Anda di halaman 1dari 32

TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

Istilah Sejarah
- Salasilah , Peristiwa , Riwayat , Tambo , Tarikh , Asal Usul
- Herodotus – “Bapa Sejarah” menggunakan istilah Historia (Histories) yang bermaksud
Penyelidikan / Penyiasatan pada abad 5 – 6 Masihi.
- Dalam Masyarakat Melayu , Istilah Sejarah berasal daripada bahasa Arab , iaitu Syajarah /
Syajaratun (Pokok)
- Istilah awal yang digunakan bagi mengambarkan konsep Sejarah :
a) Hikayat , Riwayat , Salasilah , Kisah , Tarikh (Tawarikh) dan lain-lain.
b) Salalatus Salatin , Misa Melayu , Tuhfat al-Nafis , Blustan Salatin
# Semua di atas ini berasal daripada bahasa Arab.
- Pada zaman dahulu , Sastera dan Sejarah digabungkan sekali kerana waktu itu mereka
didedahkan disiplin ilmu , maka tiadalah pembezaan.
Definisi
- Gambaran / Pengetahuan lalu // Penyelidikan terhadap peristiwa lalu.
- Hikayat : Cerita yang Panjang dan meleret-leret , tidak mempunyai bab , tidak berperenggan
, tidak berperenggan , tiada tanda henti , mengandungai perkataan arakian , hatta , kata ,
sahibul hikayat dan lain-lain.
- Salasilah : Geneologi / Keturunan
Makna Sejarah
- Menurut E.H.Carr (What Is History) , Sejarah adalah dialog di antara perkara yang telah
berlaku di masa lalu dan masa kini.
- A.Marwick (The Nature of History) menyatakan :
a) Keseluruhan masa lalu yang telah berlaku
b) Gambaran (Penulisan) dan Tafsiran (Pandangan) masa lalu
c) Disiplin (Bidang) ilmu tentang Sejarah
- R.G. Collingwood (Idea of History) menyatakan Sejarah adalah suatu sains (Ilmu
Pengetahuan) / Disiplin Ilmu.
Penulisan Sejarah
- Merujuk kepada pembentukan semula peristiwa yang terjadi di masa silam.
- Ia ditulis selepas dilakukan penelitian dan perlu ada pembuktian.
- Dalam pembuktian , perlu ada kemampuan untuk mencari , menemukan dan menguji
sumber yang benar.
- Daripada sumber yang ada , fakta dipilih untuk digunakan ketika penulisan dilakukan.
Proses Penulisan Sejarah
Kejadian > Sumber > Sejarawan > Gambaran
Perkembangan Aliran Pemikiran Barat Zaman Klasik
- Perkembangan aliran barat boleh dilihat melalui karya-karya historiografi atau
pensejarahan.
- Kesedaran Sejarah sebenarnya sudah wujud pada zaman dahulu walaupun zaman tersebut
tidak mempunyai sistem tulisan.
- Historiografi atau pensejarahan : Penulisan Sejarah tentang peristiwa lalu yang mana
prosesnya melihatkan kejadian , sumber dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan.
- Sebelum abad ke-5 S.M – karya-karya telah dihasilkan seperti Poem of Creation (7 M.S.) ,
Illiad dan Odessey ( Penulis : Home) dll.
- Paparan kisah berbentuk cerita biasa yang diselangi mitos – lagenda.
- R.G. Collingwood ( Ahli Falsafah Sejarah ) menyatakan bahawa zaman klasik awal
disifatkan sebagai separa-sejarah kerana :
a) Tiada bentuk penyelidikan
b) Tiada tarikh dan bukti kejadian
c) Watak lebih banyak berbentuk kedewaan
- Hans Meyerhoff menyatakan zaman klasik tidak wujud sejarah
- Ideanya telah ditentang kerana zaman kesedaran sejarah pada zaman dahulu adalah berbeza.
- Kita sepatutnya meletakkan diri sendiri pada zaman dahulu.
Herodotus ( 484 – 425 M.S. )
- Zaman klasik – Historiografi ditulis sejak abad 5 S.M.
- Lahir di Halicarnassus menjelang Perang Parsi.
- Karya Histories mengenai Perang Parsi dan Yunani (Dalam Perang ini Greek Menang)
- Tujuan mengarang :Mengungkapkan peristiwa yang telah berlaku supaya kekal dalam
ingatan
# Kaedah Penyelidikan =
- Mengembara ke negara-negara yang terlibat dalam peperangan , seperti Babylonia , Mesir ,
Phonesia , Syria , Libya , Parsi dll.
Tujuan :
- Untuk meninjau kehidupan dan budaya
- Menemu duga orang-orang yang terlibat atau saksi yang masih hidup dan terlibat dalam
peperangan , seperti tentera dan paderi.
- Melawat sendiri tempat pertempuran
- Merujuk bahan bertulis seperti Babad Greek , karya Hecateus , epik Illiad dan Odessey ,
Guide to the Mediterranean , Geneologies dan lain-lain.
- Memasukkan aspek mitos-lagenda , ketakdiran dan kemanusiaan.
Thucydides ( 456 – 396 S.M. )
- Tokoh Sejarah selepas Herodotus
- Asal keluarga bangsawan , menjadi ahli poltik dan jeneral bagi tentera Athens.
- Karya Peloponesian War : Menceritakan konflik antara Athens dan Sparta yang membawa
peperangan besar , iaitu Perang Saudara dalam Greek.
- Athens campur tangan dalam urusan Corcyra dan Potidaea yang merupakan sekutu Corinth.
- Athens telah menerima Corcyra sebagai sekutunya dan memaksa Potidaea meruntuhkan
tembok pertahanan serta menyerahkan tebusan.
- Apabila paksaan ditolak , Athens bertindak mengepung Polidaea.
- Athens menutup semua pelabuhannya kepada kapal-kapal negara perang ekonomi terhadap
sekutunya.
- Corinth tidak puas hati dengan Athens dan memberi amaran bahawa ia akan menarik diri
daripada Liga Peloponnesos serta mencari perikatan lain.
- Sebahagian besar dalam Liga mendesak Sparta menyerang Athens.
- Thucydides bersikap kritis terhadap sejarah yang telah berlaku dan memisahkan diri
daripada aspek mitos lagenda dan benda berkaitan ketuhanan.
Kaedah Penyelidikan
Thucydides ( 456 – 396 S.M. )
1. Pengalaman sebagai Jenderal
- Ketua Tentera / Susun Strategik
2. Menemuramah Rakan-Rakan Tenteranya , Pemimpin Athens
- Pericles , Cleon , Alcibiades dan lain-lain tentang strategi dan taktik peperangan
3. Dokumen kerajaan dan tentera , babad Yunani & Sastera
- Mementingkan ketepatan , pertalian tajuk kajian , penyebaban bersifat humanisme
- Meletakkan manusia sebagai agen Sejarah ( Pelaku Sejarah )
# Para pengikut Herodotus dan Thucydides adalah Polybius , Julius Caeser , Xenophon ,
Sallust , Livy , Tacitus dan lain-lain.
Zaman Pertengahan
# Waktu Empayar Rom
- Zaman Nero ( Ajaran Pagan diamalkan ) berlakunya penyeksaan terhdap penganut Kristian
yang tidak taat kepada Maharaja
- Aktiviti agama Kristian dilakukan dengan sulit
- Constantine memeluk Kristian pada 313 M dan agama Kristian berkembang pesat
- Pada Abad Ke-3 dan Ke-4 , persaingan hebat telah berlaku antara tokoh Pagan dengan
Kristian untuk mencari pengaruh sehingga timbulnya tuduh menuduh
- Bagi golongan Pagan , kemunculan Kristian menggugat agama mereka dan mereka
berpendangan masyarakat tidak menghormati agama mereka akan menyebabkan kemarahan
dewa-dewi
St. Augustine ( 354 – 430 M )
- Lahir di Tagasta , Afika Utara. Ayah merupakan Penganut Pagan , manakala Ibu
merupakan Penganut Kristian.
- Mahir dalam bidang bahasa dan kesusasteraan , belajar retorik , drama dan teater
- Umur 19 , membaca karya Cicero ( Pemidato & Negarawan Rom )
- Ikuti beberapa ajaran sebelum menganut Kristian
- Menghasilkan karya De Ciritas Det / City of God dengan rujuk sumber utama , iaitu Kitab
Bibble
- Tujuan Penulisan :
i. Mempertahankan agama Kristian ( Berlaku konflik dengan Pagan )
ii. Mengkritik institusi kerajaan empayar Rom di bawah Constantine & Theodosius
iii. Menyelar dan menentang golongan menyembah banyak Tuhan lain termasuk Maharaja
- Karya-karya yang lahir bersandarkan agama Kristian semata-mata
- Keutamaan : Persoalan Ketuhanan dan Kerohanian
- Karya 22 jilid dapat mengubah pandangan Eropah sehingga masyhur dan mempengaruhi
para sejarawan selepasnya seperti Eusibius , Paulus Orusius , Bede dan lain-lain
- Tulisan berbentuk epik Teologi
- Ahli falsafah dan teologi berpendapat bahawa Tuhan sebagai perancang dan manusia
sebagai pelaksana. Mereka yang beriman kepada Tuhan akan aman damai. Yang engkar akan
mendapat balasan buruk
- Kitab Bible menjadi sumber utama Historiografi
- Sejarah penting kerana mempunyai keagamaan dan kerohanian
# Persoalan Sejararawan Sekular :
- Jika semuanya buatan Tuhan , mengapa Nero yang kejam menjadi Maharaja ?
- Di manakah kebebasan manusia ?
Zaman Gelap Sebelum Renaissance
Kemerosotan Gereja
- Pada Abad Zaman Pertengahan , Pihak Gereja menjadi golongan bangsawan dan
memegang pemerintahan serta kuasa politik
- Ini menimbulkan tentangan daripada Istana , terutamanya Raja England I dan Raja Philip
kerana tuntutan gereja yang berlebihan
- Rakyat mempersoalkan hak dan keistimewaan golongan gereja
- Paus Boniface VIII melarang paderi membayar cukai dan ugut putera raja yang menuntut
cukai dilakukan dengan hukuman keluar agama
- R.Philip dan rakyat bangkit menentang
- Paus yang baru tinggil di Franas. Sistem cukai baru diperkenalkan
- Golongan terpelajar telah lahir , yang dikenali sebagai protestan ( Martin Lurther )
mengecam golongan gereja
Zaman Renaissance
- Kelahiran / Pemulihan Semula
- Sidney Pollard : Zaman Pembaharuan telah mencabar dan menghancurkan Zaman
Kegelapan
- Muncul Gerakan pembaharuan yang berpusat di Wilayah Florence , Utara Semenanjung
Itali
- Bagi mereka , hidup di bawah perlindungan gereja adalah tidak bebas dan maju
- Kehidupan sekular telah lahir , iaitu kehidupan yang sangat mementingkan keduniaan
semata-mata
- Kehidupan dunia harus dipupuk dan dinikmati sepenuhnya dan alam akhirat tidak
bermakna
- Setiap pekerja perlu menjadi seorang yang mahir dan belajar kemahiran
- Pada Abad Ke-11 , berlakunya pemulihan ekonomi , pertambahan penduduk dan
pembukaan tanah untuk pertanian dan perdagangan
- Venice muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Eropah Selatan
- Membekalkan bahan mentah ke Konstantinopel
- Membawa balik barangan mewah Timur untuk diagihkan ke Barat
Pengaruh Islam di Eropah
- Kemasukan Islam di Semenanjung Itali melalui perdagangan
- Perdagangan antara Eropah dengan Timur berjalan baik walaupun Pisa dan Genoa cuba
menyingkirkan kapal-kapal Islam dari barat Mediterranean dan mengambil alih perdagangan
di kawasan ini
- Bahan dagangan utama Eropah adalah kulit binatang dan kain bulu. Manakala bahan
dagangan dari Timur adalah sutera , gula dan rempah-ratus
- Perhubungan perdagangan memberi peluang kepada mereka melihat cara kehidupan orang
Islam dan tidak mengongkong umatnya
- Mereka bertindak tidak mengindahkan ajaran dan amalan Kristian. Mereka rajin bekerja
untuk kesenangan duniawi
- Lahirlah nilai materialisme , sekularisme dan individulisme
- Perubahan social telah mula berlaku di bandar dan kampung
- Sekolah sekular bertambah walaupun pada awalnya dikawal oleh gereja
- Pusat Pendidikan tinggi didirikan dan memerlukan pentadbir untuk mengurus serta
mengawal urusan pentadbiran
- Pada abad ke-11 sehigga abad ke-13 , terdapat banyak universiti yang ditubuhkan , seperti
Universiti Cambridge , Universiti Paris dan lain-lain
- Golongan falsafah dan sejarah : Thomas Aquinas , Thomas More , Machiavelli dan lain-
lain
- Mereka menulis karya menentang agama dan mewujudkan kebebasan keselamatan
- Thomas Aquinas : Kuasa asal berpunca daripada pengaruh falsafah Greek tetapi Zaman
Pertengahan kuasa akal tidak dititikberatkan kerana perlu ikut kuasa Tuhan
- Falsafah dan teologi perlu dipisahkan tetapi tidak menolak kebenaran Tuhan
- Kuasa akal tidak harus mengatasi kuasa Tuhan , kerana jika kuasa akal mengatasi kuasa
Tuhan , maka ia akan membantutkan usaha kemajuan
Historiografi Zaman Renaissance
- Pada abad ke-15 dan ke-16 , lahirnya sarjana Humanisme yang tidak sealiran dengan
sejarawan Kristian , namun mereka tidak menolak agama Kristian 100%
- Bermula di Itali , tetapi kemudiannya berpindah ke Yunani akibat diserang oleh Turki
- Ilmu Yunani dan Sastera mendapat perhatian utama
- Konsep baru dalam penulisan :
a) Mengetepikan Pendekatan Agama : Bersifat sekular dengan menekankan sejarah bangsa ,
negara kota , hubungan antarabangsa , peperangan dan pencapaian
b) Bersifat sainstifik : Tidak bergantung kepada kitab-kitab Bibble semata-mata tetapi lebih
merujuk kepada dokumen kerajaan
- Ciri ini dapat dikesan dalam karya Sejarah Islam
- Leonardo Bruni & Friance Guicciardini
- Menekankan kegiatan politik dan asal-usul France
- Kertas-kertas peribadi kerabat diraja ( rapat dengan raja )
- History of Florence
- Tulisan berbentuk analisis ( sebab dan akibat )
- Gerakan Humanis berlegar dalam sebilangan golongan intelek di Florence - Athens of the
Middle Ages
- Mereka menumpukan kajian teks Injil baru dengan membetulkan kesalahan dari Injil
berbahasa Latin di Zaman Pertengahan
- Manuskrip lama di biara , bilik bawah tanah dan stor biasa dikumpul dan disalin semula
- Guru-guru mengajar anak-anak bangsawan , baik lelaki dan perempuan untuk menguasai
semua ilmu pengetahuan
- Mewujudkan gagasan baru : Humanisme , Individulisme dan Kritikal yang membawa
Perubahan Politik , Ekonomi dan Sosial
- Berlakunya Perubahan Masyarakat
- Kehadiran mesin cetak dan banyak buku diterbitkan pada abad ke-15
- Bandar Florence menjadi pusat pembelajaran baru dan Universiti ditubuhkan
- Masyarakat pelbagai golongan mula membaca , menulis dan mengira
- Kesenian dipentingkan
Pandangan Sarjana
- Frederick B Art : Pendekatan Sejarawan Humanis lebih bersifat humanis
- Baginya , Sejarawan Itali = Pengasas Pensejarahan Moden lebih menolak kepada
Pensejarahan St Augustine
Persoalan , adakah ciri-ciri tersebut merupakan suatu karya perubahan ?
H.E Barnes : Pendekatan France Guicciardini bukan suatu sumbangan baru tetapi lebih
kepada memulihkan cara karya pensejarahan Yunani-Rom
- Beliau masih meneruskan pendekatan sejarah bersifat politik , peperangan dan perebutan
kuasa yang pernah dikaji oleh sejarawan Yunani
Zaman Kesedaran
- Pada abad ke-18 / Zaman Pencerahan ( Age of Mason ) , Aifklarang merupakan pelopor
utama idea pada zaman itu
- Golongan philosopher yang moden dan sekular telah muncul
- Menentang idea golongan gereja
- Memperkenalkan pendekatan baru dan sekular dalam penulisan Sejarah
- Tokoh : Vico , Voltaire , Turgot , Hume , Montesquire , Condorcet , Gibbon
Giambattisca Vico
- Tokoh antara Zaman Renaissance dan Kesedaran : Terlalu mementingkan sejarah tulen
daripada para philosopher
- Karya Science Nonne ( Sains Baru ) : Teori baru dan tidak menganggap sejarah sebagai
samar-samar tetapi perlu dikaji untuk penulisan masa kini dan akan datang
- Menghidupkan Teori Yunani sebagai satu kitaran : Kebangkitan , Kemajuan ,
Kedewasaan , Kemunduran , Kejatuhan bangsa / peradaban
- Setiap tahap akan bergerak dan berulang tetapi yang berulang adalah konsep bukan
Voltaire
- Pengasas dan pendukung utama golongan philosopher
- Karya : Essays on Manners , The Age of Lonis XII
- Tujuan : Kebebasan pemikiran masyarakat supaya dapat perbaiki kehidupan yang lebih
maju
- Memaparkan sejarah sejagat , tidak pentingkan mana-mana bangsa dan agama
- Memberi tumpuan kepada perkembangan yang menandakan kemajuan ke arah
penyempurnaan hidup
- Baginya , sifat manusia ditentukan oleh interaksi antara pelbagai faktor seperti iklim ,
kesuburan tanah dan corak kerajaan
- Zaman Enlightment : Guna Akal
- Meneliti kelemahan pensejarahan silam yang berkonsepkan mtos dongeng dan
kepahlawanan
- Membuat perubahan dan pendekatan baru dalam historiografi
Konsep Karya Voltaire
- Pokok persoalan : Sejarah berbentuk sekular
- Mengkaji faktor-faktor penting sesuatu peristiwa dan menggabungkan aspek rasional
dengan aspek sainstifik
- Skop lebih luas : Merentas Sempadan
- Mementingkan pembuktian
- Bersifat objektif
Condorcet 1743 – 1794
- Ahli falsafah dan matematik bangsa Perancis Abad Ke-18 = Golongan Encyclopedia
- Pengikut Voltaire yang setia dan merupakan pemiir utama Zaman Kesedaran
- Beliau percaya dengan idea kemajuan setelah melihat penjajahan , perhambaan dan
ketidakadilan
- Karya Sketch for a Historical Picture of the Progress of the Human Mind (1793)
- Memperincikan idea Voltaire
- Idea kemajuan dibawa dalam Zaman Kesedaran
Pandangan Sarjana
- Carl Becker : Zaman Kesedaran adalah penerus bagi Zaman Pertengahan dan Zaman
Pembaharuan kerana terdapat banyak falsafah Kristian di dalam penulisan mereka
- Golongan Philosopher masih bergantung kepada karya St Augustine walaupun mereka
cuba membuat pembaharuan dengan menghapuskan pandangan berbentuk keagamaan
- R.G Collingwood : Philosophers tidak mengutarakan pandangan sejarah sebenar
- Mereka bersifat anti sejarah warisan lalu terputus aspek-aspek penerusan , seperti bahasa ,
budaya , kehidupan harian dan lain-lain
- Peter Gay : Anggap pandangan Becker bersifat umum tanpa mengemukaka bukti yang
cukup kukuh
- Zaman Kesedaran berbeza dengan zaman sebelumnya , mempunyai ciri tersendiri dari segi
idea dan pemikiran
- Tholfesea : Zaman ini memperkasakan pendekatan moden terhadap sejarah
Zaman Romantik
- Reaksi dan penolakan terhadap idea dan amalan akibat daripada perjuangan golongan
philosophers
- Golongan philosopher telah menyebabkan masyarakat tidak mementingkn nilai-nilai baik
- Orang-orang Jerman dan Eropah tidak mahu diperanciskan ( Tidak mahu dijajah dari segi
nilai dah )
- Edmund Burke ( Reflection on The French Revolution )
- Rousseau : Pengasas Gerakan Romantik & Golongan Philosophers
- Tokoh Romantik : Johann Gottfried , Herder , Hegel dan lain-lain
Zaman Moden
- Peranan Universiti Gottingen di Jerman : Sejarah menjadi satu disiplin akdemik
- Suasana yang mendorog perkembangan Universiti Gottingen
i) Kebebasan Akademik
ii) Kemudahan Asas
ii) Cuti Sebatikal
iv) Pengaruh Sosial
- Tokoh Universiti Gottingen : J.L Mosheim , A.L Schlozer , Christoph Gatterer
- Tokoh Universiti Berlin : L.Von Ranke , G.B. Niebuhnr , W.Von Humbolt ( awalnya
mengajar di Universiti Gottingen )
Pendekatan Ranke
- Karya : Histories of the Latin dan Germanic Nations from 1494 – 1514 (1825)
- Profesor Sejarah di Universiti Berlin , Jerman
- Bapa Pensejarahan Moden – Membawa idea baru dalam bidang pensejarahan
Leopold Von Ranke
- Mengutamakan sumber primer
- Menekankan objektiviti
- Menumpukan kajian sainstifik
- Aepek Sejarah Nasional dan Resional ditumpukan
- Sejarah politik penting : Negara perlu kuasa untuk memerintah rakyat. Pemimpin harus
berkebolehan dan berakhlak
- Tujuan umum pengkajian Sejarah : Mewujudkan sesuatu peristiwa itu seperti sebenar-
benarnya ia telah berlaku
- Bersikap kritis terhadap penghasilan karya Sejarah dan sumber Sejarah untuk tentukan
ketulenan Sejarah
Konsep Sejarah Awal di Alam Melayu
- Pandangan sarjana : Heideggar , Mark Gilderhus dan lain-lain
- Menyatakan kesedaran sejarah awal muncul setelah terciptanya sistem tulisan
- Pandangan lain : Agama
- Kesedaran Sejarah Awal Alam Melayu muncul sebelum Islam
- Zaman Hindu : Tulisan Melayu Kuno – Tulisan Palawa dari India Selatan dan Dewanagari
atas prasasti ( batu bersurat )
- Isi kandungan : Peristiwa Sejarah , Peraturan Negara , undang-undang serta pantang larang
dalam kerajaan Abad Ke-7
Agama Buddha
- Karya Nagarakrtagama ( Riwayat Sebuah Dinasti yang Cemerlang ) , karangan Prapanca
- Isi kandungan : Ajaran Buddhisme yang dianuti oleh Raja Krtanagara dari Kerajaan
Singasari , kisah Penaklukan ke atas Bali , nama raja-raja Majapahit
Alat Penulisan
1. Batu Bersurat
- Cth : Batu Bersurat Kedukan Bukit
2. Alat Penulisan lain :
- Kepingan buluh , daun lontar , daun nipah , kulit binatang , kain , kertas dan lain-lain
Karya-karya Tempatan
- Tumpuan terhadap ilmu agama dan sejarah
- Tulisan Jawi diperkenalkan untuk pembacaan al-Quran dan kitab agama
- Penterjemahan karya pensejarahan Islam : Hikayat Iskandar Zulkarnain , Hikayat
Muhammad Hanafiyyah , Hikayat Amir Hamzah , Hikayat Raja Khandak
- Diterjemah ke dalam bahasa Melayu sehingga menjadi terkenal di Alam Melayu pada abad
ke-15
Hikayat Iskandar Zulkarnain
- Karya terkenal disusun oleh pujangga Arab al-Suri di Iskandariah pada abad ke-2
- Karya tertua di Alam Melayu : Ditulis sebelum pembentukan Kesultanan Melayu Melaka
- Paparan : Kehebatan Iskandar Zulkarnain yang merupakan seorang Raja Rom berketurunan
Raja Parsi dan Pemegang Hegemoni Timur dan Barat
- Kisah mengenai Iskandar Zulkarnain : Kisah dongeng yang popular dalam tradisi Arab
sebelum kedatangan Islam selain kisah Ashab al-Kar
- Beliau dianggap telah menyebarkan agama Nabi Ibrahim sehingga sampai ke India
- Karya ini dipercayai telah disalin daripada versi bahasa Arab Parsi ke dalam bahasa
Melayu
Pengaruh Hikayat Iskandar Zulkarnain
- Kisah kegagahan Iskandar Zulkarnain terdapat dalam beberapa karya Melayu awal , seperti
Sejarah Melayu , Hikayat Palembang , dan Hikayat Sultan Iskandar Zulkarnain
- Sejarah Melayu : Bahagian awal Sejarah Melayu , salasilah raja-raja Melayu disusur galur
kepada Iskandar Zulkarnain , nama raja-raja Melayu guna gelaran Iskandar
- Taj as-Salatin : Cerita mengenai sikap seorang utusan yang membawa surat daripada Raja
Dara. Utusan tersebut telah melakukan khianat terhadap rajanya
Hikayat Amir Hamzah
- Dikarang dalam bahasa Parsi pada Abad Ke-11
- Perjuangan dan peperangan syahid yang dijalankan oleh Amir Hamzah dalam menyebar
serta meluaskan agama Nabi Ibrahim
- Watak utama : Bapa saudara Nabi Muhammad SAW , iaitu Saidina Hamzah yang
dipercayai hidup selama 180 tahun dan syahid dalam peperangan Uhud
- Pahlawan yang hebat dan sentiasa menang
- Wujud persamaan antara Hikayat Amir Hamzah dengan Sejarah Melayu. Misalnya , nama
Raja Nursyirwan Adil ( Raja Negeri Parsi ) yang dikatakan seorang raja di negeri Masyrik
dan Magurib terdapat dalam kedua-dua karya
Hikayat Muhammad Hanafiyyah
- Saduran daripada karya asal berbahasa Parsi
- Tentang ketenteraan yang diketuai Hasan dan Husin ( Anak Saidina Ali ) dalam menentang
Muawiyah
- Winstedt : Hikayat ini telah berada di Acheh sejak abad ke-15 dan awal abad ke-16 lagi.
Kemudian ia telah dikumpulkan oleh Pieter Floris Alias Van Elbinck yang berada di Acheh
pada tahun 1604 dan di Patani pada tahun 1612
- L.F Brakel dan Von Ronkel : Hikayat Maha Hanadi versi Melayu telah diterjemahkan
daripada versi Parsi
- Persamaan denan Hikayat Raja-Raja Pasai , terutama dari segi pembukaan katanya :
Doksologi
Kedudukan Manuskrip Melayu Di Serata Dunia
- Tulisan Jawi berbahasa Melayu
- Belanda paling banyak ada manuskrip Melayu , dan disusuli dengan Indonesia dan England
Karya-Karya Pensejarahan Awal
Tempatan : Hikayat Raja-Raja Pasai , Sejarah Melayu , Misa Melayu , Hikayat Siak , Hikayat
Acheh , Tuhfat al-Nafis , Silsilah Melayu dan Bugis , Bustan al-Salatin dan lain-lain
Sejarah Melayu
- Disalin dan disusun semula oleh Tun Seri Lanang pada 12 Rabi’ul-awal 1021 H
( 13 Mei 1612)
- Diperintahkan oleh Sultan Abdullah Maayat Shah
- Kaedah Penyelidikan :
a) Lisan
b) Tulisan
c) Pengamatan dan pengalaman
Tun Seri Lanang
- Tun Muhammad. Lahir pada tahun 1565. Ibu : Tun Ganggang. Ayah : Orang Kaya Paduka
Raja , Tun Ahmad
- Paduka Raja : Bendahara XIV di dalam Kerajaan Johor-Riau
Sewaktu Tun Seri Lanang Di Acheh
- Pada tahun 1613 , Acheh menyerang Johor dan Pahang sekitar tahun 1617
- Johor kalah : Sultan Alauddin Riayat Shah II , Raja Abdullah , Tun Seri Lanang dan para
pembesar ditawan ke Acheh
- Menjadi Pemerintah Wilayah Samalanga di bawah Zaman Sultan Iskandar Muda , Sultan
Iskandar Thani dan Ratu Safiyatuddin
- Berkenalan dengan Sheikh Nuruddin ar-Raniri , Tun Acheh , Tun Burhat , Hamzah Fansuri
, Sheikh Shamsuddin al-Sumatrani dan lain-lain
- Nuruddin pernah berhubung dengan Tun Seri Lanang ketika mengarang Bustan al-Salatin
- Membiayai urusan mengembangkan Islam dengan menggunakan harta dan tanahnya di
Kota Blang , Samalanga
- 48 tahun di Acheh dan makamnya do Samalanga
Struktur Penulisan
- Memasukkan doksologi dalam Muqaddimah
- Penggunaan tahun hijrah dan masa tradisional
- Wasiat berbentuk nasihat agama
- Nilai-nilai Islam : Akhlak Pemimpin
- Tiada nama pengarang : Percanggahan timbul di kalangan sarjana
Mengapa tiada nama pengarang ?
a) Kerendahan diri
b) Karya milik Raja
c) Telah dikenali
d) Bukan matlamat utama
Bustan al-Salatin
- Karya ditulis dalam tulisan Jawi : 7 bab ( 1 bab 1 buku ) yang membincangkan tentang
agama Islam dan hokum-hakam
- Bab kedua terutamanya fasal ke-12 dan fasal ke-13 mengandungi unsur sejarah
Naruddin ar-Raniri
- Dari Ranir , daerah Gujerat , India pergi ke Acheh sekitar abad ke-17
- Ke semua Tanah Melayu untuk memperdalamkan ilmu bahasa Melayu dan meneliti
Hikayat Iskandar Zulkarnain , Taj al-Salatin dan Sejarah Melayu
- Menjadi ulama terkenal semasa zaman Sultan Iskandar Muda dan Sultanah yang seterusnya
Isi Kandungan Bustan al-Salatin
- Kejadian Alam , Sejarah Nabi , Kisah Raja Iskandar Zulkarnain
- Sejarah Perkembangan Islam di luar Tanah Arab , seperti India dan Tanah Melayu
- Kisah Raja-Raja Melayu , terutamanya Raja-Raja Acheh pada abad ke-17
- Karyanya bersifat sejarah dan keagamaan
- Rujukannya : Taj al-Salatin , Sejarah Melayu
Hikayat Acheh
- Karya Ke-3 Tertua selepas Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu
- Tiada nama pengarang dan tarikh karya ini dikarang
- Hampir semua bahagian awalnya telah hilang
- Dikatakan telah dikarang oleh Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani : Ulama besar dan juga
jurutulis (pengarang) Istana Acheh pada abad ke-7
- Ditulis atas perintah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Syah
- Tujuan : Agungkan ketokohan Sultan Iskandar
- Sebahagian besar isi kandungannya mengenai keagungan dan kemasyhuran baginda
Misa Melayu
- Pengarang : Raja Chulan ( Anak kepada Raja Abdul Hamid )
- Terkenal dan mahir dalam undang-undang negeri
- Misa Melayu dikarang selepas kemangkatan Sultan Iskandar Shah ( 1756 – 1770 )
- Pendekatan prosa dan puisi
- Isi kandungan :
i) Raja-Raja Perak Awal : Sultan Muzaffar Shah III , Sultan Muhammad Shah , Sultan
Iskandar Shah
ii) Ketokohan Sultan Iskandar Shah
Hikayat Siak
- Disalin oleh Tengku Said ( anak Raja Akil ) pada 1855 M setelah 6 tahun kemangkatan
Raja Ali
- Tokoh Siak. Pemimpin Minangkabau yang pro-British dan Belanda. Mendapat takhta
kerajaan di Sikudana , Borneo Barat
- Dikarang atas arahan von de Wall ( Penolong Residen di Sukadana dan kemudiannya
naskhah ini telah menjadi miliknya
- Keterangan tentang Kerajaan Siak pada abad ke-18
- Disalin oleh Muhammad Nuruddin , Acheh di Betawi pada tahun 1893
Silsilah Melayu dan Bugis & Tuhfat al-Nafis
- Pengarang : Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad
- Silsilah Melayu dan Bugis diusahakan pada 28 Ogos 1863
- Pengembaraan dan kegiatan politik opu-opu lima bersaudara sejak awal kedatangan
sehingga menyebarluaskan pengaruh di Johor
- Bersifat Bugis-Centric
- Pendekatan Sejarah : Bentuk prosa dan puisi , terutamanya syair
Tuhfat al-Nafis
- Meletakkan Melaka sebagai Pusat Alam Melayu
- Isi kandungan :
a) Salasilah raja-raja Melayusehingga Melaka diserang Portugis
b) Pembentukan Kerajaan Johor Riau sehingga Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
c) Perjanjian Inggeris Belanda 1824
d) Pemerintahan Keluarga Temenggung sehingga Pemerintahan Sultan Abu Bakar di Johor
e) Pemerintah baru keluarga Bendahara dan kemasukan Bugis ke Johor
Kaedah Penyelidikan dan Pemikiran
- Kaedah Penyelidikan :
a) Lisan
b) Penulisan
c) Pengamatan dan Pengalaman
- Mengaitkan proses pergerakan sejarah dengan peranan Tuhan dan manusia
- Menasihatkan pemimpin agar sentiasa mengingati Allah swt , mendalami ilmu pengetahuan
agama , memberatkan urusan agam dan akhirat
- Pengaruh daripada karya al-Ghazali
Objektviti – Ketepatan / Fakta / Bukti / Sumber Primer – Ranke & Pengikut
Objektiviti
- Leopold Von Ranke : Bapa Pensejarahan Moden
- Slogannya : Menulis seperti sebenar-benar telah berlaku
- Paparan Sejarah mestilah tepat , benar , tulen dan betul
- Menggunakan peraturan dan kesahihan sumber
- Berdasarkan penyelidikan rapi
- Ranke dan para pengikutnya sangat menekankan objektiviti , iaitu sumber mestilah tepat
dan tulen
- Rankes School : Aliran Ranke
- Sejarah tidak boleh diseleweng daripada propaganda politik , agama sezaman , dan juga
pengaliran moral
- Pengaliran Moral : Penulis itu menulis ikut diri sendiri / Perspektif diri sendiri
- Apabila kaedah ini cuba diperkenalkan , ramai ahli akademik dan ahli sejarah bersetuju
- Namun , golongan Relatif menentang
- Dakwaan : Kecenderungan kepada penulisan sendiri , hanya menulis apa yang dia tahu
sahaja , mana mungkin penulis benar-benar tahu dan mengalami peristiwa itu
- Tidak mungkin seorang sejarawan boleh menulis dengan sempurnanya
- Berlaku pergeseran antara 2 pihak
- Akhirnya mereka tidak mengakui Sejara ditulis secara objektof : berlaku tafsiran sendiri
- Cth : Kar Beker
Pentafsiran Sejarah
- Pentafsir : Dilakukan oleh ahli Sejarah , diri kita sendiri dan semua orang
- Tafsiran pula dilihat kepada latar belakang pentafsirnya. Jika bukan orang sejarah , maka ia
akan merujuk kepada kaca mata orang bukan sejarah
- Tafsiran / Pandangan orang politik & ekonomi & social tidak sama
- Tafsiran boleh dilakukan oleh semua orang
- Tafsiran boleh bersifat sekular , keagamaan , agresif , materialistic dan individulistik
- Budaya mereka juga turut akan mempengaruhi tafsiran
- Fahaman dan keagamaan serta kepentingan tertentu mampu menyebabkan pemesongan
sejarah berlaku
- Sebagai seorang pentafsir , mestilah jujur , tidak ikut emosi , dan tidak ikut kesukuan
- Jangan ikut karya dahulu yang agungkan raja-raja sehingga membawa kepada berlebihan
Sebab Pentafsiran Dilakukan :
- Mewujudkan gambar
Kecenderungan
- Cenderung kepada mana-mana pihak // berat sebelah
- Ibnu Khaldun : 3 perkara yang menyebabkan sukarnya seseorang bebaskan diri daripada
berat sebelah dan bersikap cenderung
i) Sentiasa dibatasi dengan emosi dan lingkungannya / Sikap peribadi seseorang
ii Suku dan bangsa yang diwakilinya
iii) Budaya persekitarannya
Rumusan = Sukar bersifar objektiviti secara mutlak
Sumber
- Makna: Punca / bahan rujukan bagi sesuatu penulisan / kajian
- Adakah sumber sama erti dengan bukti ?
i) Sumber berbeza dengan bukti
ii) Sumber yang menyediakan bukti / keterangan / fakta berkenaan sesuatu yang dikaji
- Mengapa sumber tidak dapat bertahan ?
i) Cuaca : Iklim yang panas lembab
ii) Kebakaran : Kapal The Fame ( Stamford Raffles ) , Istana Sultan Mansur , karya Hamzah
Fansuri Acheh
iii) Tiada langkah penjagaan awal yang rapi
iv) Peperangan : Perang di bandar Smyma ( Turki ) , Portugis 1511 dan lain-lain
Proses Penyelidikan Sumber
1. Heuristik
- Mencari / menemukan bahan / sumber sejarah
- Tugas hari ini : Diambil alih oleh pihak arkib / perpustakaan dan lain-lain
Jenis Sumber
1. Lisan
- Keterangan mulut dari orang pertama / keterangan kedua
2. Tulisan
- Pelbagai tulisan dicatat seperti atas kertas , kayu , buluh , tulang , daun lontar , kepingan
logam dan lain-lain
3. Berbentuk
- Batu bersurat , tinggalan monument , artifak , nisan dan bangunan
Sumber
1. Keterangan Lisan Pertama / Proto
- Merasai pengalaman / terlibat secara langsung
- Orang yang menyaksikan sahaja peristiwa tersebut tetapi tidak terlibat
2. Keterangan Kata dengan Lisan
- Diperoleh melalui orang kedua yang mendengar daripada orang pertama
- Lama-kelamaan menjadi khabar angin
# Khabar angin menghadapi 2 kemungkinan :
- Tersebar luasa dan menjadi tradisi lisan
- Tidak tersebar luas penuturannya dan ia akan hilang
3. Keterangan Tradisi Lisan
- Terkawal & Tidak terkawal
Sumber Tulisan
1. Sumber Kerajaan
- Rekod-rekod kerajaan , laporan , surat kementerian / badan berkanun , fail-fail dan lain-lain
2. Sumber Swasta
- Rekod dewan perniagaan , parti politik , pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , sekolah
persendirian dan lain-lain
3. Sumber Peribadi
- Surat peribadi , buku catatan harian dan lain-lain
Pembahagian Sumber
1. Sumber Primer / Utama
- Sumber yang masih dalam keadaan asli dan belum ditafsir / belum lengkap
- bahan mentah ( raw material )
- sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan
- Contoh : surat rasmi , surat tidak rasmi , diari , catatan dan laporan harian , laporan saksi
pertama , dokumen dan lain-lain
2. Sumber Sekunder / Kedua
- Karya yang telag diproses berdasarkan bahan mentah , laporan saksi pertama
Kritikan Sumber
- Kaedah / Teknik untuk menguji kebenaran / ketulenan sesuatu sumber
- Sejarawan Islam : Dilakukan sejak tahun pertama kelahiran negara Islam ( abad ke-7 M )
- Kritikan sumber : merupakan topik utama perbincangan ilmu-ilmu Islam , terutamanya al-
Quran dan Hadis
- Kaedah : mengumpul semua sumber tersebut , mengkritik dan membanding-bandindkan
ayat al-Quran dan hadis yang bercanggah
- Perawi : kuat ingatan , adil ( jujur )
- Kaedah ini digunakan oleh Sejarawan Islam
- Di Eropah , kaedah kritikan sumber dicipta untuk mengesan kebenaran daripada sumber
asli ( abad ke-17 )
- Gambaran saksi / penulis silam harus disahkan mengikut lunas kerasionalan
- Faktor kritikan dibuat : Pemalsuan sumber untuk tujuan politik dan mendapatkan wang
- Kes “ Donation of Constantine ” : Paus menuntut kawasan yang diperintah Maharaja
Constantine pada abad ke-8 dengan mengemukakan surat atas nama Maharaja
- Pemalsuan dokumen ini dikesan pada abad ke-15
Kritikan Luaran
- Pembahagian : Kritikan luaran dan dalaman
- Tujuan : Melihat ketulenan dan keaslian sumber dari sudut luarannya
- Ujian terhadap tulisan tangan dan bahasa sama ada sesuai dengan masa atau zaman ditulis –
ahli paleografi dan filologi diperlukan
- Ujian kimia : Menentukan usia kertas , dakwat , cap , gam dan bahan-bahan lain yang
digunakan – ahli kimia diperlukan
Isu Buku Harian Hilter
- Majalah Stem – 62 jilid buku harian Hilter ( 1933 – 1945 )
- Dokumen diselamatkan oleh seorang pemimpin Nazi dan menyerahkan kepada wartawan
Gerd Heidemann
- Harga : 9 juta mark ( RM 8.33 juta ) beli dan terbit buku tersebut
- Akhbar – Sunday Times mengarahkan Prof Hugh Treveo Roper ( Oxford University ) bagi
memastikan ketulenan
- Sejarawan mendesak pengurus Stem membenarkan pakar arkib menjalankan ujian rapi
- Ujian kimia ke atas dakwat , kertas dan bahan penjilidan tidak digunakan pada zaman
Hilter tetapi selepas kematiannya
- Stem dan Sunday Times membatalkan penerbitan catatan daripada sumber tersebut
Kritikan Dalaman
- Tujuan : Menentukan kemunasabahan isi kandungannya
i. Latar Belakang Penulis
ii. Masa dan Tempat
iii. Rasional
iv. Percanggahan
v. Bahasa : Melihat maksud penulisan , niat dan pemikiran penulis
Isu Marco Polo ke China
- Toynbee : Marco Polo singgah di Istana Kublai Khan setibanya di China
- Karya Farnces Wood : “ Did Marco Polo to China ” : Tiada bukti kedatangan Marco Polo
ke China
i. Tiada satu rekod kehadiran Marco Polo ke China
ii. Tiada kenyataan : budaya makanrakyat China menggunakan penyepit , tradisi mengikat
kaki dan minuman the
iii. Tiada kenyataan tentang sahabat / sesiapa yang ditemaninya sepanjang pelayaran ke
negara China
iv. Tiada kenyataan tentang Tembok Besar China yang merupakan mercu tanda bagi negara
China
v. Sudut geografi China yang dibuatnya kurang tepat dan salah
Ilmu Bantu Dalam Sejarah
- Sejak akhir Perang Dunia Kedua , disiplin sejarah kritis menggunakan pendekatan ilmu
sosial atau juga dikenali sebagai pendekatan inter-disiplin
- Jean Mabillou membawa perubahan dalam metodologi sejarah dan kenal pasti kesilapan
dan fakta yang bertentangan dengan peristiwa yang sebenarnya berlaku
- 1929 , sejarah bentuk baru bermula di Perancis : gabungkan sejarah dengan ilmu sosial lain
- Sejarah Baru – dipopularkan oleh golongan aliran Annales : Lucien Febvre & Marc Bloch
- Penyelidikan Sejarah – aspek sosial , ekonomi dan kebudayaan serta menyesuaikan teknik-
teknik yang diperoleh daripada disiplin sains sosial yang lain
Mengapakah disiplin sejarah perlu ilmu sosial sebagai ilmu bantu ?
- Sejarah diskriptif - naratif tidak dapat menjelaskan pelbagai masalah dan persoalan kerana
sejarah moden lebih bersifat kompleks
- Memperkenalkan sejarah yang menggambarkan kehidupan harian masyarakat berbanding
sejarawan tradisional yang memperkatakan tentang kehidupan golongan bangsawan dan
istana
- Sejarah konvensional kurang kaedah , teori atau hukum tertentu
- Sejarah tidak terbatas dengan persoalan apa , siapa , bila , di mana dan bagaimana sahaja
tetapi perlu juga melihat pelbagai struktur masyarakat , pola kelakuan , kecenderungan dan
sebagainya
Sambungan Ilmu Bantu Dalam Sejarah
- Membantu sejarawan dalam penelitian dan penulisan sejarah
- Paleontologi : ilmu tentang bentuk kehidupan purba yang pernah ada di muka bumi espik
fosil
- Period prasejarah sebelum manuskrip
- Sisa binatang atau tumbuhan terpelihara kerana telah membatu selama ratusan juta tahun
- Kajian berkaitan dengan geologi , botani dan zoologi
- Usia fosil boleh ditentukan dengan menggunakan metod radiokabon
- Temuan yang disusun akan dapat diketahui evolusi perkembangannya yang dikaitkan
dengan lapisan geologi pada waktu hidupnya
- Fosil banyak di Afrika , Asia , Eropah , Amerika dan Australia seperti Dinosour
- Di Indonesia , juga terdapat bahan-bahannya
Paleoantropologi
- Mengkaji tentang manusia purba : fosil manusia purba
- Tujuan : Pembentukan semula asal usul manusia , evolusinya , lingkungan , cara hidup dan
budaya
- Contoh : Penemuan tulang manusia , sama ada sempurna atau berserakan lalu disusun
semula
Paleografi
- Kajian tulisan kuno termasuk menentukan tarikh dan menganalisis tulisan kuno
- Contoh : Pakar Egyptologi terkenal : Jean Francois Champollion (1822) : berjaya membaca
tulisan hieroglyph dan warisan Mesir Purba
- Sir Henry Rawlinson boleh membaca rahsia tulisan cuneiform yang ditemui dari warisan
Parsi kuno pada tahun 1847
Numismatik
- Kajian mata wang : asal usul , teknik pembuatan dan seninya
- Mata wang menunjukkan wujudnya kegiatan ekonomi , hubungan perdagangan , politik
dan kebudayaan
Arkeologi
- Arkeologi merupakan satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji melalui bahan-
bahan peninggalan lama
- Ahli-ahli arkeologi mengkaji kerja-kerja manusia kuno , artifak-artifak mereka (barang
buatan manusia) , dan tempat-tempat kegiatan dan penempatan manusia tersebut
- Tujuan : Dapat membantu sejarah kerana penelitian ini memberi informasi tentang evolusi
peradaban tersebut
- Disiplin ini telah bermula di Eropah sejak 1859. Di Malaysia ahli arkeologi telah lebih awal
mengumpulkan segala artifak yang ditemui berdasarkan report awal yang telah diterbitkan
oleh G.W. Earl pada 1863 lagi
- Bukti artifak. Contoh : Tembikar , kapak , manik , benda logam , kota lama , rumah ,
candi , masjid lama , kubu , tulang binatang
- Menjelaskan tentang sumber-sumber awal manusia dalam pelbagai bentuk , rupa dan
memberi tanda tentang keadaan penempatan awal manusia yang berguna bagi sejarawan
- Contoh : Candi di Kedah wujud pengaruh Hindu
- Membuktikan bahawa orang-orang Hindu atau masyarakat silam yang telah terpengaruh
dengan budaya Hindu yang bertapak di Kedah pada kkra-kira abad ke-11 apabila Kedah
ditakhluk oleh kerajaan Cola dari India Selatan
- Perlu membuat penyelidikan terperinci bagi mengesahkan tarikh sebenar artifak yang
ditemui
- Cth : Penemuan batu nesan di Pekan Pahang masih belum dapat ditentukan
- Di kaki batu nesan tersebut , tercatat tarikh 1028 T.M. manakala stail atau bentuk tulisan
batu nesan dikatakan wujud sekitar 1470 an
- Kemungkinan batu nesan yang asalnya telah rosak dan kemudiannya ditukar kepada yang
lain pada abad ke-15 (dengan menggunakan ukiran abad ke-15) tanpa dibuang tarikh di
bahagian kakinya
Sejarah dan Ilmu Geografi
- Rujuk Buku Ilmu Sejarah dan Pensejarahan
Sejarah dan Politik
- Rujuk Buku Ilmu Sejarah dan Pensejarahan
Sejarah dan Ekonomi
- Rujuk Buku Ilmu Sejarah dan Pensejarahan
Sejarah dan Masyarakat
- Rujuk Buku Ilmu Sejarah dan Pensejarahan
Aliran Annales
- Gerakan Annales yang diasaskan oleh Febvre dan Bloch melancarkan majalah Annales
d’historie economique et sociale : 1929
- Menolak pensejarahan Ranke pada abad ke-19
- Ahli sejarah tradisional / konvensional dituduh mementingkan sumber bertulis dalam
menghasilkan karya dan membuat periodisasi berdasarkan zaman
- Menubuhkan Ecole Praktiques des Hautes Etudes di Paris pada 1947 di bawah Febvre
- Menguasai pensejarahan Perancis dan membentuk Sixieme Section yang dianggotai pakar
dalam antropologi , sosiologi , lingustik , ekonomi , psikologi dan sejarah
- Tujuan : Menggalakkan penyelidikan dan pengajaran yang maju dalam bidang ekonomi
dan sains kemasyarakatan
- Kajian perlu menggunakan pelbagai sumber dalam mengkaji ekonomi dan masyarakat
termasuk melihat pengaruh alam atau geografi dan iklim terhadap masyarakat
- 1975 tukar Ecole Praktiques dies Hautes Etudes en Sciences Sociales
- Membiayai penyelidikan berpasukan
- Melatih pengkaji dalam kaedah kuantitatif dan komputer
- Muncul institusi penyelidikan utama di Perancis dalam bidang sejarah , sosiologi ,
antropologi
- Merombak pensejarahan tradisional Perancis di universiti-universiti seperti Sorbonne
kerana dianggap sempit , terpisah daripada kehidupan masyarakat
Tradisi Lisan
- Menurut Judith Moyer : “ Oral History is the systematic collection of living people’s
testimony about their own experience ”
- Menurut Donald A.Ritchie (2003) , Oral History , boleh didefinisikan sebagai satu kaedah
mengumpul memori-memori pengalaman yang bernilai sejarah yang dirakam melalui
wawancara
- Mohd Amin Hassan : Sumber lisan merupakan pengumpulan data yang dilakukan dengan
cara mendapat dan mengumpulkan sekumpulan keterangan sejarah dalam bentuk lisan yang
biasanya dibuat dalam wawancara
Objektif Tradisi Lisan
- Untuk menghasilkan satu dokumen lisan dan keterangan proto , keterangan saksi mata ,
keterangan kata dengar atau tradisi ke dalam bentuk rakaman atau transkripsi
- Menerangkan peristiwa atau tentang tokoh yang tiada dalam sumber tulisan
- Sumber lisan dapat melengkapkan sumber-sumber primer yang lain
“ Biasanya ia dilakukan untuk mendapatkan keterangan tentang peristiwa yang telah berlaku
daripada pelakunya , saksi mata , pendengar , pemegang tradisi atau sesiapa yang tahu
tentang peristiwa tersebut ”
- Contoh : Thucydides ketika menulis mengenai Perang Peloponnesia telah mengambil kira
keterangan saksi ( keterangan proto )
Tatacara Melakukan Sejarah Lisan
- Gambaran dan maklumat awal mengenai kajian
- Merekodkan maklumat yang diperlukan
- Memindahkan butiran percakapan kepada bentuk tulisan
- Menggunakan sumber lisan dalam penulisan
Kaedah Mendapatkan Keterangan Lisan
1. Wawancara / Temubual
- Proses memperoleh keterangan untuk tujuan penelitian dengan cara soal jawab dengan
pewawancara dengan responden dengan menggunakan panduan wawancara
2. Terdapat 3 kaedah temu bual
(a) Temu bual berstruktur
- Memerlukan soalan yang ditujukan
(b) Temu bual tidak berstruktur
- Memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umum apabila menyoal. Soal
tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa
(c) Temu bual separa struktur
- Menggabungkan ciri-ciri temu bual berstruktur dengan tidak berstruktur
Langkah untuk menjalankan temu bual
- Penemubual harus menjadi pendengar yang baik dan membenarkan responden menjawab
soalan secara aktif serta menghargai setiap pendapat responden
- Penemubual juga harus berkecuali , tidak menonjolkan pandangan sendiri dan
menunjukkan reaksi negative terhadap responden
- Penemubual juga harus tenang , ceria dan sentiasa menyakinkan responden bahawa
jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas untuk menyuarakan pandangan
Sejarawan ( Siapakah itu Sejarawan ? )
- Seorang ahli / duta dalam bidang sejarah , mempunyai historical mindedness , berupaya
menunjukkan pola perkembangan sesuatu peristiwa
- Pembahagian umum sejarawan :
1. Barat
a) Zaman Klasik : Herodotus , Thucydides
b) Zaman Pertengahan : St.Augustine
c) Zaman Moden : Voltaire , Herder , Hegel , Ranke , Collingwood dan lain-lain
2. Alam Melayu
# Tradisional
a) Rasmi / Istana : Tun Sri Lanang , Raja Chulan , Nuruddin al-Raniri : dilantik sebagai
jurutulis
b) Persendirian : Raja Ali Haji dan lain-lain
# Moden
a) Rasmi : Mod Said Sulaiman ( Hikayat Negeri Johor ) yang banyak mengkisahkan tentang
sejarah negeri Johor dan Sultan Abu Bakar , pernah berkhidmat dengan Sultan Iskandar
b) Persendirian : Shahrum Husein
Ciri-Ciri Sejarawan
- Minat dan mengetahui tentang sejarah
- Rajin dan tekun dalam melakukan penyelidikan sejarah
- Sikap jujur berhadapan dengan bahan-bahan
- Berani memberikan pendapat berdasarkan fakta , dokumen , bahan bukti yang jelas
- Bersikap objektif dalam tentukan kebenaran
Ciri-Ciri Pengarang Tradisional Melayu
Taj al-Salatin
- Memelihara rahsia raja-raja
- Menyurat segala yang telah diperintahkan
- Mengetahui pertukaran dan perkiraan malam dan siang , angin , matahari dan bulan ( hari
bulan , tahun )
- Mempelajari syair
- Bersikap jujur , benar , tidak leka , sabra dan terus terang
- Membanding-bandingkan di antara karya lain dan baru dikarang
Matlamat Sejarawan Dalam Penghasilan Karya
a) Matlamat bersifat vocal
- Memenuhi titah perintah raja / menyukakan hati raja / ingin berjasa kepada raja
- Memaparkan salasilah raja-raja
# Hanya penulisan atas titah perintah raja memenuhi matlamat ini
b) Matlamat bersifat sejagat
- Sebagai pengajaran dan ikhtibar buat generasi akan datang
- Sejarawan Istana / Persendirian mempunyai matlamat ini
# Sejarawan Istana : Dilantik dan menurut titah perintah , mempunyai istana centric , kaedah
tradisi adalah lebih gemar memasukkan mitos-lagenda dan lagenda bergantung kepada
kefahaman sejarawan
# Sejarawan Moden : Dilantik atau Tidak Dilantik , bias bergantung kepada siapa yang
melantik atau kepada bangsa apa , mengikut kaedah moden , menggunakan ciri-ciri moden ,
tujuan untuk generasi akan datang , skop kajian meliputi pelbagai aspek
Tugas Sejarawan
- Mencurahkan ilmu sejarah kepada khalayak-khalayak tentang hasil tulisan
- Penyelidik / Pengkaji Peristiwa Lalu
- Memuatkan fakta-fakta sejarah
- Memandu sumber-sumber sejarah
- Memartabatkan disiplin ilmu sejarah
Pandangan Sarjana
- E.H.Carr : Tugas sejarawan bukanlah hanya untuk mencintai masa lalu / bebaskan dirinya
daripada masa lampau tetapi yang lebih penting ialah untuk menguasai dan menggunakan
segala peristiwa lalu sebagai ikhtibar untuk memahami masa kini
- Sejarawan Inggeris : R.G Collingwood (Idea of History) : Saintifik , Humanistik ,
Rasional , Self-Revelatory
Tafsiran Kolonial Terhadap Sejarah Tanah Melayu
- Kolonial / Orientalis : Konsep Sejarah Baru , Moden dan Sainstifik hanya wujud setelah
kedatangan mereka ke rantau ini
- Contoh :
1. J.C. Bottoms – Artikel “Some Malay Historical Sources” penuh dengan hiburan
2. Netscher : Belanda di Johor dan Siak , 1602-1865 : Sejarah Asal Usul Raja Masih Kabur
Tujuan Penulisan Euro-Centric : R.O Winstedt
- Menunjukkan kehebatan , angkut martabat bangsa barat , memaparkan kebaikan yang
diperoleh di Tanah Melayu setelah hadir sebagai penguasa
Kritikan Karya Kolonial
- 1930 an Rupert Emerson , seorang rakyat Amerika mengkritik dasar imperialisme British
di Tanah Melayu dalam Malaysia : A Study in Direct and Indirect Rule (1937)
- Bentuk pensejarahan yang cenderung kepada kaca mata Barat mula mengalami perubahan
- D.G.E. Hall , J.R.W. Small dan John Bastin turut menunjukkan ketidakpuasan hati mereka
terhadap tafsiran karya sejarah colonial yang agak bias
Penggunaan Sumber Kolonial / Luar
- Tafsiran yang dibawa mungkin benar kerana ditulis berdasarkan pengamatan / pengalaman
- Tafsiran / Idea yang dibawa boleh mengelirukan pengkaji
- Pengkaji tempatan harus bijak dan berhati-hati dalam mentafsir segala sumber yang
diperoleh
- Perlu membuat rujukan silang melalui bahan bertulis atau lisn untuk memastikan kesahihan
fakta , informasi , tafsiran mereka
Fakta
- Umum : Keterangan sesuatu peristiwa yang mempunyai kebenaran
- Louis Gottschalk : “Keterangan yang didapati secara langsung ataupun tidak langsung dari
dokumen sejarah dan dianggap benar setelah diuji dengan teliti mengikut aturan-aturan
sejarah
- Contoh : Melaka diserang Portugis 1511 , Kemerdekaan Tanah Melayu 31/8/1957
- Fakta sejarah tidak boleh berulang / dicorak , dikekalkan keadaan / kejadiannya dan tidak
boleh dikawal seperti fakta sains
- Bergantung kepada kepentingan sesuatu peristiwa kepada masyarakat / individu
- Fakta datang daripad sumber yang diperoleh
Fakta Berubah
- Jika ada fakta ke-2 yang lebih tepat berdasarkan sumber baru yang lebih sahih mengatasi
fakta pertama
Contoh 1 : Nama Ketua Komisaris Belanda
- R.E.F. Lybroke dalam Misa Melayu datang bertemu Sultan Muzaffaz Shah III untuk bina
kota di tepi Sungai Perak
- Sumber Belanda : Ary Verbrugge
Contoh 2 : Pembukaan Penang 1786 : Francis Light
- Datuk Jannaton ( Pemimpin Minangkabau dari Pagaruyung ) datang bersama Muhd Salleh
dan 180 orang datang dari Batu Bara pada 1742
- Sumber lain : Nakhoda Nan Indan dan Nakhoda Kecil : 1734
- Beliau bersama membantu Sultan Mohd Jiwa menyerang Siam di bawah Ayutthya pada
1749
- Jannaton dikurnia 22.5 hektar tanah di Batu Uban Pulau Pinang ( dari Gelugur , Jelutung ,
Mindeu dan Sungai Dua
- Meninggal dunia 1789 di Pulau Pinang , dimakamkan di penempatan Melayu di Sungai
Dua
- Francis Light dijemput oleh Nakhoda Kecil pada tahun 1786
Contoh 3 : Pembukaan Melaka
Percanggahan Fakta
- Keterangan lisan : Sumber tidak mencukupi
- Sikap Bias / Berat Sebelah Sejarawan
- Aspek Mitos dan Lagenda
- Anakronisme : Ana ( pertentangan ) , Chronus ( Masa )
- Kesilapan penulis oleh penulis dan penyalin
- Fakta sejarah tradisional sejarawan dipertikaikan pada sarjana sejarah abad ke-19
Periodisasi / Penzamanan Dalam Sejarah
- Periodisasi / Penzamanan adalah dimensi / tahap waktu / pembabakan waktu / masa yang
berurutan sesuai dengan sesuatu peristiwa
- Periodisasi dalam pembelajaran sejarah penting kerana ia adalah tingkat / tahap
perkembangan masa
Tujuan
- Memudahkan klasifikasi dalam ilmu sejarah : dapat merujuk kepada aspek tertentu
terhadap segala aktiviti masyarakat masa lalu
- Mengetahui peristiwa sejarah secara kronologi
- Penyusunan penulisan sejarah lebih jelas , mudah difahami , teratur dan sistematik
Perkara yang perlu diketahui dalam Periodisasi
- Perkembangan kehidupan manusia
- Kesinambungan antara satu period dengan period berikutnya
- Terjadinya fenomena yang berulang
- Perubahan dan period yang awal sampailah period berikutnya
- Kronologi sering dikaitkan dengan rentetan peristiwa-peristiwa yang teratur mengikut
urutan masa dari awal sehingga yang terakhir
- Gambaran waktu yang bergerak itu mengikut sat ugaris yang lurus
- Dalam tradisi agama-agama besar dunia , seperti Islam , Krtistian dan sebagainya ,
gambaran perjalanan waktu itu bersifat lurus dengan penciptanya yang mempunyai kuasa
menciptakan alam ini dan berakhir dengan dunia akhir zaman atau hari pengakhiran
- Sejarawan memiliki cara tersendiri dalam membuat pembahagian waktu atau zaman
- Di barat , menggunakan period sebelum zaman kelahiran Nabi Isa dikenali sebagai B.C
( Before Christmas ) dan tarikh selepas kelahiran Nabi Isa dikenali dengan A.D. ( anno
Domini – in the year of our Lord )
- Dalam sejarah Islam , menggunakan period sebelum dan selepas Islam
Umum
- Menggunakan kaedah penzamanan berdasarkan raja yang memerintah atau sesuatu dinasti
atau empayar yang diperintah atau nama kerajaannya
- Menggunakan istilah abad : memudahkan pengiraan waktu
- Pemilihan tahun berdasarkan peristiwa penting
Periodisasi Di Nusantara
- Zaman Prasejarah : Zaman sebelum manusia mengamal tulisan
- Zaman Sejarah : Zaman di mana manusia sudah mengenal tulisan
- Zaman Kuno : Sejak kerajaan kuno sampailah abad ke-10
- Zaman berkembangnya kebudayaan yang dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha
Zaman Selepas Kedatangan Islam
- Zaman pemerintahan beraja mengikut kerajaan tertentu : Perkembangan agama Islam dan
kerajaan di Nusantara / Alam Melayu , seperti kerajaan Pasai dan Mesir
- Zaman Kolonial : Zaman Portugis , Inggeris , Jepun , Inggeris di Tanah Melayu
- Zaman Moden : kemerdekaan dan sebagainya
Periodisasi Sejarah Eropah
- Zaman klasik : asal mula kemunculan dan perkembangan peradaban Eropah kuno : Yunai
dan Rom
- Zaman Pertengahan : Keadaan Eropah setelah runtuhnya zaman kegelapan di Eropah / Rom
kerana pengaruh gereja
- Zaman Renaissance
- Zaman Eropah dan Moden
Mitos
- Umum : Masyarakat Zaman Tradisional masih terikat kepada konsep utama : mitos yang
turut disamakan dengan dongengan , lagenda dan reality
- Mitologi : cerita tentang asal usul , asal nama sesuatu tempat , asal usul manusia , asal usul
sesuatu tempat dan kejadian
Pandangan Sarjana
- Ismail Samid , Mitologi Melayu : suatu bentuk penceritaan yang lebih memaparkan tentang
pandangan Alam Melayu sebelum kedatangan Islam
- Dick Hartoko : mitos mengatasi makna penceritaan. Isi kandungannya lebih padat daripada
rangkaian pertuturan yang menghiburkan
- Contoh : Raja Suran dalam Sejarah Melayu
- Lagenda berbeza dengan mitologi : cerita mengenai tokoh terkenal pada satu-satu tempat /
masa. Tokoh-tokoh tersebut pernah hidup dalams sejarah tempatan
- Contoh : Raja Iskandar Zulkarnain dalam Sejarah Melayu , Misa Melayu , Hikayat Siak ,
Bustan al-Salatin
- Contoh : Puteri Balkis dan Nabi Sulaiman dalam Silsilah Melayu dan Bugis
Konsep Mitologi : Legendaris
- Wujud disebabkan proses perkembangan yang lampau, iaitu melalui zaman sebelum
kehadiran Islam
- Unsur-unsur dewaraja , pengaruh Hindu Buddha
- Raja dinggap sebagai dewaraja
Mengapa Wujud Mitos Lagenda ?
- Ketiadaan akta dan undang-undang mahupun peraturan
- Sikap pengarang untuk memenuhi perintah raja / individu yang gemar kisah tersebut
- Sikap kurang kritis sejarawan terhadap sumber-sumber yang ditemuinya
- Pengaruh karya-karya yang lebih awal
Matlamat Dimuatkan Mitos Lagenda
- Mengukuhkan kedudukan pemerintah
- Hiburan kepada masyarakat
- Kiasan / sindiran halus terhadap peribadi seseorang tokoh ( Prosa / Puisi )

# Bahan Bacaan Lanjut :


What is history? / Carr, Edward Hallett
Pengenalan Kepada Sejarah / Suntharalingam, R.
Ilmu Sejarah dan Pensejarahan / Arba'iyah Mohd Noor.
Pensejarahan Melayu 1800 - 1960 / Muhd. Yusof Ibrahim.
Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian, dan Kaedah / Muhd. Yusof Ibrahim.
Pensejarahan Melayu : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara / Muhammad
Yusoff Hashim.
# Bahan di Spectrum

Anda mungkin juga menyukai