Anda di halaman 1dari 7

hjbTEMA 1: SEJARAH EKONOMI

TAJUK: Kilang Kayu Arang Kuala Sepetang, Taiping, Perak: Peranan Dalam Meningkatkan

Pendapatan Penduduk Di Kuala Sepetang. (1960-1980)

PENGENALAN

Kuala Sepetang terletak di daerah Larut vMatang dan Selama yang mana dahulunya

dikenali sebagai Port Weld. Kuala Sepetang ini terletak di kawasan sungai yang menghadap

Selat Melaka. Kawasan ini merupakan kawasan hutan paya bakau iaitu kira-kira 40711 hektar

yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang. Pokok kayu bakau di kawasan ini menjadi

sumber utama kepada kilang kayu arang seperti Charcoal Factory untuk penghasilan kayu arang.

Kilang ini telah beroperasi sejak dari tahun 1930an. Pengusahaan kayu arang sudah menjadi

darah daging masyarakat dan merupakan sumber rezeki kepada penduduk di kawasan Kuala

Sepetang. Oleh itu, kajian menumpukan kepada peranan kilang kayu arang di kawasan Kuala

Sepetang, Taiping, Perak dalam meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut dari

tahun 1960 hingga tahun 1980.

OBJEKTIF KAJIAN

Pada amnya, terdapat tiga objektif utama kajian ini dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk

mengupas tentang latar belakang pembinaan kilang kayu arang di Kuala Sepetang. Pembinaan

kilang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikaji bagi mengenal pasti latar

belakang kilang kayu arang di Kuala Sepetang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di

kawasan tersebut.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui peranan kilang kayu arang dalam

membantu meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan Kuala Sepetang dari tahun 1960

hingga tahun 1980. Kajian ini sangat penting bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang

peranan kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk kajian dalam tempoh

kajian bagi mencapai matlamat penubuhannya dalam membantu penduduk terutamanya di

kawasan kajian.

Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kejayaan

kilang kayu arang dalam membantu penduduk meningkatkan pendapatan mereka di Kuala

Sepetang dari tahun 1960 hingga tahun 1980. Kajian ini dilalakukan bagi memahami usaha yang

dilakukan oleh kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian.

PEMASALAHAN KAJIAN

Pemasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah ini. Terdapat tiga

pemasalahan yang perlu dikaji. Kajian ini ingin mengupas tentang kepentingan kilang kayu

arang. Oleh sebab itu, kajian mengenai latar belakang sangat penting bagi memperolehi

pengetahuan tentang apakah kepentingan dan bagaimanakah proses perkembangan sektor

perkilangan kayu arang ini dalam membantu penduduk di kawasan Kuala Sepetang dengan lebih

jelas dan terperinci.

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui usaha dan peranan kilang kayu arang dalam

membantu penduduk di Kuala Sepetang dari tahun 1960 hingga tahun 1980. Hal ini dikaji bagi

mengetahui apakah dan bagaimanakah langkah yang dilakukan oleh kilang kayu arang dalam

meningkatkan pendapatan penduduk di Kuala Sepetang dengan lebih mendalam.


Selain itu, kajian ini akan merungkaikan persoalan tentang sejauhmanakah kejayaan

kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di Kuala Sepetang dari tahun 1960

hingga tahun 1980. Hal ini sangat menarik untuk dikaji untuk pendedahan kepada masyarakat

luar bagi memahami dan mengetahui peranan kilang kayu arang dalam meningkatkan

pendapatan penduduk di kawasan kajian.

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dihuraikan dalam bahagian skop kajian ini. Skop yang

pertama adalah kawasan kajian. Kawasan kajian yang dikaji ialah Kuala Sepetang, Taiping,

Perak yang lebih tertumpu kepada sektor perkilangan kayu arang. Sebahagian besar penduduk di

sekitar Kuala Sepetang bekerja di kilang kayu arang. Kedudukan Kuala Sepetang yang

berhampiran dengan laut menggalakkan pertumbuhan pokok bakau yang menyebabkan

pembinaan kilang kayu arang di situ. Hal ini kerana pokok kayu bakau merupakan sumber utama

dalam penghasilan kayu arang yang berkualiti tinggi.

Dari aspek tempoh masa kajian pula, ia melibatkan tempoh masa selama dua puluh tahun

iaitu dari tahun 1960 hingga tahun 1980. Hal ini kerana, dalam tempoh masa tersebut berlaku

perkembangan dan perubahan pendapatan penduduk di kawasan Kuala Sepetang. Tambahan

pula, dalam tempoh masa tersebut turut mendapati beberapa perubahan penggunaan teknologi

dalam penghasilan kayu arang bagi memajukan industry tersebut.

Jika diambil dari aspek kerja lapangan pula, terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini bagi

mengupas tentang latar belakang pembinaan kilang kayu arang di kawasan kajian. Selain itu,

mengkaji tentang proses penghasilan kayu arang yang berkualiti tinggi sehingga mampu

menembusi pasaran antarabangsa. Aspek ini dipilih kerana mendapati pembinaan kilang kayu
arang ini meninggalkan impak yang besar kepada penduduk Kuala Sepetang dalam

meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian ilmiah yang telah dilakukan oleh pengkaji-penkaji yang lain

berkaitan dengan penyelidikan kilang kayu arang di Malaysia. Antara kajian yang telah

dibukukan yang menceritakan tentang kilang kayu arang di Kuala Sepetang. Bukunya yang

berjudul Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Kearifan Tempatan oleh Nazarudin Zainun

yang diterbitkan pada tahun 2015. Penulis ini menceritakan tentang latar belakang kegiatan

ekonomi dan perniagaan penduduk di kawasan Kuala Sepetang. Menurut kajiannya, majoriti

penduduk di Kuala Sepetang terlibat dalam aktiviti perikanan dan bekerja di kilang kayu arang.

Hasil pembacaan karya beliau dapat menarik minat pengkaji untuk membuat kajian tentang

peranan kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan Kuala

Sepetang.

Selain itu, keratan akhbar Utusan Malaysia yang ditulis oleh Opat Rattaanachat pada 23

Disember 2014. Dalam keratan akhbar ini yang bertajuk Tradisi Arang Kayu Dipertahankan

yang menerangkan tentang industri arang kayu yang diancam kepupusan ekoran peredaran masa.

Menurut penulis, beliau telah menemubual seorang pengusaha iaitu Lim Kim Lai arang kayu di

Sungai Petani. Secara umumnya, mengkaji tentang relevenkah arang kayu pada zaman sekarang

kerana wujudnya kaedah memasak yang lebih moden iaitu menggunakan dapur elektrik dan gas.

Oleh sebab itu, pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian tentang peranan kilang kayu arang

dalam meningkatkan pendapatan penduduk di Kuala Sepetang.


Terdapat juga kajian ilmiah yang lain iaitu kajian mengenai Peranan Hutan Paya Bakau

Sebagai Pengeluar Arang Kayu Dan Langkah Pemuliharaannya Di Hutan Paya Bakau Sibyte,

Sandakan. Kajian ini dihasilkan oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Alinda

Liboh pada tahun 2009. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui peranan pokok kayu bakau dalam

penghasilan arang kayu dan mengkaji spesies kayu bakau yang sesuai untuk menghasilkan kayu

arang yang berkualiti tinggi. Pengkaji juga mengenalpasti langkah pemuliharaan yang perlu

dilakukan seperti penanaman semula pokok kayu bakau yang telah ditebang. Penulisan ini

menimbulkan rasa ingin tahu kepada pengkaji bagi mengetahui peranan kilang kayu arang dalam

meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan Kuala Sepetang, Taiping, Perak.

KAEDAH KAJIAN

Penghasilan kajian ilmiah ini menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat

yang lebih terperinci. Pengkaji menggunakan kaedah lisan dimana telah menemubual beberapa

pekerja di Charcoal Factory, Kuala Sepetang yang memainkan peranan penting dalam sektor

perkilangan kayu arang ini.

Disamping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini

dilakukan bagi mendapatkan beberapa sumber yang bermanfaat dalam penulisan kajian ilmiah.

Antara sumber yang digunakan ialah buku dan keratan akhbar.

Pengkaji juga menggunakan kaedah kajian lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi

mendapatkan info-info yang lebih jelas dan menarik malah pengkaji dapat melihat sendiri

tentang proses penghasilan kayu arang yang berkualiti tinggi. Selain itu, dapat mengetahui usaha

yang dilakukan oleh kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di Kuala

Sepetang, Taiping, Perak.


PEMBAHAGIAN STUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu

pengenalan, isi dan kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan latar

belakang kawasan kajian secara umum iaitu di Kuala Sepetang. Selain itu, pengkaji akan

mengaitkan peranan kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk dikawasan

kajian.

Manakala di bahagian isi pula, pengkaji akan mengupas tentang sejarah pembinaan

kilang kayu arang di kawasan Kuala Sepetang. Seterusnya, pengkaji akan menghuraikan tentang

peranan kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan Kuala

Sepetang, Taiping, Perak.

Pada bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan membuat rumusan berdasarkan hasil

kajian yang telah dijalankan.

PENUTUP

Pengkaji sangat berharap agar penghasilan kajian ilmiah ini dapat memberi pemahaman

yang lebih jelas kepada masyarakat luar tentang perkembangan sektor perkilangan kayu arang di

Kuala Sepetang. Lantaran itu, masyarakat luar dapat memperlihatkan tentang peranan dan

kejayaan kilang kayu arang dalam meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan Kuala

Sepetang, Taiping, Perak.

BIBLIOGRAFI

BUKU ILMIAH
Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan, Nararudin

Zainun,2015.

Peranan Hutan Paya Bakau Sebagai Pengeluar Arang Kayu Dan Langkah

Pemuliharaannya Di Hutan Paya Bakau Sibyte, Sandakan, Alinda Liboh, Universiti Malaysia

Sabah (UMS), 2009.

SURAT KHABAR

Tradisi Arang Kayu, Utusan Malaysia, Opat Rattanatchat, 23 Disember 2014.

TEMUBUAL

Nama: Chong Ming Hui

Umur: 50 Tahun

Pekerjaan: Pengarah Eksekutif Charcoal Factory

Pengalaman: Telah bekerja selama 20 tahun

KERJA LAPANGAN

Charcoal Factory, Jalan Taiping, Kuala Sepetang, 34650 Taiping, Perak.

SUMBER INTERNET

https://www.orangperak.com/kilang-arang-industri-paling-tua-di-kuala-sepetang.html

http://www.sobriyaacob.com/2015/03/kayu-arang-di-kuala-sepetang.html

Anda mungkin juga menyukai