Anda di halaman 1dari 4

Latihan Intensif:

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang
tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan
mendapat sakit.”
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Erra.
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.”
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan
projek ini, “sambungnya lagi.
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi.
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,”sambungnya lagi.
9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.”
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak
buat karipap,” sambungnya lagi.
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.”
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua
orang.

Latihan 2

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.
2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu
saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat
tolongnya,” jerit Fatimah.
4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak
bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.
5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap
begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.
6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada
keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelaki,” kata Hang Jebat kepada Hang
Tuah.
7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata
gadis itu.
8. “Asma, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak
gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan kau di sekolah esok,”
kata emak.
9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu
kepada Tauke Lim
10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Apakah dia ada di
rumah?” kata pemuda itu.
Jawapan

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Siti menyapa Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan bertanyakan
khabarnya.

2. Pemuda itu menafikan dakwaan seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah
terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke dalam longkang. Fatimah juga
mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenang sambil meminta orang ramai supaya menyelamatkan
adiknya dengan segera.

4 Di kedai kopi, seorang tua menyatakan perasaan yang sungguh kesal kerana baru-baru ini, kes
ragut berlaku satu demi satu , manakala pihak polis seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan.

5 Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak
membuat latihan lalu memberi amaran bahawa jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan
menghubungi ibu bapa mereka.

6 Dengan perasaan marah, Hang Jebat memberitahu Hang Tuah bahawa dia juga pendekar yang
bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada keris Hang
Tuah. Kemudian Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh
berlawan secara lelaki dengan lelaki.

7 Gadis itu berdoa agar Tuhan mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk
menghadapi segala kesusahan.

8. Emak memberitahu Asma bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah
Asma. Emak berpesan kepada Abu supaya memasak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk
malam itu dan bekalan Asma di sekolah keesokan hari.

9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah,
Tauke Lim boleh menghubunginya melalui telefon.

10. Pemuda itu memberi salam lalu bertanya sama ada terdapat sesiapa di rumah dan menyatakan
bahawa dia hendak berjumpa dengan. Pemuda itu lalu bertanya lagi sama ada Kassim ada di rumah
atau tidak.
Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda...

Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang
gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak
untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya
ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa
rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan
projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular
berhampiran pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah
orang yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana
emaknya hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan
semua orang.

Anda mungkin juga menyukai