Anda di halaman 1dari 4

NAMA : RIZWAN BIN BAHARUDDIN

NO. KAD PENGENALAN :041008120877

ANGKA GILIRAN :SE0026/1025

TEMA : SEJARAH KULINARI

SEJARAH MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BUGIS DI KG WARISAN,


INANAM, KOTA KINABALU, SABAH DARI TAHUN 1980 HINGGA TAHUN 2016

PENGENALAN

Negeri Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional
kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti suku
kaum Bajau,Bugis,Brunei, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi. Suku kaum Bugis merupakan
salah satu suku kaum yang terkenal dalam negeri Sabah. Tema bagi kajian saya ini adalah
berkaitan dengan sejarah makanan tradisi suku kaum bugis, saya ingin mengetahui beberapa
jenis makanan tradisional bagi suku bugis di Kampung Warisan, Inanam, Sabah. Suku kaum
ini mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional seperti Burasak,Barobok/Berobok,Sanggar
Pappek,Pisang Telemek,Ayam Masak Lengkuas dan banyak lagi. Oleh itu kajian ini
menumpukan kepada asal usul kemunculan dan bagaimana berlakunya perkembangan
terhadap makanan tradisi suku kaum bugis di Kampung Warisan, Inanam, Sabah dari tahun
1980 hingga tahun 2016.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini bertujuan untuk menjelaskan asal-usul kemunculan makanan


tradisi suku kaum bugis di Kg Warisan, Inanam,Kota Kinabalu, Sabah.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana makanan tradisi
suku kaum bugis itu mengalami perkembangan di Kg Warisan, Inanam,Kota Kinabalu,Sabah
dari tahun 1980 hingga tahun 2016.
Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam
menghasilkan makanan tradisi suku kaum bugis di Kg Warisan, Inanam,Kota Kinabalu,Sabah
dari tahun 1980 hingga tahun 2016.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah. Dalam kajian ini
terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas bagaimanakah
mulanya kemunculan makanan tradisional suku kaum bugis hingga menjadi makanan yang
diminati di Kg Warisan, Inanam.

Kajian ini juga untuk mengenalpasti bagaimanakah makanan tradisional suku kaum
bugis tersebut mengalami perkembangan dari segi cara pembuatannya di Kampung Warisan,
Inanam, Sabah dari tahun 1980 hingga tahun 2016.

Selain itu, kajian ini juga mengupas persoalan tentang cabaran yang dihadapi dalam
menghasilkan makanan tradisional suku kaum bugis di Kampung Warisan, Inanam dari tahun
1980 hingga tahun 2016. Persoalan ini menarik untuk dikaji kerana membolehkan masyarakat
luar dapat memahami apakah cabaran yang dihadapi ketika menghasilkan makanan
tradisional tersebut.

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop

Kampung Warisan, Inanam,Kota Kinabalu,Sabah. Kawasan ini dipilih kerana ia merupakan


sebuah Kawasan yang mengalami perkembangan dari segi kulinari.

Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan jangka masa selama tiga puluh enam
tahun iaitu dari tahun 1980 hingga 2016. Tempoh ini dipilih kerana dalam tempoh tersebut
telah berlakunya perkembangan dalam penghasilan makanan tradisional suku kaum kadazan
dusun.
Di samping itu,kajian ini juga telah spesifik kepada cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam menghasilkan makanan tradisional suku kaum bugis dari tahun 1980 hingga tahun
2016.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak kajian yang telah dibuat tentang sejarah makanan tradisional dan
perkembangannya pada masa kini.Saya menjumpai kajian daripada sumber dalam talian iaitu
“Budaya Masyarakat Bugis Dalam Aspek Makanan Tradisi,Komunikasi Dan Perkahwinan”
ditulis oleh Nor Sela Saleh,Mohd Shafie Rosli dan Andi Sukri Syamsuri menceritakan
sejarah kemunculan makanan tradisi kaum bugis dan adat-adat yang lain suku kaum bugis di
Sabah.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan karya ilmiah, pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi


mendapatkan maklumat. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual pada awalnya. Dalam
kaedah ini, pengkaji menemubual beberapa orang yang telah lama menghasilkan makanan
tradisional suku kaum bugis di Kg Warisan, Inanam, Sabah di samping penduduk lain yang
arif dalam menghasilkan makanan tradisional tersebut.

Pengkaji juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi
mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang
digunakan adalah Laporan Tahunan, majalah dan surat khabar. Sumber ini diperolehi dari
perpustakaan.

Malah pengkaji juga menjalankan kajian lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi
membolehkan pengkaji melihat dengan sendiri perkembangan dalam penghasilan makanan
tradisional suku kaum bugis di Kg Warisan, Inanam, Sabah seiring dengan zaman yang kian
moden.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam
bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan secara umum asal-usul kemunculan
makanan tradisional suku kaum bugis di Kg Warisan, Inanam. Seterusnya pengkaji
menjelaskan perkembangan yang berlaku terhadap makanan tradisional tersebut. Pada
bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji
adalah awal mulanya asal usul kemunculan makanan tradisional suku kaum bugis di Kg
Warisan, Inanam dalam menjadi makanan yang diminati di kawasan kajian tersebut. Selain
itu pengkaji juga merungkaikan perkembangan penghasilan makanan tradisional dan cabaran
dalam menghasilkan makanan tradisional tersebut. Manakala di bahagian kesimpulan pula,
penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP

Pengkaji berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat
pemahaman tentang asal usul dan perkembangan makanan tradisional suku kaum bugis.
Malah ia sekali gus dapat memaparkan perubahan yang berlaku zaman ke zaman dari segi
pembuatan dan jumlah penghasilan makanan tersebut di Kg Warisan, Inanam, Sabah.

BIBLIOGRAFI

Allen, G.C. Makanan Tradisional Bugis. North Borneo: I.S.O Government Printer, 1962.

D.S Ranjit Singh Makanan suku kaum bugis Sabah 1881 - 1981 Kota Kinabalu: Government
Printing Department, 2007.

Headman of Kota Kinabalu District. North Borneo Annual Report. Kota Kinabalu:


Government Printing Department, 1961.

Nor Shela Saleh,Mohd Shafie Rosli dan Andi Sukri Syamsuri,pelajar Universiti Sains
Malaysia “Budaya Masyarakat Bugis Dalam Aspek Makanan Tradisi,Komunikasi Dan
Perkahwinan”.

Kamarul Arnizam, ”Sejarah Asal-usul Makanan Kaum Bugis di Sabah”.

Anda mungkin juga menyukai