Anda di halaman 1dari 1

Isu rasuah yang berleluasa dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan di

Malaysia. Kegiatan rasuah diklasifikasikan sebagai gejala sosial atau jenayah yang sukar
ditangani selain daripada gejala dadah di negara ini. Menurut Suruhanjaya Pencengahan
Rasuah Malaysia (2009), rasuah ialah perilaku penerimaan atau pemberian suapan sebagai
upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana menjalankan perbuatan yang
dikehendaki. Suapan yang diberikan terdiri daripada wang sogokan, hadiah, bonus, undian,
jawatan, perkhidmatan upah dan diskaun. Melalui Kamus Dewan edisi keempat (2015),
rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk atau sinonimnya menyogok, menyuap,
sogok, suap. Isu rasuah ini sering berlaku dalam sektor politik, perniagaan, penjawat awam,
penguatkasaan dan sebagainya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), jumlah bagi pesalah rasuah pada tahun 2019 yang
melibatkan badan berkanun, penjawat awam, swasta dan orang awam adalah seramai 143
orang manakalah jumlah setakat pada harini ini pada tahun 2020 adalah seramai 89 orang.
Situasi ini telah memberi impak yang negatif terhadap kehidupan seseorang dimana tindakan
undang-undang akan diambil ke atas pesalah yang menyebabkan mereka kehilangan
pekerjaan, keluarga dan juga harta benda. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila integriti
dan sikap jujur tidak lagi menjadi keutamaan prinsip asas dalam melaksanakan
tanggungjawab bukan itu sahaja kepentingan negara turut dipertaruhkan hanya kerana
sejumlah wang. Penerapan jati diri yang unggul dalam melaksanakan tanggungjawab dengan
penuh integriti dan amanah dapat mengelakkan individu terjebak dalam jenayah rasuah.
Bukan itu sahaja, etika profesional telah menjadi garis panduan kepada pekerja profesional
dalam menjalankan tugasnya secara amanah dan mengikut peraturan-peraturan yang
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai