Anda di halaman 1dari 4

Sila baca dari pelbagai sumber mengenai tajuk "Kecekapan Tenaga".

Kemudian
secara individu sediakan satu artikel dengan contoh gambar-gambar bagaimana kita
boleh mengamalkan gaya hidup lestari dengan mengamalkan penggunaan tenaga
dengan cekap.

KECEKAPAN TENAGA

Pada zaman moden ini, sumber tenaga seperti elektrik, air, dan bahan api
memainkan peranan yang penting sebagai nadi kehidupan. Kebergantungan manusia
terhadap tenaga-tenaga tersebut semakin meningkat. Untuk memastikan bahawa keperluan
tanaga elektrik adalah sentiasa mencukupi dan berterusan serta pada harga yang
munasabah, kita perlu menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak, dan proaktif. Hal
ini penting bagi mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi supaya dapat
digunakan oleh generasi seterusnya jika dimanfaatkan dengan baik. Amalan kecekapan
tenaga adalah langkah-langkah asas menuju kepada gaya hidup lestari dalam kehidupan
kita.

Antara tindakan yang boleh kita laksanakan adalah menggunakan tenaga solar untuk
menggantikan tenaga elektrik. Tujuan tindakan ini adalah untuk menjimatkan tenaga elektrik.
Tenaga yang diperlukan akan dijana melalui tenaga sumber daripada sang suria yang setia
memancarkan cahaya. Panel suria mudah dipasang pada bumbung rumah dan kosnya
adalah rendah. Pada zaman ini, banyak penduduk telah menggunakan tenaga solar untuk
memanaskan air dan memasang lampu. Melalui penggunaan tenaga solar, penggunaan
tenaga elektrik dapat dikurangkan. Bil elektrik dan kos kehidupan dapat dijimatkan secara
tidak langsung kerana sumber tenaga elektrik dapat dikurangkan sehingga 60 peratus
dengan penggunaan tenaga solar. Gaya hidup lestari dapat diamalkan dengan kecekapan
tenaga dalam kalangan masyarakat.

Rajah 1. Panel suria pada bumbung rumah


Rajah 2. Tenaga solar untuk memanaskan air

Selain itu, kita wajarlah mengamalkan amalan kecekapan tenaga dalam kehidupan
seharian. Kecekapan tenaga juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat,
berhemat dan bijaksana. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan alat elektronik dengan
bijaksana bagi mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik. Contohnya apabila tidak
menggunakan peralatan elektrik atau lampu, kita hendaklah mematikan suis serta mencabut
plag untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Rajah 3. Tutup lampu apabila tidak digunakan

Selain itu, kita haruslah mengurangkan penggunaan penyaman udara atau hanya
guna apabila suhu dalam bilik terlalu tinggi. Semasa mengguna, kita hendaklah memastikan
suhu penyaman udara ditetapkan pada 22°C hingga 24°C untuk mengurangkan
penggunaan tenaga kuda penyaman udara. Sebagai pengguna, amalan-amalan kecekapan
tenaga sebegini boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan
mengelakkan pembaziran.

Rajah 4. Tetapkan suhu penyaman udara pada 22°C hingga 24°C


Amalan kecekapan tenaga bukan sahaja perlu dititikberatkan dari segi tenaga
elektrik tetapi juga tenaga air. Sumber air perlu dijimatkan demi kelangsungan hidup pada
masa depan manusia. Seperti yang kita tahu, krisis air pernah melanda negara Malaysia
terutama di negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan sebagainya. Kita menghadapi isu
kekurangan bekalan air akibat pelbagai punca lalu sumber air terpaksa dicatu sehingga
menyulitkan aktiviti kehidupan rakyat. Justeru, usaha-usaha penjimatan air wajarlah
dilaksanakan bagi mengamalkan gaya hidup lestari dan cekap tenaga.

Contohnya, kita mestilah sentiasa memastikan keadaan paip dan memeriksa meter
paip. Sekiranya mendapati paip yang rosak atau bocor, kita hendaklah membaiki secepat
mungkin supaya tidak membazirkan air. Sekurang-kurangnya 90 liter air akan dibazir
sekiranya kita tidak menyedari masalah kebocoran paip yang berlaku di rumah.

Rajah 5. Paip bocor di rumah

Selain itu, kita wajarlah mengamalkan amalan menutup air paip sewaktu memberus
gigi, mencuci muka, membasuh beras atau sayur-sayuran dan sebagainya. Apabila mandi
atau menyiram bunga, kitab oleh menggunakan pancuran air daripada pencedok air kerana
dua pertiga daripada air kegunaan itu dapat dijimatkan melalui amalan ini. Pada masa yang
sama, kita boleh mengumpulkan air hujan untuk menyiram bunga dan mencuci kereta bagi
menjimatkan penggunaan air. Kita turut harus menggunakan mesin basuh dengan muatan
penuh bagi menjimatkan kedua-dua tenaga elektrik dan sumber air.

Rajah 5. Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh


Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil seperti
mimyak, gas asli dan arang batu. Pada masa ini, lebih kurang 60 peratus tenaga elektrik
dijanakan dengan sumber asli. Bekalan sumber bahan api fosil semakin berkurangan serta
telah menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen
oksida dan sulphur dioksida yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia
dan alam sekitar. Sehubungan itu, penjimatan bahan api mesti dilakukan dengan pelbagai
kajian dan penyelidikan yang berterusan.

Sebagai masyarakat, kita boleh menyumbang kepada kecekapan tenaga dengan


memperbanyakkan penggunaan pengangkutan awam seperti tren komuter atau tren aliran
ringan (LRT) yang lebih mesra alam. Untuk destinasi yang berdekatan, kita juga boleh
berbasikal dan berjalan bagi mengurangkan penggunaan kereta dan pengeluaran gas asap.

Rajah 6. Gunakan pengangkutan awam seperti LRT

Melalui amalan kecekapan tenaga sebegini, kadar pembebasan asap karbon


monoksida ke udara dapat dikurangkan di samping penggunaan petrol dapat dikurangkan
sekali gus. Gaya hidup lestari juga dapat diterapkan dalam kalangan kita.

Tuntasnya, sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan mempunyai sikap-sikap


terpuji, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara sumber tenaga dan alam
sekitar supaya generasi akan datang dapat hidup dalam kesejahteraan dan penuh dengan
kebahagiaan. Kerjasama daripada semua pihak adalah mustahak untuk menjayakan
matlamat penjimatan sumber tenaga. Penggunaan tenaga dengan cekap dapat membantu
kita untuk mencapai matlamat keseimbangan ekologi di samping menyantuni ekosistem
serta menerapkan gaya hidup lestari ke dalam kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai