Anda di halaman 1dari 1

33.

Teknologi Maklumat Pintu Pengetahuan


Zaman beralih dan musim berubah. Teknologi Maklumat telah mewajarkan manusia mencapai
pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling
canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama
ada implikasi yang positif atau negatif.

Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia Pendidikan serta
membuka pintu pengetahuan bagi pengguna di dunia ini.
Dengan adanya teknologi maklumat, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan. Seluruh
dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini.
Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluaskan.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan
dengan menggunakan komputer. Bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu,
sebaliknya alam maya. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya
kemudahan teknologi maklumat.. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan
melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat
mel elektronik atau e-mel.
Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan
perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari
seluruh pelosok global ini. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa
kesan positif bukan sekadar dari segi Pendidikan malah dari aspek perniagaan.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran
industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta
dengan kesilapan yang amat minimum.
Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas
sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman.
Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan kita mengeratkan
hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya
pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.
Akhir sekali, teknologi maklumat telah membuka pintu kepada pengetahuan. Ia membawa pelbagai
kebaikan dan keburukan yang mampu mempengaruhi kehidupan kita. Oleh itu, sebagai pengguna
yang bijak, kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini.

Anda mungkin juga menyukai