Anda di halaman 1dari 6

Rabu, 2 September 2015

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA


Pengenalan
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan
sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting
di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam
usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang
penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role model) kepada
para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses
perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses
perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan
tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada
pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena perguruan
yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan
dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai
Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif
remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru
Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit
persoalan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang
moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan moral
kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja
agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya
Buntat at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan
mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke arah profesionalisme.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)


FPK antara lain menyatakan, Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan kearah
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Maka adalah penting bagi guru untuk meneliti dan mentafsir kandungannya
serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung didalamnya.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan
peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. Sebenarnya,teras
utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi,
dalam apa jua mata pelajaran yang diajar olehseseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh
diabaikan. Ini yang dikatakan nilai merentas kurikulum.
Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai penggilap potensi
anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi tetap jua

mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru,bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi
keistimewaan itu yang dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri
sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat
serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari oleh mereka
dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang telah
diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam
bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.Guru
juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati
acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.
Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri
pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara
inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis
anak muridnya.Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara
tidak langsung dapat memperkasakan lagi daya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana ideaidea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan
berdaya kreatif serta berkebolehan.
Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud pendidik
kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran
asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu
keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur
membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.
Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi disini bermaksud
memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmupengetahuan dan kemahiran yang
difikirkan sesuai untuk perkembangan diri danmasyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah
untuk memastikan perubahan danperkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan
kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap,nilai dan
sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
PERANAN GURU DALAM RUKUN NEGERA
Dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru
pendidikan moral sememangnya memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah guru yang
mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru
lain yang hanya menggabungjalin nilai-nilai murni ke dalam matapelajaran teras.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah kepercayaan kepada tuhan. Faktor kepercayaan
kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru pendidikan moral kepada
murid-muridnya. Masyarakat amat mengharapkan pihak sekolah dan guru-guru dapat meningkatkan
kepercayaan anak-anak mereka kepada tuhan dan agama. Dalam era zaman sekarang,terdapat ibu
bapa terlalu sebok mementingkan kebendaan, keseronokan dan hiburan. Pengisian rohani tidak diambil
peduli, justeru itu guru pendidikan moral perlu berusaha untuk mendidik masyarakat percaya kepada
tuhan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek. Kekuatan jiwa
murid-murid dapat ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan terhadap kepercayaan kepada tuhan.

Prinsip kedua rukun negara ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini merupakan
perkara penting sebagai seorang rakyat Malaysia untuk difahami oleh murid-murid. Guru perlu
menekankan kepentingan setia kepada raja dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua rukun
negara mampu membentuk masyarakat Malaysia dan bersatu padu kerana Raja adalah Payung Negara
yang menaungi rakyat diseluruh negara itu. Guru perlu menekankan bahawa institusi raja tidak boleh
diperlekeh, dicemari dan dipolitikkan .
Guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan mengenai menghormati institusi
diraja. Sejarah penubuhan sesebuah negeri, sejarah kesultanan melayu, raja berperlembagaan antara
inti pati ilmu yang boleh disampaikan oleh seorang guru pendidikan moral untuk menimbulkan perasaan
kasih sayang dan taat setia murid-murid kepada pemimpin dan negara. Guru juga perlu menyatakan
kesan terhadap negara jika murid-murid tidak menunjukkan taat setia kepada pemimpin, raja dan negara.
Banyak masalah mungkin akan dihadapi seperti berlakunya rusuhan jika tiada perasaan taat setia
kepada negara. Perasaan sayang dan cintakan negara mungkin juga lebih berkesan sekiranya lawatan
ke tempat-tempat yang meninggalkan sejarah turut dilawati.
Dalam aspek Keluhuran Perlembagaan pula menjadi asas untuk menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap rakyat
mempunya kedudukan yang sama dari segi undang-undang. Perlembagaan memberi jaminan terhadap
hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan social untuk semua kaum di Malaysia. Guru pendidikan moral
perlu menegaskan tentang kepentingan kesepaduan antara kaum yang menjadi perkara asas dalam
membina masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan
bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.
Prinsip keempat rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang membawa maksud setiap rakyat
adalah sama taraf di sisi undang-undang negara, tanpa sebarang diskriminasi kaun, gender, agama
mahupun kedudukan . dalam mendidik murid-murid agar mematuhi peraturan dalam kehidupan
seharian, guru pendidikan moral boleh mendidik murid-murid untuk mematuhi undang-undang dan
peraturan sekjolah seperti hadir ke sekolah tepat pada masanya, menjaga kebersihan sekolah dan lainlain peraturan sekolah. Hal ini bvoleh menjadikan murid lebih berdisiplin dan mampu menjaga disiplin dan
peraturan dalam hidup mereka.
Prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan pula menjadikan guru berperanan untuk menjaga
keterampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana guru adalah idola murid-murid dan
masyarakat setempat. Guru juga berperanan menjaga adap dan sopan pada tahap yanmg cemerlang.
Guru bukan sahaja perlu mengajar nilai nilai murni tetapi juga berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai
murni tertsebut.
PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN WAWASAN 2020
Wawasan 2020 merupakan perancangan strategik jangka panjang yang berkaitan dengan
halatuju pembangunan negara Malaysia menjelang dekad akan datang. Dalam tempoh masa ini kelak,
Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berdasarkan acuan sendiri (Malaysia, 2001). Dasar
pembangunan mapan memerlukan negara merangka pelan tindakan bagi mencapai matlamat menjadi
negara maju. Pembangunan negara yang bergantung kepada pengetahuan teknologi, pengurusan dan
sebagainya adalah kekunci kejayaan negara daam meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan
pengagihan kekayaan dapat dilakukan dengan lebih adil dan saksama.

Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara yang sangat penting. Melalui dasardasar kerajaan seperti Dasar Pembanguanan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada
perpaduan di negara ini. Pelbagai lapisan masyarakat telah melibatkan diri dalam banyak dasar ini bagi
mencorak dan membentuk indentiti negara Malaysia yang bersatu padu.
Bagi melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi sewajarnya rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian serta tabah menghadapi cabaran.
Bangsa yang gagah dan tabah adalah bangsa yang ingin berjaya dan sanggup berjuang
mempertahankan maruah negara. Setiap warganegara harus menyedari peranan masing-masing selari
dengan usaha memajukan negara ke persada dunia supaya Malaysia sentiasa dikenali di seluruh dunia.
Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Menurut Ramlah Adam (2003)
masyarakat yang demokratik memiliki kebebasan untuk memlih kerajaan. Rakyat yang berfikiran matang
akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak puas hati dan
teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran-saluran yang tertentu dalam
keadaan yang mesra dan bersifat membina.
Dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya, dan utuh nilai
keagamaannya perlu diseimbangkan. Sejajar dengan menjadi Malaysia negara maju, rakyat harus kita
mempunyai budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral, etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh
sepanjang masa. Keadaan ini membolehkan rakyat Malaysia bersaing di peringkat global sebagai bangsa
yang bertamadun dan berdaulat. Setiap warganegara tidak harus menafikan nilai-nilai moral dalam hidup
bagi bersaing secara kompetetif di peringkat global. Keteguhan nilai-nilai yang positif wajar disemai di
dalam jiwa masyarakat tanpa mengira latar belakang, budaya dan agama supaya dapat kita memberi
komitmen sebagai bangsa Malaysia yang semerlang.
Dalam konteks masyarakat majmuk, proses mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat
toleran adalah Cabaran kelima dalam Wawasan 2020 yang memberi fokus aspek perpaduan wajar
dipupuk dalam segenap lapisan rakyat Malaysia. Perpaduan akan memberi banyak kebaikan dalam
perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap tolak ansur yang ada pada rakyat Malaysia dapat
melahirkan dan mengekalkan perpaduan kaum dalam jangka masa panjang dan menjadi landasn kepada
kerjasama seterusnya. Peristiwa sejarah hitam negara, yakni 13 Mei, 1969 menjadi tanda penting akan
kerapuhan perpaduan rakyat sehingga menyebabkan bencan. Keadaan sangat merugikan negara
Malaysia dan masyarakat secara keseluruhannya, terutama golongan yang tidak berdosa.
Cabaran keenam ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta mempunyai
wawasan hidup dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina bangsa Malaysia
yang cemerlang. Masyarakat yang moden dan peka dengan perkembangan teknologi dapat menjadi
pemangkin kepada perkembangan tamadun secara saintifik dan berteknologi tinggi. Dalam era teknologi
maklumat dan komuniasi (ICT) masa kini, kemajuan dan kecemerlangan diikmati adalah hasil daripada
usaha dan kesungguhan setiap rakyat Malaysia yang tidak pernah putus asa. Banyak kejayaan yang
dikecapi selama ini dapat menjadi pemangkin dan ikhtibar kepada kita untuk terus berjaya dan sentiasa
berdaya saing di peringkat global.
Proses melahirkan masyarakat penyayang di Malaysia merupakan satu tanggungjawab bagi
memodenkan tanggapan dan pemikiran pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang
mengamalkan budaya penyayang tidak individualistik tetapi berusaha mengukuhkan perhubungan sosial
dalam kalangan mereka agar nilai-nilai kasih sayang dapat dipupuk dan diamalkan dalam perhubungan.

Kasih sayang dalam kekeluargaan adalah bermula daripada kasih sayang dalam keluarga itu sendiri.
Hubungan yang mesra dan akrab dapat membentuk jiwa anak-anak yang sayang akan ibu bapa mereka.
Justeru, penekanan kepada nilai-nilai berbudi dan penyayang ini wajar ditanam dalam setiap benak
generasi baru kini supaya sayang dan tidak memingirkan akan orang tua mereka.
Dalam konteks ekonomi, cabaran kelapan Wawasan 2020 memberi fokus terhadap jaminan
pembentukan sebauah masyarakat yang adil dari segi ekonominya. Dasar-dasar yang berkaitan dengan
ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya memberi
nafas baru dalam pengagihan ekonomi secara adil dan saksama. Kelompok rakyat yang miskin dan
hidup melarat tidak wajar diketepikan kewujudan mereka dalam sebuah negara maju seperti Malaysia.
Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat perlu diteruskan dengan lebih
berkesan agar setiap rakyat dapat menikmati buah kemerdekaan tanpa perasaan pilih kasih.
Di samping itu, masyarakat yang makmur dapat dicirikan dengan kemewahan hidup yang baik
dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat kita yang melarat
dalam kehidupan mereka. Masyarakat ini ialah masyarakat yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi
serta mampu menghadapai segala masalah dan cabaran dengan baik. Nur Munirah (2002) menyatakan
masyarakat yang berdaya tahan dan saing adalah bangsa Malaysia dapat menjamin keseinambungan
tamadun bangsa dan negara pada masa hadapan. Pendapatan isi rumah yang meningkat dan berada
pada tahap yang tinggi akan melahirkan kemewahan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mampu
bedaya saing dan tabah dengan segala cabaran.
Sesungguhnya, Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan sekiranya setiap lapisan
masyarakat Malaysia sentiasa berganding bahu dan sanggup memikul tanggungjawab yang berat ini bagi
meneruskan kesinambungan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju pada masa
akan datang.

1.
2.

3.

4.

5.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM KOD ETIKA PERGURUAN


Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu memartabatkan profesion perguruan itu sendiri.
Kod etika amat penting diamalkan oleh guru kerana factor-faktor berikut;
kod etika memberi garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai
panduan dan sesuai untuk rujukan dan diamalkan oleh guru.
Kod Etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah
dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab
mereka.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, justeru usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh kod etikanya boleh dipertahan dan
dikuatkuasakan.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya
dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan.
Kod etika merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat
mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan hubungan antara ahli dalam organisasi.
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit
sebanyak menjadi role modal kepada pelajar. Senario ini akan mempengaruhi etika pelajar berkenaan

lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika
perguruan secara tidak langsung membantu murid memperkembangkan potensi kearah satu
pembentukan individu yang inginkan kejayaan dan lebih cenderung melakukan perkara-perkara positif .
Keberkesanan Etika perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam
memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan
oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman
pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak
mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran mengikut kaedah
dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan
murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil
terhadap pelajar-pelajarnya.
Seorang guru pendidikan moral juga perlu menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan
penjaga murid. Guru perlu menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
Guru perlu menganggap semua maklumatyang diberikan oleh ibu bapa
berhubung keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkan kepada sesiapa.
Seorang guru yang baik juga perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana. Guru juga perlu mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
social dan ekonomi ibu bapa pelajar. Elakkan juga daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa dan penjaga mereka.

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan amat
penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui beberapa kriteria nilai
keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya
memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara
keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang
turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama
dan media massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek
kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran
mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan pendekatan proses
pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian
konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam menggalakkan pelajar yang
aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral . Dicatat
oleh zakiah dol rahman di 5:22 PTG

Anda mungkin juga menyukai