Anda di halaman 1dari 7

Plot

PERMULAAN

Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi
paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa
memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.

PERKEMBANGAN

Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat
perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk
mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-
labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari punca yang sebenarnya.

KLIMAKS

Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya.
Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.

PELERAIAN

Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya, Nabi Sulaiman
memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.

Teknik Plot

(a)Dialog.

Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah
Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38] •

(b)Monolog dalaman.

Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat
aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah
Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]

(c) Pemerian.

Contohnya, • Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian
anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada
anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
Latar
Latar Ternpat
(a) Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah
pemerintahannya.
(b) Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
(c) Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
(d) Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.

Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.
(b) Siang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
(c) Petang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang
(d) Malam.
Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk
berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak,
Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan
tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.

c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.

Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan
Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.

Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat
pengakuan terhadap kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.

Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang
sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman
diancam oleh pihak musuh.

(f) Masyarakat yang cepat bertindak.

Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya
memanggil binatang-binatang lain untuk datang menghadap baginda.

(g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri.

Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang
dilakukan di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.

Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan
cara yang baik.

Watak dan Perwatakan

1.Pelanduk atau Syah Alam di Rimba

(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.

(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya.

(c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.

(d) Pandai bersilat.


(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyatnya.

(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.

(g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah.

(h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

2.Memerang atau Sang Memerang

(a) Mempunyai tujuh orang anak.

(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.

(b) Tamak terutamanya dalam hal makanan.

(c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak.

(d) Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.

(e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.

(f) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

3 Nabi Allah Sulaiman

(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.

(b) Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.

(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.

(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

(e) Pemerintah yang adil.

(f) Tegas dalam membuat keputusan.

7 Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh

Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang

Ayat panjang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang
akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak
hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu.

Penggunaan bahasa Arab Allah Subhanahuwataala

Penggunaan bahasa istana bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta

Penggunaan bahasa klasik • Hatta

Sinkope Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;

Repetisi Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang
pun bersama membawa perisai itu,
8. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran

Nilai prihatin Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap


kehidupan rakyat

Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan
pemerintah

Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah


membuat keputusan dengan adil

Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.

Nilai kejujuran Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan
ke muka pengadilan.

Anda mungkin juga menyukai