Anda di halaman 1dari 7

Tema : Sejarah Kulinari Dan Makanan

Tajuk : Masak Lemak Cili Api : Perkembangan dari Segi Perusahaan Makanan Di Negeri

Sembilan ( 1988-2020 )

PENGENALAN :

Masak Lemak Cili Api dikenali sebagai masakan kuning lada api atau “ masok lomak

lado api ” satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang makanan tradisional orang

melayu Negeri Sembilan . Ia merupakan salah satu masakan daripada orang Minangkabau dan

kebiasaannya dimasak bersama ayam , ikan , sayur-sayuran dan daging salai . Masyarakat Negeri

Sembilan merupakan masyarakat perantau yang bermukim pada sembilan negeri yang telah

membentuk persekutuan yang disebut “Lembaga” dan dinamakan “Negeri Sembilan” . Negeri

Sembilan terletak di Pantai Barat yang telah tiba sejak abad ke-14 . Masakan masak lemak cili

api mempunyai keunikannya iaitu masak tidak menggunakan minyak dan caranya yang agak

berbeza dengan negeri lain . Masyarakat Negeri Sembilan menggemari masakan ini kerana

rasanya yang menggabungkan rasa pedas , berlemak dan masin . Kebiasaannya dihidangkan

dengan nasi panas . Oleh itu , kajian ini menumpukan kepada perkembangan perusahaan masak

lemak cili api di Negeri Sembilan dari tahun 1988 hingga tahun 2020 .
OBJEKTIF KAJIAN :

Pada umumnya , terdapat tiga objektif utama kajian ini . Secara dasarnya , kajian ini

bertujuan untuk menjelaskan latar belakang perusahaan masak lemak cili api . Masak lemak

cili api terkenal di kalangan masyarakat melayu walaupun berasal dari Negeri Sembilan .

Selain itu , kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan perusahaan

masak lemak cili api di Negeri Sembilan . Perkembangan ini penting bagi menggerakkan

ekonomi di Negeri Sembilan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Malah , dengan penghasilan kajian ini bertujuan untuk menjelaskan pencapaian

masakan masak lemak cili api . Antara pencapaian adalah masakan masak lemak cili api semakin

terkenal di negeri-negeri lain dan dipelbagaikan bahannya iaitu bukan sahaja ayam tetapia ketam

, lala , siput sedut dan lain-lain .


PERMASALAH KAJIAN :

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah . Dalam kajian ini

terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji . Kajian ini menjelaskan latar belakang Masakan

Masak Lemak Cili Api . Kajian tentang latar belakang adalah penting bagi membolehkan

pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana perusahaan masakan ini menggerakkan

ekonomi masyarakat setempat di Negeri Sembilan .

Kajian ini juga untuk mengenal pasti signifikan dan latar belakang perusahaan masak

lemak cili api dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dari tahun

1988 hingga tahun 2020 . Aspek ini dikaji bagi memahami apakah dan bagaimana usaha

peniaga dan penduduk bagi memperkenalkan masakan ini di Negeri Sembilan .

Selain itu , kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh manakah

pencapaian masakan masak lemak cili api dalam menyediakan peluang pekerjaan serta

meingkatkan taraf hidup masyarakat setempat di Negeri Sembilan dari tahun 1988 hingga tahun

2020 . Persoalan ini menarik untuk dikaji bagi membolehkan masyarakat luar dapat memahami

serta menilai pencapaian masakan masak lemak cili api dalam membantu meningkatkan taraf

hidup masyarakat setempat di Negeri Sembilan .


SKOP KAJIAN :

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian . Skop yang

pertama adalah kawasan kajian ( geografikal ) . Dalam aspek ini , kajian ini fokus Negeri

Sembilan yang merupakan sebuah petempatan yang terkenal dengan masakan masak lemak cili

api . Masakan masak lemak cili api sangat sinonim atau padan dengan orang yang berasal dari

Negeri Sembilan kerana orang yang tinggal di sinilah yang mengasaskan masakan masak lemak

cili api . Negeri Sembilan pada asalnya adalah penduduk minang yang merantau ke sembilan

tempat .

Dari segi tempoh masa kajian ( kronologikal ) . Kajian ini melibatkan tempoh jangka

masa selama tiga puluh dua tahun iaitu dari tahun 1988 hingga tahun 2020 . Tempoh masa ini

dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlakunya perkembangan yang pesat dalam

perusahaan masakan masak lemak cili api .

Manakala dari segi aspek kajian ( fungsional ) , terdapat juga isu yang dikaji . Kajian ini

cuba untuk menjelaskan latar belakang masakan masak lemak cili api sebagai sejenis makanan

yang terkenal di Negeri Sembilan . Selain itu , kajian ini juga mengenal pasti perkembangan

masak lemak cili api sebagai makanan yang dapat menggerakkan ekonomi dan sekaligus

membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat di Negeri Sembilan . Di samping itu ,

kajian ini turut menggapai pencapaian masakan masak lemak cili api sebagai hidangan yang

semakin dikenali dan tersohor di Malaysia .


SOROTAN KAJIAN LEPAS :

Terdapat banyak bahan ilmiah yang berkaitan dengan perusahaan masakan masak lemak

cili api telah dihasilkan . Antara bahan bacaan berkenaan adalah artikel yang berkait rapat

dengan masakan Negeri Sembilan ialah artikel yang bertajuk “Inovasi Penyediaan Masakan

Tradisional Melayu Melalui Penghasilan Kiub Masak Lemak Cili Api” yangg diterbitkan pada

tahun 2019 oleh Halimatul Muna Mohd Din dan Hamidah Noor Md Yusoh . Artikel tersebut

menerangkan tentang latar belakang dan ada menyatakan bahan-bahan masakan-masakan

terkenal Negeri Sembilan . Hasil pembacaan artikel ini menarik minat pengkaji untuk

membuat kajian berkaitan dengan sejarah kemunculan masakan ini .

Selain itu , melalui pembacaan artikel yang bertajuk “Penggunaan Santan Dalam Masak

Lemak Cili Api” di portal rasmi Pemakanan Sihat Digital . Artikel dalam portal rasmi ini telah

ditulis oleh Dr Norman Norawi pada tahun 2020 yang menerangkan kebaikan penggunaan santan

dalam masakan . Dari pembacaan ini telah menarik minat pengkaji untuk merintis kajian

yang belum lagi dilakukan terhadap pengkajian kebaikan santan dalam masakan .

Selain itu , terdapat artikel dalam laman web yang bertajuk “Budaya Pemakanan

Masyarakat Negeri Sembilan” yang menjelaskan tentang cara pemakanan masyarakat di Negeri

Sembilan . Hasil pembacaan itu telah menarik minat pengkaji untuk membuat kajian

tentang perkembangan perusahaan masak lemak cili api .


KAEDAH KAJIAN :

Dalam menghasilkan karya ilmiah , pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi

mendapatkan maklumat . Kaedah pertama , pengkaji menggunakan kaedah kajian kepustakaan

. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder .

Antara sumber yang digunakan adalah Portal Rasmi , sijil , majalah , surat khabar dan laman

sesawang internet . Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan tempat itu sendiri .

Seterusnya , pengkaji menggunakan kaedah temu bual pada awalnya . Melalui kaedah

ini, pengkaji menemu bual Encik Ahmad Ayyash Aulian Bin Ahmad Shah Fitri yang merupakan

salah seorang penduduk di Negeri Sembilan dan anak kepada ketua kampung bagi mengumpul

maklumat berkaitan dengan masakan masak lemak cili api .

Selain itu , pengkaji juga menjalankan kerja lapangan . Kaedah ini dilakukan bagi

membolehkan pengkaji melihat dengan sendiri perkembangan dan pencapaian masakan ini .
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama . Pada

bahagian pengenalan , pengkaji akan menjelaskan secara umum perusahaan masakan masak

lemak cili api di Malaysia dan perkembangan masakan ini sebagai makanan yang terkenal dalam

Malaysia .

Pada bahagian isi pula , esei ini merungkaikan tiga persoalan yang dikaji . Aspek

pertama yang dikaji adalah latar belakang masak lemak cili api dalam membantu meningkatkan

taraf hidup masyarakat setempat . Malah penulis juga akan mengupas perkembangan masakan

masak lemak cili api dalam Malaysia . Di samping itu juga pengkaji akan menelusuri

perkembangan pemasaran masakan ini dari peringkat dalam dan luar negara . Selain itu pengkaji

juga merungkaikan pencapaian masakan ini dalam perusahaan di Negeri Sembilan atau Malaysia

Manakala di bahagian kesimpulan pula , pengkaji akan membuat rumusan berdasarkan

hasil kajian yang telah dibuat .

PENUTUP :

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan pengetahuan

berkaitan dengan perkembangan masakan masak lemak cili api sebagai makanan yang tersohor

di Malaysia . Ini sekaligus menarik minat generasi muda untuk menceburi diri dalam perusahaan

industi makanan .

Anda mungkin juga menyukai