Anda di halaman 1dari 7

NAMA :

TEMA: SEJARAH EKONOMI

TAJUK : PERKEMBANGAN KEGIATAN PENANAMAN PADI DI KAMPUNG

SUBANG, DAERAH PADAWAN DARI TAHUN 1990 SEHINGGA TAHUN 2000

Pengenalan

Sebelum penjajahan barat, penanaman padi merupakan suatu kegiatan ekonomi yang

dijalankan secara tradisional oleh masyarakat tempatan di Malaysia. Ia diusahakan secara

gotong royong bagi memenuhi keperluan sara diri. Namun kedatangan kuasa Barat telah

membawa kepada perubahan terhadap penanaman padi sama ada dari teknologi mahupun

hasil pengeluarannya. Kegiatan penanaman padi juga menjadi kegiatan ekonomi utama bagi

penduduk di Kampung Subang yang terletak di daerah Padawan, Sarawak. Majoriti

masyarakat penduduk tersebut yang berketurunan Bidayuh menjalankan kegiatan

penanaman padi sebagai punca pendapatan mereka. Penanaman padi di kawasan tersebut

telah mengalami perkembangan yang pesat dan ia menjadi satu tajuk yang sesuai untuk

dikaji.

Objektif Kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal penanaman

padi di Kampung Subang. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat mengetahui

bagaimana kegiatan penanaman padi kampung tersebut mula dijalankan.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menjelaskan perkembangan dari segi

teknologi penanaman padi di kampung tersebut dari tahun 1990 sehingga 2000. Penulisan ini

membolehkan dapat mengenalpasti perubahan dari peralatan dan teknologi yang digunakan

oleh penduduk di Kampung Subang dalam tempoh kajian.


Malah tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi oleh penduduk di Kampung Subang semasa kegiatan penanaman padi dijalankan.

Ini kerana dalam tempoh kajian tersebut banyak masalah yang dihadapi oleh petani di

kampung tersebut.

Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana kegiatan

penanaman padi mula dijalankan oleh penduduk tempatan di Kampung Subang. Ini kerana

kegiatan penanaman padi ini pada mulanya dapat dikaitkan dengan amalan tradisi masyarakat

tersebut. Ini menjadikan kajian ini menarik untuk dijalankan.

Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk meninjau apakah perubahan

perkembangan teknologi dalam proses penanaman padi oleh penduduk masyarakat di

kampung tersebut. Justeru kajian ini dapat meninjau adakah perubahan teknologi ini

membawa kepada perubahan jumlah hasil pengeluaran penanaman padi di kampung tersebut.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi oleh

petani yang menjalankan kegiatan penanaman padi dalam tempoh kajian. Dengan kajian ini

dapat melihat cabaran – cabaran yang dihadapi oleh petani berkenaan.

Skop Kajian

Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Kampung Subang yang

terletak di daerah Padawan. Kawasan ini terletak 50 km dari bandaraya Kuching. Ini kerana

majoriti penduduk di kampung berkenaan terlibat dengan kegiatan penanaman padi sebagai

kegiatan ekonomi utama.


Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1990 sehingga

2000. Tempoh kajian selama 10 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

perkembangan yang pesat dalam kegiatan penanaman padi di kawasan tersebut.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan. Ia

tertumpu kepada asal usul permulaan kegiatan penanaman padi dilakukan oleh penduduk di

kampung tersebut. Dengan kajian ini dapat mengetahui bagaimana permulaan kegiatan

penanaman padi dijalankan. Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada

perkembangan teknologi yang digunakan oleh penduduk di Kampung Subang yang

menjalankan kegiatan penanaman padi dalam tempoh kajian. Malah kajian ini juga berfokus

kepada penelitian terhadap masalah - masalah yang dihadapi oleh petani dalam menjalankan

kegiatan penanaman padi pada sepanjang tempoh kajian. Dengan ini dapat mengenalpasti

adakah masalah – masalah itu tersebut berbeza atau berulang

Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan kegiatan

penanaman padi di Malaysia. Namun kebanyakan kajian lebih tertumpu di kawasan jelapang

padi seperti negeri Kedah dan Selangor yang sinonim dengan penanaman padi. Hanya

sebilangan kecil kajian tertumpu di kawasan yang agak terpencil. Antaranya adalah penulisan

yang dihasilkan oleh Ellyika Rudik, bertajuk “Sejarah Penanaman Sawah Padi Tradisional

di Kampung Minodung, Tambunan dalam www.academia.edu. Penulisan ini dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu asal usul masyarakat Dusun, latar belakang lokasi kajian dan sejarah

penanaman padi. Hasil pembacaan, ia menjelaskan bagaimana masyarakat Dusun yang

tinggal di kawasan kajian iaitu Kampung Minudong telah menjalankan kegiatan penanaman

padi. Namun penjelasan tentang isu kajian hanya tertumpu pada bahagian ketiga sahaja.

Dalam bahagian ini, dijelaskan tentang beberapa perkara seperti jenis peralatan yang
digunakan dan upacara ritual yang dikaitkan dengan dalam penanaman padi. Ia suatu yang

menarik untuk dibaca kerana dididapati setiap kawasan penanaman padi mempunyai amalan

yang tersendiri. Dari kajian ini menarik minat pengkaji untuk merintis kajian yang belum

lagi dilakukan terhadap perkembangan kegiatan penanaman padi di Kampung Subang.

Satu lagi penulisan akademi bertajuk Sejarah Penanaman Padi di Kedah oleh Mohd

Kasri b Saidon dalam www.scribd.com. Hasil ilmiah ini amat menarik dijadikan sebagai

bahan bacaan ilmiah. Kajian dihasilkan berdasarkan kronologi masa iaitu dari era zaman

silam sejak dari kewujudan Kerajaan Langkasuka sehinggalah ke abad 21M. ia menghalkan

bagaimana penanaman padi mula berkembang di Kedah dan perkembangan yang berlaku ke

atas penanaman padi. Antaranya adalah penanaman tersebut berkait rapat dengan pengaruh

Siam dan Acheh. Malah kegiatan penanaman padi berkembang selaras dengan kedatangan

kuasa British dan pendudukan Jepun di negeri tersebut. Apa yang menarik juga adalah di

akhir bahagian diselit juga dengan kegiatan penanaman padi dengan adat tradisi bersawah

dari zaman silam. Hasil pembacaan menunjukkan penanaman padi sawah di negeri Kedah

pada zaman silam juga dipengaruhi oleh unsur alam seperti pemerhatian pada burung ‘balai’,

burung ‘ruak – ruak’ dan tanda musim durian berbunga yang menunjukkan sesuatu musim

penanaman padi. Kajian yang dilakukan berdasarkan kronologi masa menarik minat pengkaji

untuk menghasilkan kajian penanaman padi di Kampung Subang.

Selain itu kajian berkenaan kegiatan penanaman padi juga terdapat dalam artikel yang

dihasilkan oleh Mohamad Soffe Razak yang bertajuk Sejarah Awal Transformasi Pertanian

di Malaysia dalam mohamadsofee.blogspot.my. Dalam artikel ini ia menyelitkan jua

perkembangan kegiatan penanaman padi sejak dari abad ke 19M lagi.Kegiatan penanaman

padi adalah merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara sara diri oleh masyarakat

Melayu. Antara negeri yang mengusahakan penanaman padi adalah Kedah dan Selangor.

Malah kegiatan penanaman padi adalah merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara
sara diri Kedah yang terkenal dengan kawasan deltanya subur dan luas telah mampu untuk

menghasil dan mengeksport padi sehingga ke negeri seperti Pulau Pinang dan sekitarnya. Ini

ditambah lagi adanya bantuan sistem pengairan yang diusahakan oleh pihak pemerintah pada

masa tersebut. Bagi negeri Selangor pula, pada abad ke 19M, penanaman padi adalah suatu

yang tanaman wajib terutama pada zaman Sultan Muhamad (1826-1857). Namun ekoran dari

berlakunya Perang Saudara (1866-73) telah membawa kepada kemerosotan pengeluaran padi

akibat kerosakan sawah padi. Ini menunjukkan kegiatan penanaman padi telah diusahakan

sejak sebelum kedatangan kuasa Barat lagi. Hasil pembacaan ini menarik minat pengkaji

untuk meneroka kajian perkembangan kegiatan penanaman padi di kawasan yang terpencil

seperti Kampung Subang.

Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 2 kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi

memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di

Pejabat Pertanian, Arkib Negeri dan Pejabat Daerah serta perpustakaan tempatan. Ini

dilakukan untuk mendapatkan rekod – rekod berkenaan kegiatan penanaman padi bagi

Kampung Subang.

Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan –

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat

adalah Ketua kampung Subang, pegawai petanian di Pejabat Pertanian dan pegawai daerah.

Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.


Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan

kegiatan penanaman padi yang dijalankan di Kampung Subang. Bahagian ini juga

menerangkan secara umum latar belakang Kampung Subang yang menjadi kawasan kajian.

Seterusnya penulis akan mengaitkan dengan tujuan kajian dijalankan secara umum.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada 3 aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan atau asal usul

kegiatan penanaman padi yang dijalankan oleh penduduk Kampung Subang. Malah penulis

juga akan mengupas perkembangan teknologi yang berlaku ke atas kegiatan penanaman padi

di kawasan tersebut. Seterusnya penulis akan menghuraikan masalah – masalah yang

dihadapi oleh petani yang mengusahakan penanaman padi dalam tempoh kajian.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian

berkenaan.

Penutup

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi khazanah

tentang kegiatan penanaman padi terutamanya di kawasan yang agak asing bagi masyarakat

luar. Ini sekaligus akan membolehkan Kampung Subang akan dikenali ramai bukan sahaja

sebagai kawasan petempatan tetapi jua dengan kegiatan penanaman padinya yang unik.
Bibliografi

Sumber Primer

Laporan Tahunan Kampung Subang

Laporan Jabatan Pertanian Bahagian Padawan

Laporan Pejabat Daerah Padawan

Sumber Sekunder

Ellyika Rudik,“Sejarah Penanaman Sawah Padi Tradisional di Kampung


Minodung,Tambunan” , www.academic.edu es

Mohd Kasri b Saidon, “Sejarah Penanaman Padi di Kedah”, www.scribd.com

Mohamad Soffe Razak,”Sejarah Awal Transformasi Pertanian di Malaysia”,


Mohamadsofee.blogspot.my

Sumber Lisan

Temubual dengan Ketua Kampung Subang

Temubual dengan Pegawai Pertanian

Temubual dengan Pegawai Daerah

Temubual beberapa orang petani di Kampung Subang

Anda mungkin juga menyukai