Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH

SEJARAH STPM 940/4


NAMA : NUR IZZATUL NADIAH BINTI MOHAMED ALI

TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PELBAGAI KEREPEK


SALLEH FOOD ENTERPRISE DI KAMPUNG PARIT KEMANG, SENGGARANG,
BATU PAHAT, JOHOR DARI TAHUN 2010 HINGGA 2015.

Pengenalan

Penghasilan kerepek merupakan suatu kegiatan ekonomi yang telah dijalankan

oleh masyarakat di Kampung Parit Kemang secara tradisional sejak awal lagi. Ia

diusahakan oleh masyarakat setempat di situ secara kecil-kecilan sebagai pendapatan

sampingan mereka. Namun begitu, kegiatan perusahaan kerepek ini mula berkembang

pesat dan bertukar kepada kegiatan ekonomi utama penduduk setempat khususnya

kepada Pengusaha Perusahaan Kerepek Salleh Food. Ini kerana aktiviti perusahaan

kerepek ini dilihat mempunyai potensi ekonomi yang sangat besar samada pasaran di

dalam negara dan di luar negara. Kerepek yang dihasilkan di Salleh Food mendapat

permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat melayu, terutama sekali kepada

permintaan kerepek ubi pedas dan kerepek pisang. Sementalahan itu, minat yang

ditunjukkan oleh Encik Salleh dalam perusahaan pelbagai jenis kerepek dan kegigihan

beliau dalam mengembangkan perusahaan kerepek ini di kampungnya menjadi satu

tajuk yang amat menarik untuk dikaji.

Objektif kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis sejarah awal

penghasilan dan perkembangan perusahaan pelbagai jenis kerepek yang dijalankan oleh
Encik Salleh di Kampung Parit Kemang. Dengan adanya kajian ini, masyarakat sekitar

akan dapat mengetahui bagaimana kegiatan penghasilan kerepek dijalankan di kampung

tersebut.

Selain itu, kajian ini juga ingin menunjukkan perkembangan perusahaan

kerepek yang diusahakan oleh Encik Salleh di Kampung Parit Kemang dari tahun

2005 hingga tahun 2015. Kajian ini juga dapat menunjukkan perubahan teknik yang

berlaku dalam menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang dijalankan oleh beliau di situ.

Malah tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti masalah

yang dihadapi oleh Encik Salleh dalam menguruskan perusahaan kerepek yang

dijalankannya. Ini kerana dalam kegiatan penghasilan dan perkembangan perusahaan

kerepek ini sudah pasti terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi dari masa ke

semasa.

Permasalahan Kajian

Dalam perusahaan kerepek ini, kajian dilakukan untuk mengetahui

bagaimana kegiatan penghasilan dan perkembangannya mula dijalankan oleh Encik

Salleh. Ini kerana kegiatan perusahaan kerepek pada mulanya hanyalah sebagai

pendapatan sampingan oleh Encik Salleh dan penduduk setempat yang dijalankan

secara kecil-kecilan sahaja.

Kajian ini juga dijalankan untuk meninjau perubahan cara penghasilan

kerepek yang dijalankan oleh Encik Salleh dalam tempoh kajian yang dilakukan.

Justeru itu, melalui kajian ini juga dapat melihat kepelbagaian kerepek yang dihasilkan

oleh Encik Salleh dan adakah perubahan penghasilan yang berlaku memberi impak

kepada perusahaan penghasilan kerepek yang dijalankan olehnya di Kampung Parit


Kemang. Sekali gus membantu kepada perubahan sosioekonomi masyarakat setempat

di Kampung Parit Kemang tersebut.

Di samping itu, kajian ini dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah

yang dilakukan oleh Encik Salleh dalam memastikan perusahaan kerepek yang

dijalankan olehnya dapat terus bertahan dan bersaing dengan pengusaha perusahaan

kerepek yang lain.

Skop Kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada

kawasan Kampung Parit Kemang, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Kawasan ini terletak

lebih kurang 29 km dari Bandar Batu Pahat. Kampung ini dipilih kerana di kampung

tersebut terdapat pengusaha perusahaan kerepek yang berjaya iaitu Encik Salleh.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2005

hingga tahun 2015. Tempoh masa ini dipilih kerana penghasilan dan perkembangan

pelbagai jenis kerepek Encik Salleh berkembang dengan pesatnya adalah pada ketika

itu.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan. Ia

tertumpu kepada bermulanya kegiatan awal perusahaan kerepek yang dijalankan di

Kampung Parit Kemang. Seterusnya kegiatan penduduk setempat dalam perusahaan

telah menberi inspirasi kepada Encik Salleh untuk menjadi pengusaha perusahaan

kerepek yang berjaya di kampungnya. Kajian ini seterusnya memberi tumpuan kepada

perkembangan perusahaan penghasilan kerepek Encik Salleh. Malah kajian ini juga

memberi fokus kepada mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh Encik Salleh
dalam mengembangkan perusahaan penghasilan pelbagai jenis kerepek yang

dijalankannya dalam tempoh kajian.

Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan

perusahaan kerepek di Batu Pahat dan secara amnya di Johor. Antaranya adalah

penulisan oleh Saadiah Mohamad yang bertajuk Aneka Hidangan Snek dalam

www.alaf21.com.my . Penulis buku ini menceritakan hidangan snek atau kerepek yang

begitu digemari oleh masyarakat tempatan. Buku ini menyediakan 44 resipi seperti

keropok ikan, kerepek bawang, maruku, kuih ros dan sebagainya. Ia sesuai sebagai

hidangan hari perayaan dan sebagainya. Buku ini juga turut menunjukkan cara-cara

menyediakan hidangan tersebut.

Selain itu, penulisan berkaitan penghasilan pelbagai jenis kerepek adalah

melalui https://ms.wikipedia.org yang menjelaskan bahawa kerepek merujuk kepada

sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing. Kerepek

dibuat daripada pelbagai jenis bahan dan dinamakan mengikut jenis bahan yang

digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut. Sebagai contoh, kerepek pisang yang

merupakan makanan tradisional Malaysia yang diperbuat daripada pisang dan antara

bahannya ialah serbuk kunyit, garam dan gula. Antara contoh pisang yang boleh

dibuat kerepek ialah pisang nipah dan lain-lain pisang yang sesuai untuk dibuat

kerepek.

Satu lagi penulisan mengenai penghasilan pelbagai jenis kerepek melalui

Kompilasi Majalah Karangkraf. Buku ini menceritakan keenakan rasa kerepek yang

pedas, manis, masin dan rangup apabila dikunyah sehingga menjadikan snek seperti
kerepek dan keropok begitu digemari ramai sehingga ke kini. Sama ada tradisional

mahupun moden, Setiap satunya memiliki keistimewaan yang tersendiri. Contohnya,

kerepek bawang, kerepek ubi pedas, kacang goreng dan muruku merupakan snek

tradisional yang masih kekal malahan dikormesialkan. Jika dahulu snek seperti ini

banyak dihidangkan pada hari raya tetapi kini kita boleh menikmatinya pada bila-bila

masa sahaja. Bagi yang meminati snek ringan seperti ini, buku Kompilasi Hidangan

Snek ini dapat membantu masyarakat menyediakan pelbagai resipi yang menarik.

Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 4 kaedah untuk

mendapatkan maklumat. Pada awalnya penulis akan menjalankan penyelidikan

perpustakaan bagi memperoleh sumber primer dan sumber sekunder. Antaranya ialah

akhbar, buku, majalah, dan ensiklopedia sebagai bahan rujukan.

Selain itu, penulis juga akan mendapatkan maklumat melalui kaedah menemu

bual pengusaha perusahaan kerepek yang berjaya tersebut. Pelbagai maklumat akan

cuba diperolehi daripada beliau. Selain itu kaedah temu bual juga akan melibatkan

pekerja-pekerja Encik Salleh di Kampung Parit Kemang. Segala maklumat yang

diperoleh daripada beliau dan pekerjanya akan dicatat dan dirakam.

Penulis juga akan membuat kajian lapangan dengan melawat kilang

penghasilan kerepek Encik Salleh di Kampung Parit Kemang, Senggarang. Selain itu

meninjau perusahaan kerepek oleh penduduk lain di kampung tersebut. Gambar akan

diambil di tempat yang dilawati sebagai bukti menjalankan kajian di situ.

Penulis juga menggunakan laman sesawang sebagai rujukan untuk mengkaji

maklumat dengan lebih lanjut mengenai perusahaan kerepek. Melalui laman sesawang
tersebut, penulis mempelajari sesuatu yang baharu tentang perbezaan cara dan teknik

yang digunakan oleh masyarakat melayu dalam menghasilkan pelbagai jenis kerepek

dan keunikan kerepek tersebut sama ada dari segi rasa, tekstur, dan bentuknya yang

berlainan.

Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepda 3 bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan

menjelaskan penghasilan dan perkembangan perusahaan kerepek oleh Encik Salleh di

Kampung Parit Kemang yang menjadi kawasan kajian. Seterusnya penulis akan

mengaitkannya dengan tujuan kajian dijalankan secara umum.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian

yang terbahagi kepada 3 aspek. Aspek pertama adalah meninjau permulaan atau

sejarah awal perusahaan kerepek di Kampung Parit Kemang yang kemudiannya

menjadi inspirasi kepada Encik Salleh menceburkan diri dalam perusahaan penghasilan

pelbagai jenis kerepek Salleh Food. Penulis juga akan mengupas apakah perubahan

cara dan teknik dalam menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang dilakukan pada tahun

yang dikaji yang menjadi pemangkin kepada perkembangan perusahaan kerepek Salleh

Food. Penulis juga akan mengupas jika ada teknologi yang digunakan dalam

menghasilkan pelbagai jenis kerepek. Selain itu, penulis akan mengenal pasti masalah

yang dihadapi oleh Encik Salleh dalam penghasilan kerepek tersebut.

Akhir sekali, penulis akan membuat kesimpulan dengan merumus hasil kajian

yang telah dilakukan.


Penutup

Kajian ini diharapkan dapat memanfaatkan masyarakat terutamanya buat

generasi muda yang sedang mencari-cari peluang pekerjaan yang boleh meberikan

hasil pulangan pendapatan yang lumayan kepada mereka. Bidang perusahaan yang

diceburi oleh Encik Salleh akan menjadi inspirasi kepada penduduk Kampung Parit

Kemang khususnya dan umumnya buat generasi muda yang lain untuk berjaya seperti

beliau.

Biblografi

Sumber Primer

Sijil Penyertaan Program Latihan Teknologi Rekabentuk Pembungkusan Pembangunan

Jenama Dan Undang-undang Serta Peraturan Pelabelan

Sijil Bengkel e-Halal Produk Makanan Usahawan Bimbingan Risda

Anugerah Usahawan Wanita Harapan Johor

Sijil Penyertaan Bengkel Penyediaan Manual GHP MPPB 2004 Untuk Industri Kecil

Dan Sederhana Ke Arah Pelaksanaan HACCP

Sumber Sekunder

Saadiah Mohamad, Aneka Hidangan Snek. Ultimate Print Sdn. Bhd

Rujukan daripada Ensiklopedia

Kompilasi Majalah Karangkraf, Kompilasi Hidangan Snek

Sumber Lisan
Temu bual dengan pengusaha perusahaan kerepek Berjaya, Encik Salleh

Temu bual dengan pekerja-pekerja Salleh Food Enterprise

Anda mungkin juga menyukai