Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA 4: SEJARAH KULINARI


TAJUK: KUIH TAU SAR PIAH: ASAL USUL DAN PERKEMBANGANNYA DI
SUNGAI PETANI, KEDAH DARI TAHUN 1970 HINGGA TAHUN 1990.

PENGENALAN

Kuih Tau Sar Piah merupakan kuih tradisional Cina yang terdapat di Malaysia dan juga
negara lain seperti Fujian, Chaozhou, Taiwan dan sebagainya. Bahan utama Kuih Tau Sar
Piah ialah tepung, kacang hijau, bawang merah, gula, garam dan sebagainya. Di Malaysia,
masyarakat Cina biasanya akan menggunakan Kuih Tau Sar Piah untuk menyembahyang
Dewa Tua Pek Kong. Hal ini demikian adalah menurut kenyataan masyarakat Cina,
Dewa Tua Pek Kong gemar makan Kuih Tau Sar Piah.

Selain itu, semakin banyak kedai menjual yang Kuih Tau Sar Piah telah wujud di
Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Perubahan telah
dilakukan terhadap Kuih Tau Sar Piah dengan mempelbagaikan perisa seperti pandan,
kaya, kopi, durian dan sebagainya untuk memenuhi citarasa peminat Kuih Tau Sar Piah
yang pelbagai.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti asal usul Kuih Tau Sar Piah.

Seterusnya, kajian ini mengenal pasti perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani,
Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti cabaran dan kejayaan Kuih Tau Sar Piah di
Sungai Petani, Kedah dari 1970 hingga tahun 1990.

PERSOALAN KAJIAN

Esei ini akan menjelaskan tentang asal usul Kuih Tau Sar Piah.
Selain itu, esei ini juga menjelaskan tentang perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai
Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
SKOP KAJIAN

Kajian ini akan menfokuskan kepada asal usul Kuih Tau Sar Piah. kajian ini juga
memumpukan perkembangannya di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun
1990.Begitu juga, kajian ini mengkaji cabaran yang dihadapi dan kejayaan yang
diperolehi dalam perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun
1970 hingga tahun 1990.

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan hasil kajian yang saya lakukan, terdapat juga beberapa kajian yang hampir
sama dengan tajuk yang saya kaji. Antaranya, surat kahbar mandarin – Guang Ming
Daily yang telah memperkenalkan keistimewaan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani,
Kedah.
Begitu juga, blogger - Grace Yeoh telah menceritakan perkembangan beberapa kedai
yang menjual Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah. Dia telah membuat analisis
tentang Kuih Tau Sar Piah berdasarkan bentuk, saiz, perisa dan sebagainya yang dijual di
kedai-kedai di Sungai Petani, Kedah.

KAEDAH KAJIAN

Temu bual
Saya akan mengadakan temu bual dengan pengusaha-pengusaha kedai di Sungai Petani,
Kedah yang mengeluarkan Kuih Tau Sar Piah serta berniaga selama 50 tahun ke atas.
Saya juga mengadakan temu bual dengan pelanggan-pelanggan kedai Kuih Tau Sar Piah
tersebut.

KEPUSTAKAAN

Saya telah menggunakan kaedah kepustakaan dengan melayari internet untuk mencari
sumber rujukan tentang Kuih Tau Sar Piah. Seterusnya, saya juga mencari surat khabar
dan buku-buku yang berkaitan dengan asal usul dan perkembangan Kuih Tau Sar Piah
untuk mendapat maklumat lebihan.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

PENDAHULUAN

Dalam bahagian ini, saya akan menerangkan tentang asal usul Kuih Tau Sar Piahdan
kemunculannya di Malaysia.

ISI-ISI

Saya akan menjelaskan perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah
dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

Saya juga menjelaskan cabaran yang dihadapi dan kejayaan yang diperolehi dalam
perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah.

Saya turut menjelaskan bagaimana Kuih Tau Sar Piah dapat menjadi kuih yang
digemari oleh masyarakat Cina dan kaum lain di Sungai Petani.

KESIMPULAN

Saya akan menerangkan Kuih Tau Sar Piah terus berkembang dalam kalangan
masyarakat di Sungai Petani, Kedah. Saya juga mengenai harapan supaya Kuih Tau Sar
Piah dapat dikenali oleh orang ramai.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, kajian ini akan menjelaskan asal usul dan perkembangan Kuih
Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Selain itu,
kajian ini juga menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kuih Tau Sar Piah untuk
berkembang di Sungai Petani, Kedah. Kajian ini turut menunjukkan bahawa Kuih Tau
Sar Piah telah menjadi satu makanan yang digemari oleh masyarakat Cina dan kaum lain
di Malaysia.
BILLIOGRAFI

“北马美食桃花源”, 光明日报, 9 februari 2008.

双溪大年伴手礼, http://ceresgrace.blogspot.my

双溪大年老字号大饼家 Lau Zi Ho Enterprise,


http://chenbengleedeliciousfooddirectory.blogspot.my

Resipi Kuih Tau Sar Piah, http://www.jennyong.co.uk

綠豆沙餅, https://zh.wikipedia.org

Anda mungkin juga menyukai