang.
Rangkap 2 Berbudi bahasa melambangkan ketinggian budi pekerti seseorang.
Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi akan dipandang hina dan disamakan dengan besi yang berkarat.
Sudah menjadi resam hidup, iaitu seseorang lebih mementingkan kekayaan daripada budi
Rangkap 4
bahasa.
Rangkap 5 Walaupun miskin, seseorang itu masih dipandang mulia jika bersopan dan berbudi bahasa.
Seseorang akan dipandang mulia kerana berbudi pekerti manakala hidup atau majunya
Rangkap 6
sesuatu bangsa adalah disebabkan oleh kemajuan dan ketinggian bahasanya.
Rangkap 7 Carilah pasangan hidup yang sama padan dan berbudi pekerti mulia.

Tema Berbudi pekerti yang baik akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.
• Kepentingan budi bahasa.
• Orang yang tidak berbudi akan dipandang hina.
Persoalan
• Sikap terlalu mementingkan kekayaan daripada budi bahasa.
• Nilai manusia terletak pada budinya.

3
BM Tingkatan 2 KOMSAS

• Bentuk terikat.
• Terdapat tujuh rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
• Tiga hingga enam patah perkataan sebaris.
Bentuk • Lima hingga sebelas suku kata sebaris.
• Dua baris pertama ialah pembayang dan dua baris kedua ialah maksud bagi setiap
rangkap.
• Rima akhir: a, b, a, b (Rangkap 1); a, b, a, b (Rangkap 2); a, b, a, b (Rangkap 3); a, b, a, b
(Rangkap 4); a, a, a, a (Rangkap 5); a, b, a, b (Rangkap 6); a, b, a, b (Rangkap 7)
• Asonansi vokal a: Tinggi bangsa kerana bahasa (R6; B4)
• Aliterasi konsonan p: Tingkap papan kayu bersegi (R6; B1)
• Kata ganda: tenang-tenang (R1; B1)
Gaya Bahasa
• Sinkope: nak (R1; B4)
• Simile: Bagai cincin dengan permata (R7; B4)
• Repetisi: Pandai melompat pandai berlari (R5; B2)
• Menghargai budi
Kita haruslah menghargai budi yang ditabur oleh seseorang.
• Keikhlasan
Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
Nilai/
• Kesederhanaan
Pengajaran
Kita hendaklah hidup dalam kesederhanaan tanpa mementingkan kekayaan semata-
mata hingga mengabaikan budi pekerti yang baik.
• Berbudi bahasa
Kita hendaklah berbudi bahasa kerana amalan tersebut dipandang mulia.

Pantun Nasihat

Apabila melakukan sesuatu kebaikan hendaklah ada sempadannya tetapi sesuatu perbuatan
Rangkap 1
yang jahat itu jangan sekali-kali dilakukan.
Manusia masih ingin mengambil risiko walaupun mengetahui perbuatan tersebut akan
Rangkap 2
membawa keburukan.

Rangkap 3 Seseorang yang cuba menyembunyikan perasaan sedihnya di sebalik senyuman.

Kita perlu berhati-hati ketika berkata-kata dan ingat bahawa percakapan yang tidak baik
Rangkap 4
akan mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri.
Dari sisi amalan berumah tangga, isteri tidak harus menengking suami kerana suami akan
Rangkap 5
bosan dan fobia lalu mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangkap 6 Seseorang itu selalu dinilai melalui tingkah laku dan budi bahasanya.

Peringatan kepada individu supaya pandai membawa diri apabila berada di tempat orang
Rangkap 7
lain.

Tema Nasihat kepada semua lapisan masyarakat ke arah kebaikan.


• Sikap akan membentuk peribadi seseorang.
• Bijak menjaga diri.
Persoalan
• Bersederhana dalam membuat kebaikan dan mengelak sama sekali perbuatan jahat atau
bermusuhan dengan orang lain.

4
BM Tingkatan 2 KOMSAS

• Bentuk terikat.
• Terdapat tujuh rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
• Tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
Bentuk
• Tujuh hingga sebelas suku kata sebaris.
• Dua baris pertama ialah pembayang dan dua baris kedua ialah maksud bagi setiap
rangkap.
• Rima akhir: a, b, a, b
• Asonansi vokal a: Apakah sebab maka dimakan? (R2; B4)
• Aliterasi konsonan b: Buat baik berpada-pada (R1; B3)
Gaya Bahasa • Kata ganda: ketua-ketua (R2; B1); baik-baik (R7; B4)
• Peribahasa: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali (R1; B3 dan B4)
• Simile: Bagai panas mengandung hujan (R3; B4)
• Rasional
Kita haruslah rasional ketika membuat sebarang keputusan.
Nilai/ • Kesederhanaan
Pengajaran Kita hendaklah bersikap tidak keterlaluan dalam pertuturan.
• Baik hati
Kita hendak menolong orang lain tanpa melebihi batasnya.

Pantun Kasih Sayang

Senyuman daripada lelaki yang dicintai merupakan senyuman yang tersangat manis sehingga
Rangkap 1
mengalahkan gula madu.
Menaruh harapan yang tinggi terhadap lelaki yang dicintainya sehingga mengabaikan
Rangkap 2
perhatian dan kasih sayang daripada lelaki lain.

Rangkap 3 Tertarik hati kepada gadis yang cantik dan berkeinginan untuk memikat gadis tersebut.

Rangkap 4 Selalu mengambil kesempatan untuk memerhatikan anak gadis orang.

Rangkap 5 Kalau sudah jodoh, tetap akan bertemu juga walaupun berjauhan.

Tema Bertemakan perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang.


• Senyuman yang manis mengalahkan gula madu.
• Kecantikan seseorang yang tiada bandingannya.
Persoalan
• Jodoh ditentukan oleh Tuhan.
• Impian untuk memiliki sesuatu yang bukan kemampuan diri tidak kesampaian
• Bentuk terikat.
• Terdapat lima rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
• Tiga hingga enam patah perkataan satu baris.
Bentuk
• Lapan hingga sepuluh suku kata setiap baris.
• Dua baris pertama ialah pembayang dan dua baris kedua ialah maksud bagi setiap
rangkap.
• Rima akhir: a, b, a, b (Rangkap 1, 2, 3, 5); a, b, c, b (Rangkap 4)

5
BM Tingkatan 2 KOMSAS

• Asonansi vokal a: Bagaikan rasa hendak dicapai (R3; B4)


• Aliterasi konsonan g: Singgah-menyinggah di pagar orang (R4; B2)
• Kata ganda: singgah-menyinggah (R4; B2); pura-pura (R4: B3)
Gaya Bahasa
• Peribahasa: bulan dipagar bintang (R3; B3)
• Simile: Bagaikan rasa hendak dicapai (R3; B4)
• Imej alam: buah mengkudu (R1; B1); anak udang, batang (R3; B1)
• Kesopanan dan kesantunan
Kita haruslah mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam berkasih sayang.
• Kasih sayang
Nilai/ Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang antara insan.
Pengajaran • Rasional
Kita mestilah rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan.
• Keikhlasan
Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara.

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Walaupun memiliki pengetahuan yang cetek, ayah yang sangat menyayangi anaknya
Rangkap 1 mengarangkan kitab supaya dapat memberikan pelbagai pesanan yang berguna kepada
anak-anaknya.
Kitab yang dihasilkan memberikan pengajaran kepada anaknya supaya menjaga perangai
Rangkap 2
dan tingkah laku serta menjadi insan yang berakhlak mulia.

Rangkap 3 Ayah berpesan kepada anaknya supaya menghindari sikap malas.

Ayah menasihati anaknya, sekiranya anak menjadi pemimpin hendaklah memerintah negara
Rangkap 4
dengan adil dan bertanggungjawab.

Rangkap 5 Ayah berharap anaknya sering melakukan kebajikan dan membantu dengan hati yang ikhlas.

Ayah menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut mestilah ilmu
Rangkap 6
yang benar seperti yang telah dinyatakan dalam kitab.
Ayah menasihati anaknya supaya rajin mengaji dan hal ini perlu diutamakan daripada hal
Rangkap 7
yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar supaya tidak mendapat malu.
Anak-anak dinasihati melakukan segala perkara berdasarkan ilmu pengetahuan supaya tidak
Rangkap 8 tersasar. Mereka juga dinasihati melakukan setiap perkara dengan berhati-hati agar tidak
terjerumus ke lembah kehinaan.
Ilmu membolehkan kita membezakan perkara yang betul dan salah. Dengan adanya ilmu,
Rangkap 9
pemimpin dapat mengadili sesuatu kesalahan rakyat dan menjatuhkan hukuman yang adil.
Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, hal ini pasti akan menjerumuskan seseorang
Rangkap 10
atau negara ke lembah kehancuran.
Orang yang tidak berilmu itu tidak pandai mengambil tindakan dan hanya tahu memeluk
Rangkap 11
tubuh dan menyebut nama Allah.
Orang yang tidak berilmu hanya mampu duduk mendiamkan diri kerana tidak mampu
Rangkap 12 menyelesaikan masalah yang timbul. Perkara yang mampu dilakukan oleh mereka ialah
bangun dan duduk sahaja.

6
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Orang yang sedang menunggu perbicaraan bersusah hati dan berasa marah kerana
Rangkap 13
perbicaraan belum diadili.
Kadangkala hukuman yang dijatuhkan tidak mengikut hukum syarak dan tidak setimpal
Rangkap 14
dengan kesalahan kerana mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa susah hati.

Rangkap 15 Hukuman yang tidak adil akan dikeji oleh rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Jika hukuman tidak dijatuhkan berlandaskan hukuman yang benar, kita tidak perlu
Rangkap 16
mempedulikan apa-apa yang diperkatakan orang kerana semuanya akan diadili oleh Allah.
Jika anaknya menjadi menteri, dia hendaklah berkawan dengan golongan berilmu supaya
Rangkap 17
perbincangan dan segala pekerjaan berjalan dengan lancar.
Pemimpin hendaklah menjaga keperibadian seperti yang terdapat dalam kitab dan
Rangkap 18
menjauhkan pekerjaan yang tidak baik supaya tidak berlaku penyelewengan.

Tema Nasihat daripada ayah kepada anak agar memimpin negara dengan bijaksana dan adil.

• Kepentingan memiliki ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan.


• Hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.
Persoalan • Menjaga tingkah laku dan adab sopan.
• Ketaatan dan kepatuhan rakyat kepada pemimpin.
• Pengadilan dan perbicaraan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan.
• Bentuk terikat.
• Terdapat lapan belas rangkap.
• Empat baris satu rangkap.
Bentuk
• Tiga hingga enam patah perkataan sebaris.
• Lapan hingga empat belas suku kata sebaris.
• Rima akhir: a, a, a, a
• Inversi: Menuntut ilmu janganlah segan (R6; B1)
• Kata ganda: sebarang-barang (R1; B4); mudah-mudahan (R2; B3)
• Simile: seperti air di dalam gelas (R5; B4)
• Sinkope: tak (R15; B2)
Gaya Bahasa • Responsi: Kerja kebajikan janganlah malas, (R5; B1)
zahir dan batin janganlah culas, (R5; B2)
• Anafora: Hendak menghukumkan tiada tahu, (R11; B1)
hendak diam hati tak mahu (R11; B2)
• Asonansi vokal a: daripada sangat hajatku gerang (R1; B3)
• Kerajinan
Kita haruslah rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan dengan
bertanggungjawab.
• Keikhlasan
Nilai/
Kita hendaklah melakukan kebajikan dengan hati yang ikhlas.
Pengajaran
• Keadilan
Kita perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawab kita.
• Kepatuhan
Kita perlu patuh pada nasihat ibu bapa.

7
BM Tingkatan 2 KOMSAS

it
tiv i
Jalan Galeri (Gallery Walk)
Ak

-21
PAK

1 Murid dikehendaki mengkaji Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah).


2 Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
3 Kumpulan 1 diminta mengkaji tema dan persoalan bagi syair tersebut, kumpulan 2 mengkaji
bentuk syair, kumpulan 3 mengkaji unsur gaya bahasa, kumpulan 4 mengkaji nilai dan kumpulan
5 mengkaji pengajaran.
4 Setiap kumpulan diberikan masa untuk mengadakan perbincangan dan menyiapkan tugasan.
5 Setelah masa yang diberikan berakhir, setiap kumpulan diminta mempamerkan hasil tugasan
mereka.
6 Ahli daripada kumpulan lain diminta bergerak mengikut kumpulan untuk melihat hasil dapatan
yang dipamerkan dan mendapatkan maklumat.
7 Ahli daripada kumpulan yang lain boleh menulis komen di atas hasil kerja kumpulan lain.
8 Guru boleh membincangkan hasil dapatan setiap kumpulan dan komen yang diberikan oleh ahli
kumpulan lain.

B Puisi Moden
Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)

Rangkap 1 Tuhan yang mencipta manusia turut memberikan kita kebolehan untuk bercakap.
Tuhan memberikan manusia kebolehan bercakap dan akal fikiran untuk menterjemahkan
Rangkap 2
maksud kata mengikut situasi dan peredaran masa.
Tuhan menjadikan bangsa Melayu dengan warna kulitnya sawo matang. Bangsa ini
Rangkap 3
mengembara merentasi lautan dan pulau-pulau lalu menetap di Tanah Melayu.
Bahasa telah disebarkan secara meluas dengan menjadikan alam sebagai sudut pandang.
Rangkap 4
Bahasa turut digunakan sebagai medium penyebaran agama.
Bahasa membolehkan manusia menambahkan ilmu untuk memahami kewujudan alam
Rangkap 5
semesta.

Tema Kesyukuran atas nikmat berbahasa yang dianugerahkan oleh Tuhan.


• Kepentingan bahasa dalam kehidupan manusia.
• Hubungan hakiki antara manusia dengan Tuhan.
Persoalan
• Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di bumi.
• Penyebaran bahasa.
• Bentuk bebas.
• Terdapat lima rangkap.
• Dua hingga sembilan baris satu rangkap.
Bentuk • Tiga hingga empat patah perkataan dalam sebaris.
• Tujuh hingga tiga belas suku kata setiap baris.
• Rima akhir : Rangkap 1 : a, a: Rangkap 2: a, a, a, b, c ; Rangkap 3: a, b, c, c, b; Rangkap 4:
a, b, a, a, a, a, c, c, a : Rangkap 5: a, b, a

8
BM Tingkatan 2 KOMSAS

• Metafora: sawo matang (R3; B2); istilah iman (R4; B6); tanda alam (R4; B8)
• Asonansi vokal a: dari zaman ke zaman (R2; B5)
• Aliterasi konsonan n: awan, hujan dan pohon (R4; B3)
Gaya Bahasa
• Pengulangan: kami (5 kali)
• Kata ganda: kata-kata (R2; B1); pulau-pulau (R3; B4); pantai-pantai (R3; B5); kitab-kitab
(R4; B7)
Nada Sajak ini bernada romantik.
• Menyanjungi bahasa Melayu
Kita haruslah menyanjungi dan memartabatkan bahasa Melayu.
• Patuh kepada ajaran agama
Nilai/ Kita haruslah menjadi khalifah di bumi dan patuh kepada ajaran agama.
Pengajaran • Kerajinan
Kita perlulah rajin menuntut ilmu.
• Kesyukuran
Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kebolehan berkomunikasi.

Roti (Ahmad Syahrul Wahid)

Rangkap 1 Bau roti yang dibakar di dapur membangkitkan selera penyajak.


Rangkap 2 Penyajak semakin lapar sementara menunggu roti dibakar.
Selera makan penyajak bertambah apabila melihat roti sudah dihidangkan di hadapan mata.
Rangkap 3
Penyajak memakan roti tersebut sehingga kenyang.
Individu yang beriman sering terkenang akan nasib golongan yang kurang berkemampuan
Rangkap 4
dan kelaparan. Mereka selalu memikirkan usaha untuk membantu orang yang miskin.
Penyajak memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas makanan tersebut dan berharap agar
Rangkap 5
orang yang beriman akan membantu orang yang menderita di dunia.

Tema Perilaku insan beriman terhadap rezeki.


• Ciri-ciri manusia beriman.
• Kepentingan makanan dalam kehidupan manusia.
Persoalan
• Membantu golongan yang kurang berkemampuan.
• Kesyukuran terhadap rezeki.
• Bentuk bebas.
• Terdapat lima rangkap.
• Empat hingga lima baris satu rangkap.
Bentuk • Dua hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
• Lima hingga empat belas suku kata sebaris.
• Rima akhir: Rangkap 1: a, b, a, a ; Rangkap 2: a, a, a, a, a ; Rangkap 3: a, a, a, a, a ;
Rangkap 4 : a, a, a, a, a ; Rangkap 5 : a, a, a, a, a
• Metafora: kalimah syukur (R5; B2); percikan iman (R5; B5)
• Hiperbola: berkeping-keping menggegar selera (R3; B3)
Gaya Bahasa • Pengulangan: roti; lapar; perut
• Asonansi vokal a: asap berjelaga berkepul (R1; B2)
• Aliterasi konsonan n: tenang bersendawa (R3; B5)

9
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Nada Sajak ini bernada didaktik.


• Kesyukuran
Kita haruslah bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan.
Nilai/ • Berjimat cermat
Pengajaran Kita tidak boleh membazirkan makanan dan mestilah makan secara sederhana.
• Baik hati
Kita perlu membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Kucari Damai di Sini (A. Hamid Jemain)

Penyajak mencari ketenangan di tanah airnya yang makmur dan merdeka. Penduduk di
Rangkap 1
negaranya hidup bersatu padu.

Rangkap 2 Penyajak sangat mencintai negaranya dan memiliki jati diri yang utuh.

Penyajak menyatakan bahawa negaranya aman dan berharap kegemilangan negaranya


Rangkap 3
berkekalan serta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Tema Keharmonian hidup di tanah air yang merdeka.

• Perasaan cinta akan negara.


• Kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
Persoalan
• Kepentingan jati diri dalam kalangan rakyat.
• Kegemilangan negara akan menjadi kebanggaan semua.
• Bentuk bebas.
• Terdapat tiga rangkap.
• Empat hingga enam baris satu rangkap.
Bentuk
• Tiga hingga lapan patah perkataan dalam satu baris.
• Enam hingga lapan belas suku kata setiap baris.
• Rima akhir: Rangkap 1: a, b, a, c, c, c; Rangkap 2: a, a, b, c, a; Rangkap 3: a, b, b, b
• Metafora: laman sukma (R2; B3)
• Asonansi vokal a: Kucari damai di sini (R1; B1)
Gaya Bahasa • Aliterasi konsonan n: dengan kasih sayang (R2; B4)
• Sinkope: kucari (R1; B1)
• Repetisi: Kucari damai di sini (R1; B1) (R2; B1)
Nada Sajak ini bernada patriotik.
• Cinta akan negara
Kita haruslah cinta dan bangga akan negara.
• Perpaduan
Nilai/ Kita harus hidup bersatu padu untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
Pengajaran • Jati diri
Kita perlu memiliki jati diri agar tidak hilang identiti bangsa dan negara.
• Kesyukuran
Kita harus menghargai kemerdekaan negara.

10
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed)

Perempuan yang sudah kehilangan kehormatan akan tersisih dan menyebabkan ahli keluarga
Rangkap 1
terutamanya ibu berdukacita.
Andainya maruah gadis telah tercemar, ibu akan berasa sedih dan merasakan hidupnya
Rangkap 2
sudah tidak bermakna lagi.
Penyajak berpesan agar gadis tidak boleh menjatuhkan kehormatan diri, sebaliknya perlu
Rangkap 3
memelihara diri untuk mencapai martabat yang tinggi dan dipandang mulia.

Tema Bertemakan peri pentingnya gadis menjaga maruah atau harga dirinya.

• Menyesali sesuatu yang telah hilang.


Persoalan • Kesedihan ibu apabila maruah anak gadisnya tercemar.
• Memelihara maruah diri.
• Bentuk bebas.
• Terdapat tiga rangkap.
• Dua hingga enam baris satu rangkap.
Bentuk
• Tiga hingga enam patah perkataan sebaris.
• Lima hingga tiga belas suku kata sebaris.
• Rima akhir: Rangkap 1: a, b, b; Rangkap 2: a, b, c, d, e, e; Rangkap 3: a, b, c, b, d
• Asonansi vokal a: adalah titis air mata bonda (R1; B2)
• Aliterasi konsonan n: Merenung pada malam yang kematian angin (R1; B1)
• Sinkope: tak (R2; B6)
Gaya Bahasa
• Metafora: pintu kehidupan (R2; B4)
• Simile: seperti telah menutup (R2; B3)
• Imej alam: angin; ombak

Nada Sajak ini bernada melankolik.

• Harga diri
Kita haruslah memuliakan dan menjaga maruah diri.
• Kepercayaan kepada Tuhan
Nilai/
Kita hendaklah mematuhi segala suruhan Tuhan berlandaskan pegangan agama masing-
Pengajaran
masing.
• Kasih sayang
Kita perlu menjaga hati ibu agar tidak bersusah hati.

11
BM Tingkatan 2 KOMSAS

C Prosa Tradisional
Pelanduk Mengajar Memerang

Sebarau telah mengadu bahawa memerang sering menganiayai keluarganya dengan


memakan anak-anaknya. Sikap tamak dan mementingkan diri mendorong memerang untuk
mendapatkan makanan sebanyak-banyaknya bagi anak-anaknya tanpa bertimbang rasa.
Akibatnya, habislah ahli keluarga sebarau menjadi mangsa hingga menyebabkan sebarau
tinggal sebatang kara.
Keadaan sebarau yang mudik berikat pinggang melengkung menyebabkan penduduk
di persekitaran sungai seperti udang, labi-labi dan biawak menyangka ada musuh yang
datang untuk menyerang Nabi Allah Sulaiman. Keadaan itu telah dikesan oleh kawanan
Sinopsis bubut. Mereka yang tersalah tafsir berbunyi bersahut-sahutan dan seterusnya memalu
gendang perang.
Pada masa yang sama, pelanduk sedang melawat kawasan di wilayah pemerintahannya
dan bertemu dengan anak-anak memerang. Pelanduk yang terkejut mendengar bunyi bubut
bersahut-sahutan diikuti paluan gendang perang telah membuka pencak silat dan memijak
anak-anak memerang sehingga mati di luar kesedarannya.
Tindakan pelanduk itu diberi pengadilan oleh Nabi Allah Sulaiman. Menurut baginda,
kematian anak-anak memerang itu adalah sebagai diat atau pampasan atas kematian anak-
anak dan seluruh ahli keluarga sebarau.

Tema Penganiayaan terhadap orang lain akan mendapat balasan yang setimpal.
• Sikap tamak yang membawa bencana kepada diri sendiri.
• Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Persoalan
• Keadilan dalam memberikan pengadilan.
• Sikap bertindak tanpa usul periksa sering membawa padah.
Syah Alam/ Pelanduk
• Bijaksana.
• Prihatin terhadap semua penghuni rimba.
• Pandai seni pencak silat.
• Memijak mati anak-anak memerang secara tidak sengaja.
Memerang
Watak dan
• Mempunyai tujuh ekor anak.
Perwatakan
• Bersikap tamak kerana habis seisi keluarga sebarau ditangkap dan dimakan.
• Bersikap tidak bertimbang rasa terhadap sebarau.
Nabi Allah Sulaiman
• Bersikap adil dalam memberikan pengadilan.
• Rasional dalam tindakannya.
• Bijak menyelesaikan masalah antara pelanduk dengan memerang.
Latar Masa
• Pada zaman semua haiwan bercakap seperti manusia.
• Pada suatu hari ketika pelanduk melawat wilayahnya.
• Pada waktu petang sewaktu memerang pulang ke lubangnya.
Latar
Latar Tempat
• Rimba – kawasan bawah pemerintahan pelanduk.
• Lubang tempat tinggal memerang – anak-anak memerang bermain di tepi lubang.
• Sungai – tempat memerang menangkap ahli keluarga sebarau.

12
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Latar Masyarakat
• Masyarakat haiwan yang boleh berkata-kata.
• Masyarakat yang adil dan saksama.
• Masyarakat yang tamak haloba.
• Masyarakat yang bertindak tanpa usul periksa.
Permulaan
Pelanduk melawat kawasan pemerintahannya dan terserempak dengan anak-anak
memerang.
Perkembangan
Bunyi burung bubut menyebabkan pelanduk membuka langkah silat. Anak-anak memerang
mati dipijak oleh pelanduk.
Perumitan
Pasangan memerang memaklumkan hal kematian anak mereka kepada Nabi Allah Sulaiman.
Nabi Allah Sulaiman mengadakan perbicaraan. Baginda menyoal siasat pelanduk, burung
Plot
bubut, biawak, labi-labi, udang dan sebarau untuk mengenal pasti punca sebenar kematian
anak-anak memerang.
Puncak
Sebarau mengadu nasib ahli keluarganya yang habis dimakan oleh memerang dan meminta
pertimbangan yang adil untuk dirinya.
Peleraian
Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa kematian anak-anak memerang disebabkan oleh
kesalahan memerang sendiri. Memerang mengakui kesalahan mereka. Pelanduk bebas
daripada tuduhan menganiaya memerang.
Monolog dalaman
Fikir Syah Alam di Rimba, “Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat aniaya
ke atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah
Teknik Plot
Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia.” (m.s. 36)
Dialog
“Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?” (m.s. 35)
• Kata ganda: patik-patik, beribu-ribu, ubun-ubun
Gaya Bahasa • Bahasa Melayu klasik: hatta, maka, bertelut, hamba, sebermula
• Inversi: “Hai Syah Alam di Rimba, menanglah engkau; ... .”
Kebijaksanaan
Kita harus bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
Keadilan
Nilai/ Kita hendaklah adil dalam membuat pertimbangan.
Pengajaran Kesederhanaan/ Tidak tamak
Kita tidak boleh bersikap tamak sehingga menyusahkan orang lain.
Tidak bertindak terburu-buru
Kita tidak boleh bertindak terburu-buru dan membuat andaian tanpa usul periksa.

13
BM Tingkatan 2 KOMSAS

D Cerpen

Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail)

Pada suatu hari sewaktu air bah di kawasan kampung menghampiri paras dada, ‘saya’
telah tersalah dail dan panggilannya disambut oleh seorang ibu tua yang mengadu nasib
malangnya ekoran banjir. Mak Piah yang tinggal sebatang kara di kampung menyangka
penelefon ialah anaknya, Nana. Mak Piah mengadu bahawa dia tidak ada bekalan makanan
disebabkan banjir yang melanda kampung sudah sampai ke paras dada. Dia turut merungut
bahawa abang Nana tidak melawatnya mahupun menghiraukan nasibnya ketika banjir
walaupun tinggal berdekatan.
‘Saya’ bimbang akan keselamatan ibu tua itu. ‘Saya’ cuba menelefon Mak Piah
sekali lagi, tetapi tiada jawapan. ‘Saya’ menelefon Mak Piah sekali lagi untuk mengetahui
keadaannya di sana. Mak Piah menjawab telefon ‘saya’, tetapi Mak Piah hanya berbicara
ringkas dan memutuskan panggilan. ‘Saya’ bertambah bimbang memikirkan nasib ibu tua
Sinopsis yang menyangka dirinya anak kerana ‘saya’ amat merindui arwah ibunya dan bertekad
untuk mencari Mak Piah serta memberikan perlindungan kepadanya.
‘Saya’ berjaya memperoleh alamat rumahnya dalam buku panduan telefon. ‘Saya’
membawa makanan untuk Mak Piah. Mak Piah yang kegembiraan mengucapkan terima
kasih kepada ‘saya’ yang disangka sebagai kawan anaknya, Nana. ‘Saya’ meninggalkan Mak
Piah dan berjanji akan mengunjunginya lagi.
‘Saya’ demam panas selama lima hari. Setelah sihat, ‘saya’ ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikan sebelum ini. ‘Saya’ berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri
rumah Mak Piah. Mak Piah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh semasa membersihkan
rumahnya selepas banjir. Jenazah Mak Piah diusung keluar menuju ke tanah perkuburan.
Nana yang menangis kesedihan turut menyatakan kekesalannya dan menyanjungi sikap
ibunya yang sering menjulang namanya.

Tema Pengabaian tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa pada usia tua.
• Kasih sayang seorang ibu terhadap anak.
• Keprihatinan masyarakat terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain.
Persoalan
• Penderitaan masyarakat kampung sewaktu banjir.
• Sikap ibu bapa yang tidak mahu menyusahkan anak-anak.
Saya
• Sangat merindui arwah ibunya.
• Prihatin terhadap nasib Mak Piah yang merindui anak-anaknya.
• Baik hati dan menghulurkan bantuan makanan kepada Mak Piah.
• Mengotakan janjinya untuk melawat Mak Piah setelah demamnya kebah.
Mak Piah
• Mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Watak dan • Sangat merindui anak-anaknya.
Perwatakan • Lemah daya pendengaran.
• Hidup seorang diri dan tidak mahu menyusahkan anak-anaknya.
• Meninggal dunia kerana tergelincir semasa membersihkan rumah selepas banjir.
Nana
• Anak bongsu Mak Piah.
• Tidak mengambil berat terhadap ibu kandungnya.
• Menyesali sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
• Sangat sedih atas kematian ibunya.

14
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Latar Masa
• Sewaktu kampung dilanda banjir.
• Empat malam hujan lebat dan renyai silih berganti.
• Setelah lima hari demam panas.
Latar Tempat
• Kampung – banjir di kawasan kampung telah mencapai paras dada.
• Rumah Mak Piah – ‘saya’ mengunjungi rumah Mak Piah dan membawa makanan
Latar
untuknya.
• Kubur – ‘saya’ memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan.
Latar Masyarakat
• Masyarakat anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
• Masyarakat ibu yang merindui anak-anak pada usia tua.
• Masyarakat kampung yang dilanda banjir.
• Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain.
Permulaan
‘Saya’ tersalah mendail nombor telefon dan tersentuh hati mendengar kata-kata seorang
wanita tua yang sengsara akibat banjir.
Perkembangan
‘Saya’ menghubungi Mak Piah kembali untuk mengetahui perkembangannya. ‘Saya’ mencari
kediaman Mak Piah dan menghantar makanan kepadanya.
Perumitan
Anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat terhadap ibu mereka yang sudah tua di
Plot kampung. Banjir menyebabkan bekalan makanan penduduk kampung terputus. Mak Piah
tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana mengalami masalah kerap kencing. ‘Saya’
demam panas selama lima hari.
Puncak
Banjir semakin surut dan ‘saya’ telah sembuh. Mak Piah meninggal dunia kerana tergelincir
semasa membersihkan rumah.
Peleraian
Nana menyesal dan berasa sedih atas kematian ibunya. ‘Saya’ memimpin Nana keluar dari
kawasan perkuburan.
Monolog dalaman
“Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana?” (m.s. 51)
Teknik Plot Saspens
Tanda soal berbaur dura menyambut kehadiran. “Saya” melihat orang ramai di pekarangan
rumah Mak Piah. (m.s. 56)
• Sinkope: tu; ni; tak
• Kata ganda: apa-apa; menujah-nujah; mana-mana; sungguh-sungguh
Gaya Bahasa
• Hiperbola: merasai cungap harapannya yang telah lemas, terpendam di lembah kepiluan
• Metafora: resepi pembohongan; lautan fikir; dipeluk kepanasan demam
Tanggungjawab
Anak-anak harus memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa pada usia tua.
Kasih sayang
Nilai/ Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Pengajaran Prihatin
Kita perlu prihatin terhadap kesusahan orang lain.
Bantu-membantu
Kita haruslah membantu golongan yang memerlukan.

15
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura Abdullah)

Talia, seorang kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman menemui seekor


haiwan sebesar kepala budak terbaring di pinggir tunggul dan membantunya dengan
merawat luka akibat dilibas gergaji. Pada mulanya, ibu bapa Talia tidak mempercayai
kisahnya menyelamatkan seekor haiwan pelik, namun setelah ramai yang terserempak
dengan haiwan pelik itu terbuktilah bahawa cerita Talia bukan khayalan semata-mata.
Haiwan itu digelar Qadqad sempena bunyi yang dikeluarkannya.
Pada suatu hari, adik lelaki Talia, Jini diserang demam panas. Dodo, bapa Talia bertekad
untuk merawat Jini di hospital dengan menaiki kereta api yang mengangkut bijih besi ke
bandar. Namun, hasrat Dodo tidak kesampaian apabila Binjah tidak membenarkannya
menaiki kereta api. Pada masa yang sama, Binjah turut menerima berita buruk bahawa kem
balak di timur diserang oleh ratusan Qadqad. Tiba-tiba, Qadqad mula menyerang kawasan
lombong dari arah laluan kereta api. Ramai yang cedera parah tetapi Talia tidak diapa-apakan
Sinopsis
oleh Qadqad tersebut. Hal ini menyebabkan Binjah berandaian mudah bahawa tanah ungu
pada tubuh badan Talia yang menyebabkan Qadqad berundur.
Setelah tiga hari Jini dirawat di hospital, Dodo dikejutkan dengan berita Qadqad
mengganas di hutan di seluruh negeri. Binjah yang tamak pula telah mengarahkan seisi
kampung mereka pindah kerana ingin melombong tanah ungu. Binjah tidak berpuas hati atas
tindakan Dodo melaporkan kepada pihak polis. Dia mengambil tindakan mahu membakar
pondok kediaman penduduk kampung.
Dalam keadaan yang cemas itu, Talia segera menyeru pertolongan Qadqad. Binjah
tidak berganjak kerana yakin Qadqad takut akan tanah ungu. Namun, tanah ungu yang
dilemparkan ke arah Qadqad tidak memberikan sebarang kesan. Binjah dan pengikutnya
mati dan Qadqad ghaib selepas itu. Keadaan kembali tenang dan ramai berandaian hanya
Talia sahaja yang mampu menyeru Qadqad.

Tema Pertembungan antara manusia yang berakhlak mulia dengan manusia yang bersikap tamak.
• Cinta akan alam sekitar.
• Tanggungjawab seorang bapa.
Persoalan
• Kesusahan hidup masyarakat kawasan pedalaman.
• Sikap mengenang budi.
Talia
• Anak Dodo dan Misa.
• Adiknya, Jini demam panas.
• Baik hati kerana membantu merawat luka Qadqad.
• Panjang akal kerana menyeru bantuan Qadqad pada saat-saat genting.
Dodo
• Bapa Talia dan Jini.
• Seorang petani pertanian pindah.
Watak dan • Bapa yang bertanggungjawab.
Perwatakan • Berani melaporkan tindakan Binjah kepada pihak polis.
Binjah
• Penyelia lombong bijih besi.
• Seorang yang tamak dan tidak berperikemanusiaan.
• Mudah membuat penaakulan tanpa berfikir panjang.
Raksasa Qadqad
• Haiwan hijau berkaki empat menyerupai katak raksasa.
• Menyerang pembalak yang mencerobohi kawasan hutan.
• Mengenang jasa Talia dan tidak menyerangnya.

16
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Latar Masa
• Beberapa bulan sebelum kejadian.
• Tiga hari – Jini dirawat selama tiga hari di hospital.
• Waktu senja – Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki untuk meninjau keadaan kampung
pada waktu senja.
Latar Tempat
Latar • Sempadan huma – Talia mendengar rengekan ganjil di sempadan huma.
• Bukit Ungu – Keluarga Talia baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.
• Stesen kereta api – Talia bertembung dengan Qadqad kali kedua di stesen kereta api.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tamak mengejar kemewahan.
• Masyarakat kampung yang menjalankan pertanian pindah.
• Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain.
Permulaan
Talia menemui seekor Qadqad yang tercedera dan merawat lukanya. Ibu bapa Talia tidak
mempercayai kata-katanya mengenai kewujudan Qadqad.
Perkembangan
Ramai penduduk kampung yang terserempak dengan Qadqad. Jini demam panas dan
terpaksa dibawa ke hospital. Binjah tidak membenarkan Dodo menaiki kereta api untuk
ke bandar.
Perumitan
Plot
Ramai pekerja balak dicederakan oleh Qadqad. Binjah mengarahkan penduduk kampung
Bukit Ungu berpindah. Sidek dan Dodo melaporkan perbuatan Binjah kepada pihak polis.
Puncak
Binjah cuba membakar pondok penduduk kampung. Lengan kiri Dodo terkena tembakan
yang dilepaskan oleh Binjah. Talia menjerit meminta bantuan Qadqad.
Peleraian
Binjah dan pengikutnya mati dan Qadqad ghaib. Raksasa Qadqad tidak muncul lagi selepas
itu.
Dialog
“Katak bertaring dan bertanduk?” Misa, ibu Talia menyoal apabila peristiwa itu disampaikan
kepadanya. (m.s. 60)
Teknik Plot
Imbas kembali
Penduduk kampung mengimbas kembali rupa haiwan pelik yang ditemui oleh mereka di
dalam hutan. (m.s. 60)
• Simile: gempal macam disumbat air; objek bagaikan bola bertanduk
Gaya Bahasa • Kata ganda: rata-rata; berpindah-randah; pemandu-pemandu; kacau-bilau
• Personifikasi: disambar demam; jentera mengaum; ditelan hutan belantara
Kesederhanaan
Kita haruslah bersederhana dalam hidup dan tidak bersikap tamak.
Kasih sayang
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Nilai/ Cinta akan alam sekitar
Pengajaran Kita perlu mencintai dan menghargai alam sekitar kurniaan Tuhan.
Baik hati
Kita haruslah membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Mengenang budi
Kita haruslah mengenang budi orang yang pernah membantu kita.

17
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Menuai Emas (Salina Ibrahim)

Alif, seorang graduan jurusan ekonomi memilih untuk menjadi petani moden dan
mengusahakan sawah peninggalan arwah ayahnya. Walau bagaimanapun, keputusannya itu
mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung serta wujud konflik apabila
tanah sawah di kampung mereka mahu dibeli untuk dijadikan taman perumahan. Ramai
penduduk kampung yang berpakat mahu menjualkan tanah mereka kerana tidak terdaya
Sinopsis untuk mengerjakan sawah akibat usia yang telah lanjut.
Alif tetap bertekad untuk mengusahakan tanah dua petak peninggalan arwah ayahnya.
Dengan takdir Tuhan, pemaju perumahan membatalkan tawaran mereka dan Alif pun
mengemukakan cadangannya untuk mewujudkan estet padi yang moden serta berteknologi
canggih. Estet padi itu menjadi realiti dan berbuah lebat, hanya menunggu masa untuk
dituai.

Kecekalan dan ketabahan dalam melakukan sesuatu walaupun menghadapi pelbagai


Tema
cabaran.
• Sikap masyarakat yang memandang rendah potensi sektor pertanian.
• Keceloparan mulut masyarakat yang mampu menggores perasaan.
Persoalan
• Amanat bapa yang disanjung tinggi oleh anak-anak.
• Kemajuan teknologi memudahkan tugas pelbagai pihak.
Alif
• Graduan universiti jurusan ekonomi.
• Tekad dengan keputusan untuk mengerjakan tanah sawah arwah ayahnya.
• Tabah menghadapi cemuhan orang kampung.
• Berjaya mengusahakan estet padi dengan menggunakan teknologi moden.
Mak Wan
Watak dan
• Ibu Alif dan seorang balu.
Perwatakan
• Sangat yakin terhadap pendirian anaknya.
• Sangat menyayangi anaknya.
Abang Man
• Pandai memujuk.
• Seorang yang panas baran.
• Menuduh Alif menghasut penduduk kampung.
Latar Masa
• Awal pagi – Alif berada di petak bendang awal pagi.
• Zaman moden – terdapat pelbagai alatan teknologi moden yang digunakan dalam
pertanian.
• Suatu petang – Abang Man dan beberapa orang kampung mengunjungi rumah Alif.
Latar Tempat
• Rumah Alif – Abang Man dan beberapa penduduk kampung mengunjungi rumah Alif
untuk memujuknya agar menjual tanah sawah.
Latar
• Petak bendang – Alif berada di petak bendang sambil memerhatikan hasilnya.
• Seberang Perak – Alif pernah mengunjungi Seberang Perak untuk mendapatkan
maklumat.
Latar Masyarakat
• Masyarakat kampung yang tidak menyedari potensi sektor pertanian.
• Masyarakat yang panas baran.
• Masyarakat lepasan universiti yang berdikari.
• Masyarakat muda yang berhijrah ke kota.

18
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Permulaan
Alif berada di bendang awal pagi sehari sebelum hasilnya dituai. Alif imbas kembali peristiwa
yang berlaku sebelum estet padi ini diusahakan.
Perkembangan
Tanah sawah penduduk kampung hendak dibeli oleh pemaju untuk dijadikan
projek perumahan. Alif tidak mahu menjual tanah arwah ayahnya sebaliknya mahu
mengusahakannya sendiri.
Perumitan
Abang Man tidak bersetuju dan mendesak Alif agar menjual tanah sawahnya. Ramai
Plot
tuan tanah yang bersetuju untuk menjual tanah kerana sudah tidak larat untuk
mengusahakannya. Mak Wan tetap menyokong pendirian anaknya, Alif.
Puncak
Alif memujuk beberapa orang penduduk kampung agar tidak menjual tanah mereka. Projek
perumahan dibatalkan. Alif mencadangkan tanah sawah tersebut dijadikan estet padi.
Peleraian
Projek estet padi berjalan lancar seperti yang dirancang oleh Alif. Teknologi moden banyak
digunakan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti padi. Padi akan dituai pada keesokan
hari.
Pemerian
Dari ban berturap tanah merah, Alif melangkah menyusuri permatang sawah. But getah
yang dipakainya basah oleh embun. (m.s. 69)
Teknik Plot Imbas kembali
Alif imbas kembali peristiwa Abang Man mendesaknya menjual tanah sawah. (m.s. 69)
Monolog dalaman
Ya abah, tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya berbisik. (m.s. 68)
• Simpulan bahasa: bendera putih, campur tangan, senyum kambing
• Kata ganda: melantun-lantun, terngiang-ngiang, awal-awal
• Perlambangan: petak emas, ruji semangat
Gaya Bahasa • Metafora: pita ingatan, hari limun benar, permaidani hijau, hutan batu
• Simile: kuningnya seperti emas, bagaikan disua bahang api
• Hiperbola: menenangkan hati yang terasa seperti mahu luruh
• Sinkope: ni, nak, tak, tu, tapi
Ketabahan
Kita haruslah tabah menghadapi cabaran dan rintangan hidup.
Kasih sayang
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Nilai/ Berdikari
Pengajaran Kita perlu berdikari dan tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain.
Berbudi bahasa
Kita haruslah berbudi bahasa dan tidak melukakan hati orang lain.
Kesyukuran
Kita haruslah bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan.

19
BM Tingkatan 2 KOMSAS

E Drama
Mahkamah (Awang Abdullah)

Mahkamah memaparkan sesi perbicaraan rekaan yang melibatkan dua kes. Tertuduh
I, iaitu Bulat bin Leper didakwa menyebabkan kematian seorang warga emas, Mek Teh binti
Jali, 99 tahun, di Taman Gagak Putih secara tidak sengaja pada 10 Januari 1988, antara
jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Tertuduh I tidak mengaku kesalahan. Tertuduh I tidak mampu
mengupah peguam kerana dia miskin. Peguam bela dipanggil masuk untuk membela
Tertuduh I. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat
keputusan bahawa Tertuduh I didapati tidak bersalah.
Sinopsis Mahkamah berhenti rehat sebelum perbicaraan kes kedua bermula. Tertuduh II, iaitu
Akinomoto dituduh mencuri beruk subsidi hak milik penguasa tempatan dari stor JKK Ulu
Dungun pada 20 Mac 1988. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Selepas
mendapat penjelasan daripada pendakwa raya, dia mengaku bersalah. Akinomoto yang
kurang fasih berbahasa Melayu melakukan kesalahan itu kerana keliru dengan istilah subsidi.
Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan
anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk sehingga mencapai umur
akil baligh.

Setiap individu harus bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Sindiran


Pemikiran
terhadap sikap beberapa pihak yang mengabaikan bahasa Melayu.
• Kedaulatan sistem perundangan negara.
• Isu penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.
Persoalan • Sindiran terhadap sikap sesetengah pihak yang tidak mematuhi etika pemakaian.
• Kepentingan penggunaan kamus sebagai bahan rujukan.
• Kekurangan kesedaran masyarakat terhadap hak mereka.
Hakim
• Gemar menonton gusti.
• Adil dalam memberikan pertimbangan.
• Teliti kerana mengkaji banyak aspek sebelum menjatuhkan hukuman.
Bulat bin Leper/ Tertuduh I
• Miskin dan tidak mengetahui bahawa dia boleh menggunakan peguam bela percuma
yang disediakan oleh mahkamah.
• Dituduh menyebabkan kematian seorang warga emas, Mek Teh binti Jali.
• Tidak mengaku bersalah.
Watak dan
• Membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah rosak pintunya.
Perwatakan
Akinomoto
• Warga Jepun yang tidak mahir berbahasa Melayu.
• Seorang yang mencintai haiwan.
• Dituduh mencuri beruk subsidi kerajaan dan mengaku bersalah.
Peguam bela
• Tegas.
• Pandai mematahkan hujah.
• Bertanggungjawab.
• Yakin ketika berhujah.
Latar Masa
• Siang, waktu pagi – perbicaraan mahkamah diadakan pada waktu pagi.
Latar
• 10 Januari 1988, jam 8:00 pagi hingga 9:00 pagi – Bulat bin Leper berada di Taman Gagak
Putih.

20
BM Tingkatan 2 KOMSAS

Latar Tempat
• Ruang mahkamah – perbicaraan kes 1 dan kes 2 berlangsung di ruang mahkamah.
• Mahkamah.
• Taman Gagak Putih – Mek Teh meninggal dunia di Taman Gagak Putih.
Latar Masyarakat
• Masyarakat hakim dan peguam yang menjalankan tugas di mahkamah.
• Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan.
• Masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa Melayu.
• Masyarakat yang tidak mengaku kesalahan diri sendiri.
• Masyarakat miskin yang tidak menyedari hak mereka.
Permulaan
Tuan hakim melangkah masuk dan perbicaraan dimulakan. Tertuduh I diminta mengambil
tempat di kandang pesalah.
Perkembangan
Tertuduh I dibekalkan khidmat peguam bela. Tertuduh I tidak mengaku menyebabkan
kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali.
Perumitan
Peguam bela menolak dakwaan bahawa Tertuduh I bersalah. Tuan Hakim memutuskan
bahawa Tertuduh I tidak bersalah.
Plot
Puncak
Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Dia mengaku
bersalah dan mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu
membela anaknya.
Peleraian
Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan
anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai
umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu
menjadi tuannya.
Dialog
Siapa nama kamu? (m.s. 82), Kenapa lambat? (m.s. 83)
Teknik Plot Pemerian
Spontan mengerutkan kening, membuat isyarat supaya diam, tidak meneruskan penerangan
tentang kelubi. (m.s. 93)
• Sinkope: kan, tak, nak
• Kata ganda: habis-habis, benar-benar, hujah-hujah
Gaya Bahasa • Perlambangan: melabur
• Bahasa Inggeris: …is a kind of animal which have short tail, well done
• Diksi: hakim, penguam bela, pendakwa raya, tertuduh I
Keadilan
Kita haruslah adil dan saksama dalam memberikan hukuman.
Bertanggungjawab
Nilai/ Kita hendaklah bertanggungjawab atas tindakan sendiri.
Pengajaran Mencintai bahasa kebangsaan
Kita perlu mencintai bahasa kebangsaan dan tidak memperlekehkannya.
Mematuhi peraturan
Kita haruslah mematuhi peraturan dan etika pemakaian di tempat awam.

21

Anda mungkin juga menyukai