Anda di halaman 1dari 19

1.0 Pengenalan.

Sejarah mempunyai pengertian atau takrifan yang kompleks. Pelbagai pengertian


yang diberikan oleh sejarawan dari dunia Timur dan Barat mengenai maksud sejarah. Semasa
pramoden, pensejarahan dunia Timur dan Barat banyak dipengaruhi oleh unsur kepercayaan
dan corak kehidupan sesuatu tamadun sehingga melahirkan pelbagai perspektif mengenai
maksud sejarah. Setiap tahap mempunyai karya-karya pensejarahan masing-masing yang
kebanyakan menggambarkan keadaan dan sejarah zaman berkenaan. 1Pensejarahan dalam
bentuk tradisi berbeza daripada pensejarahan zaman moden. Pensejarahan tradisi mempunyai
sifat yang disninct iaitu mengandungi unsur-unsur mitos, lagenda, dan dongengan. Setiap
penulisan yang dihasilkan mempunyai tema dan objektif yang tersendiri oleh sejarawan.
Pensejarahan adalah penulisan sejarah tentang peristiwa yang telah berlaku, iaitu prosesnya
melibatkan kejadian, sumber, dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan dalam
menghasilkan karya sejarah untuk makluman dan rujukan masyarakat umum. 2Menurut R. G.
Collingwood, pensejarahan bermaksud catatan-catatan peristiwa yang berlaku pada zaman
silam atau sezaman dengan penulis. Penulisan sejarah sebenarnya mempunyai gaya dan
teknik tersendiri sebagaimana yang berlaku di dunia Timur dan Barat. Walaupun dunia Timur
dan Barat banyak memasukkan unsur kepercayaan dan corak kehidupan dalam penulisan
sejarah, namun unsur-unsur lain juga turut terselit dalam penulisan sejarah pramoden.
Pensejarahan dunia Timur dan Barat memiliki perbezaan yang ketara dari segi waktu, tujuan,
matlamat, namun persamaannya dari segi penulisan masih tetap sama.

1 Muhd. Yusof Ibrahim. 2004. Ilmu Sejarah: Fasalfah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 17
2 Muhammad Yusoff Hashim, 1992. Buku Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 2.
1

2.0 UNSUR KEPERCAYAAN


2.1 PERSAMAAN DUNIA TIMUR DAN BARAT
Dunia Timur dan Barat dikatakan berbeza dari pelbagai aspek kehidupan, namun kepercayaan
yang diamalkan tidak dapat memisahkan kedua-dua dunia tersebut. Pensejarahan pramoden
dunia Timur dan Barat walaupun dikatakan berbeza dari segi tahun, apabila Barat dikatakan
mempunyai kesedaran yang lebih awal tentang kehidupan dan kemajuan namun penulisan
berunsurkan kepercayaan tetap disulam dalam penulisan tokoh-tokoh pramoden. Jelaslah
kedua-duanya memiliki persamaan dalam penulisan walaupun banyak perbezaan dari
matlamat.
Dunia Timur
Pensejarahan merupakan satu proses dengan tahap-tahap dan aturan-aturan yang
lazimnya diikuti atau dilaksanakan oleh sejarawan dalam usaha menghasilkan penulisan
sejarah.3 Lagenda, kepercayaan karut, dongengan, dan kesaktian menjadi tumpuan lebih
masyarakat India masa tersebut bagi mencapai Nirvana. Pada zaman klasik, dokumen penting
bagi pensejarahan India ialah buku-buku kuno dan rasmi dari agama Hindu khususnya Weda
kitab yang mengandungi doa-doa keagamaan dan perintah yang harus dilaksanakan. Weda
sangat sulit untuk difahami kerana asalnya dari zaman kuno dan bahasanya ialah bahasa
Sanskrit yang lebih tua.4 Di India, Abu Fazl dikatakan seorang pemikir bebas dalam hal
agama. Beliau menganggap semua agama menyembah Tuhan yang satu. 5Pada zaman
pemerintahan Maharaja Akhbar, sebagai rasa bertimbang rasa beliau kepada penganutpenganut agama lain, beliau telah memerintah supaya kitab-kitab agama Hindu seperti Veda,
Ramayana, dan Mahabharata di salin dalam bahasa Parsi. Setelah itu, beliau memerintahkan
supaya kitab-kitab itu dibaca di hadapan untuk didengarnya. 6Pada zaman klasik raja juga
turut terlibat dalam bidang penulisan seperti Kushna Dewa Raja yang menghasilkan Karya
3 Muhd Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah: falsafah, pengertian, dan kaedah. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 17
4 G. W. F. Hegel. 2001. Falsafah sejarah. Yogyakarta. Pustaka Pelajar. hlm: 210.
5 Arbaiyah M. Noor. 2002. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 222
2

Amiktamalyada dalam bahasa Telegu.

Karya ini membincangkan persoalan agama dan

pemerintah Vijayanagar. Bahasa yang digunakan dalam penulisan kitab Veda adalah bahasa
utama yang digunakan oleh orang Aryan. Dalam mazhab pegangan agama Buddha iaitu
Hinayana menggunakan bahasa Pali. Karya Astadyayi yang dikarang oleh Panini
menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa penulisan. Karya ini pentiang kerana menjadi
ikutan penulis-penulis kemudian selepas Pantajali pada abad ke 2 S.M.7
Tamadun China merupakan antara tamadun paling awal yang muncul di dunia selepas
kemunculan Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, dan Indus. Tidak seperti tamadun-tamadun
awal yang lain di dunia. Tamadun China memiliki ciri yang unik, terutamanya yang berkait
rapat dengan penyembahan nenek moyang. Perasaan hormat kepada nenek moyang
menyebabkan masyarakat China zaman awal telah dapat memelihara geologi dan segala
peristiwa sejarah lampau dengan baik.8Peristiwa pembakaran karya-karya pada sekitar tahun
213 S. M. oleh Shih Huang Ti telah menghapuskan rekod karya-karya Confucius dan ini
meninggalkan kesan yang sukar dipadankan daripada memori mengikut Kung Fu Tze yang
hidup di bawah Dinasti Chin. Pembakaran karya ini berlaku kerana Shih Huang Ti yang
merupakan Maharaja pada Dinasti Chin telah mengadakan penghapusan fahaman Confucius.
Penulisan dan ajaran Confucius ini dikatakan mengkritik Maharaja dan menghasut rakyat
bagi menentang kerajaan. Oleh itu, pengikut Confucius pada masa itu dikenakan hukuman
tanam hidup-hidup dan karya-karya fahaman Confucius juga dilupuskan.
Islam semasa tampuk pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, tidak menampakkan
perubahan yang banyak. Hal ini kerana, ketika pemerintahan baginda, baginda hanya
tertumpu kepada pengumpulan al-Quran sahaja sama seperti zaman pemerintahan yang
dijalankan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab,
baginda telah melarang pengutipan riwayat hadis.9 Hal ini demikian kerana, menurut
6 Prof. Dr. Hamka. 1997. Sejarah Umat Islam. Singapura. Pustaka Nasional. Pte. Ltd. hlm: 511.
7 Azharudin, Mohd. Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm:
27,28 dan 205.
8 Arbaiyah M. Noor. 2000. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 197
9 Muhammad Husain Haekal. 1999. Sejarah Hidup Umar bin al-Khattab. Singapura. Pustaka Nasional PTE
LTD. hlm: 751

Khalifah Umar al-Khattab cukup hanya dengan kitab suci al-Quran. Baginda tidak mahu
dengan pengumpulan Hadis-Hadis Rasulullah s. a. w berlaku perbezaan pendapat dalam
kalangan umat Islam pada masa itu. Baginda juga pernah mempenjarakan tiga orang sahabat
besar iaitu Ibnu Masud, Abu Darda,dan Abu Masud al-Ansari kerana ketiga-tiga sahabat ini
banyak membawa Hadis Rasulullah walaupun mereka sudah begitu berhati-hati mengutip
sumbernya.10 Ketegasan Khalifah Umar dan tegas dalam melaksanakan perintahnya telah
menyebabkan pengutipan Hadis oleh masyarakat Islam pada masa itu berlaku dengan begitu
sedikit. Khalifah Umar melarang pengumpulan Hadis Rasulullah ini kerana baginda khuatir
berlakunya percanggahan pendapat di samping bimbangkan Hadis palsu yang disampaikan
oleh para sahabat sementelah Hadis-Hadis ini disampaikan dari mulut ke mulut dan tidak
dikenal pasti antara Hadis yang dibawa oleh Rasulullah dan Hadis yang telah dipalsukan.
Oleh itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab ini tidak banyak penulisan
sejarah berlaku sementelah baginda melarang pengumpulan, penulisan dan pembukuan
semula Hadis Rasulullah. Pada zaman ini kitab suci al-Quran merupakan satu-satunya sumber
sejarah yang terpenting dalam kalangan umat Islam.11
Dunia Barat
Pensejarahan Barat telah diasaskan oleh orang Yunani pada abad yang ke-5 S.M. penulisan
daripada sudut-sudut tertentu juga dapat dikira sebagai pensejarahan sama ada mengenai
zaman dan masyarakatnya ataupun mengenai peristiwa yang telah berlaku. 12 Sejarawansejarawan tradisi ialah sejarawan awal yang menghasilkan penulisan-penulisan sejarah seperti
Herodotus dan Thucydides. Penulisan-penulisan sejarah bermula pada abad ke-5 S.M apabila
penulis-penulis mula berpisah secara radikal dengan pendirian biasa dan mencipta idea
sejarah. Pensejarahan ini dilakukan bukan atas perintah raja tetapi kerana minat dan
kesedaran dalam diri sejarawan tersebut untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang dianggap
penting.13Herodotus (484-425 S.M) yang dikenali sebagai Bapa Sejarah dan Antropologi
10 ibid. hlm: 753
11 ibid. hlm: 753
12 Mohd. Yusof Ibrahim, Mahayudin Hj Yahaya. 1988. Sejarawan Dan Pensejarahan, Ketokohan
Dan Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm: 1
13 ibid. hlm: 3
4

telah menulis karya Histories yang membawa penyelidikan dan penyiasatan terhadap
peristiwa lalu dan dari situ, perkataan history diambil dan telah diguna pakai sehingga kini. 14
Herodotus mengumpul maklumat dengan mengembara ke negara-negara luar yang berkaitan
dengan kajiannya dengan tujuan untuk menyelidik dan mencari maklumat bertulis serta
menemu bual saksi-saksi yang terlibat dengan perang Parsi. Karya-karya Herodotus
dipengaruhi oleh unsur-unsur sastera seperti puisi dan tradisi penglipur lara. 15 Beliau juga
memasukkan unsur ketentuan dalam penulisannya kerana beliau menganggap bahawa tuhan
berperanan dalam proses pergerakan sejarah. Dalam pensejarahan tradisi, sejarah belum lagi
dianggap sebagai satu entiti, ilmu pengetahuan yang tersendiri dengan falsafah, kaedah,
istilah atau konsep dan bidang kajian yang jelas.16
Dapat disimpulkan bahawa, kedua-dua dunia tersebut memiliki ciri-ciri persamaan dalam penulisan
sejarah walaupun jarak masa agak berbeza. Unsur kepercayaan bagi kedua-dua dunia ini menjadi
panduan bagi para tokoh untuk menulis karya-karya sejarah pada masa pramoden.

2.2 PERBEZAAN.
DUNIA TIMUR DAN BARAT
Dunia Timur dan Barat memiliki perbezaan yang ketara dalam penulisan sejarah
masing-masing. Walaupun berfokus kepada kepercayaan masing-masing, namun matlamat
penulisan kedua-duanya agak berbeza. Dunia Timur masih menitikberatkan amalan tradisi
dengan memasukkan unsur-unsur dewa, mitos, dan lagenda dalam pensejarahan berlainan
dengan dunia Barat yang menekankan kemajuan dan kebendaan dalam penulisan mereka. Ini
telah menampakkan perbezaan pensejarahan dunia Timur dan Barat.
Dunia Timur.
Secara amnya, pramoden dunia Timur berteraskan kepercayaan dan tradisi masingmasing dalam penulisan. Unsur mitos, lagenda yang kuat mempengaruhi pensejarahan dunia
Timur bagi memaparkan pengajaran dalam penulisan yang dihasilkan. Epik Ramayana
14 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 70
15 ibid. hlm: 71
16 Mohd Yusof Ibrahim. 1998. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 18
5

dicipta dan dihasilkan oleh Valkimi iaitu seorang petapa di antara tahun 200 S.M. sehingga
200 M. semasa zaman pensejarahan India. Epik ini mempunyai 24 000 jenis seloka(puisi)
yang rata-ratanya disulami dengan unsur-unsur fantasi seperti mitos, lagenda, dan dongengan.
Karya ini juga dianggap sebagai Dharmasastra kerana ia juga menerangkan tentang prinsipprinsip abadi. Epik ini ditulis bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seseorang manusia
yang sempurna iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Epik ini menerangkan prinsip-prinsip
abadi (sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada
Dharma.17 Purana boleh disifatkan sebagai Veda yang kelima iaitu Purana yang dipenuhi
dengan cerita-cerita dongengan purbakala yang sangat digemari oleh semua lapisan
masyarakat di India. Purana merujuk kepada tradisi, lagenda, dongengan, peraturan-peraturan
agama dan prinsip-prinsip falsafah. Anak-anak dari kecil lagi diperkenalkan dengan ceritacerita dalam Purana. Isi Purana akan dibacakan di Kuil pada hari Purana.
Chun Chui ialah karya yang ditulis semasa pemerintahan dinasti Chuo iaitu semasa zaman
pensejarahan China. Karya ini ditulis oleh Kung Fu Tze semasa hayatnya dan selesai pada
tahun 481 .S.M. Naskah ini merupakan catatan tentang peristiwa yang telah berlaku di
Wilayah Lu, iaitu wilayah asal Kung Fu Tze serta wilayah-wilayah lain yang wujud antara
tahun 722-481S.M. Chun Chui adalah karya penulisan pertama dalam bentuk kornologi.
Catatan ini benar-benar menjelaskan peristiwa yang berlaku dan mempunyai unsu-unsur
moral, falsafah serta didaktik dalam sejarah. Namun demikian, naskah Chun Chui ini
dikatakan antara naskah yang sangat ringkas dan kurang dari segi penjelasannya. Atas dasar
ini, Kung Fu Tze telah menyunting karya ini bagi menghuraikan iktibar yang boleh diperoleh
daripada kisah-kisah sejarah. Jadi, boleh dikatakan bahawa sejarah memang mempunyai
kaitan dengan tradisi budaya dan moral yang telah diajar oleh Kung Fu Tze sendiri. Akhirnya
pengaruh karya Chun Chui sangat meluas terhadap pensejarahan- pensjarahan
kemudiannya.18
Pensejarahan awal Islam pada peringkat awal adalah bermulanya usaha-usaha untuk
mentafsir ayat-ayat al-Quran.19 Tujuan usaha ini dilakukan hanyalah untuk mengetahui serta
memahami kehendak ayat-ayat tertentu iaitu sebab-sebab turunnya al-Quran, di mana ia
17 G. Sivapalan. M. Raja ntheran dan R. Raja krianan. 2001. Tamadun Islam dan Asia. Kuala
Lumpur. Universiti Malaya. hlm. 262 dan 263
18 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 201
6

diturunkan serta bila ia diturunkan.20 Hal ini kerana, al Quran merupakan kitab suci umat
Islam yang diperintahkan untuk umatnya memerhatikan sejarah. Al Quran juga merupakan
satu bahan bernilai kerana di dalamnya penuh dengan dokumen tentang sejarah manusia. 21
Ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, baginda bertindak mengumpul ayat-ayat
suci al-Quran (wahyu diturunkan kepada Rasulullah s .a .w) yang ditulis oleh para sahabat di
kulit-kulit binatang dan ada juga dihafal oleh para penghafal. Oleh sebab banyak ayat- ayat
suci al-Quran telah hilang dan ramai para penghafal yang telah syahid baginda berusaha
mengumpulkan ayat-ayat suci ini dan akhirnya disimpan dalam khazanah negara. Di samping
itu, baginda telah memerintahkan Zayd bin Thabit untuk mengumpulkan segala naskah dan
dokumen yang berselerak untuk disatukan mengikut susunannya. Dalam penghasilan
penulisan sejarah Khalifah Abu Bakar amat menitik beratkan sumber ini kerana baginda
hanya menerima dua sumber utama iaitu tulisan dan juga hafalan para sahabat. 22 Baginda
juga hanya mencari sumber-sumber yang sahih sahaja terutama dalam pengumpulan hadis
dan ayat-ayat al-Quran dan sumber-sumber lain agar apa yang di tulis tidak mengandungi
prasangka dan dongengan sahaja.
Dunia Barat.
Zaman Pertengahan atau lebih dikenali Zaman Gelap memberi kemunculan pelbagai teori
sejarawan selepas zaman Klasik dalam pensejarahan Barat. Pada waktu ini, masyarakat
Eropah dikongkong oleh gereja menyebabkan ahli sejarawan bersikap kritis dalam
membentangkan idealisme mereka. Mereka lebih mempercayai daripada memeriksa atau
mengkaji peristiwa yang telah terjadi. Pada zaman ini, gereja amat mempengaruhi sistem
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan mengikat fahaman agama

dan tradisi

masing-

masing. Pensejarahan Barat pada masa itu berbentuk keagamaan yang ditulis oleh paderipaderi Kristian di kediaman mereka. Mereka menjadikan kitab Bible sebagai bahan rujukan
utama bagi penulisan mereka dengan menghubungkan peristiwa silam dan masa depan.
19 Wan Yahya Wan Ahmad. 1992. Pensejarahan Awal Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti
Malaya. hlm: 9
20 ibid. hlm: 9
21 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 171
22 ibid. hlm: 174
7

Sejarah merupakan ilmu yang agak penting kerana mempunyai

kepentingan agama dan

rohani. St. Augustine merupakan sejarawan Kristian yang terkenal pada waktu itu yang
menulis

karyanya, City of God sekitar

tahun 413-426 sebanyak 22 jilid. Beliau

mencadangkan agar maharaja Kristian tidak menjadi hamba kepada institusi gereja dan
perlu taat kepada suruhan Tuhan. Karyanya yang berbentuk epik Kristian amat berpengaruh
ketika itu dan mempengaruhi sejarawan Eusibius Pamphilus dan Paulus Orasius. Terdapat
sedikit kelainan antara Zaman Pertengahan dan Zaman Klasik dari segi kualiti yang
bertambah baik dan tema lebih kepada keagamaan. Hal ini adalah kerana agama Kristian
telah menjadi agama rasmi kepada kerajaan Rom setelah maharaja Constantine menganut
agama Kristian.
Setiap yang sama pasti akan menonjolkan perbezaan juga, begitu juga dengan
penulisan antara dunia Timur dan Barat. Tidak dinafikan unsur kepercayaan masing-masing
terdapat dalam karya-karya pramoden, tetapi cara penyampaian kedua-duanya memiliki
perbezaan kerana matlamat yang berbeza dan cara pemikiran yang berbeza.
3.0 UNSUR CORAK KEHIDUPAN
3.1 PERSAMAAN DUNIA TIMUR DAN BARAT.
Pensejarahan dunia Barat dan Timur tidak dapat lari dari unsur corak kehidupan
masing-masing. Tokoh-tokoh sejarah pramoden sering kali mengaitkan kehidupan harian
dalam penulisan sejarah kerana beranggapan setiap yang berlaku merupakan pengajaran yang
harus di jadikan pengajaran bagi menimbulkan kesedaran untuk warga muda dan baharu.
Namun, tidak dapat diperlihatkan persamaan yang banyak antara dunia Timur dan Barat dari
segi corak kehidupan dalam pensejarahan kerana kehidupan yang berbeza dan gaya
pemikiran yang berbezanya juga.
Dunia Timur.
Zaman pensejarahan India, karya Akhbar-Nama dan Ain l-Akhbari merupakan karya
asli yang ditulis oleh beliau. Dalam karya berkenaan membincangkan tentang Maharaja,
ilmu di setiap jabatan, pentadbiran (sosial dan perundangan) dan kepercayaan agama. Motif
penulisan karya beliau adalah untuk memberi ilmu pengetahuan tentang kekuatan maharaja
kepada masyarakat dan generasi akan datang. Keseluruhan karya beliau memfokuskan
kepada keagungan Maharaja Akhbar sehingga digambarkan kekuatan Maharaja Akhbar
melebihi kekuatan manusia biasa. Beliau yang diperintahkan oleh Maharaja Akhbar untuk
8

menulis tentang sejarah pemerintahannya seolah-olah telah meletakkan kedudukan Maharaja


Akhbar sebagai penyelamat manusia yang diutuskan di muka bumi ini seperti Nabi
Muhammad s. a. w.23
Semasa pensejarahan China karya Tso Chuan (huraian Tso) iaitu naskah yang paling banyak
mengandungi fakta sejarah Chou yang sukar dihuraikan. Fakta-fakta dalam Tso Chuan ini
berdasarkan hikayat-hikayat daripada pelbagai negeri di China antara abad kelapan hingga
abad ke-15 S.M. Jadi, kandungannya bukan sahaja melibatkan tentang hal-hal politik tetapi
juga idea falsafah, moral, spekulasi, kosmologi dan sebagainya. Di sini dapat dilihat naskah
ini bukan sahaja melibatkan pelbagai persoalan tetapi juga tidak disusun dengan rapi
sehingga banyak antara kandungan naskah tersebut dicampur adukkan dengan cerita fiksyen,
dongengan dan sebagainya. Kandungan karya tersebut banyak melukiskan hal-hal
berdasarkan fantasi dan imaginasi penulis dengan diselitkan sedikit peristiwa yang kebetulan
berlaku pada ketika itu.24 Oleh sebab itu, huraian tersebut memerlukan beberapa pentafsiran
yang pelbagai sifatnya walaupun terdapat sesetengah daripada kenyataan tersebut agak
bertentangan dengan maksud asal penulisnya. Ssu Ma Chien (145-86 S.M) merupakan satusatunya sejarawan yang mengasaskan pensejarahan China tradisional. Ssu Ma Chien dikenali
sebagai bapa pensejarahan China iaitu anak kepada ahli nujum terkenal Ssu Ma Tan. 25 Dalam
karya yang berjudul Shih Chi (catatan sejarah) Ssu Ma Chien telah memperlihatkan secara
menyeluruh perkembangan sejarah China dari zaman Huang Ti hingga ke abad pertama S.M.
Menurut Profesor Burton Watson, tulisan Ssu Ma Chien yang menggalurkan sejarah
pertumbuhan lima buah wangsa dan wilayah-wilayah kecil itu merupakan satu sejarah
perubahan par excellent. Dengan adanya satu pengelasan formal tentang bentuk dan gaya
penulisan sejarah, Ssu Ma Chien berhasrat untuk meneliti tindak-tanduk manusia dan institusi
masyarakat zaman sebelumnya lalu mengesan unsure-unsur yang menentukan kemunculan
dan keruntuhan wangsa.26

23 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 121
24 Zaharah Ibrahim. 1968. Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
DanPustaka. hlm: 9

25 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 203
9

Zaman pensejarahan Islam karya Al Ayyam dicipta dan karya ini banyak mengandungi unsur
sejarah, namun pada dasarnya ia tidak dirancang untuk dihasilkan sebagai satu bahan sejarah.
Hal ini disebabkan tujuan utama penghasilan Al Ayyam adalah untuk menghiburkan hati para
pendengar dan masyarakat.27 Dalam Al Ayyam terdapat kisah perselisihan faham antara
kabilah disebabkan loleh perebutan sumber air, padang rumput untuk tujuan penggembalaan
ternak dan sering berselisih faham dalam mencapai kepimpinan serta keputusan. Selain itu,
Ayyam Al Arab juga menceritakan tentang perang yang berlanjutan antara kaum seperti
perang Basus, Fijar dan Buath.28 Al Ansab pula mempersoalkan asal usul sesuatu keturunan
bagi sesebuah suku. Tujuan mengetahui asal usul keturunan adalah bagi memperkukuhkan
lagi fahaman dan semangat Assabiyah. 29 Nasab keturunan masyarakat Jahiliyah dianggap
penting kerana ia melibatkan nama, status dan kemegahan bagi sesuatu kabilah. 30 Salasilah
dan jurai keturunan puak-puak dicatat, di rekod serta dibukukan untuk menjadi tatapan
generasi akan datang dan menjadi rujukan kedua bagi pensejarahan Islam. 31 Walaupun
penulisan sejarah sebelum Islam banyak kelemahan dan kekurangan, namun ia tetap menjadi
sumber pensejarahan yang akhirnya menjadi asas kepada permulaan dan perkembangan
dalam pensejarahan Islam.32
Dunia Barat.

26 Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng(disunting). 1995. Isu-Isu Pensejarahan (Esei
Penghargaan Kepada Dr R Sunthalingam) Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. hlm: 97
27 Muhd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 2000. Sejarawan dan pensejarahan :
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 108
28 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 167
29 Muhd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 2000. Sejarawan dan pensejarahan :
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 109
30 ibid. hlm: 109
31 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 168
32 ibid. hlm: 169
10

Dunia Barat pada zaman pramoden kurang menekankan amalan tradisi dalam penulisan. Ini
menyebabkan pensejarahan dunia Barat dan Timur mengalami persamaan yang tipis
melainkan perbezaan yang ketara, Barat tidak terlalu mementingkan tradisi kerana mereka
berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan dan karya yang dihasilkan juga bukan untuk
kepentingan sejarah semata-mata tetapi untuk tujuan lain seperti kewangan, lakunya buku
yang dihasilkan dan sebagainya.
Dapat disimpulkan dunia Timur dan Barat memiliki pemikiran yang berbeza dalam
menghasilkan sebuah karya. Dunia Timur lebih mementingkan apa yang ada dan yang
dialami oleh masyarakat mereka. Dunia Barat pula lebih suka mencari tahu mengenai
kehidupan manusia zaman pramoden. Ini menunjukkan cara pemikiran yang berbeza antara
tokoh Timur dan Barat. Timur memasukkan unsur politik dalam penulisan mengenai
kehidupan manusia, manakala Barat menekankan sedikit tentang kemajuan yang dialami
dalam sejarah.
3.2 PERBEZAAN DUNIA TIMUR DAN BARAT.
Pemikiran yang kritis, mendalam, dan memandang ke hadapan menyebabkan gaya
penulisan karya sejarah dunia Barat lebih bersistematik terutama apabila kebangkitan berlaku
dari zaman gelap. Berlainan dengan dunia Timur yang masih mengharapkan setiap sejarah
diselitkan unsur tradisi sendiri sehingga menyebabkan cara pemikiran tokoh dunia Timur
masih terperuk dan tidak berganjak dari dunia semalam.
Dunia Timur.
Di India terdapat karya yang mempunyai sedikit pengajaran moral, misalnya karya
Rigveda yang menerangkan tentang pembahagian kasta dalam masyarakat Hindu iaitu
Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan Sundra serta memasukkan unsur-unsur mitos di dalamnya. 33
Epik Mahabharata, dicipta oleh Vyasa yang berkisar kepada kisah pemerintahan Kerajaan
Kurukshetra di India Barat. Tema utama epik ini adalah berkisar tentang peperangan besar
antara Pandava dan Kaurava. Epik ini mempunyai unsur sisipan yang berperanan sebagai
didaktik, memberi ajaran agama, dan moral yang bertujuan memberi pengajaran kepada
pembaca.34 Selain itu, di India terdapat penyair-penyair yang terkenal seperti Teveram dan
Tiruvacakam. Mereka berdua ini meluahkan perasaan mereka dalam bentuk syair bahasa
Tamil yang merupakan nyanyian pujian yang tinggi mutunya serta mempengaruhi semangat
33 ibid. hlm: 215
11

setiap induvidu yang mendengarnya. Malah di India ada juga nyanyian Kabir dan Ramayana
yang dicipta oleh Tulasi dan Divyaprabandam.35
Pada zaman Dinasti Chou di China terdapat naskah Analekta dan Lun Yu yang ditulis oleh
pengikut Kung Fu Tze. Pengikut Confucius menghasilkan buku-buku ini setelah menyedari
kelemahan-kelemahan yang wujud dalam masyarakat akibat pegawai-pegawai kerajaan yang
berlaku curang dan keadaan moral rakyat yang sangat rendah. Confucius berpendapat
sekiranya semua orang berkelakuan baik dan mematuhi peraturan maka negara akan aman.
Pada awal dinasti Chou terdapat naskah yang telah ditulis. Naskah itu ialah shu Ching atau
Shang Shu iaitu sumber klasik Kung Fu tze yang utama kerana bahan-bahan ini mengandungi
segala keterangan sejarah yang lengkap tentang permulaan kerajaan Chou dan menunjukkan
sejarah diansti Chou itu sendiri. Di samping mengandungi unsur sastera, moral, dan nasihat
sebagai panduan kepada pemerintah dalam menjalankan pemerintahan politik. Terdapat dua
naskah tentang shu Ching. Naskah pertama berasal daripada tradisi lisan dan naskah kedua
pula telah ditemui di tembok rumah Kung Fu Tze (Confucius). Terdapat beberapa kekurangan
daripada kedua-dua naskah tersebut, misalnya kedua-dua naskah tersebut tidak sama dari segi
kandungannya dan berbeza-beza pula dari segi tempat berlakunya peristiwa tersebut. Di
samping itu juga, terdapat beberapa kekurangan dalam Shu Ching terutamanya dari segi
koordinasi riwayat dan wujudnya jurang yang besar antara kedua-duanya.36
Islam, para sejarawan-sejarawan zaman Kerajaan Umayyah tidak lari dari menulis tentang
peristiwa peperangan yang berlaku dalam masyarakat Islam. Kebanyakan sejarawan tidak lari
dari menceritakan mengenai al- Maghazi iaitu peristiwa peperangan. Masyarakat Islam
terkenal dengan perang Badar, perang Uhud dan perang Khandak. Antara tokoh yang
mempunyai banyak pengetahuan mengenai al- Maghazi yang berlaku semasa zaman
Rasulullah S.A.W ialah Syurahbil bin Sa`ad yang telah menulis mengenai perang Uhud dan
perang Badar.37 Dalam karya Urwah bin al-Zubyr juga turut menceritakan mengenai
peperangan yang berlaku dalam masyarakat Islam seperti perang Badar, perang Khandak dan
34 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayudarai Letchumanan. 2001. Tamadun Dunia. Shah Alam
Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm: 584.
35 N.M Idaik Kadar. 1979. Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm: 8.
36 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 201
12

perang Taif. Pengetahuan yang meluas mengenai al-Maghazi membolehkan beliau mendapat
pengiktirafan daripada Kerajaan Bani Umayyah. Sejarawan Aban bin Uthman bin Affan pula
telah berusaha untuk mengasingkan hadis daripada al-Maghazi. Antara karya penulisannya
adalah al-Mubtada, al-Maghazi, al-Mab`ath, al-Thaqifah, dan al-Riddah. Beliau merupakan
seorang ahli hadis yang berautoriti thiqah dan faqih yang terkenal pada zaman pemerintahan
Kerajaan Bani Umayyah.38
Dunia Barat.
Thucydides (456-396 S.M) merupakan pengikut Herodotus dan beliau cuba menulis tentang
perang Peloponesia. Berbeza dengan Herodotus, Thucydides antara sejarawan yang bersikap
kritis terhadap sejarah dan beliau cuba menolak sejarah yang berbentuk mitos dan lagenda
seperti yang ditulis oleh Herodotus. Beliau juga telah memisahkan sejarah daripada unsurunsur kepercayaan karut dan beliau telah mengaitkan peristiwa sejarah dengan sebab
musabab rasional yang bersifat sekular.39 Disebabkan kebolehan Thucydides mencari sejarah
berdasarkan bukti-bukti yang benar dan bersikap kritikal, beliau telah dianggap sebagai
pengasas sejarah berbentuk kritikal dan saintifik. 40 Namun Thucydides juga menghadapi
masalah dalam menentukan dengan tepat tarikh beberapa peristiwa penting dengan
pertumbuhan Empayar Athens. Hal ini kerana, sumber-sumber yang digunakan beliau seperti
babad, tidak memberikan maklumat yang tepat. Dalam pensejarahan Rom pula, sejarawansejarawan tradisi adalah seperti Sallust, Livy dan Tacitus. Menurut Profsor J. Bury, penulisan
sejarawan Rom tradisi bukanlah sesuatu yang asli dan menggambarkan sifat kebangsaan
negara itu.41 Hal ini kerana pensejarahan Rom adalah peniruan pensejarahan Yunani. Namun
ia disangkal oleh R.G Collingwood kerana terdapat perkembangan asli dalam pensejarahan
Rom iaitu kejayaan dalam merencanakan idea yang mantap mengenai sejarah awal Rom yang
37 Wan Yahya Wan Ahmad.1992. Pensejarahan Awal Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti
Malaya. hlm: 56
38 ibid. hlm: 59
39 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 72
40 ibid. hlm: 73
41 R. Suntharalingam. 1987. Pensejarahan barat. Selangor. Fajar Bakti. Sdn. Bhd. hlm: 2
13

lengkap. Idea ini telah dilengkapkan oleh Livy iaitu dengan mengumpul catatan-catatan
tradisional dari sejarah awal Rom dan menggabungkan menjadi suatu naratif yang
bersambung.
4.0 UNSUR LAIN
DUNIA TIMUR DAN BARAT.
Selain unsur kepercayaan dan corak kehidupan yang menjadi panduan dalam penulisan
sejarah dunia Timur dan Barat juga turut menyelitkan hal yang berkaitan ekonomi, politik,
dan sosial dalam penulisan mereka. Pensejarahan politik dan ekonomi merupakan catatan
yang penting bagi negara-negara tersebut kerana urusan tersebut berkaitan dengan kerajaan
dan negara. Oleh itu, unsur politik, ekonomi, dan sosial juga turut menjadi unsur dalam
pensejarahan pramoden kedua-dua dunia tersebut.
Dunia Timur.
Dunia India menghasilkan karya Rajatrangini yang ditulis dalam bentuk naratif dan
mempunyai lapan bab. Karya tersebut memaparkan kronologi dan senarai waris-waris takhta
Kerajaan Kashmir. Karya ini bermula dengan Raja-raja Kashmir yang awal seperti Gonada l.
Karya ini juga memaparkan peristiwa benar yang berlaku. Tiga bahagian awal rangkaian
sejarah dirujukkan melalui teks Nilamatapurana. Bahagian keempat membincangkan tentang
dinasti Karkota sehingga abad ke-8M. Bahagian 5 dan 7 menceritakan peristiwa sejarah dan
kisah luar biasa. Bahagian terakhir menerangkan sejarah pada zamannya sendiri. Karya ini
bertujuan menaikkan semangat patriotisme pembaca dengan memuatkan unsur-unsur
berbentuk moral dan pujian terhadap negaranya.42 Karya Athasastra adalah karya unggul yang
ditulis oleh Kautilya. Karya berkenaan ditulis semasa pemerintahan Chandragupta l.
Athasastrsa dianggap penting dan setanding dengan karya Machiavelli iaitu The Prince.
Karya ini menjadi sumber rujukan penting dalam perkembangan politik, sosial, dan ekonomi.
Dalam karya berkenaan mencatatkan tentang raja dan pemerintahan, misalnya bagaimana raja
bijak mengawal pembesar supaya tidak memberi ancaman kepadanya. Karya ini menjelaskan
agar raja itu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkembangan kerajaannya dan
mampu mengawal enam perkara asas dalam dirinya iaitu sikap pemarah, tamak, nafsu,
kemewahan, keangkuhan dan bermegah-megah.
42 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 216.
14

Shih Chi merupakan karya yang berbentuk menyeluruh atau umum yang merangkumi
keseluruhan sejarah negara China dari awal Dinasti Han.43 Shih Chi adalah catatan yang
benar tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak awal kewujudan wangsa. Shih Chi
memaparkan fakta-fakta sejarah itu secara objektif, tanpa menghiraukan implikasi moralnya
dan kesan-kesan terhadap sejarawan itu sendiri kerana Shih Chi ditulis secara persendirian
tanpa perintah maharaja. Ini kerana sejarah bagi Ssu Ma Chien bukanlah merupakan catatan
salasilah semata-mata, juga bukan babad yang kosong tentang akhlak politik sahaja, juga
bukan penulisan yang mengagungkan seseorang atau institusi sahaja. Sesungguhnya sejarah
adalah sesuatu gambaran komposit bagi keseluruhan masa lalu seluruh rakyat, iaitu sejauh
yang digambarkan dengan tepat dan benar. Dan Shih Chi itu sendiri merupakan sebuah hasil
yang pertama yang menjadi model bagi satu rangkaian penulisan Cheng Shih atau Standard
Histories.44
Antara tokoh-tokoh sejarawan yang terdapat pada zaman Kerajaan Bani Umayyah, Urwah
bin al-Zubair merupakan sejarawan yang paling agung pada zaman tersebut. Hal ini
dibuktikan melalui pengiktirafan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dalam pensejarahan
yang dibuat oleh beliau Urwah telah membuat penghuraian yang selengkapnya bagi
menghuraikan sesuatu peristiwa. Yang berlaku dalam masyarakat Islam seperti peperangan,
pembukaan kota Mekah, peristiwa hijrah dan pemerintahan Khulafah al-Rasyidin. 45 AlQuran merupakan pendorong utama kepada Urwah bin al-Zubair untuk menulis. 46 Beliau
juga terkenal sebagai periwayat hadis yang terkenal dan boleh dipercayai kerana adanya
thiqah dalam penulisan Hadis. Antara ciri-ciri terpenting dalam penulisan Hadis ialah
penggunaan Isnad yang merupakan rangkaian kepada pembawa-pembawa hadis. 47 Dalam
penulisan sejarah yang dibuat oleh Urwah, beliau lebih mementingkan kepada sumber

43 ibid. hlm: 203


44 Muhd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 2000. Sejarawan dan pensejarahan :
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 77
45 ibid. hlm: 114
46 ibid. hlm: 115.
47 ibid. hlm: 117
15

bertulis daripada sumber lisan.48 Hal ini kerana dikhuatiri terdapatnya tokoh tambah dalam
sumber tersebut. Walau pun pada masa Urwah masih hidup sudah ada sejarawan- sejarawan
yang membuat periwayatan hadis-hadis nabi, namun penyusunan dan pembukuannya hanya
dibuat selepas kewafatan Urwah bin al-Zubair iaitu semasa pemerintahan Khalifah Umar bin
Abdul Aziz.
Dunia Barat.
Livy dan Tacitus telah mempelopori suatu pendekatan baru yang dipanggil psikologikal
didaktik. Hubungan rapat sejarawan Rom dan lapangan politik mendedahkan salah satu
keperluan untuk menghasilkan sejarah yang berwibawa itu. Dari kaca mata Rom, sejarawan
ialah seorang negarawan49 yang juga arif tentang selok-belok politik dan peperangan.
Sehingga berakhirnya empayar Rom, pengikut Herodotus dan Thucydides seperti Sallust,
Tacitus dan Livy masih terpengaruh dengan gaya dan cara penulisan kedua-dua sejarawan
awal Greek itu. Walaupun begitu, meskipun sejarawan zaman empayar Rom itu tidak
mempunyai teknik asas yang formal dan sistematik tentang pengumpulan sumber sejarah,
namun mereka lebih menitikberatkan nilai pragmatik sejarah sebagai tujuan utama dalam
sesuatu peristiwa sejarah yang dikaji.50

48 ibid. hlm: 118


49 Orang yang memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah Negara. Cetakan
ketiga. 1992. Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm: 859
50 Arbaiyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan pensejarahan. Ampang Selangor. Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm: 74
16

5.0 KESIMPULAN.
Seperti yang telah diperjelaskan di atas, jelas menunjukkan masa pensejarahan memberi
kesan kepada teori pensejarahan di kalangan sejarawan. Pensejarahan pramoden kedua-dua
dunia menunjukkan tiadanya sistem penulisan yang baik dan teratur dalam penulisan. Cara
penyampaian juga agak kabur dan kurang jelas kepada pihak kedua. Sejarawan pramoden
biasanya banyak menyelitkan unsur-unsur mitos, kepercayaan, kehidupan, lagenda, kesaktian
dan sebagainya dalam penulisan karya. Berbeza dengan sejarawan moden yang lebih
mementingkan penulisan yang bersistematik dan teratur dengan menampilkan kaedah,
tatacara, dan sebagainya dalam membentuk sebuah karya. Setiap pensejarahan juga
memerlukan suatu bukti yang sahih dan bukan hanya setakat untuk penghiburan semata-mata.
Perbezaan yang ketara antara pensejarahan Barat dan Timur dilihat ketara melalui cara
penulisan dan penyampaian.

17

BIBLIOGRAFI.
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng(disunting). 1995. Isu-Isu Pensejarahan
(Esei Penghargaan Kepada Dr R Sunthalingam) Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Arbaiyah M. Noor. 2002. Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azharudin, Mohd. Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cetakan ketiga. 1992. Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
G. Sivapalan. M. Raja ntheran dan R. Raja krianan. 2001. Tamadun Islam dan Asia.
Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
G. W. F. Hegel. 2001. Falsafah sejarah. Yogyakarta.
Pustaka Pelajar.
Mohd. Yusof Ibrahim, Mahayudin Hj Yahaya. 1988. Sejarawan Dan
Pensejarahan, Ketokohan Dan Karya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Husain Haekal. 1999. Sejarah Hidup Umar bin al-Khattab.
18

Singapura. Pustaka Nasional Pte Ltd.


Muhammad Yusof Hashim, 1992. Buku Pensejarahan Melayu.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim. 2004. Ilmu Sejarah: Fasalfah, Pengertian dan Kaedah.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
N.M Idaik Kadar. 1979. Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof. Dr. Hamka. 1997. Sejarah Umat Islam. Singapura.
Pustaka Nasional. Pte. Ltd.
R. Suntharalingam. 1987. Pensejarahan barat. Selangor.
Fajar Bakti. Sdn. Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayudarai Letchumanan. 2001. Tamadun Dunia.
Shah Alam Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Yahya Wan Ahmad. 1992. Pensejarahan Awal Islam.
Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Zaharah Ibrahim. 1968. Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

19

Anda mungkin juga menyukai