Anda di halaman 1dari 1

Etika merujuk kepada sikap yang baik daan bole diterima dalam sesebuah masyarakat .

nilai

yang dihayati sebagai benar dan betul oleh individu dan mesti dimiliki serta dikongsi

Bersama dalam sesebuah budaya,agama,masyarakat sekular dan masyarakat yang berpegang

teguh pada falsafah. Manakla peradaban pula membawa maksud system dan tahap

perkembangan sosial sesuatu bangsa.

kegiatan rasuah yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia

dapat menjejaskan etika diri dan adab seseorang individu. Rasuah merupakan perilaku

penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah untuk seseorang individu ini menjalankan

perbuatan yang dikehendaki seperti wang sogokan, hadiah, bonus, jawatan, perkhidmatan dan

diskaun. Unsur-unsur rasuah perlu di tangani sejak dari sekolah rendah lagi bagi memastikan

kegiatan rasuah tidak berlaku dalam kalangan golongan muda. Hal ini dikatakan demikian

kerana masyarakat perlu menerapkan intergriti dan sikap jujur dalam menjalankan amanah

yang diberikan. Penerapan jati diri yang unggul dapat mengelakkan individu terjebak dalam

kegiatan rasuah.

Kegiatan rasuah ini adalah cerminan akhlak yang amat buruk bagi seseorang dan dapat

menjejaskan imej diri kerana melalui akta pencengahan rasuah 1997 individu yang

melakukan kegiatan rasuah akan dihukum penjara dan denda. Kebanyakkan masyarakat yang

terjebak dengan kegiatan rasuah kerana kelemahan dari segi akhlak dan moral sehingga

sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini.

Anda mungkin juga menyukai