Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BATU LINTANG KUCHING


93200, KUCHING SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN (PPISMP)

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

(GCI 1022)

NAMA GURU PELATIH : AHMAD GHAZALI WAFA BIN RAZIWAFA

NO. KAD MATRIK : 201506018

KUMPULAN PENGAJIAN : PPISMP PENGAJIAN AGAMA JUN 2015

PENSYARAH : ENCIK RAVI GOPAL

TARIKH MULA : 10 OGOS 2015

TARIKH SERAHAN : 18 SEPTEMBER 2015


PENDAHULUAN

Pada masa kini, globalisasi merupakan satu perkataan yang hangat diperkatakan
oleh pelbagai pihak tetapi sering disalah tafsirkan. Globalisasi merupakan satu proses untuk
meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan
kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi
mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara lain, di mana pintu
sentiasa terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi
pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi
siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat.

Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang


menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendikiawan barat mentakrifkan globalisasi
sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti yang merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia
di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan. Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika
Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai
merujuk kepada “rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and
finance”.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-
sempadan namun, kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini, kita telah dapat merasakan
apakah itu globalisasi, di mana dunia bukan sahaja tidak bersempadan dari segi geografi
tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya,
ideologi, politik, dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GOLONGAN BELIA

Belia hari ini berada pada era yang amat mencabar. Cabaran ini didorong oleh
banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari
ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami
dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia
yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman
yang sedang didepani belia Islam hari ini.

Perkampungan dunia hari ini digerakkan oleh pelbagai arus. Satu daripadanya ialah
oleh pencapaian manusia sendiri di dalam bidang perhubungan sama ada menerusi darat
atau lautan. Namun, pencapaian yang paling mengesankan ialah pencapaian manusia di
dalam bidang teknologi maklumat. Menerusi teknologi maklumat inilah seperti penciptaan
komputer, telefon dan internet, manusia dari segenap pelosok dunia dapat berkongsi khabar
dan berita hanya dalam sekelip mana.

Di samping berkongsi khabar dan berita, satu daripada perkara yang dikongsi
bersama oleh masyarakat dunia ialah nilai dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu
perkara berkaitan urusan kehidupan di dunia ini. Urusan itu termasuk yang membabitkan
ilmu pengetahuan, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga ideologi. Dengan bantuan
teknologi maklumat dan perhubungan lebih baik, semua perkara yang dinyatakan di atas
yang sebelum ini hanya dikongsi dan diketahui sekelompok perkumpulan manusia tertentu,
kini sudah merentas sempadan daerah dan negara. Kedapatan sesetengah perkara atau
amalan yang pada asalnya hanya berbentuk minat dan kesukaan sebuah kelompok
masyarakat, kini sudah menjadi minat dan kesukaan yang dikongsi oleh seluruh masyarakat
manusia.

Selaras dengan kemajuan era globalisasi ini terdapat pelbagai cabaran yang harus
dihadapi oleh golongan belia. Terdapat pelbagai aspek yang memberikan cabaran kepada
golongan belia seperti dalam bidang ekonomi. Globalisasi ialah satu proses membuka
keadaan. Sekarang ini 'globalisasi' pada umumnya ditafsirkan sebagai proses di mana
sempadan negeri-negeri semakin runtuh dan seluruh buana (atau dunia) ini semakin
berubah menjadi satu unit.
Proses globalisasi ini juga terjelma dalam hubungan serta interaksi ekonomi di
seluruh dunia, akan tetapi secara tidak seimbang. Ini ialah kerana meluasnya
perkembangan syarikat-syarikat antarabangsa (multinational corporation - MNC) dari dunia
pertama, yang selalu disebut sebagai pusat kapitalis dunia ke kawasan-kawasan pinggirnya,
iaitu negara-negara dunia ketiga. Kebanyakan MNC menguasai sebahagian besar daripada
bidang-bidang pengeluaran dan perdagangan di dunia ketiga yang hendak membangun.
Mereka selalunya mengaut keuntungan banyak dengan membayar upahan yang rendah
kepada pekerja dan menjual mahal hasil pengeluaran syarikat mereka.

Penguasaan ekonomi oleh beberapa negara kapitalis global membawa juga kepada
pengaruh yang kuat dalam bidang politik ke atas negara-negara pinggir yang sedang
membangun. Semua ini membawa kepada pembentukan struktur ekonomi dan politik di
peringkat antarabangsa, yang kadang-kadang memainkan peranan lebih penting daripada
struktur ekonomi dan politik di peringkat kebangsaan. Selain itu ia menggalakkan juga
penyebaran apa yang sering disifatkan sebagai budaya dunia, misalnya, jenis-jenis hiburan,
pakaian atau makanan 'antarabangsa' menjadi lebih penting dan popular di kalangan
sesetengah orang muda daripada hiburan, pakaian atau makanan 'kebangsaan'.

Ada anggapan bahawa globalisasi merupakan satu hal yang baru, bermula dan
berkembang terutama sekali dalam tahun 1980-an, selepas keruntuhan beberapa rejim
sosialis dan nasionalis, diikuti pula oleh kemunculan beberapa buah negara Asia sebagai
kuasa kapitalis yang bertambah kuat daya saingnya. Oleh sesetengah pihak, globalisasi ini
dilihat sebagai proses meluaskan pengaruh perdagangan, perindustrian, teknologi dan ilmu
pengetahuan daripada pusat pembangunan kapitalis di Barat ke kawasan-kawasan pinggir
dalam dunia ketiga. Oleh kerana itu ia dianggap sebagai satu faktor pengaruh yang boleh
mendatangkan kebaikan untuk membawa kemajuan serta permodenan kepada negara-
negara pinggir yang kurang maju.

Sehubungan dengan itu, pasaran francais tempatan Malaysia terpaksa berhadapan


dengan satu cabran dan saingan yang amat besar untuk Berjaya dalam bidang perusahaan
dan perniagaan. Peniaga-peniaga ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia
mesti bersaing dengan produk-produk luar Negara dan antarabangsa yang moden dan
canggih. Golongan belia juga terpaksa bersaing dengan perniagaan atas talian yang
menjadi satu fenomena dalam dunia perniagaan. Bagi peniaga-peniaga baru yang berada
dalam era globalisasi ini, perniagaan atas talian merupakan satu perkara yang mudah dan
biasa bagi mereka kerana mereka baru didedahkan dengan cara tersebut. Lain pula kepada
golongan yang agak lewat dalam era teknologi moden ini. Mereka harus belajar cara
berniaga dengan mengikut arus perkembangan teknologi dan terkini. Hal ini akan
menyukarkan mereka untuk bersaing dalam bidang perniagaan ini.

Seterusnya, berikutan perkembangan teknologi ini, produk-produk import lebih


digemari oleh rakyat Malaysia. Hal ini, kerana produk mereka mempunyai kualiti yang bagus
dan kaedah pembuatan yang canggih. Berbeza dengan produk tempatan kerana produk
tempatan dihasilkan mengunnakan kemudahan yang kurang canggih berikutan sumber
teknologi yang terdapat di Negara kita masih belum maju. Begitu juga dengan kualiti
barangan tempatan. Masih ada kekurangan dan kecacatan yang tak dapat dielakkan dalam
produk tempatan disebabkan oleh kekurangan teknologi moden.

Perkara ini merupakan satu cabaran bagi golongan peniaga khususnya golongan
belia dalam menghadapi cabaran perniagaan ini. Kadang kala barangan yang dihasilkan
adalah bagus dan hampi sama dengan barangan import tetapi disebabkan oleh kurangnya
sokongan daripada rakyat Malaysia menyebabkan barangan tersebut tidak laku dan sukar
untuk bersaingan dengan produk antarabangsa. Akibat daripada sudah terbiasa dengan
produk antarabangsa, rakyat Malaysia kurang membeli dan memilih produk tempatan yang
menyebabkan golongan peniaga terpaksa bekerja keras dan ada yang terpaksa
menggulung tikar kerana amat sukar untuk bersaing dengan produk antarabangsa.

Selain itu, terdapat juga cabaran yang terpaksa dihadapi oleh belia dalam aspek
pendidikan. Seperti yang kita ketahui, era globalisasi kini terkenal dengan perkembangan
teknologi moden. Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang amat besar
dalam kehidupan kita. Perkembangan demi perkembangan ini tidak dapat kita hadapi tanpa
kita membina tamadun baru dalam kehidupan kita. Perkembangan ini meliputi keseluruhan
cara hidup masyarakat kini dan apa yang ingin difokuskan di sini ialah perkembangan
kepada golongan belia.

Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa perubahan semasa yang drastik ini
boleh memberi kesan yang negatif walaupun kita tidak dapat menafikan yang kewujudan
teknologi ini membawa perubahan dalam kehidupan kita. Kewujudan teknologi ini sudah
cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang
sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin
golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu
keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis
pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus
peredaran zaman sekarang. Hal ini juga boleh mengelakkan belia daripada terpinggir
terhadap penerimaan kewujudan teknologi. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat
boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan
melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini
menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan
pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal.

Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya cukup berkesan,


banyak lagi contoh teknologi komunikasi yang membantu dalam perubahan cara hidup
golongan belia. Salah satunya ialah penggunaan telefon bimbit yang kini sudah sebati
dengan golongan belia. Telefon bimbit kini menjadi keperluan hidup bagi mereka kerana
mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan
telefon bimbit juga boleh mewujudkan kesan buruk akibat penyalahgunaannya. Oleh sebab
itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya kewujudannya
mendatangkan kebaikan kepada mereka. Seharusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan
penting dalam memantau pergerakan anak-anak mereka. Kewujudan teknologi yang
pelbagai ini hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya agar kita dapat memanfaatkan
penggunaannya.

Berikutan perkembangan teknologi moden ini terdapat pelbagai media social yang
dihasilkan yang bertujuan untuk komunikasi dan hiburan seperti facebook, whatsapp,
wechat, twitter dan sebagainya. Kebanyakan lapisan masyarakat yang selalu menggunakan
laman sosial ini ialah golongan belia. Dalam laman sosial ini, golongan belia dapat
berhubung dan berbual dengan rakan yang berada jauh dari mereka, mereka juga dapat
berkongsi dan meluahkan perasaan mereka dan dapat dibaca dan dilihat oleh semua orang
yang melayari laman sosial itu. Dalam berhubung dengan rakan mereka bahasa melayu
sudah tidak lagi diaplikasikan oleh mereka.

Mereka menggunakan bahasa singkatan atau bahasa sms yang tidak pernah wujud
sebelum ini. Perkataan-perkataan ini merupakan singkatan daripada perkataan asalnya
yang betul. Golongan belia sudah tidak lagi mengendahkan pengunaan bahasa melayu
yang betul kerana lebih gemar menggunakan bahasa singkatan tersebut kerana mudah dan
cepat. Perkara seperti ini akan memberi kesan kepada penulisan dan pembelajaran mereka
kerana tulisan seperti ini adalah salah dan tidak semua orang memahami perkataan
tersebut.

Mereka ini tidak peduli lagi kepada peraturan penggunaan huruf besar pada awal
nama khas, atau huruf perkataan pertama dalam sesuatu ayat. Akibatnya, dikesan nama
khas seperti ‘kuala lumpur’ atau ‘khatijah’ dieja secara sesuka hati tanpa menggunakan
huruf besar. Di samping itu ada juga huruf perkataan pertama dalam sesuatu ayat tidak
ditulis dengan huruf besar.

Bagi guru atau pensyarah yang menerima tugasan pelajar yang mengandungi
kesalahan seperti itu, segera terfikir dua kemungkinan yang dilakukan oleh pelajar. Pertama,
pelajar tidak endah terhadap peraturan penulisan bahasa Melayu. Kedua, pelajar tiada
usaha untuk menyemak dan menyunting tugasan mereka sebelum diserahkan kepada guru
atau pensyarah. Walaupun mereka tahu tugasan itu membabitkan pemarkahan, mereka
tidak peduli untuk menyemaknya sebelum penyerahan.

Akan tetapi pelajar seperti itu juga tidak berjinak-jinak menggunakan kamus,
terutama apabila membabitkan ejaan imbuhan. Entri kamus bukan sahaja menghuraikan
makna perkataan, malah menurunkan ejaan yang betul bagi bentuk terbitannya, ataupun
yang menjadi kata terbitan. Apabila pelajar malas merujuk kamus, berlakulah kesilapan
ejaan bentuk terbitan seperti mendudukki (menduduki), perlantikan (pelantikan),
memperbaikki, (memperbaiki) dan sebagainya.

Lebih malang, apabila sesuatu perkataan dieja berdasarkan budaya dengar. Kalau
yang didengar daripada sebutan yang tidak baku itu, sebagai contoh, ‘talipon’ maka ejaan
yang betul bagi ‘telefon’ diubah menjadi ‘talipon’. Pelajar seperti ini, sekali lagi, tidak mahu
berusaha sedikit lebih untuk merujuk entri kamus. Banyak sekali ejaan perkataan Melayu
telah dirosakkan oleh nafsu memindahkan daripada yang didengar kepada penulisan.

Sebagai contoh abis (habis), ade (ada), amik (ambil) dan ape (apa). Pelajar seperti
ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa Melayunya, malah tidak tahu bahawa dialog
watak wajar ditulis dengan ejaan yang betul.Lalu muncullah kesalahan ejaan yang
menyakitkan mata dan hati: cam (macam), cikit (sikit/sedikit), citer (cerita), cube (cuba), da
(dah/sudah), de (ada), tak delah (tak adalah), die (dia), g/gi/gie (pergi), gak (juga), jap
(sekejap/sebentar), je (saja), kalo (kalau), keje (kerja), ko (kau/engkau), kol (pukul), la (lah),
lak (pula), leh (boleh), len (lain), lom (belum), mcm (macam) dan banyak lagi yang
mengarut.

Gejala di atas menunjukkan betapa generasi muda kita begitu terdedah kepada
penggunaan bahasa Melayu yang dipermudah dan salah. Dan segelintir daripada mereka
menggunakannya semula dalam tugasan, tanpa rasa bersalah. Malah, ada penerbit media
elektronik, atau penerbit buku indie dan popular, merelakan kesalahan itu bermaharajalela
dalam penerbitan mereka.
Memperkenalkan dan membudayakan penggunaan bahasa Melayu yang betul
bukanlah tugas guru dan pensyarah semata-mata. Ia menjadi tugas serta tanggungjawab
bersama, terutama ibu-bapa, rakan sebaya, serta media cetak dan media elektronik. Jika
semua pihak sedar akan tanggungjawab membudayakan penggunaan bahasa Melayu yang
betul, kesalahan yang dilakukan oleh segelintir anak muda itu boleh diminimumkan atau
dihapuskan. Kita semua wajar menggunakan bahasa Melayu yang betul, yang jelas
maknanya dan yang berkesan.

Selain daripada pengunaan bahasa melayu yang salah, golongan belia juga telah
terpengaruh dan terikut dengan bahasa rojak ataupun mencampurkan bahasa. Bahasa
Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod
(mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin,
Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan belia bandar Malaysia, yang
sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa
Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan
Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi
Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini ialah untuk
menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa
Inggeris. Malangnya ini juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan
orang lain yang melihat mereka sebagai tidak mampu atau dalam bahasa kasarnya, bodoh,
dalam menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu fakta yang
memang tidak dapat disangkal lagi ialah, kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya
mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang
sebenar, dan ini kerap menyebabkan mereka disalah erti, terutama apabila berada di
negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan
seharian

Perkara seperti ini boleh memberi kesan yang buruk kepada golongan belia tersebut
sekaligus kepada Negara. Impak-impak peggunaan bahasa rojak yang lain ialah
menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal
berkomunikasi dengan baik. Selain itu, menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam
masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham. Seterusnya, mutu penguasaan bahasa
Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa
ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya. Kemudian, menjejaskan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka
masa panjang. Akhir sekali, penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika
bangsa kita.

Seterusnya cabaran yang perlu dihadapi dalam era globalisasi ini ialah dalam aspek
sosial. Aspek sosial merupakan satu aspek yang amat penting dan selalu dibahaskan dan
dibincangkan oleh masyarakat dan rakyat Malaysia kerana aspek ini mengalami perubahan
secara drastik berikutan perkembangan era globalisasi ini. Dengan berkembangnya
teknologi moden, maklumat dan hiburan dapat didapati dan dikecapi dengan mudah. Laman
sesawang yang diperkenalkan oleh Negara barat telah memudahkan perolehan maklumat
dari seluruh dunia dengan mudah.

Namun, terdapat juga golongan yang telah menggunakan teknologi ini untuk perkara
yang tidak berfaedah dan merosakkan fikiran. Berikutan kemudahan untuk memperolehi
maklumat budaya-budaya barat dan gaya hidup yang tidak sihat mudah untuk disebarkan
dengan luas. Hal ini telah menyebabkan ramai golongan belia yang terjebak dengan budaya
barat yang tidak sihat ini seperti, berpakaian seksi, black metal, gangsterisme dan lain-lain.
Sebagai contoh, gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan banyak pihak
terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai kebejatan sosial remaja termasuk
gejala buli dibahaskan dalam media massa disebabkan kejadian buli yang membahayakan
keselamatan pelajar sekolah khususnya sekolah berasrama.

Tidak cukup dengan wacana sahaja, masyarakat menantikan penyelesaian berkesan


untuk gejala buli yang tiada petanda reda dalam kalangan remaja bermasalah di sekolah.
Hari ini sekolah seolah-olah menjadi pusat menghasilkan virus schoolafobia kerana pelajar
baru takut tinggal di asrama. Institusi sekolah terutama sekolah berasrama sering menjadi
medan sebilangan pelajar menunjukkan dominasi dan senioriti sehingga sanggup
mencederakan pelajar lebih bawah daripada mereka. Aksi tendang terajang serta ala ahli
gusti dipertontonkan untuk menunjukkan kekuatan dan pelajar baru menjadi mangsa.
Perbuatan salah laku itu menyebabkan kecederaan, koma, patah tulang sehingga ada yang
meninggal dunia disebabkan perlakuan buli di asrama dan sekolah.

Gejala samseng membarah Sebaliknya, saban tahun gejala samseng dalam


kalangan pelajar makin membarah walaupun pelbagai tindakan telah diambil. Peraturan
sekolah tidak mampu menanam rasa takut golongan pembuli di asrama meskipun telah
banyak amaran dan tindakan disiplin dikenakan kepada pembuli sebelum ini. Walaupun buli
adalah perbuatan segelintir pelajar, namun jika tiada tindakan segera dan proaktif, ia akan
terus berleluasa serta mendatangkan implikasi negatif yang lebih teruk kepada pelajar sama
ada pembuli atau pelajar yang dibuli. Perbuatan buli akan mencemarkan nama sekolah
sekaligus imej negara kerana disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Seterusnya, perkembangan globalisasi ini juga menjerumuskan kepada pelbagai


masalah sosial dalam kalangan belia. Penzinaan yang sebelum ini tersembunyi kini dengan
mudah diketahui kerana perkembangan teknologi yang merebak dengan pantas yang
memungkinkan aktivitas tersebut menggunakan kemudahan teknologi seperti Internet,
Bluetooth mahupun telefon bimbit. Sejauh manakah perkara ini akan berlarutan? Apakah
jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah ini? Belia kini boleh menyaksikan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya hanya dengan menggunakan teknologi yang ada
tanpa ada batasan. Pada satu masa dahulu, kita dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial
disebabkan teknologi, antaranya muat turun video lucah, aksi merbahaya mat rempit yang
dirakamkan di telefon bimbit, penyalahgunaan internet dan banyak lagi. Namun hal ini bagai
tiada penhujungnya. Pelbagai tindakan telah diambil bagi menyekat hal ini namun ia
bagaikan cerita yang tiada penghujungnya.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk
Latipah Omar berkata, inisiatif itu bagi membolehkan kajian dilakukan daripada sudut dasar
sosial negara selepas hasil perangkaan menunjukkan angka besar bayi yang didaftarkan
tidak mempunyai nama bapa.“Eloklah diperhalusi peranan majlis ini kerana masalah sosial
meningkat walaupun pihak media kurang memberi liputan. “Saya berharap pihak berkenaan
dapat menghidupkan semula dasar ini dan dijadikan salah satu topik bagi mencari kaedah
membendung masalah sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat bayi perempuan di Hospital Melaka yang
ditemui di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, 23 Februari lalu. Dalam pada itu,
Latipah berkata, Sekolah Harapan, Jasin merekodkan hampir 300 remaja mengandung yang
seawal usia 14 tahun ditempatkan di sekolah berkenaan sejak ditubuhkan pada 2010.
"Setakat ini, 14 remaja sedang mendapat perlindungan dan diberikan bimbingan di sekolah
itu sementara menunggu kelahiran," katanya. Sementara itu, Latipah meminta ahli keluarga
terdekat tampil menuntut hak bayi perempuan seberat 2.9 kilogram yang ditemui itu.
“Selepas mendapat perintah mahkamah, bayi ini akan dihantar ke Rumah Kanak-kanak
Tengku Budriah, Cheras untuk dijaga sepenuhnya,” katanya. Terdahulu, bayi terbabit
sedang di bawah pengawasan doktor Hospital Melaka sebelum dihantar ke rumah
perlindungan itu.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN TERSEBUT

Dari segi ekonomi, bagi peniaga tempatan yang menajalankan perniagaan


francais kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu golongan tersebut.
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengunjurkan peruntukan pembiayaan antara RM55
juta hingga RM60 juta untuk peniaga tempatan bagi menceburi industri francais negara
dalam usaha meningkatkan sektor itu di Malaysia tahun ini. Pengurusinya Datuk Idris
Hashim berkata, hasrat itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memajukan industri
francais negara supaya sektor itu turut berfungsi dalam menjana pertumbuhan ekonomi
negara. “Kami memperuntukkan RM50 juta hingga RM70 juta dari tahun ke tahun untuk
pembiayaan perniagaan francais di Malaysia, bagaimanapun ia bergantung kepada
keperluan peniaga bagi menampung keperluan tersebut. “Perkembangan sektor ini juga
dilihat lebih mantap daripada negara maju seperti Amerika Syarikat kerana kita masih baru
dan ghairah untuk memulakan perniagaan,” katanya, baru- baru ini.

Mengulas lanjut tentang perancangan terbaru PNS, beliau berkata, organisasi tidak
merangka pembaharuan untuk tahun 2015, namun akan meneruskan usaha membantu
peniaga tempatan melebarkan sayap dalam sektor yang sedang berkembang dengan baik
itu. Dalam usaha itu, PNS sudah membuka beberapa pejabat koridor di Pulau Pinang,
Kuantan, Johor, Sabah dan Sarawak untuk memberi kemudahan kepada peniaga di setiap
negeri berurusan dengan syarikat terbabit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif World Franchise Associates, Amerika Utara,


Martin Hancock, Malaysia berada dalam kedudukan ketiga terbaik dalam industri francais di
Asia dan negara mempunyai daya saing yang lebih mantap.Terdahulu, Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Najib Razak sudah merasmikan Sidang Kemuncak Francais
Antarabangsa 2015 dan Menara Perbadanan Nasional Berhad.Seramai 400 peserta dari
lapan negara antaranya Nigeria, Indonesia, India dan Singapura mengambil bahagian dalam
majlis berkenaan.

Bagi memajukan produk tempatan pula kerajaan telah mengadakan pelbagai


kempen yang bertujuan untuk menyokong baranngan tempatan. kerajaan melancarkan
kempen Belilah Barangan Malaysia Pilihan Bijak, serentak di tiga lokasi berasingan seluruh
negara untuk menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan. Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkannya di Mydin Mall USJ Subang Jaya. Di
Sarawak pula, pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Patinggi Abdul
Taib Mahmud di Boullevard, Kuching, manakala di Sabah dilancarkan oleh Timbalan Ketua
Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan di pusat beli-belah 1Borneo, Kota Kinabalu.
Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan
komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan
barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang
tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.

Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar
negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan
tempatan. Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada
barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan
keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah
banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin
sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya,
barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya,
malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi

Seterusnya, dari aspek pendidikan pula pihak yang paling berwajib dalam
membendung fenomena bahasa rojak dan bahasa singkatan ini ialah Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP), Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.
Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif dengan duduk semeja dan
berbincang mengenai isu ini. Bekas Ketua Pengarah DBP,Datuk A.Aziz Deraman
memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta-akta yang lain.
Hal ini bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan
bahasa kebangsaan dengan cara yang salah. Kerajaan sewajarnya memberikan penekanan
yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini.

Selain itu,ibu bapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang
betul terhadap anak-anak.Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-anak
masih kecil. Penggunaan bahasa Melayu yang betul daripada ibu bapa akan dapat
mengelak penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anak-anak daripada terus berleluasa.
Keadaan ini dapat ditafsirkan melalui pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari
rebungnya".Oleh itu,bahasa Melayu yang betul tanpa dirojak dapat diterapkan terhadap
anak-anak melalui peranan ibu bapa.

Akhir sekali, bagi aspek sosial pula Kerajaan komited membendung masalah sosial
terutama melibatkan remaja seperti ketagihan dadah, alkohol, perjudian haram dan jenayah
siber melalui pelbagai program antaranya dalam bentuk kaunseling, perlindungan serta
pemulihan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gejala-gejala itu perlu
dibendung demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Beliau berkata antara langkah yang
diambil adalah penubuhan Kuala Lumpur ‘Krash Pad’ (KLKP) di kawasan Chow Kit yang
berfungsi sebagai tempat selamat kepada remaja di kawasan berkenaan. “KLKP ditubuhkan
bagi remaja berumur antara 13 hingga 21 tahun dan selain sebagai tempat selamat, KLKP
turut berfungsi sebagai tempat remaja terbabit mendapatkan bimbingan dan didikan melalui
tuisyen, kelas komputer, sesi kaunseling, kelas kebudayaan serta kelas muzik. “Buat masa
ini terdapat 373 remaja telah berdaftar dengan KLKP,” katanya dalam jawapan bertulis
kepada soalan Datuk Billy Abbit Joo (BN-Hulu Rajang) di Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Billy Abbit Joo ingin tahu berhubung langkah-langkah yang sedang diambil
oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk
menangani masalah ketagihan dadah, alkohol serta gejala sosial yang lain seperti perjudian
haram dan jenayah siber terutama di kalangan muda-mudi di Malaysia. Datuk Seri Najib Tun
Razak, yang memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
berkata langkah lain ialah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan
perkhidmatan dalam bentuk institusi perlindungan dan pemulihan khusus bagi remaja yang
terlibat dengan masalah sosial.

Bagi masalah pembuangan bayi pula, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil turut bekerja keras untuk menangani masalah
pembuangan bayi dalam kalangan remaja dan belia ini. Beliau telah mengarahkan semua
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan
dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini sebagai satu
langkah kawal sedia yang bestari.

Dalam masa yang sama beberapa NGO turut membantu mengenalpasti, mengumpul
data, mendidik dan mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat
agar bersama-sama menangani masalah pembuangan bayi dan merangka plan tindakan
secara bersama untuk mencegah amalan ini daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

Selain itu, kerajaan memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh
atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu
menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh
mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak
yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya terdapat pelbagai fenomena globalisasi yang kini


sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi,
golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus
dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi
globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani
untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan
digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa
sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas
dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan
menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang
sangat mengelirukan dan palsu.

Lantaran ini, menjadi tanggungjawab para belia kini untuk mendidik dan
mempersediakan diri dengan pelbagai keupayaan yang ada. Tetapi bagaimanakah kaedah
untuk mendapatkan persediaan yang benar-benar mantap? Mereka mestilah mengambil
peluang yang sedia ada ini agar tidak menyesal di kemudian hari kerana menyesal dahulu
pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.
REFLEKSI

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya mampu


menyempurnakan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih
diberikan kepada En Ravi Gopal selaku pensyarah yang mengajar saya subjek cabaran isu
semasa ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja projek ini, memang banyak kesulitan yang
saya hadapi kerana ini adalah kali pertama saya membuat kerja kursus. Antaranya ialah
kekangan waktu untuk mencari masa yang sesuai bagi menghasilkan satu tugasan yang
berkualiti kerana banyak juga kerja kursus subjek lain yang perlu saya siapkan. Oleh itu,
saya memerlukan komitmen serta ketabahan yang tinggi sehingga terpaksa mengorbankan
masa tidur. Namun begitu, bantuan dan bimbingan yang jitu daripada pensyarah serta
nasihatnya telah memudahkan saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Di sini, saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mempelajari
pelbagai ilmu dan juga didedahkan dengan bermacam-macam jenis isu semasa dunia.
Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya cakna dengan isu semasa yang berlaku di
sekeliling kita. Kita boleh mengetahui dengan pelbagai cara sama ada melalui teknologi
maklumat dan komunikasi mahupun kemudahan-kemudahan lain. Isu-isu semasa yang
berlaku sangatlah penting untuk kita mengambil tahu kerana ianya bukan sahaja dapat
menambahkan pengetahuan kita, malah dapat juga diaplikasikan ke dalam sesuatu tugasan
atau kerja-kerja lain kerana semua ilmu ini pasti membantu saya dalam kerjaya perguruan
ini nanti. Oleh hal yang demikian, ilmu yang diperolehi oleh guru-guru pelatih di institut
pendidikan guru kampus batu lintang perlulah diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Topik dalam kerja kursus ini mewajibkan saya untuk menerangkan tentang salah
satu gaya pembelajaran dan mengkaitkannya dengan cara belajar saya yang perlu dibuat
secara individu Secara jujurnya, inilah kali pertama saya membuat kajian tentang sesuatu
topik berseorangan kerana selalunya saya membuat secara berkumpulan. Sebenarnya
tugasan ini amat berguna kerana berkait rapat dengan kerjaya saya sebagai seorang guru.
Dalam mempelajari mengenai gaya belajar bolehlah saya mengaplikasikan dalam
pengajaran saya. Jadi, dapatlah saya menceduk serba sedikit ilmu berkaitan dengan
profesyen keguruan ini agar saya dapat mendalami dan menghayati kerjaya ini. Selepas ini,
mungkin saya dapat mejalani kehidupan seharian sebagai seorang guru pada masa depan.

Seterusnya, saya telah mendapat banyak pengalaman yang berguna dalam proses
melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan
bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Jika sebelum ini
saya lebih gemar melakukan tugasan secara individu
Selain daripada itu, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk mengadaptasikan
bahan rujukan ke dalam ulasan ini. Saya tahu bahawa bahan tersebut dapat menjadi bahan
sokongan terhadap ulasan saya namun saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Saya cuba untuk menggunakan pemikiran kreatif sebaik mungkin namun saya merasakan ia
tidak dapat dikaitkan secara jitu dengan ulasan tersebut. Saya cuba melakukan
perbincangan bersama rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenainya.
Akhirnya, saya berjumpa dengan pensyarah pembimbing setelah draf pertama penulisan
ulasan disiapkan dan meminta pendapat beliau mengenai penulisan tersebut. Beliau
bersetuju dengan cara saya menggunakan bahan sokongan yang dipilih untuk menyokong
ulasan isu. Ini merupakan satu kejayaan pada diri saya kerana mampu menggunakan bahan
rujukan secara tepat untuk menyokong ulasan isu yang dipilih

Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang
positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah
sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui
adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang
sama pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar
saya agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan
meminta pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran
yang saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke
alam perguruan secara hakiki kelak.

Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar
memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada globalisasi
yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga
merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu
menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi. Sememangnya menyambung belajar
merupakan satu daripada perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap
pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai