Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Menurut kamus dewan, globalisasi merujuk kepada fenomena dunia yang semakin

mengecil akibat perkembangan pesat teknologi maklumat. Globalisasi ialah proses

meletakkan dunia di bawah satu unit yang tidak dihadkan oleh sempadan dan lokasi

geografi. Globalisasi merangkumi semua bidang, termasuk ekonomi, politik, budaya,

ideologi, bahasa dan semua aspek kehidupan masyarakat. Globalisasi juga merupakan

fenomena yang sesuai dengan perkembangan dunia hari ini. Sama ada ia berlaku di dalam

atau di luar negara, negara di seluruh dunia boleh terdedah kepada isu antarabangsa.

Cohen dan Kennedy percaya bahawa globalisasi ialah satu set perubahan yang saling

mengukuhkan, termasuk mengubah konsep masa dan ruang, pergantungan pasaran, dan

pengeluaran ekonomi di negara yang berbeza, meningkatkan interaksi budaya, dan

meningkatkan masalah ekonomi, alam sekitar dan umum yang sama. Malcolm Waters

mentakrifkan globalisasi sebagai proses sosial, di mana sekatan geografi menjadi kurang

penting kepada keadaan sosial dan budaya, yang dicerminkan dalam kesedaran orang

ramai. Malaysia sebagai negara membangun turut menghadapi arus globalisasi

terutamanya dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, pulau pinang sebagai

salah satu negeri yang semakin pesat dalam penggunaan teknologi yang canggih tanpa

sempadan turut memberikan kesan dan perubahan dalam globalisasi di negeri tersebut.
2.0 KESAN GLOBALISASI TERHADAP NEGERI PULAU PINANG

Kesan daripada globalisasi ekonomi di Pulau pinang adalah menggalakkan

pemindahan teknologi. Kepesatan ekonomi di Pulau pinang terutamanya dalam sektor

perindustrian telah menggalakkan pemindahan teknologi antara syarikat luar dengan

syarikat di Pulau pinang. Hal ini dikatakan demikian kerana sektor perindustrian

memerlukan tenaga pekerja mahir dan separa mahir bagi memastikan kualiti pengeluaran

barangan sentiasa dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, industri elektrik dan

elektronik yang telah bertapak lebih satu dekad di Pulau Pinang iaitu intel, dell dan

Seagate adalah perusahaan komputer mempunyai tenaga mahir yang mencukupi dalam

sektor tersebut. Pemindahan teknologi yang berlaku di Pulau Pinang ini menguntungkan

lagi negeri tersebut dimana masyarakat dapat menjalani proses pembelajaran, latihan dan

kemahiran melalui pemindahan kepakaran. Pulau pinang juga telah membina satu pusat

kemahiran iaitu “Penang Skill Development Center” bagi mengasah bakat masyarakat

tempatan untuk menjadi tenaga mahir dan separa mahir agar dapat membantu

meningatkan lagi eknomi di negeri ini. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan

kos perbelanjaan bagi membayar upah kepada tenaga pengajar mahir dari luar negara.

Oleh itu, globalisasi ekonomi ini dapat menggalakan pemindahan teknologi antara negara

luar sekaligus ekonomi di Pulau pinang semakin memberangsangkan.


Kesan globalisasi yang seterusnya terhadap Pulau Pinang dari segi politik ialah

menjalinkan hubungan yang erat dengan negeri-negeri dan juga negara luar. Pulau pinang

yang terkenal dengan sektor perindustrian, pembuatan dan pengeluaran telah menarik

minat pelabur asing untuk melabur di negeri tersebut. Kemudahan teknologi yang

disediakan dapat memudahkan urusan dalam dan luar negeri sebagai contoh menaiki taraf

infrastruktur dan kemudahan Pelabuhan Pulau Pinang bagi memastikan negeri itu terus

menjadi penghubung untuk logistik, perdagangan tempatan dan antarabangsa di rantau

ini. Pelaburan asing yang dijalankan di negeri ini dapat menjamin keuntungan terhadap

kedua-dua pihak dimana pada tahun 2019 Pulau Pinang berjaya mencatat pelaburan

langsung asing (FDI) yang tertinggi iaitu sebanyak RM15 billion. Pencapaian ini telah

meningkatkan lagi keyakinan pelabur asing terhadap ekosistem pelaburan dan

menjalankan hubungan baik dengan Pulau Pinang. Hubungan dua hala antara Pulau

Pinang dengan pelabur asing menunjukkan bahawa kesan globalisasi politik ini bukan

sahaja mengeratkan
Globalisasi yang berlaku di Pulau Pinang turut memberi kesan dalam aspek sosial

iaitu sistem pendidikan yang teratur dan lebih maju. Hal ini dikatakan demikian

kerana pengunaan teknologi yang moden di setiap institusi pengajian memudahkan

urusan pembelajaran dan pengajaran mahupun secara langsung atau tidak langsung.

Bukan itu sahaja, Pendidikan jarah jauh jugak dapat dilaksanakan dengan berkesan

sama ada dari dalam negara dan luar negara. Sebagai contoh, institusi pengajian tinggi

di Pulau Pinang iaitu Universiti Sains Malaysia yang menyediakan pelbagai

kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan yang bertaraf dunia untuk kegunaan para

pelajar dan juga menarik minat pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di

Universiti ini. Kemudahan pembelajaran seperti komputer, komputer riba, makmal

komputer dan sebagainya dapat diakses oleh para pelajar bagi kegunaan

pembelajaran. Jaringan rangkaian internet yang baik dapat memberi pelbagai

pendedahan maklumat kepada para pelajar dalam bidang perubatan, perniagaan,

perdangangan dan lain-lain lagi. Dalam era globalisasi ini juga Pulau Pinang telah

menubuhkan perpustakaan digital Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang

Digital Library (PDL) dimana pelawat yang mengunjungi perpustakaan ini hanya

membawa peranti mudah alih sendiri ataupun dapat menggunakan kemudahan

peralatan yang disediakan oleh perpustakaan ini. Teknologi yang canggih ini

memudahkan para pelajar dan pelawat luar untuk mengakses e-magazine dan e-book

dengan pantas dan cepat. Hal ini secara tidak langsung mereka dapat menerokai dunia

digital dan dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai isu-isu semasa dalam

negara mahupun luar negara.


3.0 PERUBAHAN GLOBALISASI TERHADAP PULAU PINANG

Pulau pinang yang dahulunya merupakan negeri …. Sekarang menjadi negeri

yang pesat dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi, politik dan sosial. Kemajuan

ini menunjukkan bahawa berlaku perubahan dalam globalisasi terhadap beberapa

Kawasan di Pulau Pinang. Perubahan globalisasi terhadap Pulau Pinang yang dapat

dilihat dalam aspek ekonomi ialah menjalankan urusan eksport dan import dengan

lebih sistematik. Sebelum era globalisasi, pulau pinang mengeksport bahan mentah

dan keperluan lain kepada negara-negera tertentu sahaja kerana kemudahan

pengangkutan yang terhad dan kemudahan Pelabuhan yang kurang kelengkapan.

Teknologi yang digunakan juga masih rendah dimana eksport barangan mengambil

masa yang lama untuk tiba ke sesuatu tempat. Selepas era globalisasi, Pulau Pinang

mengalami banyak perubahan salah satunya pengurusan eksport dan import yang

lebih teratur. Arus globalisasi yang semakin maju menyebabkan surhanjaya

Pelabuhan pulau pinang (SPPP) telah mengambil iniasitif dengan menaiktaraf

Pelabuhan pulau pinang dengan fasiliti yang lengkap dan teknologi yang moden.

Bukan itu sahaja, kemudahan pengangkutan seperti kapal kapal terbang dan kereta api

yang lebih canggih turut digunakan bagi memudahkan urusan penghantaran.

Liberalisasi perdagangan merupakan perubahan dalam globalisasi poltik

terhadap Pulau Pinang. Hal ini dikatakan demikian kerana liberalisasi perdagangan

menggalakkan perdagangan bebas, membolehkan setiap negeri berdagang barangan

tanpa halangan peraturan atau kos berkaitan. Peraturan yang dikurangkan ini dapat

mengurangkan kos. Pulau pinang telah menubuhkan Zon Perdagangan bebas bagi

Akhir sekali, kos yang lebih rendah membolehkan harga pengguna yang lebih rendah

kerana kos import lebih rendah dan persaingan semakin sengit. Liberalisasi

perdagangan telah menyebabkan persaingan yang lebih sengit dari luar negara,
mewujudkan dorongan kepada syarikat domestik untuk meningkatkan kecekapan dan

mengurangkan kos pengeluaran. Persaingan sebegini juga boleh merangsang sesebuah

negara untuk mengarahkan sumber kepada industri yang mungkin mempunyai

kelebihan daya saing.

https://www.buletinmutiara.com/edisi-khas-kerancakan-pembanguan-bidang-sains-

teknologi-di-pulau-pinang/

https://stpmesei-blogspot-com.translate.goog/2015/12/kesan-baik-dan-kesan-buruk-

globalisasi.html?_x_tr_sl=ms&_x_tr_tl=en&_x_tr_hl=en-US&_x_tr_pto=op,sc

http://www.ukm.my/geografia/images/upload/12.pdf

Anda mungkin juga menyukai