Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

Jurnal ini menjelaskan tentang budaya yang akan dihadapi oleh guru-guru baru dalam
sekolah yang mereka ditempatkan. Kajian ini dibuat Massachusetts dalam guru tahun kedua
dengan tahun pertama di sekolah luar Bandar. Data dikumpul melalui kaedah temuramah. Dalam
sesebuah sekolah terdapat tiga jenis budaya yang dapat lihat dalam sesebuah sekolah itu.
Antaranya, budaya berasaskan veteran, budaya berasaskan guru-guru novis dan yang ketiga ialah
budaya campuran antara budaya veteran dengan budaya guru novis.

Dapatan kajian

1. Budaya professional berasaskan veteran

Dalam kajian mengikut budaya ini, pengkaji mendapat pengalaman bersama-sama


dengan guru-guru veteran. Pengkaji mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Adakalanya, pengkaji menghadapi masalah untuk bersama dengan
golongan veteran. Golongan veteran tidak memberi peluang untuk terima idea baru dalam
membangunkan organisasi sekolah. Pengkaji berasa ketinggalan serta kebanyakan
tugasan didomonasi oleh golongan veteran.

Dalam budaya ini, guru-guru baru tidak mempunyai peranan yang penting dalam
menguruskan organisasi serta dalam budaya ini guru-guru novis akan berasa ketinggalan.
Meskipun guru-guru novis mempunyai idea yang baru tetapi tanpa sokongan dari guru
berpengalaman mereka akan menghadapi kesukaran yang besar. Dalam budaya
profesionalisme berasaskan veteran mempunyai makna tersendiri dari segi memberi
sokongan kepada guru-guru novis. Namun begitu, ada sekolah yang mengamalkan dasar
tidak ambil peduli dengan lepas tangan oleh guru-guru veteran.

Pementoran dan pencerapan perlu dilakukan oleh guru-guru berpengalaman


kepada guru-guru novis supaya mereka dapat pelajari. Pengkaji berpendapat segelintir
sekolah mentee akan berjumpa dengan mentor pada awal tahun sahaja. Guru- guru
1
berpengalaman perlu membimbing, memberi nasihat, mendengar masalah, menyelesai
masalah tetapi keadaan yang berbeza yang berlaku di alam persekolahan.

Seterusnya, berbincang bersama rakan sekerja. Guru-guru baru perlu berbincang


bersama rakan sekerja untuk mengetahui dan mendalamkan pengalaman dalam proses
pengajaran. Perbincangan yang kerap dapat membantu untuk menimba banyak
pengalaman dari guru-guru veteran. Guru-guru verteran perlu menurunkan ilmu melalui
perbincangan bersama guru novis.

Dalam kajian ini, kebanyakan responden berpendapat tidak ada penurunan ilmu
yang tersusun terutamanya dari guru-guru yang berpengalaman.

2. Budaya profesioanal berasaskan guru novis

Budaya ini lebih inovatif, kreatif, progresif serta lebih dinamik ikut peredaran
zaman. Kebanyakan guru berminat dengan budaya ini. Ia lebih mudah serta
meringankan beban guru-guru. Guru-guru akan memberi komitmen yang
sepenuhnyadalam tugasan harian mereka. Malah, memberi idea-idea baru untuk
membangunkan organisasi sekolah.

Dalam kaajian ini, budaya yang berasaskan guru-guru novis lebih bersifat
terbuka dan demokratik.

Namun begitu, terdapat kelemahan dalam budaya ini, mereka kerja dalam
dasar terbuka tetapi hubungan antara guru-guru tidak begitu rapat. Mengikut
pengalaman pengkaji, pada peringkat awal pengkaji lebih berminat dengan
budaya ini tetapi selepas satu tempoh masa pengkaji berasa bosan.

Dalam sokongan organisasi, guru-guru novis berasa rakan sekerja mereka


sentiasa bersama tetapi mereka kerap rasa mereka ketinggalan. Dalam budaya ini,

2
guru-guru dilayan dengan hormat, sama rata dan menggalakkan. Tetapi ia
berganting kepada guru-guru sekolah itu.

Dalam sekolah yang mengamalkan budaya ini, proses mentoring kurang


berkesan kerana tidak mempunyai guru-guru yang benar-benar berpengalaman
untuk membimbing guru-guru novis. Meskipun ada mentor tetapi peranan mentor
tidak dijalankan dengan sepenuhnya di sekolah tersebut. Peranan mentor sebenar
tidak akan berjalan di sekolah ini.

Selanjutnya, perbincangan bersama rakan sekerja. Perbincangan dengan


rakan sekerja dijalankan secara kerap. Dalam sekolah-sekolah yang kecil
perjumpaan dan perbincangan bersama guru sering berlaku. Ada juga sekolah
mereka menggunakan mesyuarat staf sebagai tempat perbincangan yang tidak
beragenda. Meskipun, perbincangan bersama rakan sekerja tentang perkembangan
kurikulum, organisasi sekolah penting serta ia penting untuk tujuan sosial dan
membenarkan pertukaran maklumat dalam kalangan guru-guru. Ia juga membantu
dalam guru-guru baru membangunkan organisasi sekolah.

3. Budaya profesionalisme integrasi


Dalam budaya ini, guru-guru mempunyai pegangan yang kuat dalam kerjasama
antara rakan sekerja. Komunikasi dan kerjasama yang erat dapat bangunkan
organisasi sekolah. Dalam budaya ini, guru-guru novis berpeluang untuk
menimba pengalaman dari guru-guru berpengalaman.

Dalam suasana ini, guru-guru novis dan guru-guru berpengalaman dapat


bercambah idea secara koleboratif dalam membangunkan proses pengajaran serta
kurikulum. Guru-guru berpengalaman sentiasa amalkan gaya terbuka untuk beri
dan menerima idea baru serta kongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
Budaya ini sangat berguna dalam membangunkan organisasi sekolah. Misalnya,
proses mentoring akan berjalan dengan berkesan serta mentor akan memainkan
peranan yang sepatutnya dalam menurunkan ilmu pengetahuan serta pengalaman
3
kepada guru novis. Ia akan membawa satu perubahan positif dalam pembangunan
organisasi serta membawa perubahan dalam proses pengajaran.

Hubungan yang erat dapat dilaksanakan dalam budaya ini antara guru
berpengalaman dengan guru novis. Budaya ini akan membawa kebebasan
dalaman antara guru berpengalaman dengan guru novis. Hubungan komunikasi
yang dua hala boleh berjalan dengan lancar. Budaya intergasi ini dapat membantu
dalam meningkatkan profesionalisme guru-guru novis.

Dalam budaya berasaskan veteran dan budaya berasaskan guru novis,


responden berpendapat pengetua tidak memainkan yang agak penting. Tetapi
dalam budaya profesionalisme integrasi pengetua memainkan peranan yang agak
besar. Pengetua akan mengetuai dalam perkembangan profesionalisme di sekolah.
Dalam mewujudkan suasana kerja yang selesa serta kondusif, pengetua perlu
memainkan peranan serta sentiasa terbuka untuk menerima perubahan dalam
organisasi sekolah.

Dalam budaya intergrasi, guru-guru novis dan guru-guru yang


berpengalaman akan bergabung tenaga untuk membawa inovasi dalam proses
pengajaran. Seterusnya, pengetua harus memainkan peranan dalam membuat
pemantauan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti
membangunkan organisasi sekolah. Pengetua juga harus memberi panduan serta
tunjuk ajar kepada guru-guru novis. Pengetua harus luangkan masa kerja untuk
menjalankan proses pemantauan. Hal ini boleh memberi peluang kepada guru-
guru novis untuk tingkatkan lagi motivasi untuk bekerja.

Selanjutnya, kerjasama dalam kumpulan agak penting untuk membangunkan


sesebuah organisasi sekolah.

4
Seterusnya, wujudkan satu kolaborasi antara pengurusan sekolah dengan
guru-guru dalam melancarkan lagi proses pengajaran serta membantu dalam
meningkatkan pencapaian organisasi sekolah. Hubungan yang mesra antara
pentadbir sekolah dengan guru- guru akan mewujudkan satu perhubungan yang
baik serta dapat membantu dalam peningkatan prestasi akademik sesebuah
sekolah. Hubungan serta komunikasi yang lancar akan membantu dalam
meningkatkan prestasi sesebuah sekolah.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, guru-guru novis berpendapat amalan budaya


bersasaskan veteran sentiasa mencapai kegagalan meskipun mereka mempunyai
5
pengalaman, ilmu pengetahuan yang luas tetapi tanpa ada perkongsian maklumat
maka guru-guru baru berasa terasing dalam organisasi sekolah. Dalam budaya
berasasakan guru novis juga turut mempunyai kelemahan iaitu kurangnya proses
pemantauan dan mentoring yang berkesan dijalankan serta ia membawa masalah
dalam membangunkan kurikulum serta organisasi sekolah. Dalam keadaan ini,
budaya profesionalisme integrasi akan membawa kesan positif dalam
pembelajaran pelajar, pembangunan guru-guru novis serta perubahan dalam
kalangan guru-guru veteran. Dalam konsep gabungan ini, berlakunya misi
koleboratif antara guru berpengalaman dengan guru novis dalam membangunkan
proses pengajaran. Ia juga lebih bersokongan padu kepada pembangunan sekolah
serta meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini akan
meningkatkan lagi kualiti pendidikan sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai