Anda di halaman 1dari 44

KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014

STPM PENGGAL 1

PERCUBAAN TERENGGANU 2013


Bahagian C

20 Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi amalan rasuah dalam perkhidmatan awam dan
gejala ini semakin berleluasa di negara ini. Huraikan.

Pendahuluan:

 Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita. Rasuah boleh didefinisikan sebagai memberi
atau menerima sesuatu kepada atau daripada seseorang untuk mempengaruhi keputusan atau
memperoleh habuan tertentu.

Faktor-faktor berlakunya rasuah

Bil Idea Huraian


1 Desakan materialistik  Keinginan hidup mewah yang melampaui kemampuan diri
 Sikap ingin kepada kekayaan supaya dipandang tinggi dan
berbangga dengan kekayaan material
 Kekayaan harta benda dipandang tinggi dan hebat dalam
masyarakat
2 Kurang penghayatan  Menyebabkan seseorang mudah terjebak dengan gejala
agama/moral rasuah
 Akhlak mulia dan terpuji kurang diamalkan oleh masyarakat
 Mereka kurang sedar tentang dosa dan pahala
3 Karenah birokrasi  Karenah birokrasi telah menyebabkan rasuah berlaku
 Urusan permohonan permit, tanah dan lain-lain yang rumit
menyebabkan mereka sanggup memberi rasuah kepada
pegawai yang menguruskannya dengan cepat
4 Kurang kerjasama  Sikap masyarakat yang menganggap rasuah sebagai perkara
masyarakat biasa
 Mereka kurang membuat laporan kerana tidak mahu
menjadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah
 Mereka juga menjadi mangsa ugutan dan sebagainya oleh
pihak yang tertuduh
5 Terdedah dengan peluang  Mereka yang mempunyai kuasa dan peluang untuk
dan ruang melakukan melakukan kegiatan rasuah
rasuah  Pekerjaan yang terdedah dengan unsur-unsur rasuah seperti
polis, kastam, imigresen, dan pegawai-pegawai yang
berkuasa untuk meluluskan lessen, permit, tender dan lain-
lain lagi
6 Keupayaan mengelirukan  Kelicikan pelaku dalam menyembunyikan aktiviti rasuah
penguatkuasa melambatkan pengesanan perlakuan mereka
 Sokongan alatan teknologi maklumat meningkatkan
dorongan

1
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

7 Campur tangan politik  Desakan pelbagai pihak bagi melindungi pelaku


 Tindakan memperlekeh SPRM mewujudkan
ketidakpercayaan masayarakat
 Campur tangan dalam proses penyiasatan menimbulkan
kesulitan penguatkuasan undang-undang. Cth. Kes Ben
Hock.

Kesimpulan:

 Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam menangani kegiatan rasuah yang berlaku pada bila-bila
masa dan tidak mengira tempat serta waktu
 Pihak berkuasa hendaklah tegas dalam usaha membanteras kegiatan rasuah terutamanya dalam
pekerjaan yang terdedah dengan unsur rasuah

Pilihan jawapan : Mana-mana 5 idea di atas

21 Kes penderaan kanak-kanak dalam pelbagai cara semakin berleluasa. Pelakuan tidak berperi
kemanusiaan ini mesti dihentikan kerana mangsa merupakan aset penting kepada negara pada masa
depan. Bincangkan

Pendahuluan:

 Wujud pelbagai penganiayaan kanak-kanak yang melibatkan penderaan seks, fizikal dan mental
 Terdapat beberapa punca yang melibatkan keluarga dan masyarakat
 Walaupun begitu terdapat langkah-langkah yang boleh membantu mengurangkan kes penderaan
kanak-kanak

Punca Penderaan Kanak-kanak:

Bil Idea Huraian


1 Ketidaktanggungjawaban  Ibu bapa yang mementingkan pekerjaan, kemewahan dan
sosial ibu dan bapa kehidupan sosial
terhadap anak-anak  Tidak memahami dan menghayati sepenuhnya
tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, tidak menganggap
anak sebagai amanah dan mesti ditunaikan
tanggungjawabnya
 Ibu bapa kurang prihatin, tiada belas kasihan menyebabkan
ibu bapa mudah mendera anak-anak
2 Kepincangan institusi  Ibu bapa tidak bersefahaman member kesan kepada amalan
kekeluargaan mendera anak-anak
 Melepaskan kemarahan berpunca daripada perselisihan
faham suami isteri menyebabkan anak-anak menjadi
mangsa
 Anak-anak akan terabai dan wujud masalah sosial lain yang
lebih serius seperti penagihan dadah dan kegiatan seksual
3 Kurang didikan dan  Kurang menghayati dan mengamalkan ajaran agama

2
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

amalan keagamaan menyebabkan ibu bapa hilang pertimbangan bertindak


mendera anak-anak
 Amalan keagamaan yang sedikit juga menyebabkan ibu
bapa tidak waras dalam tindakan terhadap anak-anak
seperti mencederakan badan yang melampau
 Kurangnya didikan agama juga menyebabkan wujud
kepincangan dalam keluarga yang membawa kepada
amalan mendera anak-anak
4 Persekitaran yang  Kehidupan yang kompleks terutama di bandar mendesak
membawa kepada tekanan ibu bapa memberi keutamaan kepada kerjaya yang
hidup melampau
 Fokus yang melampau kepada kerja menyebabkan ibu bapa
menghadapi tekanan hidup yang membawa kepada
penderaan anak-anak
 Keadaan rumah yang sempit dan persekitaran keluarga
yang ramai, perbelanjaan isi rumah yang tinggi akan
menyebabkan tekanan

Langkah Mengatasi Penderaan:

Bil Idea Huraian


5 Penggubalan dan  Menggubal undang-undang berkaitan kanun keseksaan dan
penguatkuasaan Akta Kanak-kanak serta peruntukan undang-undang di
bawah bidang kuasa Mahkamah Juvana
 Menghukum ibu bapa yang mendera dan setimpal dan
menjadi pengajaran
6 Program pemulihan dan  Dilaksana oleh pakar pulih karektor, oleh pakar motivasi
pendidikan tidak formal dan terapi diri
 Dijalankan di penjara atau di mahkamah atau di premis dan
institusi awam
 Program pemulihan dilaksanakan secara profesional dan
berkala
7 Program keibubapaan  Dijalankan oleh pihak agensi kerajaan atau badan bukan
kerajaan
 Sesi interaksi temubual dengan ibu bapa untuk
meningkatkan kesedaran tanggungjawab dan peranan ibu
bapa
 Program refleksi ibu bapa dengan anak-anak
8 Pusat penjagaan mangsa  Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan membina pusat
penderaan penjagaan untuk memberi perlindungan fizikal, mental dan
kerohanian kepada mangsa dera
 Mangsa menjalani kehidupan baru
 Mangsa diberi pemulihan, terapi dan sokongan untuk

3
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

Berjaya

Kesimpulan:

 Walaupun kes penderaan di Malaysia tidak konsisten, namun statistik yang dilaporkan oleh PDRM
perlu diberi perhatian serius kerana mangsa merupakan golongan bawah umur dan yang mudah
dipengaruhi oleh persekitaran dan sifat kemanusiaan yang tidak bermoral.

Pilihan jawapan : Pilih 2 + 3 / 3 + 2

22 Semakin moden kehidupan di negara kita maka semakin banyaklah penyakit yang muncul.
Bincangkan faktor yang mengancam tahap kesihatan dalam kalangan penduduk di negara ini.

Pendahuluan:

 Pemodenan telah menyebabkan kemunculan pelbagai jenis penyakit


 Penyakit tersebut telh mengancam tahap kesihatan penduduk

Bil Idea Huraian


1 Amalan pemakanan  Penduduk amalkan pemakanan mengikut arus pemodenan
 Lebih gemar mengambil makanan segera untuk
menjimatkan masa dan wang
 Mengandungi kolestrol dan kalori yang tinggi
 Berlaku peningkatan berat badan dan masalah obesity
 Berlaku serangan sakit jantung
2 Kurang aktiviti riadah  Aktiviti riadah kurang diberi perhatian akibat kesibukan
kerja
 Senaman diabaikan
 Pembakaran kalori dalam badan menjadi kurang
 Berat badan tidak menurun
 Mendatangkan penyakit darah tinggi dan kencing manis
3 Pencemaran alam  Berlaku banyak pencemaran udara
 Berlaku pembebasan gas beracun daripada kenderaan
bermotor seperti karbon monoksida
 Meresap ke dalam tubuh badan melalui pernafasan
 Menyebabkan penyakit kanser, batuk berpanjangan
 Berlaku peningkatan kadar kematian
4 Tekanan hidup  Arus pemodenan menyebabkan penduduk mengejar
pendapatan yang tinggi untuk peningkatan kualiti hidup
 Berlaku tekanan sehingga menghidapi penyakit kritikal
dan sakit jiwa

4
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

5 Penularan virus  Virus mudah tersebar di tempat orang ramai dan terbuka
serta menjangkiti orang yang lemah antibody
 Membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan
kematian
 Membuat lawatan ke Negara yang memang terdedah
dengan virus berbahaya
 Bergaul dengan masyarakat di tempat yang terbuka

Kesimpulan:

 Masyarakat perlu mengambil langkah-langkah bijak untuk menjaga kesihatan mereka


 Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan tentang factor yang dapat mengancam kesihatan manusia.

Pilihan jawapan : Mana-mana 5 idea di atas

PERCUBAAN SMKB 2013


Bahagian C

1. Perpaduan rakyat teras pembangunan negara. Negara yang rakyatnya berpecah belah sukar
mencapai keharmonian sosial. Bincangkan kepentingan perpaduan rakyat dalam abad ke-
21 dan langkah-langkah untuk mencapai perpaduan.

Skema Jawapan:

Isi Utama Huraian


KEPENTINGAN PERPADUAN RAKYAT
1. Perpaduan membolehkan  Perpaduan dapat mewujudkan kestabilan politik dan sosial.
pembangunan negara berjalan  Ini boleh menarik pelaburan asing
lancar.  Ekonomi yang meningkat memakmurkan negara.

2. Membolehkan rakyat hidup dalam  Tanpa keamanan, rakyat hidup dalam ketakutan.
keadaan aman dan sentosa.  Contohnya di Indonesia, rakyat pelbagai keturunan
bermusuhan. Ketika kegawatan ekonomi, rakyat keturunan
Cina menjadi mangsa.
 Peristiwa 13 Mei 1969 juga menjejaskan keamanan Malaysia.
 Jadi, perpaduan memang penting untuk mencapai keamanan.

3. Perpaduan rakyat dapat menjamin  Tanpa, perpaduan, sesuatu bangsa akan mudah diperalat oleh
kedaulatan bangsa dan negara. bangsa asing, malah mudah dijajah oleh bangsa asing.
 Misalnya di Afghanistan, pihak yang mahu menang sanggup
diperkuda oleh Rusia. Akibatnya, mereka tunduk kepada
kehendak Rusia.
 Dengan wujudnya perpaduan, sesebuah bangsa tidak akan
diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

5
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

4. Perpaduan rakyat penting bagi  Kadar jenayah yang semakin meningkat memerlukan
mengatasi masalah sosial. kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
bangsa bagi mengurangkannya.
 Masalah sosial seperti kes jenayah tidak harus dipikul oleh
satu pihak sahaja.

5. Perpaduan penting bagi  Tiadanya perpaduan di Afrika Selatan telah mencemarkan


menaikkan imej sesebuah imej negara itu.
negara.  Begitu juga rusuhan kaum di Amerika Syarikat telah
mencemarkan imej negara itu.
 Di Malaysia, perpaduan kaum dikagumi oleh masyarakat
dunia.

LANGKAH-LANGKAH MENCAPAI PERPADUAN


6. Jurang perbezaan ekonomi dan  Pengagihan kekayaan yang adil dapat memupuk perpaduan
budaya antara kaum harus rakyat. Satu identiti bangsa juga penting.
dihapuskan.  Menyedari kepentingan ini, kerajaan Malaysia melaksanakan
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
 Prasangka dan rasa tidak puas hati dapat dikurangkan.
 Dasar-dasar ini didapati amat membantu dalam
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum

7. Sistem pendidikan juga penting  Aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat memupuk nilai-
untuk mencapai perpaduan. nilai positif.
 Sukatan pelajaran yang menitikkan semangat kerjasama dan
patriotik membantu menyemai sikap tolenrasi dan hormat-
menghormati antara kaum - (Peranan sekolah dan guru)
 Langkah ini mengeratkan perpaduan rakyat lagi.

8. Penggunaan satu bahasa juga  Hal ini demikian kerana pengetahuan dan penggunaan satu
dapat memupuk perpaduan. bahasa membolehkan setiap rakyat dalam sesebuah negara
berkomunikasi sesama sendiri. Oleh itu, perselisihan faham
dapat dielakkan.
 Dengan penggunaan satu bahasa, setiap kaum dapat
mengenali adat resam kaum-kaum yang lain serta
bekerjasama bagi membangunkan negara
 Sebagai bukti, penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

9. Peranan institusi keluarga / ibu  Berperanan menyemai nilai-nilai positif, sifat toleransi dan
bapa hormat-menghormati di dalam diri anak-anak. – “Lentur
buluh dari rebung”.
 Kanak-kanak yang terdidik dengan nilai-nilai ini sejak dari
kecil pasti tidak berasa kekok untuk bergaul dengan bangsa
atau kaum lain apabila dewasa kelak. Ini akan membantu

6
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

pemupukan perpaduan dengan lebih cepat dan berkesan.

10. Peranan media massa / kempen  Media cetak dan elektronik perlu menjalankan fungsi
mendidik masyarakat, dengan memaparkan maklumat yang
berkaitan perpaduan.

11. Peranan badan-badan bukan  Berganding bahu dengan kerajaan.


kerajaan (NGO) / swasta /  Menyumbang dari segi tenaga dan idea ke arah pemupukan
korporat perpaduan.

12. Aktiviti atau program yang boleh  Program Khidmat Negara


memupuk perpaduan diada atau  Sukan
digiatkan  Gotong royong
 Rumah terbuka hari perayaan

Nota : Mana-mana 5 idea

2+3 atau 3+2

2. Kejuruteraan genetik kini mampu menghasilkan baka yang lebih baik serta meningkatkan
produktiviti dalam bidang pertanian. Jelaskan bagaimana manusia dapat memanfaatkan
teknologi ini.

Skema Jawapan:

Isi Utama Huraian


1. Merevolusikan bidang  Menghasilkan baka-baka tanaman yang baik dan berkualiti;
pertanian tempoh matang yang lebih cepat; hasil keluaran tinggi, tahan
penyakit.
 Contoh, betik eksotik oleh MARDI, minyak kelapa sawit yang
monotepu oleh PORIM.
 Kaedah kultur tisu dan mutasi aruhan menghasilkan baka
tanaman dan mempercepatkan pembiakan tanaman –
meningkatkan produktiviti pertanian.

2. Bidang penternakan  Penghasilan vaksin, antibodi, hormon pertumbuhan secara


besar-besaran untuk meningkatkan kualiti penternakan.
 Contoh, gen yang diperlukan untuk menghasilkan hormon
pertumbuhan Bovine telah disisipkan dalam bakteria untuk
tujuan meningkatkan kualiti susu lembu.
 Biri-biri Dolly telah dihasilkan melalui pengklonan.

3. Meningkatkan taraf kesihatan  Genetik seseorang boleh diubahsuai untuk mengelakkan


manusia / perubatan warisan yang berpenyakit genetik.
 Teknologi genetik membolehkan pengubahsuaian maklumat
pada kromosom dalam gen induk.
 Penyakit-penyakit seperti kanser, leukemia, Parkinson,

7
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

hemofilia dan diabetis yang tidak ada penawar pada masa ini
akan dapat diatasi.
 Mengelakkan kelahiran bayi cacat kerana genetik embrio dapat
dikenalpasti.

4. Membantu dalam bidang  Membantu usaha pengenalan diri seseorang


forensik  Membantu pihak forensik dan polis untuk mengenalpasti
identiti mangsa kemalangan maut dan kes-kes jenayah melalui
ujian DNA ke atas tisu, rambur dan tulang mayat.
 Ujian DNA juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti
penjenayah dan perogol supaya lebih mudah untuk
mendapatkan bukti bagi mensabitkan kesalahan jenayah.

5. Mengatasi masalah  Mikrob dalam rawatan air kumbahan digunakan untuk


pencemaran mempercepatkan proses rawatan air kumbahan perumahan dan
efluen kilang - kurangkan jangkitan dan mengurangkan
masalah pencemaran alam sekitar.
 Contoh, enzim lipase yang dapat mencernakan molekul
minyak digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di
laut.

6. Merevolusikan bidang industri  Industri makanan – jus buah-buahan melalui penapaian


menghasilkan bir dan arak, hasil tenusu dapat diawetkan.
 Industri pembuatan – industri tekstil, enzim dapat
mengeluarkan kanji untuk memelihara benang.

Nota : Mana-mana 5 idea

3. Kejadian jenayah kejam semakin membimbangkan masyarakat di negara ini. Huraikan punca-punca
penularan jenayah kejam ini dan apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menghentikannya.

Skema Jawapan:

Kejadian jenayah kejam semakin menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kejadian jenayah
kejam dikaitkan dengan pembunuhan, rogol dan bunuh, peras ugut dan samun.

Isi Utama Huraian


PUNCA-PUNCA JENAYAH KEJAM
1. Keruntuhan akhlak atau  Generasi muda hilangan pegangan hidup sanggup
moral melakukan jenayah kejam untuk memenuhi tuntutan nafsu
dan masalah kewangan.
 Tanpa didikan agama dan moral, manusia gagal membuat
keputusan rasional dan membezakan baik buruknya
tindakan sedemikian

2. Kemasukan pendatang asing  Bilangan kemasukan pendatang tanpa izin seperti


yang ramai pendatang Indonesia, Filipina dan Bangladesh yang tidak
terkawal.

8
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Pendatang asing yang menganggur sanggup melakukan


jenayah kejam seperti membunuh, memeras ugut, samun,
dan merompak untuk meneruskan kehidupan.

3. Pengaruh media massa yang  Rancangan/program yang berunsur keganasan seperti cara
negatif merompak, penggunaan senjata api, merogol menjadi
ikutan golongan yang bermasalah.

4. Faktor kemiskinan dan  Golongan yang menganggur ditambahkan lagi denga


himpitan sosial factor kegawatan ekonomi mendorong kegiatan
keganasan.

5. Hukuman yang ringan  Hukuman yang dikenakan tidak menakutkan pesalah.


 Ia juga memberi pengajaran kepada masyarakat supaya
tidak tidak terbabit dengan jenayah seperti ini.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
6. Mengetatkan undang-undang  Hukuman yang lebih berat seperti penjara seumur hidup
dan hukuman mati untuk kejadian keganasan yang serius.
 Rondaan yang lebih kerap oleh pihak polis di kawasan-
kawasan yang berisiko tinggi.

7. Peranan ibu bapa dalam  Kebanyakan individu yang terlibat dalam jenayah
membentuk individu yang memiliki latar belakang keluarga dan watak yang goyah
cemerlang dan tidak ampu.
 Harus membentuk keluarga yang harmoni, mesra dan
gembira
 Memupuk nilai-nilai murni dan kasih sayang; memberi
didikan agama dan moral yang efektif; menjadi teladan
yang baik.

8. Meningkatkan kesedaran  Program pendidikan pencegahan jenayah


orang ramai  Kempen kesedaran melalui media massa – mengingatkan
orang orang ramai supaya lebih berhati-hati dan
berwaspada sepanjang masa.
 Peranan orang ramai bekerjasama dengan pihak polis;
komuniti saling membantu untuk mencegah perbuatan
jenayah.

9. Pelancaran dasar-dasar awam  Dasar-dasar sosioekomi kerajaan dan kerjasama pihak


dan peranan NGO NGO mempu meningkatkan tahap kejayaan dalam usaha
membanteras jenayah.
 Pelaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Pembangunan
Nasional dan Masyarakat Penyayang mampu
meningkatkan taraf hidup rakyat – tingkatkan peluang
pekerjaan – kurangkan masalah jenayah.

9
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Program kemasyarakatan oleh pihak NGO dapat


meningkatkan semangat kejiranan, kesukarelawan dan
kekitaan – kurangkan kes jenayah.

10. Memasang alat-alat atau  Memasang pagar, monitor video, infrakecemasan,


kemudahan keselamatan sebagai penggera perompak di pejabat atau di rumah.
langkah pencegahan  Pengawal-pengawal keselamatan yang terlatih diadakan.
 Peranan pasukan sukarela seperti Rukun Tetangga.

Nota: Mana-mana 5 idea

2+3 atau 3+2

PERCUBAAN SELANGOR 2012

2. Globalisasi atau “Dunia Tanpa Sempadan” berkembang luas ke seluruh dunia dan memberi impak
terhadap pembangunan sesebuah negara membangun.
Jelaskan pernyataan ini.

Pengenalan:
Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan.
Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan.

Idea (Impak baik) Huraian


1 Globalisasi memajukan Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
ekonomi negara mempergiat perdagangan antarabangsa
Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia
Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan
perhubungan
E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan
Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui
intrnet
Ekonomi negara berkembang pesat
2 Globalisasi mewujudkan Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia
persefahaman sejagat memudahkan interaksi
Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya
bergerak dengan bebas
Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham
Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan
serta-merta
Membolehkan bantuan diberikan dengan segera
3 Pemindahan teknologi Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara
bertambah pesat Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki
teknologi canggih
Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan

10
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

pembangunan (R&D).

4 Politik Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia


dengan negara-negara lain akan memberi kesan yang baik dalam
bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial .
Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan
institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan
alam sekitar.
5 Sosial Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya
internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan
berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan
bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era
globalisasi.
Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth:
bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul.
Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan
yang luas.
6 Ekonomi Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas,
menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti
prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa
mahir(pemangkin kepada kemajuan negara)
Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat
pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom
Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan
syarikat gergasi luar negara.
Impak buruk
4 Globalisasi menyebabkan Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang
penjajahan ekonomi membangun diketahui negara maju.
Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara
lain demi kepentingannya
Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga
5 Globalisasi menyebabkan Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan
pencemaran budaya televisyen satelit
Budaya liar ini langsung tidak ditapis
Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh
Budaya Barat menjadi dominan
Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis
Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya
6 Politik Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan
tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara
Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan
mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan
kepada kumpulan pengganas
Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara
maju terhadap musuh mereka.
Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan
kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara
10 Pendidikan Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu –
bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya IPTS
bahasa Inggeris digunakan dalam internet

11
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik


11 Ekonomi Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk
tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan
produk luar negara
Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan
ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak
mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar
negara.
Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan
Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS)
Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan
kedaulatan ekonomi negara.
Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh –
kemelesetan ekonomi berlaku
Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham
tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh
kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap
keyakinan ekonomi Malaysia
12 Teknologi Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti
teknologi nuklear - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran
tenaga nuklear
Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya
memusnahkan kehidupan manusia
Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui
satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh
mereka.

Penutup
Globalisasi telah membawa kesan yang besar
Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi
Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita

3. Salah satu kesan rasuah adalah menjejaskan imej negara.. Pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam
membanteras gejala ini. Bincangkan

Pengenalan :
Gejala rasuah adalah jenayah moral yang memberikan pelbagai kesan negatif terhadap negara. Pelbagai
pihak perlu bekerjasama bagi membanteras jenayah yang meruntuhkan negara ini.

Bil Idea Hujahan


1 A. Kesan Menjejaskan imej negara pada pandangan negara dan
Idea Wajib masyarakat luar.
Menjejaskan imej negara Menjatuhkan maruah diri dan bangsa
Menjejaskan kedatangan pelabur dan pelancong asing
2 Berlaku ketidakadilan sosial Golongan yang berpendapatan rendah akan terjejas. Yang
kaya makin kaya dan yang miskin akan tertindas
Mereka yang sepatutnya layak mendapat sesuatu hak tidak
mendapat hak mereka cth tender, pekerjaan dsb
Menyebabkan munculnya jenayah-jenayah lain seperti

12
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

samun, rompak dll


3 Kos sara hidup meningkat Harga barang dan perkhidmatan akan meningkat ekoran
pengeluar/penjual/pemberi perkhidmatan perlu
menampung kos rasuah.
Membebankan orang ramai terutama yang berpendapatan
rendah

4 Mengancam keselamatan rakyat Kelulusan tender atau projek yang terbabit rasuah seperti
pembinaan jambatan, bangunan dan prasarana lain akan
membahayakan pengguna
Bahan binaan serta kaedah yang digunakan tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan kerana terpaksa menampung
kos tamabahan bagi menampung rasuah.
Jambatan atau bangunan cepat rosak atau runtuh
5 Mengancam keselamatan negara Maklumat sulit negara dibocorkan oleh pegawai yang
terlibat rasuah.
Rahsia di peringkat tertinggi yang diperoleh musuh akan
membahayakan negara terutama membabitkan maklumat
ketenteraan/pertahanan negara
Tempat-tempat strategik negara terdedah kepada serangan
musuh
6 Melumpuhkan fungsi perjalanan Kegiatan rasuah menyebabkan kita tidak dapat mengagak
sesuatu organisasi tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangann
untuk masa depan.
Akauntabiliti dan dan integriti kakitangan sentiasa diragui.
Proses sesuatu urusan akan menjadi lambat
7 Melemahkan pemerintahan Tadbir urus sesebuah kerajaan dianggap lemah dan goyah.
Pemerintah kehilangan kepercayaan dan tergelincir
daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.
Pentadbiran negara menjadi kucar kacir
B Langkah-langkah Memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri
9 Peranan Individu Sentiasa berpegang pada ajaran agama/moral/etika –
konsep halal haram serta keberkatan rezeki

10 Peranan pihak berkuasa/majikan Pihak berkuasa (SPRM), polis dll perlu lebih tegas
dalam menguatkuasakan undang-undang
Pihak pentadbir/majikan perlu sentiasa memantau dan
mengambil tindakan terhadap kakitangan
Melaksanakan langkah-langkah membanteras rasuah
seperti sentiasa memberi kesedaran kepada kakitangan
Menggalakkan penggunaan ICT dalam pentadbiran dan
pengurusan, memudahkan urusan
Bersikap telus dalam kelulusan tender kerajaan
11 Dasar pendidikan Kerajaan perlu memasukkan kesedaran tentang bahaya
rasuah dalam kalangan pelajar.
Generasi dididik supaya membenci rasuah sejak peringkat
awal
Memasukkan rasuah sebagai kandungan sukatan pelajaran
cth Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sivik dan
kewarganegaraam.

13
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

12 Peranan masyarakat Memberi kerjasama kepada pihak kerajaan seperti


membantu membuat aduan bila mengetahui gejala tersebut
berlaku
Menanam perasaan membenci rasuah dalam kalangan ahli
masyarakat
13 Peranan media massa Mempergiatkan kempen anti rasuah
TV , radio, akhbar
Memberi penjelasan keburukan rasuah kepada masyarakat
dan negara.

Penutup : Gejala rasuah sangat bahaya sehingga mampu meruntuh negara dan bangsa. Semua pihak perlu
bekerjasama dalam membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi
Skema : 1 + 2 + 2

PERCUBAAN TAWAU SABAH 2012

1. Polis dan penguatkuasa sering melakukan serbuan terhadap pusat-pusat hiburan. Ramai yang telah ditahan
atas kesalahan menyebar dan mengambil dadah seperti heroin, ganja dan pil ekstasi.Pusat serenti pula
dipenuhi dengan penagih dadah yang perlu dipulihkan.
Huraikan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan kekangan yang dihadapi untuk membendung gejala ini.

PENGENALAN

 Dadah musuh utama negara


 Penyalahgunaan dadah mendatangkan kesan buruk
 Pelbagai kekangan dihadapi untuk menghalang gejala ini

Bil. Idea Huraian


Kesan  Penagih hilang selera makan
1. Menjejaskan kesihatan seseorang  Kekuatan fizikal terjejas
 Sistem saraf lumpuh- membawa maut
 Hilang pertimbangan / kewarasan
 Cenderung bertindak ganas dan hilang disiplin
diri

2. Menjejaskan ekonomi negara  Produktiviti kerja penagih merosot


 Kehilangan pekerja yang produktif
 Kerugian / pembangunan terjejas
 Tanggung kos pembinaan pusat pemulihan /
kos rawatan/ pengurusan pusat

3. Menimbulkan masalah sosial  Keluarga penagih menjadi tidak aman


 Anak-anak terbiar tidak terjaga
 Banyak kecurian, rompakan, pelacuran, kes
bunuh
 Penyakit AIDS merebak melalui perkongsian
jarum suntikan / pelacuran

14
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

4. Menjejaskan imej negara  Dianggap sebagai pusat transit dadah


 Tidak selamat untuk dilawati
 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
 Mencacatkan pemandangan – Golongan
penagih yang bergelandangan

Kekangan  Tidak mengambil peduli tentang mudarat dadah


5. Kelemahan individu sendiri  Jalan pintas mengatasi tekanan / masalah
 Tiada usaha / inisiatif memperbaiki diri
 Kurang pengetahuan / mudah tertipu
 Tiada / kurang pegangan agama
 Pergaulan bebas / pengaruh rakan

6. Sikap tidak ambil peduli masyarakat  Individualistik dan materialistik


 Tidak melaporkan kegiatan penagihan dadah
 Kurangnya nilai kemasyarakatan / semangat
kejiranan

7. Kelemahan penguatkuasaan  Malaysia tempat transit dadah sebelum ke


undang-undang tempat lain
 Pihak berkuasa kurang logistik dan tenaga
dalam melakukan serbuan berterusan
 Amalan rasuah dalam kalangan pegawai
penguatkuasa

8. Kedudukan geografi  Kedudukan Malaysia berhampiran dengan


kawasan pengeluaran dadah „Segi Tiga Emas‟
 Kawasan perairan Malaysia yang panjang dan
sukar dikawal
 Banyak laluan tikus di kawasan sempadan –
Malaysia-Thailand

KESIMPULAN

 Dadah mendekatkan penagih dengan maut


 Harus berusaha membebaskan diri, keluarga dan negara daripada dadah

SKEMA JAWAPAN = 2+3 /3+2

2. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) banyak menyumbangkan perkembangan ekonomi negara khususnya
meningkatkan pertumbuhan KDNK.Oleh itu, langkah-langkah memajukan PKS di negara ini amat
penting.
Bincangkan.

PENGENALAN

15
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

IKS mendapat perhatian dalam negara semenjak Rancangan Malaysia Pertama (RM1) (1966-1970).PKS
penting dalam pembangunan negara.

ISI
Bil Idea Huraian

Kepentingan
1. Meningkatkan pertumbuhan  Jumlah sumbangan PKS pada era 2000 kepada sektor
KDNK perkilangan negara secara keseluruhannya adalah di sekitar
40% setahun.
 Meningkatkan pendapatan negara

2. Mewujudkan rantaian ekonomi  Rantaian ekonomi lebih kukuh melalui hubung jalin dengan
firma besar
 PKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendokong kepada
ekonomi berskala besar – sistem vendor dalam industri
automobil

3. Menambah peluang pekerjaan  Penggunaan tenaga buruh secara intensif berbanding firma
besar yang mengunakan jentera.
 Peluang pekerjaan yang banyak boleh meningkatkan
pendapatan per kapita – Industri pembuatan makanan, kraf
tangan dan perabot
 Mengurangkan kadar pengangguran

4. Meningkatkan kualiti  Menjana kemahiran pengurusan,syarikat dan kewangan


pengurusan kepada masyarakat setempat
 Meningkatkan ilmu dan kemahiran perniagaan menerusi
kursus, latihan lanjutan, seminar dan perbincangan.

5. Meningkatkan teknologi dalam  Pemindahan teknologi membantu PKS meningkatkan kualiti


negara. produk dan secara tidak langsung turut
 Mempercepatkan usaha kerajaan melahirkan industri
berteknologi tinggi.

6. Meningkatkan keupayaan modal  Modal diperoleh daripada pemilik sendiri, saudara-mara atau
rakan perniagaan dan institusi kewangan
 Pelaburan modal ini menjadi besar apabila keseluruhan PKS
digabungkan.

LANGKAH MEMAJUKAN  Membantu PKS mengatasi masalah pemasaran produk


PKS kerana pasaran produk PKS ditentukan oleh industri skala
7. Memperluaskan program vendor besar.
 Program ini diselaraskan oleh MITI.
 Contoh, proton telah melantik beberapa vendor melalui skim
komponen proton.

8. Menubuhkan perbadanan  SMIDEC ditubuhkan untuk menyelaras program PKS


pembangunan PKS khususnya dalam pemberian pinjaman.

16
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 SMIDEC juga dapat mengawal dan meningkatkan kualiti


produk PKS di samping memodenisasi PKS.

9. Mengembangkan usaha R&D  Usaha pemindahan teknologi dari firma besar telah
mengembangkan R&D PKS.
 Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk PKS agar
berdaya saing
 Contohnya penggunaan ICT dan robotik dalam PKS.

10. Khidmat bimbingan  Pengusaha PKS perlu khidmat bimbingan yang berterusan
agar PKS dapat bersaing dalam peringkat global.
 Contohnya program khidmat nasihat daripada MITI dan
SMIDEC

11. Mewujudkan dana khusus  Menyediakan dana khas seperti tabung industri
bumiputera,tabung usahawan PKS, skim perniagaan kecil
dan skim kredit mikro.
 Bank-bank tempatan juga turut menyediakan pinjaman
tertentu kepada PKS – SME Bank

KESIMPULAN

Perkembangan IKS amat penting dalam pembangunan ekonomi negara selaras dengan dasar kerajaan yang
ingin menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang tahun 2020.

SKEMA JAWAPAN = 2+3 / 3+2

PERCUBAAN BATU PAHAT 2014

SOALAN 21:

Wujud dakwaan bahawa semakin bertambah maju sesebuah negara, semakin bertambah banyak masalah sosial
yang berlaku dalam kalangan remaja. Pada pendapat anda, mengapakah masalah ini semakin bertambah
dan cadangkan langkah yang lebih berkesan untuk mengatasinya.

Rangka Jawapan

Pengenalan
Masalah sosial seperti merempit, merosakkan harta benda awam, mencuri dan seumpamanya semakin banyak
berlaku dalam kalangan remaja yang kebanyakannya masih di bangku sekolah. Hal ini perlu diatasi
dengan segera.

Punca-punca
1. Kelemahan institusi keluarga
 Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak.
 Ibu bapa sibuk bekerja, tidak mengetahui tindak tanduk anak-anak mereka.
 Ibu bapa memberi contoh yang buruk seperti bergaduh atau keluarga berpecah.
2. Kurang pengetahuan agama/moral

17
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Ibu bapa kurang pengetahuan agama atau tidak menitik beratkan ajaran agama.
 Anak-anak mengabaikan pendidikan agama/moral yang diajar di sekolah.
 Tanpa pengetahuan agama, mereka menganggap perbuatan seperti berfoya-foya anatar
lelaki dan wanita secara bebas yang boleh menjerumuskan masalah penzinaan dan
pembuangan anak seperti tiada kesalahan.
 Tiada keimanan bererti tiada benteng pertahanan.
3. Pengaruh media dan alat sebaran masa kini
 Kemajuan dunia tanpa sempadan telah menghasilkan perkembangan dalam dunia
telekomunikasi.
 Remaja sangat teruja dengan banyaknya rancangan televisyen termasuk siaran
antarabangsa.
 Penyebaran budaya hedonism begitu mempengaruhi diri remaja dalam kehidupan
seharian mereka seperti cara berpakaian, pergaulan bebas, perlakuan ganas dan
sebagainya.
 Kini terdapat media alternatif seperti internet yang mengandungi segala maklumat yang
boleh mempengaruhi minda dan tindakan remaja.
4. Pengaruh rakan
 Rakan yang tiada wawasan akan mempengaruhi rakan yang lain untuk melakukan
tindakan yang buruk.
 Sikap remaja yang mahu mencuba akan turut terpengaruh dengan tindakan rakan.
 Seseorang rakan yang mahu diterima dalam sesuatu kumpulan akan turut serta dengan
perlakuan kumpulan tersebut. Remaja akan mengubahsuai dan mengadapdasikan nilai-
nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan mereka.
5. Faktor persekitaran
 Faktor persekitaran yang tidak kondusif seperti kawasan setinggan yang sesak dan tidak
teratur akan mempengaruhi cara kehidupan remaja.
 Masalah social yang wujud di kawasan setinggan seperti pergaulan bebas, mencuri, ragut
dan pergaduhan sudah tentu akan mempengaruhi jiwa serta pemikiran remaja.
 Hal ini ditambah lagi sikap kurang ambil berat masyarakat terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka menyebabkan remaja bebas melakukan apa saja yang mereka suka.

Langkah-langkah
6. Dasar kerajaan
 Mewajibkan remaja yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun bersekolah.
 Menyediakan aliran kemahiran dan vokasional di sekolah bagi mereka yang tidak
mempunyai minat belajar.
 Menentukan garis panduan penyiaran di televisyen.
7. Penguatkuasaan Undang-undang
 Menguatkuasakan undang-undang Akta Kanak-Kanak 2001.
 Operasi berterusan oleh pihak berkuasa menyebabkan remaja berasa takut atau bimbang
untuk melakukan kesalahan.
 Menahan remaja bermasalah di pusat pemulihan.
 Jaminan keluarga supaya anak berkelakuan baik.
8. Pendidikan
 Pendidikan kepada anak-anak oleh semua ibu bapa.
 Sekolah boleh memberikan pendidikan secara formal.
 Menanam nilai–nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran
menghormati peraturan.
 Pendidikan melalui kempen oleh agensi kerajaan.

18
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Pendidikan mampu membentuk jiwa remaja yang baik.


9. Peranan media massa
 Menyiarkan rancangan berbentuk ilmiah dengan lebih banyak.
 Mengurangkan rancangan berunsur negatif.

Kesimpulan
Golongan remaja perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengelakkan tingkah laku yang buruk dan
merugikan.

Skima : 3 + 2 / 2 + 3

20. Dasar melaksanakan tranformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan
perkhidmatan awam yang lebih berkualiti .Terdapat beberapa langkah yang dilaksanakan bagi
mencapai matlamat dasar ini. Bincangkan.

Skema Jawapan:

Pendahuluan :

Bil. Isi/Idea Huraian


1 A. Kepentingan -Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, keselesaan,
kecekapan kepada rakyat.
Menyediakan -Menyediakan standard operasi (SOP) yang mesra pelanggan
perkhidmatan awam seperti prosedur kerja yang jelas.
berkualiti -Mengurangkan karenah birokrasi dan mewujudkan sistem
menunggu yang singkat.

2 Membentuk sikap positif -Terdapat rungutan orang ramai berkaitan penjawat awam yang
kakitangan awam tidak cekap dan tidak mesra.
-Tranformasi ini akan membentuk semula sikap penjawat awam
terhadap tugas mereka.
-Memperkasa latihan; ilmu, ICT dan kemahiran
-Mementingkan kepantasan dan berintegriti.

3 Meningkatkan imej -Meningkatkan kecekapan melalui tranformasi kepada sumber


kerajaan manusia, teknologi dan prosedur kerja dalam sistem dan
penyampaian.
-Mewujudkan hubungan baik antara kerajaan dengan orang
ramai.
-Laporan Jawatankuasa pemantau menunjukkan bahawa GTP
berjaya mencapai sasaran hebat.

4 Menjimatkan perbelanjaan -Mengelakkan pembaziran.


kerajaan -Menggariskan prinsip nilai untuk wang kepada kakitangan
awam.
-Semakin cekap kakitangan awam bermakna semakin banyak
produktiviti dihasilkan.

5 B. Langkah-langkah -Bahagian sumber manusia perlu menyediakan latihan

19
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

berterusan.
Menyediakan latihan atau -Menyediakan modul latihan berasaskan sistem ICT terkini.
kompetensi -Program pertukaran kakitangan awam antara unit dilaksanakan
bagi mengelakkan sindrom selesa.

6 Membudayakan kreativiti -Melatih agar berfikiran kritis dan konstruktif dalam


dan inovasi menyelesaikan urusan orang awam.
-Membudayakan percambahan fikiran dalam kalangan penjawat
awam.
-Agensi Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan
-Pengurusan (MAMPU) berperanan menyelaraskan
tanggungjawab semua agensi secara kreativiti dan inovasi.
7 Meningkatkan kebajikan -Selaras dengan matlamat negara berpendapatan tinggi.
penjawat awam -Menyemak semula gaji dan kemudahan kakitangan.
-Memberikan pengiktirafan, anugerah sebagai motivasi.

8 Penguatkuasaan undang- -Tindakan disiplin/ tatatertib terhadap penjawat awam yang


undang/ pekeliling culas, lemah, ingkar.
perkhidmatan -Perlu dilaksanakan melalui suruhanjaya perkhidmatan
-Penguatkuasaan perlu teratur dan mengikut undang-undang

9 Penggunaan ICT -Mengurangkan perbelanjaan kerajaan (kerajaan tanpa kertas).


-Menyediakan perkhidmatan dalam talian.
-Urusan pengguna dapat diselesaikan melalui laman web.

Kesimpulan

Pilihan Jawapan : Mana-mana 3+2/2+3

21. Keluarga bahagia menjadi asas dalam pembangunan sesebuah negara yang sejahtera dan
harmonis. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah perlu diambil untuk mencapai hasrat
tersebut. Jelaskan.
Skema Jawapan:

Pendahuluan :
Institusi keluarga penting kepada pembangunan negara kerana keluarga menjamin kepentingan
generasi dan masa hadapan negara.

Bil. Isi/Idea Huraian


1 A: Kepentingan
-Mereka akan menjadi penggerak negara.
Melahirkan modal insan -Mereka akan menjadi pemimpin dan penyumbang tenaga
yang berkualiti dalam pembangunan negara.

2 Membendung masalah -Keluarga yang kucar-kacir melahirkan generasi yang

20
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

social bermasalah dan terlibat dengan masalah sosial.


-Keluarga yang harmoni akan melahirkan insane yang
penyayang dan
bertanggungjawab kerana didikan yang baik.
-Mereka tidak akan terlibat dengan masalah sosial.

3 Melahirkan pemimpin -Dalam keluarga harmoni, anak-anak diberi pendidikan sebaik


yang berkaliber mungkin.
-Nilai-nilai positif dipupuk.
-Generasi muda yang berilmu dan bersahsiah positif dapat dilahirkan.

B: Langkah-langkah
Mewujudkan keluarga
bahagia

4 Peranan ibubapa member -Pendidikan yang terbaik perlu diberikan kepada anak-anak
pendidikan yang cukup -Anak-anak yang cukup kasih sayang dan perhatian tidak mudah
kepada anak-anak. terpengaruh dengan gejala sosial.
-Hubungan erat dalam keluarga.

5 Pegangan agama yang -Agama adalah banteng rohani seseorang.


kukuh -Didikan dan penghayatan agama dapat melahirkan generasi yang
mempunyai sahsiah yang baik.
-Dapat membezakan yang baik dengan yang buruk.

6 Kursus keibubapaan -Pasangan yang hendak berkahwin perlu menjalani kursus


keibubapaan untuk member panduan dan pendedahan tentang
tanggungjawab sebagai ibu bapa.
-Keluarga bahagia lahir daripada ibubapa yang bertanggungjawab.

7 Kempen -Kerajaan dan NGO perlu menjalankan kempen keluarga bahagia.


-Tujuan member kesedaran kepada masyarakat supaya member perhatian
kepada keluarga. Contoh: Kempen keluarga bahagia dan masyarakat
penyayang.
Melalui media cetak dan media elektronik.
-Ceramah, pameran, poster, iklan, projek .

Kesimpulan Institusi keluarga penting kepada pembangunan negara.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 3+2/2+3

PERCUBAAN KELANTAN 2014

22. Kerjasama di antara penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak amat diperlukan
untuk mengekalkan integrasi nasional di negara Malaysia. Berdasarkan penyataan di atas,
huraikan kebaikan yang dapat dinikmati melalui integrasi nasional ini.

21
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

Skema :

Intro Intergrasi nasional merupakan satu proses penyatuan rakyat pelbagai kaum di
pelbagai peringkat dan wilayah. Banyak kebaikan yang diperoleh daripada
integrasi nasional ini.
Kebaikan yang 1. Membentuk hubungan yang harmoni dan sihat melalui pelbagai
dapat aktiviti
dinikmati  Hubungan yang erat dan harmoni antara penduduk di ketiga-tiga
melalui wilayah dpt dibentuk
integrasi  Penduduk saling mengenali dan berinteraksi dengan mudah
nasional  Pelbagai aktiviti yang sihat dapat dilaksanakan . Cth: sukan dan
ini. hiburan

2. Mewujudkan persefahaman dalam kepelbagaian budaya


 Persefahaman dalam kepelbagaian budaya antara wilayah dapat
diwujudkan.
 Budaya pelbagai etnik dapat dikenali dan difahami oleh setiap
penduduk pelbagai kaum di ketiga-tiga wilayah.
 Cth: Budaya Orang Kadazan di Sabah @ Budaya orang Iban di
Sarawak

3. Meningkatkan perkongsian ilmu


 Integrasi nasional berupaya meningkatkan pengetahuan dan
perkongsian ilmu
 Kepandaian dapat dikongsikan, Cth: pembuatan pasu dan kek lapis
Sarawak

4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi & pendapatan negara


 Intergrasi nasional juga dapat meningkatkan pendapatan negara
 Setiap wilayah dapat menyumbang kepada pembangunan negara
melalui kegiatan ekonomi masing-masing
 Cth: Tanamam lada Sarawak, kelapa sawit di Semenanjung Malaysia
dan mutiara di Sabah dibangunkan untuk negara Malaysia.

5. Mewujudkan keseimbangan penduduk


 Penduduk boleh menetap di mana-mana wilayah dan berkunjung bila-
bila masa
 Kawasan pedalaman dapat dibangunkan dan penduduk dapat menetap
di kawasan yg dibangunkan

6. Membentuk tadbir urus negara yang baik


 Pemimpin ketiga-tiga wilayah akan bersatu untuk mentadbir negara
 Para peminpin dapat bertukar-tukar pandangan untuk membentuk
tadbir urus dengan baik

7. Menguatkan pertahanan dan keselamatan negara


 Integrasi nasional dapat membentuk pertahanan negara yang kuat
 Penduduk yang ramai dan bersatu akan dapat mempertahankan

22
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

negara daripada dicerobohi oleh pihak musuh


Kesimpulan Kerjasama yang padu di antara penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak akan menjadikan negara Malaysia kuat dalam pelbagai aspek
pembangunan. Penyatuan ketiga-tiga wilayah ini akan membawa banyak
kebaikan kepada semua pihak.

PERCUBAAN DAERAH PENDANG KEDAH 2014


PERCUBAAN PAHANG 2013

20. Penggunaan plastik semakin meluas dalam pelbagai bidang kehidupan. Namun begitu, kesan
penggunaannya tidak patut dipandang enteng oleh masyarakat. Bincangkan.
Skema jawapan:
Pendahuluan:
Plastik mendominasi kehidupan kita hari ini. Plastik digunakan secara meluas dalam kenderaan,
permainan kanak-kanak, bahan pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat
perubatan dan sebagainya. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan
, namun plastik sebenarnya membawa bersama impak negatif atau bahaya yang tidak disedari.

Bil Idea / Isi Huraian


A. KEBAIKAN

1 Bidang Perindustrian  produk plastik seperti nilon ,polister dan getah sintetik
 plastik dijadikan pengganti
 industri automotif - sebahagian daripada komponen
kenderaan
 komponen mesin elektronik & mekanik (ABS)

2 Proses Pembungkusan makanan  Kira-kira 40 peratus plastik adalah untuk pembungkusan


makanan.

 Ini membantu penyimpanan makanan agar tidak mudah


rosak , mengurangkan pembaziran makanan dan
mengurangkan berat bungkusan.

 Contoh, di Eropah , sebanyak 50 peratus makanan di


rantau berkenaan dibungkus dengan plastik. Ironinya,
dengan ketiadaan plastik, kuantiti pembuangan makanan
meningkat 158 peratus dan pembuatan meningkat kepada
108 peratus.

 Kecekapan makanan dalam pembungkusan makanan


plastik tidak boleh dibandingkan berbanding bahan lain
 Kalis air dan tahan lama. Sesuai dijadikan bekas kedap

23
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

udara
.

3. Sesuai untuk kegunaan harian  fleksibel (sesuai bentuk produk), tidak mudah pecah
(lentur)
 aneka warna, tidak mudah rosak
 harganya yang relatif murah ,akan menjimatkan wang
dan mudah didapatkan seperti bekas makanan dan
minuman dan beg plastik

 ringan, senang dibawa ke mana-mana dan mudah


digunakan dengan berulang kali.

4. Meningkatkan ekonomi  Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-


bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah
dengan adanya plastik.
 Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan
plastik.
 Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang
rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum
lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau
kilang membuat plastik
 Contohnya,industri plastik merekodkan perolehan
RM16.24 bilion pada 2008, peningkatan sebanyak 5.2
peratus berbanding dengan perolehan RM15.44 bilion
pada 2007.
B. Kesan

5. Pencemaran terhadap alam sekitar  sifatnya tidak terdegredasi iaitu sukar diuraikan
 Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam
masa yang singkat kerana jangka hayatnya sangat
panjang hingga mencapai lebih kurang 10 abad untuk
hancur atau terurai.

 tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan


memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak
pelupusan sampah.

 boleh menyekat pengaliran air sehingga boleh


menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan
berhampiran apabila hujan lebat.

 plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan


berbahaya apabila ia reput.
 Sekiranya hal ini berlaku, pencemaran tanah, sungai dan
sumber air di bawah permukaan tanah tidak mustahil
akan terjadi.

24
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

6. Kesihatan manusia terjejas  Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila
dipanaskan.
 Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A)
terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel
kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama
makanan yang kita makan atau minuman botol yang
diteguk.
 Jika proses pembakaran tidak sempurna, plastik akan
terurai di udara sebagai dioksin.
 Dioksin sangat berbahaya jika dihidu oleh manusia.
Impaknya antara lain adalah pemangkin penyakit kanser,
hepatitis, bengkak hati, gangguan sistem saraf dan
pemangkin depresi.

 Bisphenol A iaitu monomer yang digunakan dalam


pengeluaran polikarbonat boleh menyebabkan penyakit
jantung dan pengeluaran tahap enzim organ hati yang
luar biasa.
 Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh
menyerap kedalam tanah dan memasuki sumber
air kita
 plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai
sebatian organik Bis(ethylhexyl)phthalate atau lebih
dikenali sebagai DEHP atau phthalates yang mampu
merosakkan DNA sperma manusia.
 mengganggu sistem reproduksi dan menghasilkan janin
yang cacat

7. Mengancam nyawa hidupan laut  satu kajian telah mendapati bahawa lebih kurang 100
bilion tan beg plastik telah mencemari lautan seluruh
dunia .
 boleh mengancam hidupan aquatik dan marin.

 Contoh, ini meragut nyawa hidupan laut seperti penyu,


burung-burung dan ikan paus.

 Dianggarkan juga sejuta burung cedera dan mati setiap


tahun kerana termakan dan terjerat beg plastik .

 banyak penyu mati akibat termakan beg plastik yang


terapung hanyut di permukaan laut yang menyerupai
makanan asasi penyu, iaitu ubur-ubur.

25
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

8 Mengurangkan sumber petroleum  Plastik merupakan bahan yang terhasil daripada


petroleum
 Jika lebih banyak plastik kita gunakan hari ini,
berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.
 Dalam jangka masa panjang,Negara akan kehilangan
sumber petroleum ini.
 Tambahan pula sumber ini kian mahal

Kesimpulannya, plastik perlu dihasilkan menggunakan bahan yang lebih mesra alam bagi mengurang kesan
terhadap ekologi dan masalah kesihatan masyarakat hari ini.

Cadangan jawapan:
2 + 3 atau
3+2
PERCUBAAN SMK LEDANG JOHOR 2013

21 Perkhidmatan awam yang baik amat penting bagi melaksanakan sistem tadbir urus yang
berkualiti. Bincangkan bentuk nilai-nilai murni dalam pentadbiran awam yang diperlukan
Kecekapan  Nilai utama dalam pentadbiran

 Setiap pegawai perlu melepasi tahap kecekapan

 Pegawai yang gagal melepasi akan berhadapan


dengan risiko seperti lewat disahkan dalam
jawatan atau ditamatkan perkhidmatan

 Semua penjawat awam perlu meningkatkan


kecekapan dalam pelbagai aspek kemahiran
seperti kemahiran berkomunikasi, ICT,merancang
dan bertindak

 Kecekapan ini akan menguntungkan organisasi,


meningkatkan imej dan faedah kepada rakyat

Nilai Kesederhanaan  Nilai kesederhanaan amat perlu dimiliki oleh kaki


tangan awam yang merupakan nilai sejagat

 Pegawai utama dan pembuat dasar perlu


bersederhana dalam perbelanjaan dengan
mengelakkan amalan boros

 Perbelanjaan berhemah yang dituntut ialah


membelanjakan wang Negara mengikut
keperluan yang dirancang demi meningkatkan

26
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

kecekapan

Ketelusan  Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada


pihak yang berkepentingan perlu ada dalam diri
setiap penjawat awam

 Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang


jelas dan mudah memahami.

 Sifat telus ini akan meningkatkan keyakinan


orang awam dan masyarakat terhadap penjawat
awam dan serta menggambarkan tadbir urus yang
baik

Akauntabiliti  Sifat akauntabiliti perlu ada pada seseorang


pentadbir

 Setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab


secara individu dan secara pasukan kepada
pelanggannya

 Jika terdapat sebarang masalah atau rungutan


daripada pelanggan, mereka mestilah membantu
menyelesaikan semua urusan

 Sifat akauntabiliti akan meningkatkan kualiti


perkhidmatan kerajaan dan meningkatkan
keyakinan pelanggan

Integriti  Ketelusan dalam perkhidmatan

 Seseorang pegawai terutamanya yang


berkedudukan dan boleh membuat keputusan
perlu bersifat telus terhadap pelanggan dan
organisasi mereka

 Seseorang pegawai perlu meletakkan kepentingan


organisasi dan menggambarkan imej yang baik
terhadap sesebuah agensi

 Dari segi kos, amalan integrity boleh


mengurangkan kos awam

Berdisiplin  Asas kejayaan sesebuah organisasi

 Semua pegawai awam tertakluk kepada

27
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

suruhanjaya yang melantik mereka

 Contoh, disiplin pegawai perkhidmatan awam


tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam

 Sifat disiplin yang baik seperti dating dan pulang


pada mengikut waktu dan berdisiplin semasa
bekerja dapat meningkatkan mutu kerja

 Hanya dengan disiplin sahaja perkhidmatan awam


mampu mencapai prestasi yang tinggi

PERCUBAAN SMK SERI TANJUNG 2013

Bahagian C
1. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Namun,
terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan pencapaian atlet dalam bidang tersebut. Bincangkan.
A. LANGKAH KERAJAAN
1. Membangunkan infrastruktur moden
- Pembinaan stadium seperti Stadium Bukit Jalil, pembinaan velodram, kolam renang yang moden
- Membina trek yang sesuai dan mengikut piawai
- Kemudahan sukan dibina di seluruh pelosok negara
- Menaik taraf stadium dan kompleks sukan, contoh Stadium Paroi NS dan Kompleks Sukan Paroi

2. Pengiktirafan insentif
- Memperkenalkan bantuan dan skim kebajikan, contoh Skim Hadiah Kemenangan Sukan,Skim Hadiah
Kemenangan Atlit Remaja
- Memberikan anugerah dan gelaran, contoh Dato‟
- Memberikan pencen kepada atlet yang cemerlang
- Memberikan biasiswa kepada atlit remaja yang cemerlang
- IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains
sukan.

3.Menyediakan lebih banyak tenaga pakar


- Menyediakan jurulatih yang berpengetahuan, pakar motivasi, pakar psikologi untuk membantu atlet
- Memberikan kursus kejurulatihan pada peringkat sijil, diploma dan ijazah
- Atlit dan bekas atlit yang berpengalaman digalakkan menjadi jurulatih
- IPTA digalakkan menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar peringkat ijazah dalam bidang sains
sukan
- Membawa masuk jurulatih luar

4.Program Persediaan atlet


- Membolehkan atlet berasa selesa .tidak gementar ketika bertanding
- Mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara luar
- SUKMA dan sukan SEA untuk membantu memulihkan keyakinan atlet

28
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

- Peranan sebagai tuan rumah memberi banyak kelebihan kepada atlit


- Penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman atlet

5.Memantapkan pengurusan sukan


- Akta Pembangunan Sukan, 1997 membolehkan Pesuruhjaya Sukan memastikan persatuan sukan diurus
dan ditadbir dengan lebih bersistem, cekap dan profesional
- Kursus diadakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk pemegang jawatan persatuan sukan
- Memastikan pengurusan bertanggungjawab kepada mereka yang profesional
- Memastikan tidak ada campur tangan politik dalam urusan pentadbiran sukan

6. Program Tunas Muda


- Menyediakan atlit dari peringkat sekolah
- Dimasukkan sukan olahraga dan gimnastik dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani
- Bilangan guru Pendidikan Jasmani ditambah
- Program mencari bakat muda yang berpotensi dilatih di pusat latihan seluruh negara
- Program latihan khusus dilaksanakan di institusi pendidikan bagi membolehkan atlit berpotensi
meneruskan pengajian
- Melaksanakan dasar 1M1S dengan mengadakan aktiviti sukan sepanjang tahun

b.MASALAH
7.Sikap Atlet
- tidak mempunyai disiplin yang kuat
- tidak ada jati diri
- sikap memandang ringan terhadap perlawanan kerana kalah menang tidak penting
- hanya ingin makan angin ke luar negara ketika mengambil bahagian
- sukar membentuk budaya pemakanan yang dikehendaki untuk meningkatkan prestasi
- sombong dan berasa diri terbaik
- tidak dapat mengikut garis panduan sains sukan
- sikap mengada-ngada atlit hendak dilayan dengan baik
- mudah mengalah dan cepat berputus asa
- kurang kemahiran atau skil dalam sesuatu acara yang dipertandingkan

8.Kegagalan menyediakan program yang berkualiti


- atlit terlalu bergantung kepada pengurusan sukan
- pihak pengurusan lebih mementingkan diri daripada kebajikan atlet
-
9.Persatuan sukan tidak profesional
- pegawai tidak mempunyai misi dan visi
- menggunakan persatuan untuk kepentingan diri
- sikap pegawai yang suka mencari pengaruh
- pegawai yang tidak mempunyai ilmu dalam sukan tersebut
- dipimpin oleh individu yang dipilih sebulat suara

10.Masalah pengambilan dadah


- ambil dadah untuk tingkatkan prestasi dan stamina
- kekalkan otot dalam acara bina badan
- mengambil dadah untuk memberikan kekuatan mental ketika bertanding
- untuk menghilangkan perasaan gemuruh dan memberi kekuatan

11.Rasuah

29
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

- atlet diberi rasuah untuk menang atau kalah


- “bookie” yang mengaturkan perlawanan dengan membeli atlet
- atlet mengatur perlawanan untuk mendapat keuntungan cepat
- untuk mendapat keuntungan mudah tanpa memikirkan kepentingan negara
- dipengaruhi sikap tamak
- kelemahan pengurusan dalaman-lambat membayar gaji

12.Kekurangan pelapis baru


- pandangan dan tanggapan masyarakat sukan tidak menjamin masa depan
- tiada program untuk menarik minat pelajar di peringkat sekolah untuk terlibat dalam sukan
- tiada ganjaran yang menarik
- tiada promosi untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam sukan

2. Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen antimerokok di tempat-tempat awam. Bincangkan


kesan merokok di tempat awam dan sarankan langkah-langkah untuk membendungnya.

PENGENALAN
 Rokok sering kali dikaitkan dengan bahaya kepada kesihatan
 Merokok membazirkan wang
 Merokok di tempat awam boleh memberi kesan negatif terhadap orang ramai
 Pelbagai langkah wajar diambil untuk membendung amalan merokok di tempat awam

A. KESAN
1. Mengganggu keselesaan orang ramai di tempat awam
 Impak negatif terhadap orang awam
 Ibu mengandung – asap rokok boleh meresap ke embrio
 Bayi kurang oksigen - berkemungkinan besar dilahirkan dalam keadaan kurang berat badan
 Kurang nutrien dan lemah daya tahan penyakit

2. Membahayakan kesihatan
 Kesan buruk kepada kesihatan
 Perokok pasif lebih terdedah kepada bahaya Rokok
 mengandungi bahan kimia bertoksik- nikotin dan tar
 menyebabkan tisu paru-paru kendur/sel paru-paru menjadi abnormal; barah paru-paru
 Kekurangan oksigen, perokok menghidap penyakit emfisema

3. Pencemaran
 Asap rokok menjadi agen kepada pencemaran udara
 Puntung rokok pula menjejaskan kebersihan

4. Risiko kebakaran
 Pembuangan puntung rokok merata-rata boleh menyebabkan kebakaran
 Merosakkan harta benda awam / vandalism
 Mengakibatkan kerugian

B.LANGKAH
5. Penguatkuasaan undang-undang
 Kerajaan harus tegas menjalankan penguatkuasaan undang-undang bersabit kesalahan

30
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Perbanyakkan kawasan larangan merokok – hospital, sekolah


 Contoh: Denda sebanyak RM 500 dikenakan
 Larangan pekedai menjual rokok kepada golongan bawah 18 tahun

6. Peranan media massa


 Iklan rokok atau perkhidmatan lain yang menggunakan jenama rokok diharamkan
 Iklan rokok hanya dipaparkan di tempat tertentu sahaja; kedai kopi atau pasar raya
 Iklan rokok yang keterlaluan /sebagai simbol status dan prestij diberhentikan
 Dokumentari tentang bahaya rokok

7. Peranan kerajaan
 Mesej berkesan disampaikan kepada masyarakat – Kempen Tak Nak Merokok
 Menaikkan kadar cukai import rokok
 Melabelkan kotak rokok dengan gambar penyakit angkara merokok

8. Kerjasama ahli masyarakat


 Perokok perlu menghormati orang lain yang tidak merokok di tempat awam
 Premis awam atau restoran; larangan merokok
 Larangan merokok dalam pengangkutan awam
 Menegur perokok yang lalai

KESIMPULAN
 Menimbulkan ketidakselesaan awam
 Boleh menimbulkan salah faham
 Tabiat buruk perlu dikikis
 Wajar dibanteras untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama

PERCUBAAN KERIAN 2013

3. Pada masa kini, pengunaan laman maya merupakan suatu keperluan sama ada oleh seseorang
individu mahupun suatu organisasi. Malangnya, kebelakangan ini banyak kejadian jenayah siber
berlaku. Pada pendapat anda, mengapakah jenayah siber masih berlaku dan jelaskan kesan-kesan
jenayah siber tersebut kepada pebagai pihak.

Pengenalan
Penggunaan laman maya Internet dianggap sebagai suatu keperluan hampir setiap individu dan organisasi pada
masa kini. Malangnya ada pihak yang menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan jenayah siber
seperti ugutan, menyebarkan maklumat palsu dan yang biasa juga ialah menyebarkan virus.
Bil Idea/Isi Huraian
1 A: Punca jenayah siber  Mangsa yang biasanya wanita
Faktor terpengaruh  Terpengaruh dengan janji cinta sebelum ke perbualan telefon

31
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Mangsa lelaki pula terpengaruh dengan janji teman tawaran


hadiah istimewa sanggup melakukan arahan penjenayah kerana
tertipu seperti mendedahkan akaun bank
 Kebanyakan perbuatan ini dikenali sebagai African Scam yang
popular dilakukan oleh warga dari benua Afrika
2 Menjadikan jenayah  Sesetengah penjenayah melakukan modus operandi memujuk
sebagai bidang mangsa sehingga mangsa terpedaya terutamanya bagi kes cinta
kerjaya komersial siber
 Melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar peribadi atau
sebarang maklumat peribadi untuk tujuan pemerasan
 Jenayah boleh dijadikan secara terancang oleh satu sindiket
 Penjenayah mungkin mahu menjual perisian antivirus yang
diciptanya dengan menghantar virus tertentu.
3 Perkembangan yang  Pelbagai laman web sosial dicipta seperti Facebook dan Twitter
pesat dalam sistem telah mendorong individu mendedahkan maklumat peribadi
telekomunikasi seperti gambar, alamat, nombor telefon dan seumpamanya.
maklumat  Tanpa disedari kemungkinan ada rakan sosial dalam Internet yang
tidak mahir telah berkongsi butiran peribadi anda sehingga boleh
digunakan oleh penjenayah siber.
 Penggunaan internet merentasi sempadan dunia. Pemangsa akan
melakukan serangan virus dan penggodaman ke mana-mana
talian yang diketahui ada kelemahan.

4 Tidak memahami  Pengguna komputer mengambil mudah sistem keselamatan yang


prosedur diwujudkan dalam laman web.
keselamatan dalam  Contohnya: Perbankan Online/atas talian dan pengguna tidak
mengendalikan menutup akaun e-mel atau facebook dengan teratur.
laman web  Kejahilan tidak membaca terma-terma janji aplikasi Internet
boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa jenayah siber
5 B: Kesan ke atas  Mangsa mengalami tekanan perassan seperti marah, malu dan
mangsa jenayah trauma
siber ialah:  Boleh menjejaskan perhubungan dengan keluarga, dengan

32
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

Mengalami tekanan majikan dan sebagainya


perasaan  Mangsa mungkin mengambil jalan singkat dengan membunuh
diri disebabkan malu
 Mangsa berasa diperbodohkan oleh pemangsa.
6 Kerugian kewangan  Jenayah siber mengakibatkan kerugian sehingga RM49.46 juta
tahun 2011, meningkat 114 peratus berbanding tahun 2010, iaitu
RM20.5 juta
 Jika mangsa jenayah tersebut ialah organisasi maka operasi akan
terganggu dan mengalami kerugian besar seperti yang pernah
berlaku terhadap laman web kerajaan.
 Individu juga mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja
untuk memperbaiki komputer.
7 Kerugian dari segi  Misalnya, apabila maklumat sesebuah syarikat dicetak rompak,
harta intelek maka mereka akan mengalami kerugian kerana mungkin hak
cipta akan ditiru
 Pencipta hak yang mengalami kerugian akan berasa rugi dan
mungkin tercabar untuk melaksanakan inovasi pada masa
hadapan
 Perbankan atas talian-laman web ditiru oleh sindiket penipuan

Kesimpulan
Jenayah siber perlu dibanteras supaya pengguna perkhidmatan tidak mengalami pelbagai kesan negatif. Selain
itu, sikap pengguna sendiri perlulah sentiasa berhati-hati agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya
ini.
Format jawapan : 2+3 / 3+2
TAWAU SABAH 2012

24. Perkembangan pesat nanoteknologi atau teknologi nano telah menjadi suatu fenomena yang
mengagumkan semua pihak, malah banyak saintis yang meramalkan kurun ke-21 ini akan menjadi era
dominasi nanoteknologi. Hal ini terbukti dengan banyaknya produk berasaskan nanoteknologi yang
memasuki pasaran pada masa ini.
Bincangkan kepentingan nanoteknologi kepada masyarakat dan negara.

PENGENALAN

 Nanoteknologi merupakan penemuan terkini yang melibatkan penciptaan benda-benda yang


sangat kecil sehingga mencapai ukuran nanometer atau satu per bilion meter.

33
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 Bagi Malaysia, Inisiatif Nanotechnology National (INN) adalah program nanoteknologi kerajaan
pusat yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 September 2006 yang
menggariskan nanoteknologi untuk pembangunan sains, teknologi, industri dan ekonomi yang
mampan.
 Nanoteknologi menjadi sangat penting dan sedang berkembang pesat kerana teknologi ini dapat
mengecilkan banyak bahan dan komponen.

Bil Idea Huraian


Kepentingan
Nanoteknologi:
1. Bidang perubatan  Penggunaan „medan nano magnet‟untuk menarik virus denggi.
 Bidang farmaseutikal - sistem penyampaian ubat pada dos
tertentu. Teknologi nano membawa ubat terus kepada sel kanser
dan membunuh atau memusnahkannya tanpa memudaratkan
badan pesakit.
 Tiub karbon nano (CNT) untuk tujuan penyampaian ubat juga
dapat menyampaikan molekul penting untuk keseimbangan
biologi badan manusia.
 Aplikasi bahan nano untuk pengimejan perubatan – penggunaan
bahan nano dapat memberikan gambaran yang lebih jelas
bahagian dalam badan manusia melalui imbasan sinar-X dan
pengimejan resonans magnetik (MRI) – 100 kali ganda lebih
jelas berbanding kaedah biasa.
 Robot nano dimasukkan ke dalam saluran darah manusia bagi
mengesan penyakit, mengambil sampel tisu, membawa ubat
dalam darah dan merawat tanpa pembedahan.
 Saintis telah mencipta kenderaan kecil yang boleh merentasi
dari darah ke dalam otak untuk menghantar bahan kimia yang
memusnahkan tumor secara berkesan. Penyelidik Amerika
Syarikat telah membentuk Nanoshells – butiran kecil kaca yang
disalut dengan emas yang boleh membunuh sel kanser apabila
kapsul racun pecah.
 Aplikasi klinikal – partikel nano perak berkesan dalam
membunuh bakteria dan mengurangkan kesan toksik di dalam
badan. Partikel nano kristal perak pula dapat mengurangkan
kesan inflamasi (antiinflamasi) dan dapat membantu proses
pemulihan masalah kulit.
 Penggunaan partikel nano sebagai satu sistem penyampaian gen
(komponen asas genetik) yang diameternya cuma bersaiz dua
nanometer – kaedah rawatan penyakit genetik melalui
penggantian gen rosak dengan gen yang normal.

2. Bidang ketenteraan dan  Pakaian pintar tempur nanoteknologi yang ringan dan nipis –

34
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

keselamatan negara melindungi daripada peluru, senjata kimia dan kesan radiasi,
mengesan tubuh yang cedera serta berubah warna mengikut
situasi.
 Senjata lebih kecil, kemampuan berlipat ganda dan tidak dapat
dikesan oleh radar.
 Nanosensor yang digunakan dalam bidang pertahanan dan
ketenteraan seperti sistem pengintipan nanoteknologi yang
mungkin melibatkan zarah nano boleh pandu yang dilengkapi
dengan sistem kamera-nano, pemancar-penerima-nano, punca
tenaga tinggi bersaiz nano malahan dilengkapi sistem
penghapus musuh.

3. Bidang perindustrian  Penapis udara NanoBreez membunuh kuman-kuman dan bahan-


bahan pencemaran pada permukaan tiub penapis udara yang
berpusing.
 Penggunaan nanoteknologi dalam kamera digital adalah untuk
penghasilan skrin OLED bagi menggantikan skrin LCD -
memancarkan imej yang lebih cerah dan jelas.
 OLED juga mengurangkan kuasa kamera digital sehingga 107
peratus lebih tahan berbanding dengan penggunaan LCD.
 OLED juga semakin meluas dalam pembuatan skrin-skrin
seperti TV dan monitor
 Baju sebesar tapak tangan boleh berubah saiz dan dipakai oleh
orang dewasa apabila direndam ke dalam air.

4. Bidang pertanian dan  Penghasilan genetik tanaman yang mudah dikawal.


penghasilan makanan  Mendiagnosis penyakit tanaman dan haiwan menggunakan
molekul protein serta menganalisis sampel tanaman untuk
kajian kualiti menggunakan cip DNA.
 Penggunaan baja zarah nano bersifat penyerapan yang lebih
baik terus ke dalam tanah, akar, daun, buah dan batang dapat
meningkatkan kualiti pengeluaran pertanian.
 Teknologi pembungkusan makanan yang menggunakan bahan
teknologi nano mampu memanjangkan jangka hayat makanan
dan mengekalkan kesegaran hasil pertanian sebelum proses
seterusnya.
 Meningkatkan penghasilan makanan yang berkualiti tinggi, rasa
yang lebih sedap dan kandungan nutrisi yang jauh lebih baik.

5. Bidang sukan  Sejak tahun 2002, pemain tenis di seluruh dunia mula
menggantikan raket tenis mereka yang diperbuat daripada
material aluminium, titanium dan grafit kepada sejenis material
baru yang dikenali sebagai karbon nanotiub.

35
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

 100 kali lebih kuat berbanding besi dan 6 kali lebih ringan
daripada raket sebelumnya.
 Cengkaman dan kestabilan pada kedua-dua bahagian
permukaan raket karbon nanotiub ini juga jauh lebih kuat sekali
gus memberikan keselesaan dan keyakinan kepada pemain
untuk membuat pukulan.
 Bola tenis yang diperbuat daripada material nanokomposit lebih
tahan lama dan boleh digunakan sehingga 4 minggu selepas
dikeluarkan daripada bekasnya berbanding hanya bertahan dua
minggu untuk bola lama.

6. Bidang penyelidikan  Penyelidikan menghasilkan mesin-mesin kecil dan halus seperti


robot nano dan peranti mikro.
 Menghasilkan nanokomputer yang lebih pantas daripada
mikrokomputer elektronik yang ada kini.

7. Bidang teknologi  Teknologi tanpa wayar seperti „bluetooth‟, WiFi, WiMax dan
maklumat dan teknologi telefon 3G.
komunikasi elektronik /  Peralatan elektronik semakin mengecil, elegan, padat dengan
gajet fungsi yang canggih, berkapasiti menyimpan data yang tinggi
dan mempercepatkan pemindahan data serta maklumat.
 Meningkatkan lagi industri pengkomputeran, iaitu banyak
komputer dan komponen komputer yang lebih kecil, berkuasa
dan pantas dihasilkan.
 Menghasilkan Giant Magneto Resistance (GMR) yang
menemukan peranti yang dinamakan pemacu cakera keras (hard
disk). Cakera keras merujuk kepada ruang penyimpanan data
peralatan elektronik canggih seperti komputer, telefon bimbit.
Pemain MP3 dan USB ‘thumb drive’

8. Bidang kosmetik  Produk kosmetik nanoteknologi berupaya membuang sel bawah


kulit yang menyebabkan wanita kelihatan tua (antipenuaan).
 Krim penjagaan kulit dan losyen nanoteknologi mampu
mencerahkan kulit.
 Pengeluar produk kosmetik seperti Estee Lauder, Revlon,
Clinique dan Chanel telah menggunakan nanoteknologi dalam
penghasilan produk mereka.

9. Bidang aeroangkasa  Penciptaan alatan atau komponen kapal angkasa dan kapal
terbang bersaiz kecil / kompak.
 Penggunaan satelit berkuasa tinggi – nanoelektrik, satelit nano
yang beratnya hanya 10kg seperti Satelit NOAA-AVHRR.
 Kamera dalam satelit dapat merakam imej di angkasa.

36
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

10. Penghasilan sumber  Penggunaan silikon zarah nano terkuanta dalam sel solar jenis
tenaga alternatif tendem telah meningkatkan kecekapannya sebanyak 80%
berbanding dengan teknologi kini.
 Penghasilan bateri berasaskan „Lithium‟ dan bahan nano oksida
mampu memanjangkan jangka hayat dengan keupayaan yang
lebih tinggi.
 Penghasilan lampu berasaskan diod nanoteknologi
berkecekapan tinggi akan menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik.

KESIMPULAN

Nanoteknologi memberi harapan baharu dalam kemajuan teknologi dan kehidupan manusia. Oleh itu,
manusia perlu bijak memanfaatkan nanoteknologi.

SKEMA JAWAPAN = 5 + 0

25. Walaupun bioteknologi mempunyai kepentingan dalam pelbagai bidang, namun implikasi negatifnya tidak
dapat dielakkan.Bincangkan penyataan ini.

PENGENALAN

 Bioteknologi berasal daripada perkataan biologi dan teknologi. Biologi bermaksud kajian secara
saintifik mengenai benda hidup manakala teknologi pula ditakrifkan sebagai penggunaan sains
untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk bermanfaat kepada manusia.
 Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk
mengatasi masalah kehidupan manusia.
 Bioteknologi mempunyai pelbagai pelbagai manfaat kepada pembangunan negara, namun
teknologi ini juga mempunyai pelbagai implikasi negatifnya.

Bil Idea Huraian


Kepentingan bioteknologi :
1. Kemajuan bidang pertanian  Menghasilkan tanaman transgenik atau organisma
terubahsuai secara genetik (GMO) yang memiliki ciri-ciri
unggul.
 Biji benih yang diubah suai genetik rintang terhadap
herbisid, pestisid, virus, penyakit dan rumpai selain tahan
terhadap cuaca serta lain-lain tekanan alam.
 Mutasi aruhan menghasilkan baka padi yang lebih baik,
iaitu mempunyai rintangan yang lebih tinggi terhadap
penyakit, tumbesarannya lebih cepat dan hasilnya lebih
tinggi - Padi jenis MR214 dan MR218.
 Ubi kentang New Leaf mempunyai sistem pertahanan

37
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

yang kebal dan tidak mudah diserang kumbang kentang


Colarado.
 Bioteknologi menjamin hasil tanaman tahan lebih lama
seperti betik Eksotika, pisang Mutan dan nangka madu.
Misalnya, betik Eksotika mempunyai tempoh matang tiga
minggu lewat daripada betik biasa. Pisang Mutan juga
dapat bertahan dua bulan sebelum kulitnya bertukar warna
dan isinya tetap enak walaupun sudah lama disimpan.
 Penggunaan racun serangga bekurang kerana benih
tanaman memiliki enzim yang boleh membunuh seranga
perosak – mengurangkan kehilangan nutrien tanah.
 Tumbuhan yang hampir pupus boleh dipelihara melalui
bioteknologi dengan mengubahsuai ciri-ciri tumbuhan
supaya boleh beradaptasi untuk terus hidup.

2. Kemajuan bidang penternakan  Menghasilkan baka ternakan yang lebih baik - pembiakan
melalui kaedah kimera, teknik in-vitro dan permanian
beradas. Melalui teknik in-vitro, haiwan tidak perlu
menunggu musim mengawan untuk bunting.
 Sebagai contoh, lembu tenusu yang dihasilkan di Australia
dan New Zealand dapat menghasilkan susu yang lebih
banyak.
 Baka-baka ternakan seperti selembu dan kambiri yang
dihasilkan melalui kaedah kimera dapat membiak serta
membesar dalam tempoh masa yang singkat.
 Teknik in-vitro dapat meningkatkan pembiakan lembu
tenusu dan biri-biri.
 Biri-biri Dolly dihasilkan daripada teknik pengklonan di
Institut Roslin, Scotland. Anak dapat diklonkan daripada
sel biri-biri dewasa.
 Kajian hormon dan penggunaannya (suntikan hormon)
membolehkan haiwan ternakan seperti ayam, itik, dan
kambing cepat membesar. Ayam daging kini dapat dijual
dalam masa 51 hari sahaja.

3. Kemajuan bidang  Bioindustri melibatkan banyak bidang seperti dalam


perindustrian ramuan makanan, penghasilan enzim pewarna, perasa dan
sebagainya.
 Memanfaatkan bahan buangan (sisa) komoditi seperti
kelapa sawit untuk menghasilkan produk baru.
 Penghasilan organisma seni seperti bakteria dan kulat
untuk menghasilkan produk makanan dan enzim.
 Pemprosesan produk herba dan hasil pertanian dengan
mengkultur dan mengekstrak bahan aktif di dalamnya.
 Penghasilan bahan plastik daripada bahan asas karbon,
asid laktik atau kanji yang boleh terurai dengan cepat –
dapat menjaga alam sekitar.
 Menghasilkan tenaga alternatif sebagai bahan api –
minyak sawit atau minyak sayur-sayuran diubah sebagai

38
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

bahan api yang lebih bersih dan mesra alam.


 Merawat bahan-bahan buangan industri yang bertoksik
melalui kaedah „bioremidiasi‟ dengan menggunakan
mikroorganisma.

4. Bidang perubatan  Mencipta ubat-ubatan baru, vaksin, antibiotik, barangan


kosmetik atau makanan kesihatan dengan mengekstrak
serta menulenkan sebatian aktif daripada tumbuh-
tumbuhan tertentu.
 Bakteria digunakan untuk menghasilkan insulin bagi
pesakit diabetes melalui Teknologi DNA Rekombinan.
Melalui kaedah ini, gen insulin manusia diklonkan dalam
bakteria untuk menghasilkan protein insulin dalam
kuantiti yang banyak untuk merawat pesakit diabetes.
 Ubat-ubatan terapeutik dan biomolekul akan dihasilkan
bagi merawat penyakit kanser dan penyakit berkaitan
genetik.
 Ubat sintetik dihasilkan dengan menganalisis dan
melibatkan bahan aktif tumbuh-tumbuhan untuk merawat
penyakit malaria.
 Menghasilkan vaksin dan kit pengesan penyakit tropika.
 Vaksin yang dicipta bertindak sebagai antibodi untuk
menghalang bakteria seperti Hepatitis B yang dapat
memusnahkan sel-sel badan.
 Penghasilan ubat atau produk daripada Tongkat Ali.
 Biologi molekul tambahan membantu saintis mengenal
pasti sel protein yang dapat bertindak sebagai terapi
seperti „interferon‟ bagi pesakit kanser.
 Bioteknologi melalui biologi molekul mampu mengatasi
masalah penyakit yang berpunca daripada keturunan atau
genetik. Pengaplikasian teknologi dalam bidang sel dan
genetik telah membawa saintis kepada kaedah merawat
penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, Fibrosis Sistis,
diabetes dan jantung. Biologi molekul telah menyumbang
kaedah pemetaan gen yang berkaitan dengan penyakit
genetik selain memahami fungsi sel tubuh manusia.
 Penggunaan molekular bagi mendiagnostik penyakit.
 Terapi gen yang melibatkan pengenalan „gen terapeutik‟
bagi membina semula sistem imun yang lebih sihat bagi
individu yang dijangkiti penyakit diperkenalkan.
 Menentukan asal usul penyakit berkaitan genetik seperti
„Down Sindrom‟, hemofilia atau kanser yang diwarisi
dengan mengenal pasti kod-kod genetik pada lokus DNA.

5. Meningkatkan penyelidikan  Penyelidikan terhadap pelbagai tanaman agar pengguna


dan pembangunan (P&P) menikmati makanan lebih berkualiti – contohnya „Golden
rice‟ yang mengandungi beta kerotina dan zat besi dapat
mengatasi masalah kekurangan vitamin A.
 Menghasilkan produk komersial hasil daripada P&P

39
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

seperti kit diagnostik penyakit, menjadikan sisa sebagai


produk nilai tambah dan sebagainya.
 P&P untuk menghasilkan ubat dan produk daripada
Tongkat Ali.

6. Mengatasi masalah alam  Bioteknologi digunakan untuk mengatasi masalah


sekitar pencemaran alam sekitar melalui penggunaan baja dan
racun kimia dalam aktiviti pertanian. Penggunaan racun
kimia dan rumpai yang berlebihan dan tanpa kawalan
memberi impak buruk kepada alam sekitar. Saintis
menjalankan kajian bagi menghasilkan pokok padi yang
telah diubahsuai genetiknya dan tahan atau imum kepada
serangan serangga, tidak memerlukan racun serangga dan
menghasilkan padi yang bermutu tinggi.
 Bioteknologi memberi peluang kepada petani untuk
mengawal makhluk perosak dan memelihara alam sekitar.
 Penggunaan mikrob seperti bakteria baru hasil kaedah
biotenologi dapat mempercepat proses pereputan dan
membantu penguraian najis haiwan ternakan dan manusia
dengan sempurna. Kaedah ini telah digunakan oleh
syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn.
Bhd. untuk menguruskan air kumbahan penduduk
Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara
dengan sempurna. Oleh itu , penduduk mendapat bekalan
air yang bersih.
 Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat
najis haiwan ternakan, sisa keluaran kelapa sawit malah
hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja
organik. Kaedah ini secara langsung boleh menghindarkan
pencemaran udara.

7. Sebagai sains maklumat untuk  Perkembangan kemajuan bioteknologi membantu


bioinformasi perkembangan bioinforamtik.
 Penggunaan teknologi komputer dan teknologi maklumat
(IT) semakin berkembang pesat dalam bioteknologi.
Sebagai contoh, melalui projek Genom Manusia
penggunaan komputer berkuasa tinggi digunakan untuk
mewujudkan rangkaian pangkalan data baka atau genetik
manusia di seluruh dunia. Penggunaan teknologi
pengkomputeran amat penting bagi membantu saintis
bioteknologi menjalankan analisis ke atas Genom manusia
dengann melibatkan kerja-kerja menjujuk tiga bilion
pasangan Genom manusia.
 Proses penggunaan IT dalam kajian bioteknologi ini
dinamakan bioinformatik.
 Teknologi pengkomputeran juga boleh digunakan dalam
aspek membuat penemuan baru dan penyelidikan.
Penyelidikan dalam bidang genomik (kajian gena) dan
proteanik (kajian protein) menghasilkan jumlah yang
terlalu banyak dan memerlukan sistem teknologi untuk

40
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

mengendalikannya. Perisian dan perkakasan komputer


diperlukan utnk menjalankan analisis dalam pelbagai
aspek kajian bioteknologi.
 Analisis dalaman tubuh manusia juga memerlukan
komputer. Misalnya, pemahaman analisis penyakit
melalui komputer juga membolehkan ubatan melalui
bioteknologi juga dicipta melalui analisis komputer bagi
membendung penyakit tertentu merebak di seluruh dunia.

8. Memajukan kejuruteraan  Percantuman gen dapat dilakukan melalui pengklonan


genetik haiwan dan manusia.
 Ujian DNA untuk mengenal pasti ibu bapa kandung
seseorang secara tepat.
 Penggunaan dalam bidang forensik semasa
kemalangandan bencana alam dapat dilakukan.

9. Membekalkan sumber tenaga  Pengeluaran tenaga biogas daripada selulosa dan bahan-
baharu bahan buangan haiwan dan manusia dapat membantu
menyelesaikan masalah kekurangan sumber tenaga di
dunia.
 Soal kehabisan bekalan tenaga fosil seperti minyak, gas
asli dan arang batu dapat diatasi dengan terciptanya tenaga
alternatif menerusi perkembangan bioteknologi.

Implikasi negatif
10. bioteknologi :  Makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik
Menjejaskan kesihatan mempunyai kandungan toksin yang tinggi supaya rintang
terhadap serangga perosak.
 Tomato yang dihasilkan daripada Monsanto mengandungi
penghasil gen yang rintang terhadap antibiotik – akan
berkumpul dalam usus manusia dan menyerang imuniti
antibiotik.

11. Kemusnahan spesies lain  Teknologi kejuruteraan genetik Mosanto yang


menggunakan racun perosak Roundup ke atas kacang
soya membuatkan kacang soya rintang pada racun
serangga – serangga perosak akan mati dan menjejaskan
rantaian makanan.
 Pemindahan bahan-bahan genetik daripada Bakteria
„Bacillus thurigiensis‟ (Bt) yang digunakan dalam
penghasilan racun serangga ke atas tumbuh-tumbuhan –
boleh membunuh serangga yang cuba memakan mana-
mana bahagian pokok tersebut.
 Benih tumbuh-tumbuhan memiliki enzim yang boleh
membunuh serangga perosak.

12. Mengurangkan dan  Kajian oleh penyelidik dari Universiti Texas mendapati 6
merosakkan nilai nutrien daripada 13 nutrien dalam sayur-sayuran seperti protein,
sayur-sayuran kalsium, fosforus, besi riboflavin dan sebagainya

41
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

mengalami kerosakan.
 Kerosakan nutrien adalah sebanyak 6% daripada jumlah
protein dan 38% daripada jumlah riboflavin.
 Hasil tanaman lebih besar, lebih banyak, rintang penyakit
dan dapat menyesuaikan diri denga perubahan cuaca tetapi
kandungan nutrien tidak dapat ditingkatkan, malah
dimusnahkan.

13. Penyalahgunaan bioteknologi  Pengklonan manusia yang bertentangan dengan hukum


agama dan hukum sains
 Penghasilan senjata kimia dan biologi – kematian dan
kemusnahan alam sekitar

KESIMPULAN

Bidang bioteknologi amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara, namun kemajuan bioteknologi
juga memberi kesan-kesan yang membimbangkan dalam beberapa aspek.

SKEMA JAWAPAN = 3 + 2 / 2 + 3

Kepentingan sungai

Pendahuluan: Pada masa kini, dunia menghadapi krisis bekalan air bersih. Hal ini demikian kerana
masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan
tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar. Keadaan ini memberi kesan yang bukan
sedikit kepada manusia dan hidupan yang lain. Justeru itu, sungai memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia.

Isi karangan:
1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan
- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman, dan kegunaan
domestik- mencuci, memasak dan mencuci. - Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air
bagi kegunaan domestik, Contohnya untuk bekalan minuman dan untuk menjalankan fungsi
hidup sehari-hari, Sungai membekalkan air kepada kawasan pertanian untuk pembinaan
empangan dan saliran, contohnya di kawasan padi. Sungai juga digunakan untuk kegunaan untuk
industri seperti pemprosesan kelapa sawit dan seumpamanya.
2. Sebagai sumber bekalan protein
- Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air
sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam
dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan
udang adalah amat tinggi. - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan
ketam yang membekalkan sumber protein. - hidupan akuatik ini merupakan sumber protein
alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh.
3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah
- Kebanyakan sungai juga dijadikan kawasan reakreasi yang menjadikan tarikan pelancongan.
Contohnya, negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin.
Banyak aktiviti dijalankan di kawasan ini seperti aktiviti berkayak, menjelajah hutan dan
memancing. Selain itu, sungai juga digunakan untuk menjana hidro elektrik untuk membekalkan

42
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

sumber tenaga kepada rakyat. - tempat berkelah - aktiviti memancing - pusat rekreasi – aktiviti
bersampan, berkayak dan lain-lain
4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan.
- sungai juga memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai denagn melakukan
aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang. - resort didirikan - gerai-gerai dibina -
rumah persinggahan
5. Sungai menjadi tempat yang sesuai untuk di bina empangan hidroelektrik yang membekalkan
tenaga elektrik kepada penduduk di Malaysia.
- Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa ini merupakan antara penyumbang utama
tenaga elektrik di Malaysia. Tanpa sungai yang menjadi tempat untuk pembinaan stesen
janakuasa elektrik ini, berkemungkinan ada kebanyakkan tempat di negara kita tidak mendapat
bekalan elektrik.
6. Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan
kawasan bandar.
- Contohnya kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai salah
satu cara untuk keluar dari pedalaman ke bandar-bandar utama. Di Pahang juga contohnya di Ulu
Tembeling memerlukan penduduk di sana menaiki bot selama beberapa jam sebelum sampai ke
jeti di Jerantut.
7. Sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan.
- Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan
antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan.
Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan
menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan
mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air.

Kesimpulan: - Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan
semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih. Sungai yang
tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu wajarlah sungai dipelihara untuk generasi akan
datang bagi kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.

“ JADIKAN SEBAGAI ATURAN HIDUP UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK


DALAM APA JUA YANG DILAKUKAN, PASTI AKAN MNGHASILKAN
KECEMERLANGAN.”
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN STPM PENGGAL 1. SEMOGA BERJAYA.

43
KOLEKSI ESEI PERCUBAAN 2012-2014
STPM PENGGAL 1

44

Anda mungkin juga menyukai