Anda di halaman 1dari 15

Disediakan Oleh: Taufiq Jamal Hanifuddin Nasir Amiruddin Musa

Definisi K-Ekonomi

Menurut Organisation for Economic Cooperation Development (OECD), ekonomi berasaskan pengetahuan ialah ekonomi yang secara langsung menggunakan pengetahuan dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

Dalam konteks Malaysia, RRJP3 (2000-2010) mendefinisikan ekonomi berasaskan pengetahuan bersandarkan kepada milikan, penggunaan, dan penyebaran pengetahuan dan perkara-perkara ini dianggap sebagai asas pertumbuhan ekonomi.

Menurut Noll (2000), Empat FAKTOR kekonomi iaitu:


1.

2.

Modal Intelek: menjadikan idea dan pemikiran sebagai modal utama menggantikan tanah. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: gabungan penyiaran, telekomunikasi dan multimedia mempunyai kesan pengganda ke atas ekonomi dan meningkatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan sekaligus memantapkan produktiviti.

3. Globalisasi: persaingan menjadi sengit. Oleh itu, firma perlu menggiatkan inovasi untuk bersaing. 4. Ekonomi Maklumat: mendorong perkembangan penyelidikan dan pembangunan dan mendorong individu menghasilkan, memindahkan dan menggunakan pengetahuan dengan mudah dan pantas.

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara 1999 terdapat 3 aspek yang membezakan K-ekonomi dengan P- ekonomi.
1. K-ekonomi beri tumpuan kepada pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi. 2. K-ekonomi merangkumi perubahan kualitatitf dan kuantitatif yang mengubah cara ekonomi beroperasi. Seseorang perlu menggunakan intelektual, maklumat, budaya pembelajaran dan organisasi yang dapat bergerak pantas 3. Firma dalam k-ekonomi lebih membuat pelaburan dalam modal manusia, penyelidikan dan pembangunan, serta perubahan teknik perniagaan melalui elektronik seperti e-dagang.

Maka k-ekonomi memerlukan modal manusia yang berpengetahuan dan sanggup menimba pengetahuan secara berterusan bagi

Perubahan Peranan Modal Manusia


1.

2.

Pengeluaran tradisional menekankan kuantiti manusia sebagai faktor pengeluaran penting. Tetapi kini pengetahuan dan teknologi dianggap faktor pengeluaran penting. Oleh itu, kesediaan pengetahuan dan kemajuan teknologi dalam negara bergantung pada kesediaan sumber manusia yang berkualiti atau memiliki modal yang tinggi.

Sesebuah negara perlu merancang pelaburan modal manusia bagi melahirkan modal manusia yang sesuai dengan tahap pembangunan negara.

Maka infrstuktur pendidikan dan latihan perlu lebih responsif kepada perubahan pembangunan dan mampu melahirkan manusia yang sesuai dengan keperluan negara.

Pencapaian Pendidikan Dikalangan Tenaga Kerja


K-ekonomi memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan. Pencapaian pendidikan tertiari di Malaysia masih rendah. Tahun 2000 kurang 14% mempunyai pendidikan tertiari. Pertumbuhan tenaga kerja peringkat ini juga bergerak perlahan dari tahun 19902000.

Komposisi Pekerja Berasaskan Pengetahuan


Pasaran buruh Malaysia terdiri daripada kurang 12% pekerja peringkat profesional dan teknikal pekerja pentadbiran dan pengurusan dalam lingkungn 4% Maka jumlah peringkat tenaga kerja peringkat tinggi 16% jauh lebih rendah berbanding Singapura 22.3% komposisi peringkat operator pengeluaran adalah tertinggi di Malaysia menunjukkan ekonomi masih berorientasikan buruh

Kemajuan Aktiviti Penyelidikan Dan Pembangunan

Perbelanjaan kerajaan dlm penyelidikan, bilangan saintis, jurutera, dan juruteknik masih jauh lebih rendah berbanding negara maju. Pendidikan tertiari terutamanya universiti sepatutnya diarahkan menghasilkan lebih ramai saintis dan jurutera tetapi apa yang berlaku bidang sains sosial lebih ramai berbanding teknikal. dalam k-ekonomi penyelidikan dan pembangunan sangat penting bagi menjana idea baru dan menggalakkan inovasi serta menggiatkan sektor perkhidmatan serta sokongan.

Penawaran Dan Permintaan Tenaga Kerja ICT


Ciri ekonomi berasaskan pengetahuan ialah meningkatkan peranan aktiviti berasaskan komputer. Maka peranan sektor perkhidmatan dalam bidang ICT meningkat. Agenda IT dan koridoraya multimedia (MSC) bertindak sebagai asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Wujudnya e-commerce, e-learning, ecomunity menyebabkan berlaku peningkatan permintaan tenaga kerja ICT.

Namun statistik menunjukan keluaran tenaga kerja bidang ICT lebih rendah daripada yang diperlukan. Oleh itu pelaburan modal manusia harus mengambil kira keperluan tenaga kerja ICT yang meningkat dengan meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang berkenaan.

Penyesuaian Pelaburan Modal Manusia


Sistem pendidikan dan latihan perlu lebih responsif terhadap keperluan ekonomi negara untuk masa kini dan masa depan. Ekonomi berasaskan pengetahuan telah meningkatkan guna tenaga yang lebih berpendidikan dan berkemahiran. Dasar kerajaan pula menyediakan kemudahan mendapatkan latihan dalam berbagai bidang. Amat penting institusi pengajian mengalakkan pelajar membina pengetahuan, menyelesaikan masalah dan menggalakan kerja berkumpulan.

SEKIAN, TERIMA KASIH


.

Anda mungkin juga menyukai