Anda di halaman 1dari 14

-

NAMA KELAS NAMA GURU

: : :

IKHWAN NURUDDIN BIN KHAIRUDDIN 5 CEKAL EN. AZMI

Isi kandungan

muka surat

Biodata Sekalung Penghargaan Pendahuluan

i ii

1
Keselamatan Penggunaan 1 Peralatan elektrik 1 Peralatan Elektrik 2 Pepasangan TNB 2 Barangan elektrik Dan Kegunaannya Televisyen Penghawa dingin Mentol Lampu Mesin Basuh Kipas angin Barangan Elektronik Telefon Bimbit Kamera Komputer Riba Jam Kamus Elektronik Barangan Yang Ingin Dimiliki Barangan Elektrik

Pengguna

3 3-4 4-5 5-6 6-7 8-9 10 10 11-12 12-13 14-15 16-18 19-20

Biodata

Nama Kelas Guru Kelas Cita-cita

: Ikhwan Nuruddin bin Khairuddin : 5 Cekal : Pn. Nor Sarihawati : Doktor

Hobi : Bermain bola sepak Tarikh Lahir : 30 Mac 2000 Tempat Lahir : HUKM Kuala Lumpur Jawatan : Skuad Aedes SKB Bil. Adik : 4 Orang Anak yang ke : Pertama Nama ayah : Khairuddin bin Mohamad Nama ibu : Sharifah binti Man Tempat Tinggal : No 390 Jalan 13 Taman Mulia Pajam , Mantin

Sekalung Penghargaan
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu saya iaitu En. Azmi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang menjalankan tugasan K.Hidup dan juga membantu saya dalam menyiapkan buku folio K.Hidup. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ayah saya yang banyak memberi maklumat dan membantu saya semasa melakukan kerja-kerja menyiapkan tugasan yang diberikan. Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan buku folio ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan akan dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan saya juga amat menghargainya. Pengalaman menyiapkan tugasan ini merupakan satu pengalaman mencabar minda dan cukup menarik bagi saya yang tidak akan saya lupakan. Sekian Terima Kasih. Ikwan Nuruddin

Pendahuluan
Bekalan kuasa ialah suatu sebutan untuk satu sumber kuasa elektrik. Sebuah alat atau sistem yang membekalkan tenaga elektrik atau jenis tenaga lain untuk suatu beban output atau kumpulan beban dipanggil unit pembekal kuasa atau PSU. Istilah ini paling biasa digunakan ke atas bekalan tenaga elektrik, agak jarang untuk yang mekanikal, dan jarang sekali untuk yang lain. Daripada

lauk-pauk, kuih-muih hinggalah makanan pembuka selera, ia turut merentasi budaya dan bangsa di negara ini.

Keselamatan Penggunaan Barangan Elektrik


Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengingatkan pengguna barangan elektrik khasnya & orang awam supaya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dengan mengamalkan panduan berikut:Peralatan elektrik - Uji pemutus litar bocor ke bumi (ELCB). - Elakkan memasang pelbagai peralatan elektrik pada satu soket. - Jangan menyambung wayar menggunakan pita atau pelekat PVC. - Uji peralatan elektrik yang disimpan lama sebelum menggunakannya. - Gantikan palam yang pecah & pengalir yang sudah uzur penebatnya. - Elakkan daripada bermain di bawah menara atau tiang elektrik. - Ketahui kaedah CPR untuk menyelamat mangsa kejutan elektrik. Peralatan Elektrik Pengguna - Pastikan anda tidak menyentuh suis atau alat elektrik dengan tangan yang basah atau lembap. - Pastikan suis utama dimatikan jika berlaku banjir & anda diarahkan untuk berpindah. - Pastikan perkakasan elektrik yang terendam di dalam air diperiksa & diuji terlebih dulu oleh kontraktor elektrik sebelum digunakan semula. Pepasangan TNB - Jika dawai elektrik yang terputus atau tiang elektrik tumbang, pastikan anda tidak menghampiri tempat berkenaan. - Jangan cuba mengalihkan dawai elektrik yang terputus dengan tangan atau alat yang boleh mengalirkan arus elektrik. - Jangan hampiri kawasan lopak air yang terdapat dawai elektrik yang terputus kerana air boleh mengalirkan arus elektrik serta besar kemungkinan dawai elektrik itu masih hidup. - Pastikan anda sentiasa mengawasi gerak-geri anak anda agar tidak menghampiri pepasangan TNB seperti tiang elektrik, peti pembekal (feeder pillar) & pencawang elektrik. - Pastikan anda melaporkan segera ke pejabat TNB yang berdekatan atau menghubungi 15454 jika ada sebarang kerosakan pada pepasangan TNB.

Barangan elektrik Dan Kegunaannya.

Televisyen

Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ("hitam putih") mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. "Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyen, rancangan televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari gabungan perkataan tele ( , "jauh") dari bahasa Greek dan visio ("penglihatan") dari bahasa Latin. Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Sejak 1970-an, kemunculan pita video, cakera laser, DVD dan kini Blu-ray juga menjadikan peti televisyen sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman. Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti televisyen litar tertutup, namun kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang berasaskan sistem penyiaran radio sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa tinggi untuk menyiarkan isyarat televisyen ke penerima TV.

Penghawa dingin

Penghawa dingin telah menjadi salah satu peralatan keperluan di setiap rumah pada masa kini. Permintaan yang semakin meningkat mendorong kepada kewujudan pelbagai jenama penghawa dingin di pasaran. Antara jenama penghawa dingin yang boleh didapati di pasaran adalah LG, Sharp, Panasonic,Hitachi, Samsung, Elba, Haier, York dan Daikin. Setiap jenama penghawa dingin menawarkan pelbagai fungsi dan keistimewaan seperti antibakteria, penjimatan tenaga, penyahbau dan lain-lain lagi.

Mentol lampu

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten. Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di rumahrumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan

yang luas, sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.

Mesin basuh
Mesin basuh merupakan sebuah mesin yang direka untuk membasuh pakaian termasuklah baju, tuala dan cadar. Istilah tersebut merujuk kepada mesin yang menggunakan air sebagai larutan cucian utama, tidak seperti cucian kering yang menggunakan bendalir pencuci alternatif. Teknologi mesih basuh dibangunkan sebagai satu cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia akibat proses menyental yang leceh dengan menyediakan satu tab terbuka atau bekas bertutup dengan jejari untuk mencuci pakaian tersebut secara automatik. Mesin basuh terawal kebanyakannya masih lagi menggunakan kudrat manusia. Memandangkan bekalan elektrik masih belum didapati secara meluas sehinggalah paling awal pun tahun 1930-an, beberapa model mesin basuh ini mengunakan enjin petrol silinder tunggal berkelajuan rendah. Memandangkan air perlu dipanaskan untuk mencuci, air sabun yang panas adalah berharga dan akan digunakan berulang kali; mula-mula untuk mencuci pakaian yang tidak berapa kotor, diikuti dengan pakaian yang lebih kotor. Sementara model terawal diperbuat daripada kayu, masin yang lebih baharu diperbuat daripada logam untuk membolehkan unggun api dipasang di bawah tab cucian untuk memanaskan air sepanjang cucian sehari suntuk. Proses membuang air sabun daripada pakaian selepas mencuci asalnya merupakan satu proses berasingan. Pakaian yang basah asalnya diperah dengan tangan untuk membuang air. Untuk mengurangkan tenaga kerja ini, mesin penggelek dicipta dengan menggunakan dua penggelek yang dikenakan tegangan spring untuk membuang air daripada pakaian. Namun demikian, hanya sehelai pakaian sahaja yang boleh diperah pada satu-satu masa. Penggelek terawal menggunakan tangan sebelum menggunakan motor elektrik. Kaedah moden bagi membuang air melalui putaran hanya mula digunakan setelah motor elektrik dicipta. Proses putaran kering memerlukan motor elektrik

berkuasa tinggi serta berkelajuan tinggi. Asalnya proses ini dilakukan secara berasingan pada tab putaran kering. Setelah habis mencuci, pengguna perlu memindahkan sendiri pakaian dari tab cucian ke tab putaran kering sebelum pakaian diputar untuk membuang air. Mesin basuh sebegini dikenali sebagai mesin basuh separa automatik dan ia masih lagi dikeluarkan sehingga sekarang berikutan harganya yang lebih murah daripada mesin basuh automatik.

Kipas angin
Kipas ialah alat yang mempunyai bilah-bilah yang dapat berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin agar keadaan di bilik dan sebagainya terasa nyamanKipas angin berfungsi dengan menyerakkan udara di sekeliling bilik secara lebih menyeluruh. Ia tidak mengubah suhu bilik secara langsung. Lazimnya, kipas siling berputar pada arah lawan jam untuk menolak udara sejuk turun ke bawah. Apabila menghampiri lantai, angin yang terhasil akan terserak ke semua arah, dan udara panas akan naik ke atas secara semulajadi untuk menggantikan udara sejuk yang telah ditolak ke bawah. Peredaran udara yang terhasil ini mempercepatkan proses sejukan tubuh manusia secara semulajadi melalui sejatan peluh. Berikutan itu, perbuatan membiarkan kipas siling terus hidup tanpa ada sesiapa di dalam bilik boleh dianggap satu pembaziran tenaga elektrik. Kipas siling yang dihidupkan bersama-sama penyaman udara berupaya menyebarkan udara sejuk dengan lebih berkesan, sekaligus membantu penjimatan elektrik melalui pengurangan beban pada kipas penyaman udara.Terdapat juga sesetengah kipas siling yang direka untuk "menyedut" udara panas naik ke atas, dan ia biasanya berguna semasa musim sejuk.

Barangan elektronik
Telefon bimbit Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat

perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service MMS) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (tapak sel), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (public switched telephone network PSTN) (pengecualian adalah telefon satelit).

Kamera

Kamera ialah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn AlHaitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021). Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2] Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagianbahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Komputer Riba

Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi dalam bentuk beg bimbit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Sebagai komputer peribadi, komputer riba memiliki fungsi yang sama dengan komputer meja meskipun dengan kemampuan yang lebih rendah. Komponen yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer riba kebanyakan menggunakan layar LCD (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, papan kekunci yang terdapat pada komputer riba juga dilengkapi dengan pad sentuh yang berfungsi sebagai penggerak kursor tetikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui soket USB. Berlainan dengan komputer meja (PC), komputer riba memiliki komponenkomponen pendukung yang dicorakkan secara khusus. Komponen tersebut dicorakkan untuk menyesuaikan dengan mudah alih komputer riba sendiri. Sifat utama yang dimiliki oleh komponen komputer riba adalah ukuran yang kecil, jimat kegunaan tenaga dan cekap. Oleh itu harganya lebih mahal tergantung pada jenama dan spesifikasi penggunaan

Jam
Perkataan jam telah di gunakan pada abad ke 14 sekitar 700 tahun yang lalu.nah nama itu berasal dari bahasa latin yang namanya clocca cara orang dulu itu ternyata melihat waktu dengan menggunkan matahari. dan mereka melihat dan mambagi waktu dalam dua waktu. yang pertama jika matahari tepat diatas kepala itu namanya berarti tengah hari atau sore.dan ketika matahari dekat dengan kaki langit berarti waktu waktu sudah waktunya dekat pagi atau dekat malam. Jam tertua bernama jam sundial atau biasanya disebut dengan jam matahari. pertama kali digunkan kira-kira sekitar 3.500 sebelum masehi Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi ( 777H atau 1375M.) menciptakan sebuah jam matahari untuk Masjid Jamik Umayyah di Damsyik. Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari. Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan. Ia disimpan di meseum Negara Syria di Damsyik. tapi, bukan hanya itu orang mesir sekitar tahun 5.000 hingga 6.000 tahun yang lalu juga mengukur waktu plus membuat kalender dengan menggunakan yang namanya obelisk. ternyata sejarah juga mencatat ada yang menggunkan jam dari air sekitar tahun 1400 sebelaum masehi (sekitar 3.400 tahun yang lalu) jam air telah ditemukan di mesir.nah jam itu dinamakan clepsydra(kleph-sur-druh). selain itu al-jaziri (1136-1206) telah membuat yang namanya jam air yang berbentuk gajah.dan jam buatan al-jaziri sudah mampu menghasilkan suara setiap jamnya. baru lah pada tahun 1950an dilahirkan jam digital,The Hamilton Watch Co of Lancaster, Pennsylvania, adalah perusahaan yang pertama kali membuat jam elektrik/digital.

Kamus Elektronik

Kamus adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata. Ia berfungsi untuk membantu seseorang mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai pedoman sebutan, asal-usul (etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Untuk memperjelas kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus. Biasanya hal ini terdapat dalam kamus bahasa Perancis. Kata kamus diserap dari bahasa Arab qamus ( ), dengan bentuk jamaknya qawamis. Kata Arab itu sendiri berasal dari kata Yunani (okeanos) yang berarti 'samudra'. Sejarah kata itu jelas memperlihatkan makna dasar yang terkandung dalam kata kamus, yaitu wadah pengetahuan, khususnya pengetahuan bahasa, yang tidak terhingga dalam dan luasnya. Dewasa ini kamus merupakan khazanah yang memuat perbendaharaan kata suatu bahasa, yang secara ideal tidak terbatas jumlahnya. Kamus elektronik merupakan perisian perkamusan dwibahasa menghimpunkan kamus buku terkini yang dibangunkan khusus untuk mempermudah kaedah pencarian istilah dan makna perkataan. Ia dilengkapi dengan pelbagai kaedah pencarian bergantung kepada cara penggunaan bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran (ICT) pada hari ini. Pilihan kaedah pencarian yang disertakan membolehkan anda hanya perlu doubleclick pada perkataan untuk mendapatkan maknanya. Maklumat di hujung jari anda! Perisian perkamusan (kamus elektronik) dwibahasayang dibangunkan khusus untuk mempermudah kaedah pencarian makna istilah dan perkataan menerusi teknologi ICT. Apakah kebaikan kamus jenis ini? 1. Kamus ini lebih ringan daripada kamus jenis buku dan saiznya yang kompak mudah dibawa ke mana-mana serta dimasukkan ke dalam beg. 2. Anda dapat mencari maksud sesuatu perkataan dengan mudah dan cepat. 3. Terdapat banyak pilihan kamus (ekabahasa, dwibahasa, tribahasa). 4. Ada progam tambahan seperti kalkulator saintifik. 5. Hanya menggunakan bateri. (kalau terputus bekalan elektrik, anda masih boleh menggunakannya) Keburukan: 1. Harganya, agak mahal. (sebenarnya masih berbaloi berbanding jika kita membeli semua kamus yang diprogamkan ke dalam kamus elektronik ini.)

2. Kena jaga dengan berhati-hati. Kamus ini mudah rosak jika jatuh seperti telefon bimbit. Anda kena jaga seperti nyawa anda sendiri, kalau tak, nanti menyesal. Memanglah ada jaminan, tetapi tidak semua kerosakan ditanggung pembekal. 3. Tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Apa-apapun, buatlah pilihan yang bijak semasa memilih kamus elektronik ini. Kalau sudah beli, jangan simpan pula. Gunalah dengan berhemat.

Barangan Yang Ingin Dimiliki

Sekian , terima

kasih

Anda mungkin juga menyukai