Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA

INDUSTRI PERTANIAN
Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam
sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam
sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk
menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil
pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor
pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih
bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa
penggunaan
baja
organik
dapat
menghasilkan
tanaman
yang
lebih
berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil
tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan
bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk
memakan buah-buahan tersebut.

Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil
dengan cepat dan mudah. Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera
mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merupakan kemudahan yang kita
dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera mesin,para
petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan
tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan
kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah
kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi
memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.
Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti
banyak. Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi
kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika

dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani


menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu
burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan
pada tanaman.
Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan
kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman. Apa yang kita
lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan
teknolgi. Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam
pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil
pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan
mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita. Tanpa sains dan
teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan
tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita
boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat
Malaysia semakin banyak dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi
banyak membantu kita dalam bidang pertanian.

Anda mungkin juga menyukai