Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN TENAGA ELEKTRIK

Tenaga elektrik adalah satu keperluan penting dalam kehidupan. Setiap hari kita
menggunakan peralatan peralatan elektrik. Dalam dunia yang serba maju ini, kita
semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti
harian. Kepentingan tenaga elektrik dan kegunaanya adalah terlalu banyak untuk
dinyatakan.
Penggunaan peralatan- peralatan elektrik juga dapat meningkatkan taraf kehidupan
kita di samping menambah kesejahteraan dan keselesaan hidup.

Untuk memastikan bahawa keperluan tanaga elektrik adalah sentiasa mencukupi


dan berterusan serta pada harga yang munasabah, kita perlu menggunakan tenaga
elektrik dengan cekap, bijak, dan proaktif.
Di harapkan kita semua prihatin dan sedar akan peranan dan tanggungjawab
bersama untuk menjimatkan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan di
samping membantu dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

3.3

Sumber tenaga elektrik

Tenaga elektrik boleh dihasilkan melelui pelbagai cara dan sumber. Terdapat
berbagai jenis loji penjanaan seperti loji tarbin gas, loji tarbin stim dan loji diesel yang
menggunakan sumber fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api.
Tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear,
pancaran matahari dan pelbagai punca lain. Sumber tenaga yang digunakan untuk
penjanaan elektrik hendaklah senang diperolehi, sesuai dan murah serta tidak
mendatangkan bahaya atau mengancam nyawa dan alam sekitar.

Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil
seperti mimyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro. Pada masa ini, lebih kurang 60
peratus tenaga elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber
lain seperti minyak, arang batu dan kuasa hidro.

Rizab gas asli yang terdapat di nagara ini dipercayai boleh menampung
keperluan untuk tempoh sehingga 50-60 tahun, sekiranya penggunaannya dikawal
dengan sebaik-baiknya, sumber petroleum pula adalah dijangka dapat menampung
keperluan bagi tempoh selama 20-30 tahun sahaja. Selain daripada itu, kita tidak
mempunyai banyak sumber arang batu.
Dalam pada itu, hampir semua tenaga hidro, iaitu sejenis sumber tenaga yang
boleh diperbaharui, di Semenanjung Malaysia telah digunakan walaupun terdapat
banyak lagi potensi hidro di negeri Sabah dan Sarawak yang belum diterokai, kos
pembinaan stesen hidro di kawasan pedalaman serta kos penghantaran tenaga
elektrik dari Sabah atau Sarawak dari Semenanjung Malaysia adalah terlalu tinggi.

3.4

Memahami tenaga elektrik

Tenaga elektrik yang dijanakan di stesen janakuasa adalah disalurkan secara


pukal kepada kawasan bandaran, kawasan perindustrian dan sebagainya melalui
sistem penghantaran bervoltan tinggi dan seterusnya kepada pengguna-pengguna
melalui sistem pengagihan bervoltan rendah.

Tenaga elektrik yang disambungkan ke premis kita adalah sentiasa wujud dan
digunakan

pada

bila-bila

masa.

Kita

tidak

perlu

bersusah

payah

untuk

mandapatkannya malah apabila memerlukannya, kita hanya perlu memetik suis


sahaja.

Untuk memastikan kita boleh menikmati kemudahan dan keselesaan yang


disumbangkan oleh tenaga elektrik pada bila-bila masa, pihak pembekal elektrik perlu
memastikan bahawa loji dan sistem pembekalan elektriknya dapat menampung
keperluan serta sentiasa dalam keadaan baik.

3.5

Kesan penggunaan elektrik

Penggunaan elektrik yang tidak cekap, bijak dan produktif akan menghasilkan
sumber-sumber seperti minyak, gas, arang batu dan lain-lain yang digunakan untuk
menghasilkannya.

Bahan api fosil yang terdapat di bumi ini seperti minyak mentah, gas asli dan
arang batu dibentuk kira-kira 150 hingga 300 juta tahun dahulu. Sejak beberapa
dekad kebelakangan ini, sumber-sumber itu telah digunakan dengan kadar yang
begitu cepat berbanding dengan kadar ia digantikan secara semulajadi.

Kadar

penggunaan sumber tenaga itu sekarang adalah 20 kali ganda lebih cepat daripada
awal abad ini.

Pembakaran sumber-sumber fosil untuk penjanaan tenaga elektrik akan


menghasilkan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan
sulphur dioksida serta partikel dan logam toksid yang boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan dan keselesaan jika keadaan
tidak terkawal. Karbon dioksida adalah sejenis rumah hijau yang menyebabkan kesan
global warming. Pendedahan secara lama dan berlebihan kepada jerebu boleh
menjejaskan kesihatan. Gas-gas ini juga larut dalam air hujan dan menjadikan hujan
asid. Hujan asid jika memasuki sungai atau tasik boleh memusnahkan organisma
akuatik. Semua kesan negatif daripada penggunaan bahan api itu jika tidak dikawal,

akan memberi kesan yang serius ke atas kehidupan kita dan akhirnya akan
memusnahkan tamadun di planet bumi ini.

3.6

Panduan bagi mengamalkan kecekapan tenaga elektrik

Berikut adalah beberapa panduan yang ringkas yang boleh diamalkan untuk
menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak dan produktif serta mengurangkan
perbelanjaan kita keatas tenaga elektrik.

i.
-

Lampu.
Gunakan lampu kalimantang sama ada berjenis tiub atau compact fluorescent

lamp (CFL) dan lampu filament. Lampu kalimantang adalah lebih kurang 4 kali cekap
daripada filament.
-

Gunakan palang pengimbang yang kurang kehilangan tenaga atau watt loss
Palang Pengimbang atau ballas adalah satu peralatan untuk lampu kelimantang.
Tenaga elektrik yang digunakan oleh palang pengimbang itu menghaliskan tenaga
haba yang merupakan sebagai kehilangan sahaja.

Gunakan direct lighting atau task lighting dan bukan diffused lighting.

Gunakan cahaya semula jadi seboleh bolehnya.

Padamkan lampu jikalau tidak diperlukan.

Apabila memasang lampu-lampu, pastikan susun atur pensuissan yang sesuai


supaya membolehkan hanya lampu yang diperlukan itu dihidupkan.

ii.

Televisyen

Tutupkan televisyen jikalau tidak menggunakannya.

Jikalau mempunyai lebih dari satu televisyen, gunakan satu sahaja jika semua
keluarga menonton rancangan yang sama.

Pilih saiz televisyen yang bersesuaian mengikut keluarga.

Jikalau televisyen dilengkapkan dengan kemudahan standby mode jangan


menghidupkan standby mode itu terlalu lama.

iii.
-

Peti sejuk
Pilih peti sejuk yang menggunakan kurang tenaga elektrik dengan saiz yang
sama.

Pilih peti sejuk yang mempunyai lebih dari satu pintu.

Apabila mengambil sesuatu dari peti sejuk, pastikan pintu tidak terbuka terlalu
lama sebab ini membolehkan haba panas memasuki ruang dalam peti sejuk.

Jangan meletakkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk.

Ini akan

menyebabkan peti sejuk itu terpaksa bekerja berlebihan daripada sepatutnya.

Rajah 3.6.2 : Peti Ais (typical singal stage vapour compression refregarator)

iv.
-

Penyaman udara
Pilih penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga atau Energy
Efficiency Ratio (EER) yang tinggi. Penyaman udara dengan (EER) yang tinggi
adalah lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga elektrik.

Pilih penyaman udara yang bersesuaian dengan saiz bilik.

Apabila menggunakan penyaman udara, pastikan semua pintu dan tingkap tutup
supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik dan menyebabkan penyaman udara itu
beroperasi berlebihan dari sepatutnya.

Jangan manatah suhu yang diperlukan terlalu rendah. Biasanya suhu pada tahap
27 darjah Celsius adalah memadai.

Gunakan tirai, langsir atau bumbung awning bagi menghalang pancaran matahari
dari meningkatkan suhu bilik.

Apabila menggunakan penyaman udara, gunakan kipas angin bersama. Ini


membolehkan udara sejuk tersebar dengan lebih menyeluruh dan cepat dalam bilik
tanpa memerlukan penyaman udara beroperasi dengan berlebihan.

v.
-

Kipas angin
Pilih kipas angin yang kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi dengan kadar
pembekalan udara yang sama.

Apabila menggunakan kipas angin, pastikan tingkap dan pintu bilik tidak tertutup
supaya segar dapat mengalirkan masuk kedalam bilik. Biarkan tingkap terbuka kerana
di dalam keadaan yang tertutup, kekurangan udara segar akan menyebabkan kita
tidak selesa dan mendorong kita melajukan putaran kipas, ini akan menyebabkan
penggunaan tenaga elektrik bertambah.

vi.
-

Pemanas air
Sekiranya menggunakan air panas untuk mandi dan sebagainya, gunakanlah
pemanas air jenis segera kerana ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan jika
dibandingkan dengan pemanas air jenis storan.

Jika membeli pemanas air jenis storan, pilihlah saiz yang sesuai dan mempunyai
lapisan penebat yang baik.

Jikalau menggunakan pemanas air jenis storan, rancangkan penggunaannya.


-

Jangan menghidupkan pemanas air itu terlalu lama sebelum penggunaannya.

Untuk memastikan keselamatan, peralatan air panas itu mestilah dilindungi oleh
pemutus litar ke bumi (ELCB) yang sesuai dan dipasang oleh yang berkelayakan. Jika
boleh, gunakan peralatan yang dilapisi oleh plastik atau getah.

vii.

Mesin pembasuh

Pilih mesin pembasuh yang kurang menggunakan tenaga elektrik.

Kumpulkan pakaian-pakaian bahan yang perlu di cuci supaya mesin itu dapat di
gunakan dengan cekap.

viii.

Cerik elektrik.

Masaklah air mengikut keperluan sahaja.

Sekiranya boleh, gunakan cerek air elektrik automatik.

Untuk memastikan keselamatan, pastikan sukatan minimum air di patuhi.

ix.

Sterika elektrik.

Kumpulkan pakaian atau bahan supaya boleh di gosok pada suatu ketika.

Jangan sekali- sekali dibiarkan sterika tidak digunakan begitu lama.

Pastikan tetahan di buat bersesuaian dengan suhu yang diperlukan dan jenis
pakaianan yang di gosok.

x.
-

Lain-lain hal
Sebelum membeli sebarang peralatan elektrik, buatlah perbandingan dari segi
kuasa, kapasiti, atau fungsi di antara beberapa model dan jenama. Pilihlah model dan
jenama yang paling kurang menggunakan tenaga elektrik tetapi kemudahan atau
perkhidmatan yang sama.

Untuk memastikan peralatan elektrik yang digunakan berfungsi dengan baik,


semaklah bil elektrik. Biasanya jumlah penggunaan elektrik kita setiap bulan adalah

hampir sama. Sekiranya terdapat pertambahan jumlah penggunaan elektrik yang


mendadak, periksalah peralatan elektrik kerana ini mungkin disebabkan oleh peralatan
elektrik yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
-

Hubungi Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang berdekatan untuk mendapatkan
panduan dan nasihat berkaitan dengan cara penggunaan elektrik dengan cekap dan
selamat.

3.7

Komen dan Cadangan

Sebagai penggunaan elektrik kita hendaklah sentiasa menjimatkan elektrik dan


mengetahui barangan yang berkualiti. Terdapat bebarapa contoh kecekapan elektrik
dan cara-cara mengurangkan kecekapan elektrik dengan cekap.

i.

Kecekapan tenaga elektrik

Mengurangkan perbelanjaan untuk tenaga tetapi dengan keselesaan yang sama.

Memanjangkan hayat sumber tenaga untuk generasi akan datang.


-

Memelihara alam sekitar yang selesa dan bersih.


-

ii.
-

Menikmati hidup yang berkualiti dan sihat.

Cara-cara mengurangkan kecekapan elektrik dengan cekap

Padamkan peralatan elektrik apabila tidak digunakan.


Pilihlah peralatan yang menggunakan tenaga yang kurang tetapi dengan fungsi
yang sama.

Rancangan penggunaan.

Menyelnggarakan peralatan supaya sentiasa berkeadaan baik.

3.8

Kesimpulan

Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan mempunyai sikap-sikap terpuji,


adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara sumber tenaga dan alam sekitar
supaya generasi akan datang dapat hidup dalam kesejahteraan dan penuh dengan
kebahagiaan. Penggunaan tenaga elektrik dengan cekap dapat membantu kita untuk
mencapai matlamat tersebut seta boleh mengurangkan perbelanjaan ke atas
penggunaan tenaga.

Anda mungkin juga menyukai