Anda di halaman 1dari 15

HSA 101 – PENGANTAR SEJARAH

SEMESTER 2 – 2020/2021

Soalan: Jelaskan secara kristis ciri-ciri persejarahan Yunani, persejarahan Rom dan
persejarahan Kristian.

WAKTU TUTORIAL: KHAMIS (2:00-3:00 PETANG)

DISEDIAKAN OLEH:

1. AINA MURSYIDAH BINTI ZAKARIA (150871)


2. FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI (151025)

NAMA PENSYARAH: DR MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH


1.0 PENGENALAN

Pensejarahan Barat merupakan sejarah yang menitikberatkan kepada pensejarahan

Yunani, pensejarahan Rom dan juga pensejarahan Kristian. Pensejarahan-pensejarahan ini

boleh dikategorikan sebagai pensejarahan berbentuk tradisi, dan pensejarahan ini mempunyai

ciri yang berbeza dengan pensejarahan moden. Setiap penulisan yang

dihasilkan mempunyai tema dan objektif yang tersendiri oleh sejarawan.1Namun begitu,

hanya segelintir sahaja karya yang dihasilkan pada zaman ini memiliki ciri tersebut. Secara

umumnya, pensejarahan juga dapat diertikan sebagai sebuah penulisan karya sejarah yang

menceritakan tentang kisah-kisah yang lalu. Menurut R. G. Collingwood, pensejarahan

merujuk kepada tulisan-tulisan peristiwa yang telah berlaku pada zaman silam atau sezaman

dengan penulis berkenaan.2 Karya-karya tersebut bertemakan peperangan, politik, revolusi,

pemberontakan, dan sebagainya. Setiap penulis mempunyai idea yang tersendiri dari segi

matlamat atau tujuan penulisan. Karya-karya yang dihasilkan oleh ahli sejarawan pada setiap

zaman mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Melalui ciri-ciri penulisan, karya-karya tersebut

dapat dibezakan sama ada karya itu bersifat objektif ataupun subjektif.

C IRI-CIRI PENSEJARAHAN YUNANI

1
Meyjuhee Umey, Pensejarahan Pramoden Dunia Timur dan Barat,
https://www.academia.edu/6537191/Pensejarahan_pramoden_dunia_timur_dan_barat
(accessed Jun 05, 2021).
2
Ibid
Tamadun Yunani bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali

sebagai negara kota. Negara kota ini terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan

bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M. Tamadun Yunani memiliki ciri-ciri penulisan

pensejarahan tersendiri antaranya matlamat, tiada mitos, kaedah, sumber dan tema. Matlamat

merupakan ciri-ciri penulisan pensejarahan tamadun Yunani. Matlamat kajian sejarah oleh ahli

sejarawan Yunani iaitu Herodotus dimana beliau ingin mengkaji mengenai sebab-sebab Perang

Parsi (Greco-Persian Wars) berlaku.3 Karya Herodotus yang bertajuk Histories menyatakan

bahawa Perang Parsi dipengaruhi oleh dua matlamat. Matlamat pertama ialah beliau ingin

memelihara daripada hilangnya ingatan tentang sesuatu pekara yang telah dilakukan oleh

manusia, bukan itu sahaja beliau juga hendak mengelakkan agar tindakan-tindakan yang mulia

dan mengagumkan oleh orang Yunani dan orang Parsi daripada luntur. Seterusnya, matlamat

yang kedua ialah Herodotus berkeinginan untuk merakam punca berlakunya pertelingkahan atau

pergaduhan antara mereka. Manakala bagi ahli sejarawan Thucydides pula, matlamat bagi kajian

sejarah beliau ialah beliau ingin mengkaji sebab-musabab berlakunya Perang Peloponnesia

antara Athens dan Sparta. Dalam kajiannya, Thucydides mengatakan bahawa Perang

Peloponnesia akan menjadi sebuah perang yang unggul dan lebih layak dipaparkan berbanding

dengan perang-perang lain yang pernah berlaku. Thucydides berpendapat bahawa, Perang Parsi

tidaklah sehebat Perang Peloponnesia kerana Perang Peloponnesia berlaku dalam jangka masa

yang panjang dan berentetan bahkan peperangannya penuh dengan kesiksaan yang tidak pernah

dialami dalam Perang Parsi sebelum itu.4

Selain itu, ciri-ciri Pensejarahan tamadunYunani ialah tidak ada mitos. Hal ini kerana ilmu

sejarah telah menjadi ilmu yang baru dimana tiada unsur mengenai dewa seperti yang terdapat

3
Suntharalingam. R, Pensejarahan Barat (Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1987), hlm. 11.
4
Ibid.
dalam puisi Homer yang menceritkan kisah berkaitan mitos. Thucydides berpendapat untuk

menghapuskan unsur-unsur seperti khayalan dan hiburan kerana bertentangan dengan ilmu

sejarah.5 Herodotus dan Thucydides juga mengakui bahawa kepentingan menilai sesuatu bukti

dengan cara yang lebih rasional. Cerita-cerita yang mempunyai unsur mitos, lagenda, mukjizat

dan sebagainya sewajarnya dibangkang oleh ahli sejarah kerana unsur-unsur ini telah melanggar

fenomena alam dan manusia.6

Ciri-ciri pensejarahan yang seterusnya ialah kaedah penyelidikan. Kaedah penyelidikan

yangdijalankan dengan mencari dan mengumpul bukti-bukti. Terdapat tiga faktor iaitu

pemerhatian, temuduga dan bahan bertulis. Herodotus telah menjalankan lawatan terhadap

negara-negara yang terlibat dalam Perang Parsi dan beliau juga meninjau secara langsung bagi

mengkaji mengenai penempatan dan budaya di negara-negara tersebut. Selain itu, Thucydides

juga melakukan kaedah yang sama iaitu beliau berkunjung ke medan perang untuk melakukan

kajian mengenai Perang Peloponnesia. Herodotus dan Thucydides juga melakukan kaedah

temuduga dengan menghubungi saksi-saksi. Kaedah temuduga antara kaedah yang paling

berkesan untuk memperoleh bukti-bukti yang sahih dan benar. Sebagai contoh, Herodotus telah

menemui pemimpin politik dan tentera di negara Yunani dan beliau juga menghubungi paderi

daripada pusat keagamaan. Thucydides pula menyatakan bahawa beliau berpeluang menemubual

saksi dari Liga Peloponnesia.7 Kaedah yang terakhir ialah bahan bertulis. Herodotus dan

Thucydides telah menggunakan kesan peninggalan lama yang merupakan sumber-sumber untuk

mendapatkan maklumat. Antara Sumber-sumber yang digunakan ialah puisi epik, babad, karya

geografi dan sebagainya. Terdapat beberapa kesimpulan yang mereka perolehi antaranya mereka

berusaha mencari semua bukti tanpa mengabaikan mana-mana jenis bukti tersebut dan mereka
5
Ibid, hlm. 11.
6
Ibid, hlm. 15.
7
Ibid, hlm. 12-13.
juga lebih mengutamakan sumber lisan. Oleh itu, terdapat ramai saksi masih hidup dan dapat

dihubungi untuk mendapatkan bukti-bukti mengenai peristiwa tersebut.8

Akhir sekali, ciri-ciri penulisan pensejarahan tamadun Yunani ialah tema. Tema kajian

yang terdapat dalam pensejarahan Yunani ialah perang, politik, pemberontakan dan revolusi.

Revolusi yang berlaku pada orang Yunani ialah dalam dunia intelek dan politik. 9 Rantau Iona

telah menjadi tumpuan bagi pusat revolusi intelek sekaligus muncul sebagai pelabuhan-

pelabuhan yang besar dan kaya.10 Ilmu-ilmu yang dipelajari menekankan penjelasan yang

rasional tentang alam fizikal dan budaya. Antara ilmu atau bidang-bidang yang dipelajari ialah

Pythagoras, bidang sains fizik, bidang perubatan dan bidang geografi. Revolusi intelek yang

dihasilkan oleh para sarjana telah memberikan impak terhadap pensejarahan Yunani.

3.0 CIRI-CIRI PENSEJARAHAN ROM

Ciri penulisan tamadun Rom yang pertama adalah sistem politik. Tamadun Rom telah

memperkenalkan sistem pemerintahan yang bercorak republik dan mengandungi unsur-unsur

demokrasi. Unsur-unsur demokrasi merujuk kepada rakyat perlu melibatkan diri dalam

pemilihan ketua negara.11 Sistem pemerintahan republik masih diguna pakai sehingga hari ini

namun terdapat beberapa perubahan dengan sistem republik moden.

Sistem perundangan juga merupakan ciri pensejarahan Rom. Undang-undang Rom

dikenali sebagai Hukum Kanun 12 dan juga disebut sebagai papan dua belas yang terpahat

dikayu dan diletakkan di tempat awam bagi membolehkan rakyatnya sentiasa mematuhi undang-

8
Ibid, hlm. 14.
9
Ibid, hlm. 4
10
Ibid.
11
Zulkifli Mohammed, “Tamadun Rom”, kota sejarah, Ogos 1, 2011,
http://kotasejarah.blogspot.com/2011/08/tamadun-rom.html. (Accessed May 20, 2021).
undang.12 Terdapat tiga undang-undang utama tamadun Rom iaitu undang-undang sivil adalah

untuk warganegara Rom di mana undang-undang ini dalam bentuk bertulis atau tidak bertulis.

Seterusnya, undang-undang rakyat adalah undang-undang untuk semua rakyat tanpa mengambil

kira status kewarganegaraan dimana ia meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli

dan menjual kontrak dan rakan kongsi. Undang-undang yang paling penting bagi setiap lapisan

manusia adalah undang-undang yang menyentuh hak asasi manusia dan kerajaan tidak

mempunyai kuasa untuk menindas.13 Maharaja Justinian telah mengemaskini semula sistem

undang-undang yang diguna pakai sehingga ke hari ini iaitu 4 prinsip undang-undang Rom.

Antara prinsip tersebut adalah semua manusia sama disisi undang-undang, seseorang tidak

bersalah sehingga terbukti kesalahannya, keadilan terhadap individu dan hukaman berasakan

bukti yang kukuh.

Ciri pensejarahan Rom yang seterusnya ialah kaedah penyelidikan. Tamadun Rom juga

melakukan penyelidikan dalam mencari dan mengumpul bukti-bukti untuk memastikan karya

yang dihasilkan melalui proses penyelidikan yang kukuh dan sahih.14 Ahli sejarawan

menggunakan kaedah penyelidikan seperti temu bual, rekod bertulis dan lawatan. Sebagai

contoh, Livy merujuk dan menggunakan ‘Polybius’ dan ‘The Hostries’ yang dihasilkan oleh

Polybius sebagai bahan sumber dalam penulisan karya dan naratifnya. Polybius telah

menghasilkan penulisan tentang kemasyurhan Rom sebagai kuasa dunia.

Ciri pensejarahan Rom yang seterusnya adalah dari segi keagamaan. Tamadun rom telah

mengembangkan agama Kristian kepada penduduknya. Penindasan dan penentangan terhadap

Kristian yang dilakukan amat dahsyat sekali namun berlaku perubahan apabila maharaja

12
Ibid.
13
Ibid.
14
Lecture, May.27, 2021.
Constantine telah memeluk agama Kristian dan mengangkat agama Kristian sebagai agama yang

suci dan mulia. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan kebangkitan Kristian dan

kefahaman agama ini berkembang dalam masyarakat Rom. Dengan berlakunya peristiwa

tersebut, penganut agama Kristian telah menganggap ia sebuah kejayaan buat mereka yang telah

dizalimi sekian lama. 15

Akhir sekali, pensejarahan Rom tidak bersifat objektif turut merupakan ciri pensejarahan

Rom. Hal ini dikatakan demikian kerana tamadun Rom lebih mengutamakan sejarah politik dan

kenegaraan iaitu peperangan, peperangan saudara, keruntuhan kerajaan dan tokoh politik.

Sebagai contoh, Tacitus merupakan ahli sejarawan yang bergiat aktif dalam politik dan beliau

telah menghasilkan tiga buah buku yang berunsurkan politik dan sejarah. Contohnya, ‘Histories’

dan ‘Annals’ yang menceritakan mengenai sejarah Rom manakala buku yang bertajuk ‘Agricola’

pula mengisahkan tentang bapa mertuanya sebagai gabenor.16 Selain itu, pensejarahan Rom tidak

bersifat objektif kerana tamadun Rom gagal memisahkan fakta dan lagenda. Hal ini dapat dilihat

apabila Rom memaparkan peranan Tuhan dalam menentukan pensejarahan Rom di mana

kemurkaan Tuhan dapat dilihat dalam petanda dan ramalan. Di samping itu, pensejarahan Rom

tidak bersifat objektif kerana terdapat pengadilan moral secara berleluasa di mana bangsa bukan

Rom dianggap jahil, pengecut dan ganas.17

4.0 CIRI-CIRI PENSEJARAHAN KRISTIAN

Ciri pensejarahan Kristian yang pertama ialah pensejarahan ini memberatkan hal

mengenai agama Kristian. Hal ini demikian kerana, penulis-penulis Kristian amat memberatkan

15
Muhammad Faris, Perkembangan Pensejarahan Barat mengikut Zaman.
16
Suntharalingam. R, Pensejarahan Barat, hlm. 43.
17
Lecture, May.27, 2021.
hal-hal yang berkisarkan tentang kelahiran serta pertumbuhan agama Kristian. 18 Sebagai contoh,

Eusebius dalam bukunya, Historia Eccelesiastika telah menerangkan tentang tema-tema yang

berkaitan dengan agama Kristian. Antara tema menarik yang terdapat di dalam buku beliau ialah

latar belakang kepada kelahiran Nabi Isa, di mana beliau telah meninjau sejarah dari masa

penciptaan, bagaimana manusia telah menyimpang jauh dari ajaran-ajaran Tuhan, serta kelahiran

Nabi Isa. Kelahiran Nabi Isa juga dikatakan untuk menebus dosa manusia. Selain itu, Eusebius

juga menitikberatkan penelitian terhadap sumbangan sahabat-sahabat karib Nabi Isa seperti

Apostle’s yang sanggup berusaha untuk menyebarkan agama Tuhan.19 Pemilihan tema-tema

yang dilakukan oleh Eusebius ini mendedahkan beberapa ciri yang boleh dikatakan istimewa dan

unik kepada pensejarahan Kristian secara am.

Ciri pensejarahan Kristian yang kedua ialah sejarah Kristian menganggap bahawa sejarah

sejagat ditentukan oleh Tuhan. Hal ini demikian kerana, sejarah Kristian banyak meliputi sejarah

sejagat yang lain seperti bangsa Pagan, Yahudi, Babylonia, Assyria, bangsa Kristian sendiri dan

sebagainya. Pensejarahan Kristian mementingkan agama Kristian sahaja. Eusebius juga memberi

pandangan bahawa sejarah seharusnya melibatkan kesemua bangsa.20 Hal ini demikian kerana,

Tuhan dikatakan telah menentukan takdir bagi setiap bangsa-bangsa itu dan telah tertulis dalam

perancangannya. Oleh itu, sejarah Kristian juga mengkaji mengenai bangsa-bangsa lain, dan

tidak berfokus kepada bangsa mereka sahaja. Ahli-ahli sejarah Kristian juga mengatakan bahawa

Tuhanlah yang menentukan semua peristiwa sejarah di muka bumi ini.

Ciri yang ketiga pula ialah kewujudan penghujung masa iaitu Hari Kiamat. Ramai ahli

sejarah atau penulis Kristian berminat dengan tema atau topik mengenai konsep penghujung

18
Suntharalingam, R. Pensejarahan Barat, hlm. 75.
19
Ibid, hlm. 76.
20
Ibid.
masa ini. Hal ini berpunca daripada keyakinan mereka bahawa sejarah masa depan sudah pun

ditetapkan oleh Tuhan, dan hal itu telah pun disampaikan kepada manusia melalui nabi-nabi

seperti Nabi Isa dan konsep itu juga telah termaktub dalam kitab suci agama mereka, iaitu Kitab

Injil.21 Perkara ini berbeza dengan pensejarahan Yunani dan Rom. Hal ini demikian kerana,

penulis-penulis Kristian seperti Africanus, Eusebius dan Otto tidak mengehadkan ruang lingkup

kajian mereka kepada masa lampau semata-mata, tetapi juga kajian mengenai sejarah masa

hadapan.

Selain daripada itu, kedatangan Hari Kiamat juga merupakan salah satu ciri pensejarahan

Kristian. Penganut agama Kristian ini mempercayai bahawa Hari Kiamat akan tiba pada bila-bila

masa sahaja. Sebagai contoh, pada penghujung abad ke-2 T.M., Rom telah dilanda perang

saudara dan perkara ini menyebabkan ramalan mengenai kedatangan Hari Kiamat menjadi

semakin kuat sehingga para petani Kristian menjual harta dan meninggalkan tanah mereka,

sedangkan di Syria, lelaki, wanita serta kanak-kanak juga telah ‘berpindah untuk menemui

kerajaan Tuhan di padang pasir’. Keadaan ini menggalakkan orang Kristian untuk memperingati

tentang kejadian-kejadian lepas atau mempunyai sesuatu perspektif tentang perjalanan sejarah.

Selain daripada itu, menurut Otto dalam History of the Two Cities, kedatangan Hari Kiamat akan

diketahui melalui petanda-petanda yang luar biasa yang akan didedahkan dalam matahari, bulan,

bintang serta lautan.22 Pada saat itu, satu kemusnahan bandar dosa akan berlaku dan peningkatan

bandar Imam, serta zaman Tuhan akan menjelang tiba. Pada saat bersejarah ini, Otto

menjelaskan bahawa Tuhan akan menghukum mereka yang kejam dan berdosa, dan memberi

ganjaran kepada orang yang jujur dan beriman. Orosius juga telah menyuarakan pandangan

21
Ibid, hlm. 77.
22
Ibid.
beliau bahawa hukuman Tuhan ini tidak dapat dielakkan, dan hukuman itu merupakan hukuman

yang adil kepada mereka yang berlaku kejam.23

Ciri pensejarahan Kristian yang keempat pula ialah penggunaan sumber yang tidak

objektif. Hal ini demikian kerana, ahli-ahli sejarah Kristian tidak menggunakan sumber yang

wujud secara adil dan tidak objektif. Kelemahan ini berpunca daripada pendirian mereka yang

memandang Kitab Injil dan dokumen geraja sebagai bahan atau dokumen yang lebih mulia

berbanding dengan bahan-bahan lain. Seorang ahli sarjana, iaitu Origen telah menyuarakan

pendapat beliau dan mengatakan bahawa sejarah yang penting bagi penganut atau masyarakat

Kristian ialah sejarah yang termaktub dalam Kitab Injil sahaja, bukan dalam bahan-bahan yang

ditinggalkan oleh manusia yang lepas atau tulisan ahli-ahli sejarah Pagan. Buktinya boleh

disahkan melalui kajian yang dijalankan oleh Orosius. Kajian ini lebih bergantung ke atas karya

Eusebius ketika memaparkan sejarah awal Rom berbanding dengan tulisan Polybius, Sallust,

Livy atau Tacitus. Perkara ini berlaku kerana ahli-ahli sejarah Kristian menganggap bahan-bahan

tersebut sebagai sumber yang berwibawa.24 Sumber-sumber yang dikatakan berwibawa ini harus

ditafsirkan mengikut cara yang khas supaya pesanan dan amanat Tuhan dapat dikesan dan

dipaparkan kepada orang ramai. Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Origen tentang tafsiran

Kitab Injil, seseorang pengkaji itu perlu mendedahkan pengertian yang tersirat dalam sumber

suci tersebut. Kajian ini memerlukan keimanan yang tinggi serta akal yang tajam supaya ia

membolehkan pengkaji meneliti dengan lebih mendalam tentang hal-hal mencari kebenaran serta

cara-cara untuk mengesan rahsia-rahsia yang sulit itu.

Ciri pensejarahan Kristian yang seterusnya pula ialah unsur ketuhanan intipati bagi segala

penafsiran. Hal ini demikian kerana, ahli-ahli sejarah Kristian menganggap bahawa semua
23
Ibid, hlm. 82.
24
Ibid, hlm. 78.
sejarah dikaitkan dengan kuasa dan takdir ketuhanan. Africanus dalam Chronographia telah

mengandaikan bahawa Tuhan telah mewujudkan semua manusia dalam darah yang sama supaya

manusia dapat mendiami di atas muka bumi yang telah diciptakan oleh Tuhan ini. 25 Ketika

menceritakan perjalanan sejarah dunia dari detik penciptaan, Africanus menceritakan tentang

sejarah kaum Yahudi sebagaimana ia telah dipaparkan dalam kitab suci bagi kaum itu.

Tanggapan beliau bahawa kaum Yahudi ini merupakan kaum yang dipilih oleh Tuhan, kerana

Tuhan telah mengutuskan nabi-nabi seperti Ibrahim dan Musa untuk memimpin orang Yahudi

serta masuk campur untuk membantu kaum itu semasa mereka menghadapi kesusahan.

Disebabkan ramai ahli sejarah Kristian yang melihat sejarah dari sudut agama, hal ini telah

menonjolkan lagi peranan Tuhan sebagai penentu dalam tindakan dan keputusan dalam sejarah

di dunia ini.

Ciri ketujuh yang terdapat dalam pensejarahan Kristian ialah penekanan kepada saksi

suci atau mulia dari segi agama. Misalnya, Eusebius telah mengakui cerita ajaib dari Maharaja

Constantine tentang kejayaannya dalam pertempuran dengan tentera yang dipinjam oleh

Maxientius pada tahun 312 T.M. Mengikut keterangan lisan oleh Constantine kepada Eusebius,

kejayaannya dalam pertempuran itu adalah dengan restu Tuhan kerana sebelum baginda

berangkat ke medan perang, baginda nampak pancaran cahaya di langit yang berbentuk salib dan

mengandungi catatan yang berbunyi: ‘Menakluki dengan ini’.26 Pendirian yang sama telah

ditunjukkan oleh S. Severus dalam karya beliau yang bertajuk Life Of St. Martin, di mana beliau

memberi pandangan bahawa karyanya itu merupakan satu penyelidikan rapi dan karya itu

bertujuan supaya beliau dapat menyampaikan kebenaran tentang riwayat hidup tokoh suci yang

telah dikajinya itu. Namun begitu, beliau tetap memperakui cerita-cerita yang berunsurkan

25
Ibid, hlm. 79.
26
Ibid, hlm. 78.
mukjizat. Hal ini bertujuan untuk memberi pandangan yang betul tentang St. Martin yang

dianggap sebagai orang suci yang telah dikurniakan dengan sifat-sifat ketuhanan

Ciri yang kelapan bagi pensejarahan Kristian ialah pensejarahan ini menulis sejarah

biografi dan riwayat hidup. Walaupun penulis-penulis pada zaman Yunani dan Rom menulis

tulisan seperti ini, namun, penulis Kristian menjadikan penulisan ini sebagai satu saluran yang

paling berkesan untuk menghuraikan jasa serta sumbangan tokoh sejarah. 27 Di samping karangan

Eusebius yang berjudul Palestinian Martyrs dan Life of Constantine, terdapat juga berpuluh-

puluh riwayat hidup yang dikarang sewaktu Zaman Pertengahan yang mengisahkan tentang

kehidupan paderi-paderi, paus-paus, serta raja-raja yang berjasa kepada gereja Kristian. Selain

itu, apabila seseorang tokoh agama Kristian telah meninggal dunia, gereja akan mengiktiraf

mereka sebagai golongan yang suci. Walaupun tulisan berbentuk riwayat hidup ini bertujuan

untuk dakyah dan penyebaran agama Kristian, namun penulisan ini tetap menjadi salah satu

warisan persuratan yang masih digunakan dalam kalangan ahli sejarah serta penulis-penulis yang

lain.28

Ciri pensejarahan Kristian yang terakhir ialah pensejarahan Kristian ini merupakan

sejarah yang subjektif dan tidak objektif. Menurut pandangan sarjana tempatan, iaitu

Abdul Rahman, beliau mengatakan bahawa pengadilan moral merupakan satu perbuatan di

mana seseorang sejarawan dengan sengaja atau tidak sengaja menghukum dan menilai sesuatu.

Pengadilan moral ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji atau

mengeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas

dan sebagainya.29 Untuk pensejarahan Kristian ini, jelas menunjukkan kewujudan pengadilan

27
Ibid, hlm. 95.
28
Ibid.
29
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Sejarah (Pulau Pinang: Pusat Pendidikan jarak jauh, Universiti Sains
Malaysia, 1994), hlm. 113-114.
moral yang berasaskan ukuran dan nilai agama. Hal ini demikian kerana, pensejarahan Kristian

lebih memfokuskan secara berlebihan tentang sejarah suci agama Kristian berbanding sejarah

keduniaan. Perkara ini menyebabkan ahli-ahli sejarah Kristian terpisah daripada lunas-lunas

pentafsiran bukti sebagaimana yang diasaskan oleh ahli-ahli sejarah Yunani dan Rom silam.

Golongan ini lebih mengambil berat untuk menilai atau mengkaji bukti-bukti yang dikatakan

suci, selain itu, mereka juga ghairah untuk menonjolkan mukjizat yang didapati oleh orang suci

Kristian. Perkara ini telah mencampuradukkan mitos dan fakta dan ia boleh menyebabkan

kekeliruan atau pencagahan antara sejarah moden dan silam. Hal ini akan menyebabkan ahli-ahli

sejarah Kristian tidak mampu untuk melihat kejadian-kejadian sejarah sebagai proses

pensejarahan atau kemasyarakatan.30

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pensejarahan yang berlaku pada zaman Yunani, Rom dan Kristian

memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Selain itu, ahli sejarawan Yunani menjalankan kajian mereka

dengan mengumpul bukti-bukti melalui kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan mereka juga

mencatat hasil kajian dengan membuat rekod bertulis. Karya pensejarahan Rom dilakukan bagi

memastikan setiap kebaikan dirakam dan ia juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya

kelakuan yang tidak baik daripada kutukan masa depan. Keadaan ini terbukti menunjukkan

bahawa ahli sejarah juga melakukan pengadilan secara moral dalam karya-karya mereka. Karya-

karya pensejarahan Kristian pula lebih berfokuskan mengenai hal-hal keagamaan dan

ketuhanan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pensejarahan Rom dan Kristian ini bersifat

subjektif. Sebagai masyarakat pencinta sejarah, kita perlu meneliti dan mengkaji sejarah dari

pelbagai sudut, dan bukannya pada satu sudut sahaja. Kita tidak boleh memberikan hukuman

30
Suntharalingam, R. Pensejarahan Barat, hlm. 87.
atau membela sesuatu pihak tanpa mengetahui kebenaran sejarahnya. Sikap berat sebelah akan

menyebabkan berlakunya pergaduhan atau percanggahan tentang fakta sejarah. Menurut E.H.

Carr, tugas sejarawan bukan sahaja mencintai masa lalu atau mengelakkan peristiwa lampau

berlaku lagi, tetapi sejarawan juga seharusnya menguasai dan menggunakan peristiwa lalu

sebagai iktibar dan pengajaran untuk memahami masa kini. 31 Jelaslah bahawa, penulisan karya

sejarah yang sahih faktanya perlu dikaji dan dijadikan tauladan kepada manusia sejagat.

31
Seow Han Lin, Teori dan Kaedah Sejarah,
https://www.researchgate.net/publication/338210233_TEORI_DAN_KAEDAH_SEJARAH (accessed
June 05, 2021)
BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan jarak

jauh, Universiti Sains Malaysia, 1994.

2. Meyjuhee Umey, Pensejarahan Pramoden Dunia Timur dan Barat.

https://www.academia.edu/6537191/Pensejarahan_pramoden_dunia_timur_dan_barat

(Accessed June 05, 2021).

3. Muhammad Faris. “Perkembangan Pensejarahan Barat Mengikut Zaman,” Permas UPSI.

November 15, 2019. https://permasupsi.wixsite.com/permasupsi/post/perkembangan-

pensejarahan-barat-mengikut-zaman (Accessed June 06, 2021).

4. Seow Han Lin, Teori dan Kaedah Sejarah,

https://www.researchgate.net/publication/338210233_TEORI_DAN_KAEDAH_SEJAR

AH (Accessed June 05, 2021)

5. Suntharalingam, R. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.

6. Zulkifli Mohammed, “Tamadun Rom”, kota sejarah, Ogos 1, 2011.

http://kotasejarah.blogspot.com/2011/08/tamadun-rom.html. (Accessed May 20, 2021).

Anda mungkin juga menyukai