Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Alam sekitar pada masa kini telah dicemar dengan teruk oleh kita secara tidak sedar.
Sikap manusia yang tamak untuk memanipulasi alam sekitar agar mendapat keuntungan tidak
pernah menyedarkan bahawa kesan yang akan didapati jika menggunakan sumber alam sekitar
secara berleluasa dan tidak terkawal.

Isu perubahan iklim, penipisan lapisan ozon, krisis tenaga, pemanasan global dan
pelbagai masalah yang berlaku pada hari ini telah membuktikan kesan sikap manusia yang
tidak menghargai alam sekitar (Princen, 2010). Hal ini demikian kerana manusia yang sebagai
penghuni bumi ini tidak cekap menggunakan sumber alam sekitar sehingga berlakunya
pencemaran alam sekitar dan telah melanda banyak balasan kepada kita. Contohnya,
peningkatan suhu setiap tahun telah menyusahkan kita dan juga menjejaskan kesihatan kita.
Pada tahun ini, 20 kawasan di Malaysia telah berada di kawasan “waspada” kerana telah
hampir mencecah suhu global haba iaitu 37 hingga 40 darjah Celsius (Berita Harian, 2019).
Oleh itu, tindakan yang cekap perlu diadakan demi memeihara alam sekitar yang masih ada
dan memulihara alam sekitar yang telah kita rosakkan untuk mengelakkan pencemaran alam
sekitr semakin teruk.

2.0 Gaya Hidup Lestari

Gaya hidup lestari telah diperkenalkan untuk melindungi alam sekitar demi menghalang
pencemaran alam sekitar menjadi semakin serius. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
lestari bermaksud keadaan yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal. Oleh itu,
gaya hidup lestari ini diperkenalkan adalah berharap dapat menggunakan sumber alam sekitar
secara berhemah, mengurangkan perlepasan karbon dioksida dan juga mengurangkan
kemusnahan alam sekitar melalui usaha yang dijalankan oleh manusia (Cohen, 2017). Hal ini
demikian kerana gaya ini merupakan satu amalan yang mesra alam dan mudah diamalkan oleh
setiap individu dengan tidak membazirkan sumber alam sekitar agar tidak menggugat generasi
akan datang. Contoh amalan gaya hidup lestari ialah tidak menggunakan beg plastik semasa
membeli barang. Walaupun sumbangan seorang yang boleh buat nampaknya hanya akan
mendatangkan pengaruh yang kecil terhadap alam sekitar namun jika semua orang
mengamalkan gaya hidup lestari maka alam sekitar mesti akan dapat dilindungi. Pendek kata,
masyarakat harus menukarkan gaya hidup mereka agar dapat meminimumkan kemusnahan
terhadap alam sekitar.
3.0 Krisis Tenaga

Isu alam sekitar yang telah dibentang oleh kumpulan kami ialah isu krisis tenaga. Krisis
tenaga ini bermaksud penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui secara
berterusan menyebabkan kekurangan sumber tenaga sehingga kehidupan kita terjejas. Contoh
sumber tenaga ialah arang batu, gas asli, minyak dan sebagainya. Tambahan pula,
penggunaan tenaga elektrik secara tidak terkawal bukan sahaja akan berlaku krisis tenaga
maka juga akan mencemar alam sekitar seperti penipisan lapisan ozon kerana ia akan
menghasilkan karbon dioksida (CO2).

Menurut Laporan Industri Pembekalan Elektrik Di Malaysia: Maklumat Prestasi Dan


Statistik 2010 yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Tenaga dan Pembangunan Industri
Suruhanjaya Tenaga telah jelas membuktikan bahawa kehendak masyarakat terhadap tenaga
elektrik di negeri Sarawak adalah semakin meningkat tahun demi tahun. Contohnya, kehendak
maksimum di Sarawak telah meningkat sebanyak 9.5% iaitu daripada 996 MW pada tahun
2009 kepada 1091 MW pada tahun 2010. Menurut Laporan Human Development Report
2007/2008 Fighting Climate Change: Human Solidarity in Divided World yang diterbitkan oleh
Program Pembangunan Persatuan Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia mendapat kedudukan
ke-26 dalam 30 buah negara yang melepaskan gas Karbon Dioksida (CO 2) yang paling banyak
di dunia ini. Bukan itu sahaja, 285.73 juta tan metrik CO 2 telah dihasilkan di negara Malaysia
pada tahun 2010 (Utusan Sarawak, 2012). Semua ini telah menunjukkan bahawa permintaan
terhadap tenaga elektrik yang semakin meningkat ini bukan sahaja menyebabkan bekalan
penjana elektrik semakin berkurang namun juga pelepasan CO 2 juga semakin meningkat. Oleh
itu, sesuatu tindakan perlu diambil untuk mengelakkan isu krisis tenaga berlaku di negeri
Sarawak dan juga mengelakkan kadar pelepasan CO2 yang semakin meningkat ini.

Rajah 1: Kapasiti Penjanaan Dan Kehendak Maksimum Di Sarawak


4.0 Amalan Gaya Hidup Lestari Untuk Mengelakkan Isu Krisis Tenaga

Dalam laporan ini akan membincangkan amalan gaya hidup lestari yang boleh diakukan
oleh pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) untuk mengelakkan
berlakunya isu krisis tenaga. Bil bayaran elektrik IPGKBL telah mencecah RM 394568.68 pada
tahun 2010 dan RM 355011.77 pada tahun 2011 (Tiwi Kamidin et. al, 2013). Jumlah bil elektrik
yang begitu tinggi ini telah jelas menunjukkan bahawa warga IPGKBL tidak menggunakan
tenaga elektrik dengan berhemah. Oleh itu, pelajar IPGKBL yang merupakan warga IPGKBL
perlu mengamalkan gaya hidup lestari untuk membantu mengurangkan bil elektrik. Kehidupan
kita amat bergantung dengan tenaga elektrik seperti penggunaan kipas, mengecas komputer
riba, mencetak kerja kursus dan banyak lagi tugas yang perlu menggunakan tenaga elektrik
untuk menyempurnakannya.

Dengan ini, laporan ini akan lebih berfokus dalam membincangkan amalan gaya hidup
lestari yang boleh membantu mengelakkan krisis tenaga eletrik kerana kehidupan pelajar
IPGKBL lebih banyak berkaitan dengan tenaga eletrik.

4.1 Kecekapan Tenaga

Amalan gaya hidup lestari yang boleh dilakukan dalam kalangan pelajar IPGKBL ialah
mengamalkan sikap kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga boleh dikatakan satu tindakan yang
menggunakan tenaga yang minimum untuk menyempurnakan tugas demi mengelakkan
pembaziran (Berita Harian, 2017). Pelajar IPGKBL yang juga sebagai penduduk planet bumi ini
juga berperanan mengamalkan gaya hidup lestari untuk terus menjamin pembekalan tenaga
elektrik di samping menyumbang kepada perlindungan alam sekitar. Hal ini demikian kerana
banyak pelajar IPGKBL mempunyai amalan pembaziran tenaga elektrik di IPGKBL kerana tidak
dipertanggungjawabkan untuk membayar bil eletrik.

4.1.1 Amalan Sikap Kecekapan Tenaga Dalam Kehidupan Harian

Menutup elektrik apabila tidak menggunakannya merupakan satu kebiasaan yang


dijalankan oleh kita dan tindakan ini juga merupakan salah satu cara untuk melakukan
kecekapan tenaga. Namun banyak pelajar tidak mengamalkan kebiasaan ini. Contohnya, tidak
menutup suis lampu atau kipas walaupun tiada berada di dalam bilik asrama. Kebanyakkan
pelajar tidak mementingkan amalan melakukan kecekapan tenaga kerana mereka tidak perlu
bayar bil elektrik. Oleh itu, mereka akan menggunakannya sewenang-wenang sehingga tahap
membazirkan elektrik. Contohnya, pendingin hawa sesetengah kelas tidak ditutup walaupun
tidak digunakan. Hal ini berlaku kerana tiada kesedaran dalam kalangan guru pelatih tentang
kesan pembaziran tenaga. Pihak berkenaan akan terpaksa meningkatkan jumlah tenaga yang
dijana untuk kita membazirkannya dan akhirnya akan berlaku krisis tenaga kerana kekurangan
sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik. Oleh itu, guru pelatih harus menyedar bahawa
kepentingan kecekapan tenaga yang sebagai salah satu amalan gaya hidup lestari demi
kebaikan manusia dan alam sekitar.

Sebenarnya terdapat banyak amalan gaya hidup lestari yang boleh kita amalkan dalam
kehidupan untuk mencapai kecekapan tenaga. Misalnya, menutup suis lampu, kipas dan soket
semasa tiada di dalam bilik. Suis peralatan elektrik perlu ditutp jika tidak menggunakannya
untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Contohnya, pendingin hawa di dalam kelas perlu
ditutup jika tiada kelas pada masa itu. Walaupun kelas tersebut akan terus digunakan pada
waktu petang nanti namun pendingin hawa masih perlu ditutup kerana ia akan membazir
tenaga eletrik. Kita tidak boleh bersikap mementingkan sendiri dengan membuka pendingin
hawa tersebut supaya boleh mendapat suasana yang selesa. Perbuatan ini akan
mendatangkan banyak kesan buruk seperti membazir tenaga eletrik, peningkatan bil elektrik
dan juga pelepasan karbon dioksida yang akan mencemar alam sekitar. Bukan itu sahaja, para
pelajar juga digalakkan menggunakan cahaya matahari semula jadi pada waktu siang jika ia
cukup terang kerana ia sudah pasti dapat membantu menjimatkan tenaga elektrik berbanding
dengan penggunaan lampu.

Di samping itu, kita sebagai pelajar banyak menggunakan komputer riba untuk
menyelesaikan tugas terutamanya kerja kursus. Dengan ini, amalan menutup komputer riba
semasa tidak digunakan perlu diamalkan dalam kalangan pelajar. Tabiat meletakkan komputer
riba dalam keadaan ‘sleep mode’ juga perlu dielakkan kerana komputer riba masih berfungsi
dalam keadaan tersebut dan ini membazirkan tenaga elektrik. Contohnya, terdapat pelajar
yang akan meletakkan komputer ribanya dalam keadaan ‘sleep mode’ semasa makan tengah
hari untuk memudahkan proses membuka komputer riba tersebut nanti selepas makan.
Perbuatan ini sebenarnya harus dielakkan dan menutup komputer riba tersebut dengan cara
yang tepat supaya memastikan tenaga eletrik tidak dibazirkan. Selain itu, amalan menutup suis
dan mencabut suis peralatan elektrik seperti plug pengecas komputer dan telefon juga perlu
diamalkan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana elektrik masih dapat dialir jika tidak
mencabut plug peralatan elektrik walaupun sudah menutup suis. Pendek kata, tenaga eletrik
perlu ditutup dengan tepat jika tidak digunakan.

4.1.2 Membeli peralatan elektrik yang cekap tenaga

Bukan hanya cara menggunakan peralatan elektrik sahaja yang boleh mengurangkan
pembaziran tenaga elektrik maka juga boleh dilakukan dengan membeli peralatan elektrik yang
lebih cekap. Berdasarkan rajah 2, hayat lampu jimat tenaga tahan lebih panjang iaitu 6000 jam
berbanding dengan lampu mentol filamen iaitu 1000 jam dan lampu jimat tenaga dapat
menjimat RM 68.84 berbanding dengan lampu mentol filament (Kementerian Tenaga, Air Dan
Komunikasi Malaysia, 2008). Ini telah membuktikan bahawa walaupun kos membeli peralatan
elektrik lebih tinggi namun ia lebih cekap tenaga dan lebih tahan lama berbanding dengan
peralatan elektrik yang biasa.

Rajah 2: Perbandingan Penjimatan Kos Antara Lampu Jimat Tenaga Dengan


Lampu Mentol Filamen

Pelajar sebagai pengguna elektrik perlu bijak memilih produk-produk yang lebih cekap.
Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti peralatan elektrik yang cekap tenaga ialah
melihat peralatan itu dilabel label kecekapan tenaga atau tidak. Label kecekapan tenaga
(Rajah 3) ini diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian (SIRIM) (Kosmo Ahad, 2017). Label ini diperkenalkan kepada lima
jenis alat elektrik iaitu pendingin hawa, peti sejuk, lampu, kipas dan televisyen. Label ini
mempunyai penilaian kadar tenaga dari 1 bintang hingga 5 bintang yang menunjukkan
anggaran penggunaan tenaga berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. 1 bintang
menunjukkan paling kurang cekap dan 5 bintang adalah yang paling cekap. Peralatan elektrik
yang mempunyai 5 bintang adalah 25% lebih cekap dengan peralatan elektrik biasa. Ini
bermaksud peralatan elektrik yang mempunyai 5 bintang dapat mengurangkan 25% CO 2
berbanding dengan pralatan elektrik yang biasa (Persatuan Penyelidikan Air Dan Tenaga
Malaysia, 2012). Label ini juga menunjukkan anggaran jumlah penggunaan tenaga tahun
dalam bentuk kilowatt-jam bagi produk tersebut berdasarkan ujian makmal yang diiktirafkan.
Bukan itu sahaja, label tersebut juga mempunyai jumlah anggaran tenaga yang dapat dijimat
jika menggunakan peralatan elektrik tersebut. Dengan adanya label ini, kita boleh membeli alat
elektrik dengan merujuk kandungan label kecekapan tenaga yang ada pada alat elektrik
tersebut dan membuat perbandingan antara produk supaya membeli alat eletrik yang paling
cekap tenaga dan bernilai. Pendek kata, para pelajar boleh membeli peralatan elektrik yang
tertentu berpandukan label tersebut demi mencapai kecepan tenaga dalam amalan gaya hidup
lestari.

Rajah 3: Label Cekap Tenaga

5.0 Kesimpulan

Amalan gaya hidup lestari sebenarnya senang dilakukan dan amat berkait rapat dengan
kehidupan harian kita jika kita mempunyai kesedaran atau lebih prihatin tentang kesan
pembaziran tenaga elektrik. Amalan kecekapan tenaga yang sebagai gaya hidup lestari perlu
dihayati oleh para pelajar demi mengelakkan krisis tenaga berlaku di IPGKBL dan
menguruangkan pelepasan CO2 di kawasan IPGKBL. Namun kesedaran tentang kepentingan
terhadap gaya hidup lestari dalam kalangan para pelajar masih kurang. Oleh itu, para pelajar
diharapkan dapat menyedar bahawa kesan yang akan dilanda jika terus membazirkan tenaga
elektrik. Di samping itu, penukaran bahan api fosil sebagai penjana elektrik kepada sumber
tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, suria dan angina sebenarnya merupakan
cara yang paling berkesan untuk mengelakkan krisis tenaga dan pencemaran alam sekitar
berlaku. Namun ia sudah dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia kerana kosnya tinggi.

Anda mungkin juga menyukai