Anda di halaman 1dari 4

Hebatnya Matahari

“Bintang besar di langit,

Menghiasi angkasa,

Nun tinggi, jauh di sana,

Menyinari, memberi haba”

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih tuan pengerusi majlis yang petah berbicara, panel hakim yang
arif lagi bijaksana, penjaga masa yang siap siaga, guru-guru dan rakan sekalian.

Berjalan kaki membeli pelaga,

Singgah sebentar di rumah Che Ta,

Matahari bersinar sumber tenaga,

Inilah fakta episode cerita.

Tak molek rasanya jika ada alu tiada lesungnya, tak berguna kalau ada
dayung, tiada sampannya, tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya.

Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah ‘ Hebatnya Matahari”.

Hadirin sekalian,

Izinkan saya berkongsi fakta mengenai diriku Sang matahari. Adakah


matahari juga adalah merupakan sebutir bintang? Ya,aku jua sebuah bintang
besar yang merupakan penyumbang sumber tenaga haba dan cahaya kepada
bumi beserta penghuninya. Cahayaku amat penting dalam memberikan
kelangsungan hidup kepada benda hidup di bumi.

Aku ingin berkongsi bersama kawan-kawan akan ciri-ciri diriku. Tahukah


kawan-kawan akan usiaku? Aku berusia sekitar 5 000 juta tahun… ahhh..tuanya
aku…Walaupun aku sudah tua, tapi aku masih gagah perkasa. Benarkan kawan-
kawan… Diameter aku pula adalah bersamaan dengan 1 392 000 km. Wah,
besarnya aku.. hebatnya aku, yakinnya aku….Ha ha ha…
Tahukah kawan-kawan bahawa aku mengandungi gas hydrogen iaitu
sebanyak 90% , helium 8% dan gas-gas lain 2 %. Aku mengeluarkan cahaya
dengan menukarkan hydrogen kepada helium. Cahaya daripada aku jua menerangi
kawasan sekeliling bagi membolehkan kita untuk melihat objek dengan jelas dan
dapat melakukan aktiviti harian kita. Tanpa aku, maka gelaplah bumi ini..Ohh
kasihan…

Tanpa tenaga aku, bumi akan mati. Sumber tenaga aku dianggap bersih dan
tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperolehi secara semulajadi daripada
sinaran suria dan tenaga ini tidak terhad. Aku dikatakan sebagai pusat tenaga
kerana hampir 99% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya aku yang sampai ke
permukaan bumi. Purata secara keseluruhan tenaga aku yang sampai ke
permukaan bumi kira-kira sebanyak 1353 KW per meter persegi.

Haba memanaskan badan manusia supaya badan manusia dapat berfungsi


dengan baik. Tenaga haba dan tenaga cahaya daripada aku boleh disimpan dan
diubah kepada bentuk-bentuk tenaga yang berlainan.

Hadirin sekalian,

Tumbuhan hijau jua amat memerlukan aku..Tanpa aku disisi, maka tiadalah
lagi tumbuhan hijau di bumi ini. Tahukah kawan-kawan apakah itu fotosintesis?
Tumbuhan menyerap tenaga daripada aku untuk membuat makanan melalui
proses yang dinamakn fotosintesis. Tenaga yang diserap itu disimpan dalam
makanan yang dihasilkan. Manusia dan haiwan memperoleh tenaga daripada
makanan yang dimakan. Oleh yang demikian, semua hidupan memperoleh tenaga
daripada aku secara langsung atau tidak langsung. Tanpa diriku, tumbuhan tidak
dapat membuat makanan dan hidupan di bumi akan mati. Semasa proses
fotosintesis, tumbuhan hijau menggunakan karbon dioksida dan air dengan
kehadiran cahaya aku Sang Matahari yang diserap oleh klorofil untuk
menghasilkan glukos dan oksigen. Maka besarlah peranan aku kepada tumbuhan
dan alam sekeliling.

Aku juga penyumbang kepada tenaga haba, suhu pada permukaan matahari
lebih kurang 9000’ F (6000’C).

Kanta cembung mempunyai jarak fokus yang pendek yang dapat


menumpukan cahaya aku pada satu titik. Dengan menggunakan kanta cembung,
cahaya aku boleh menyebabkan haba yang melampau untuk membakar objek.
Kanta cembung merupakan kaca tebal yang biasanya digunakan untuk membuat
cermin mata dan kanta pembesar.

Hadirin sekalian,

Selain berfungsi menerangi bumi, aku juga mmerupakan sumber tenaga


yang memberi manafaat kepada kehidupan di muka bumi. Tenaga aku juga boleh
menyumbang kepada penghasilan tenaga solar. Hummm apakah itu teanaga solar?
Mari aku ceritakan… Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk
mendapatkan tenaga daripada cahaya aku. Tenaga aku ini telah digunakan dalam
banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas.
Antara contoh penggunaan tenaga aku adalah pemanasan air, pemanasan banguna
dan juga dalam masakan. Malah, tenaga aku juga boleh menghasilkan tenaga
elektrik melalui enjin pemanasan. Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada
solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari. Sekarang, sudah
banyak rumah, kilang dan industri yang memasang solar panel untuk menghasilkan
tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan
sendiri.
Keadaan yang tidak menentu atas faktor cuaca dibumi dan berlakunya
peningkatan pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik
menyebabkan penggunaan tenaga solar amat digalakkan. Oleh sebab itu
kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat
Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan
seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah
atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang
mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Panel solar yang terdapat dalam kalkulator boleh menukarkan tenaga


cahaya kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini kemudian digunakan oleh
kalkulator untuk berfungsi.

Tenaga solar juga boleh dimanfaatkan sebagai tujuan ikhtiar hidup di


hutan atau pulau terutama bagi memasak makanan. Manusia boleh menggunakan
kerajang aluminium untuk membina dapur solar dan meletakkan dapur pada
Kawasan yang menerima cahaya aku secara maksimum.

Penggunaan tenaga solar kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat


kerana beberapa faktor. Antaranya, penjimatan kerana pengguna tidak perlu
mengeluarkan wang yang banyakuntuk membayar bil elektrik. Di samping itu,
sumber tenaga solar adalah sumber tenaga yang diperbaharui, iaitu sumber yang
ada secara berterusan walau digunakan berulang kali. Malahan, penggunaan
tenaga solar juga 100 peratus bersih dan mesra alam kerana tiada sebarang
pencemaran udara dan mengeluarkan bahan toksin tertentu.

Hadirin sekalian,

Pernahkah kalian mendengar tentang ‘fertigasi’? Apa itu fertigasi?....


Sistem fertigasi adalah satu kaedah penanaman di mana tanaman dibekalkan
dengan larutan baja dan air melalui sistem pengairan. Jadi, apakah kaitannya
dengan diriku? Sistem fertigasi menggunakan tenaga solar yang julung kalinya
dilancarkan oleh sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada tahun
2018, bagi membantu para petani di luar bandar yang sukar mendapatkan
bekalan elektrik. Dengan adanya fertigasi menggunakan tenaga solar ini dapat
meningkatkan produktiviti serta menjimatkan bekalan elektrik , sekali gus
mengatasi masalah pemanasan global. Tanaman solar boleh menghasilkan tanaman
yang berkualiti tinggi, sihat dan tidak berpenyakit. Ini kerana konsep rumah
hijau yang mengunkan perlindungan kalis serangga dapat menghindarkan tanaman
daripada terkena penyakit atau serangan makhluk perosak. Kadar penggunaan
racun juga boleh dikawal dengan kadar yang minima. Dalam tempoh masa yang
singkat, pertumbuhan pokok lebih terkawal dan seimbang kerana pembajaan dan
penyiram air kepada tanaman lebih teratur.Kawasan ladang solar juga lebih
mesra alam, bersih dan memberikan permandangan yang indah. Wah, Sungguh
luar biasa tenaga aku…

Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga boleh


baharu PENTING pada masa hadapan nanti. Ini kerana faktor perubahan
cuaca dibumi dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan
tenaga elektrik akan semakin berkurangan pada masa hadapan. Sebab itu
kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat
Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan
seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah
atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang
mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai