Anda di halaman 1dari 23

JENAYAH SIBER

PENGENALAN
• Jenayah siber - jenayah yang melibatkan aktiviti jenayah yang biasa
dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti
yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada dengan
menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi,
dengan menggunakan internet di ruangan siber.
• Menurut Mr Donn B. Parker, seorang penyelidik di dalam
jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di
Menlo Park, California, jenayah komputer adalah perlakuan
yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui
apa-apa cara dan boleh menyebabkan penderitaan, kerugian
berterusan.
• Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini

dengan mengatakan bahawa jenayah komputer

adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah

dimana pengetahuan mengenai teknologi

komputer digunakan untuk

merealisasikannya.
TAKRIFAN ANTARA NEGARA
• Negara-negara Islam
- judi, pornografi ,pengiklanan sex adalah suatu jenayah

• Amerika Syarikat
- hanya pornografi kanak-kanak saja dianggap jenayah.

- Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan


perdagangan.
• Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan
keselamatan dan perdagangan dirangka seperti trademark law,
copyright law, undang yang berkaitan hacker, penyebaran virus
dan sebagainya.

• Dengan adanya takrifan yang berbeza ini, sukar untuk


dikuatkuasakan undang-undang siber.
JENIS JENAYAH SIBER
• penipuan

• kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer

• kecurian maklumat

• capaian secara tidak sah keatas sistem

• menyalin perisian secara tidah sah


• pengintipan

• judi siber

• skim cepat kaya

• pornografi

• penggodam atau "Hacker“

• penyebaran virus
PUNCA-PUNCA
• Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi
- menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang berterusan.

- Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di


dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.

- Bermacam-macam maklumat tidak kira sama ada benar atau salah,


idea, ideologi, propaganda dan pornografi disebarkan melalui
internet.
PUNCA-PUNCA
• Sikap manusia yang negatif (sekadar suka-suka)
- jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap
yang negatif.
- Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka (main-main)
ataupun mencuba ilmu baru yang mereka pelajari.
- Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur
20-an.
- Golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka
belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang
mereka lakukan.
PUNCA-PUNCA
• Sifat ketamakan manusia
- Antaranya keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan
menggunakan kaedah alternatif.

- Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil


peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut.

- Oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk


mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan
tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya merompak.
LANGKAH-LANGKAH
• masyarakat perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang
risiko dari ancaman siber ini,

• terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing.

• Masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk menentukan


komputer mereka terjamin selamat dan tidak mengandungi virus dan
trojan yang boleh mengancam keselamatan maklumat peribadi yang
penting.
LANGKAH-LANGKAH
• Tambahan pula, golongan kanak-kanak dan remaja perlu diawasi dalam
penggunaan Internet.

• Mereka adalah golongan yang paling mudah menerima maklumat yang


tidak ditapis daripada gajet-gajet mewah seperti galaxy tab, i-pad dan i-
phone.

• Kawalan dan keterangan daripada ibu-bapa serta guru perlu dalam


memberi kesedaran mengenai penerimaan informasi yang sahih agar
mereka tidak tertipu dan keliru.
LANGKAH-LANGKAH
• Kelas komputer juga haruslah diwajibkan di semua sekolah

• untuk mengajar pelajar tentang pengetahuan komputer serta internet

• menjelaskan langkah untuk mengelakkan diri pelajar daripada


menjadi mangsa jenayah siber.
LANGKAH-LANGKAH
• pihak bank

- harus memastikan segala urusan yang disediakan dijamin mempunyai


ciri-ciri keselamatan yang tinggi

- seperti sijil digital daripada Cybersecurity Malaysia.

- Sijil ini mampu memastikan setiap pemalsuan laman web dikenal pasti
dengan serta-merta.
LANGKAH-LANGKAH
• pihak kerajaan

- perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat

- dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif,terkini dan praktikal.


Cetak Rompak
Cetak rompak (pencabulan hakcipta)

Penggunaan bahan yang dilindungi


undang-undang hakcipta tanpa izin,
maka mencabuli salah satu hak
eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti
hak untuk mengeluarkan semula atau
menjalankan karya yang dihakcipta,
atau menghasilkan karya hasilan yang
berasaskan karya yang dihakcipta itu.
Contoh cara cetak rompak:
Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil
gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat,
rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada
PDF.
Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang
berbeza.
Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang
sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.
Faktor-faktor
1. sifat tamak haloba pengusaha haram
kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda

tidak perlu untuk membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal.

2. permintaan yang tinggi terhadap barang sedemikian


 pengguna lebih gemar membeli lantaran harganya yang murah.

 dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu.

 bagi pihak pengguna,produk perisian komputer sangat mahal harganya di pasaran dunia.
Akibatnya,pengguna lebih suka membeli barangan tiruan atau cetak rompak.
3. Kecanggihan teknologi juga menjadi pendorong

o Alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan.

o Melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkan barang cetak


rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal.

o Alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak


rompak.
4. Kelonggaran dan Penguatkuasaan undang-undang

• Pentadbiran bagi akta reka cipta dan bentuk masih ada kelemahannya.

• akta harta intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya

• bentuk hukuman yang dijatuhkan adalah ringan.

• serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu


membanteras masalah ini.

• perbicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk


membuat keputusan.
5. Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka

6. Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek

7. Salah guna internet yang dijadikan medium penyebaran produk


cetak rompak

Anda mungkin juga menyukai