Anda di halaman 1dari 21

Pragmatik selepas diedit

Konsep Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna ujaran


berdasarkan konteks budaya sesuatu masyarakat ataupun
penggunaan bahasa dalam konteks yang sebenar

Bahasa Dalam Konteks Budaya


Kesantunan Bahasa
Ragam bahasa
Kesopanan dan
Peribahasa
kehalusan ketika
Susunan kata yang dipilih khas, berbahasa dalam
kemas, ringkas, mempunyai bentuk lisan dan tulisan
makna tertentu dan
Digunakan semasa
mengandungi pengajaran.
berkomunikasi sama
ada orang yang
dihormati, orang yang
sama pangkat atau
lebih rendah tarafnya

Peribahahasa
Peribahasa selapis Peribahasa dua lapis
• Mengandungi makna tersurat sahaja • Peribahasa yang bererti dua lapis mendukung dua makna iaitu makna tersurat dan
makna tersirat.

1
Pragmatik selepas diedit

Contoh: Contoh:
• Rajin bekerja, mudah belanja. • Alah bisa tegal biasa
• Buat baik berpada-pada, buat • Indah khabar dari rupa
jahai jangan sekali *Hati hendak, semua jadi

Jenis peribahasa

Pepatah Bidalan perumpamaan Kiasan perbilangan Simpulan bahasa Pendeta kata

Selapis Selapis Dua lapis Dua lapis Selapis / dua lapis Dua lapis selapis
Mengandungi Mengandungi Peribahasa yang susunan kata a) memperkatakan mempunyai a)Merupakan kata pujangga atau ulama
mengandungi pengajaran memperkatakan atau bentuk soal adat makna atau ahli bijak pandai.
adat, sesuatu maksud bahasa yang istiadat, berlapis b) dijadikan pedoman hidup dan digunakan
peraturan atau tujuan memperkatakan undang-undang dalam percakapan umum masyarakat
dan hukum membandingnya sesuatu dengan atau peraturan
dengan sesuatu mengiaskannya hidup
perkara yang kepada perkara masyarakat.
lain lain

Bidalan
Kata-kata umum yang sudah lama dipakai orang, di dalamnya terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.

Contoh:
• Rajin bekerja, mudah belanja.
• Buat baik berpada-pada, buat jahai jangan sekali
• Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

2
Pragmatik selepas diedit

Pepatah
• Lebih memberatkan sifat rangkaian kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah.
• Kurang menitikberatkan pengajaran.

Contoh:
• Alah bisa tegal biasa
• Indah khabar dari rupa
• Hati hendak, semua jadi

Perumpamaan
a) mendukung dua makna, iaitu makna tersurat dan makna tersirat
b) Peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud atau tujuan membandingnya dengan sesuatu perkara yang lain
Perumpamaan yang menggunakan kata Perumpamaan yang tidak menggunakan kata
bandingan bandingan

Boleh dibahagikan kepada

Menggunakan kata perbandingan Tidak menggunakan kata perbandingan


Contoh: Contoh:
• Bagai tikus membaiki labu • Ukur baju dibadan sendiri
• Seperti belut pulang ke lumpur • Sambil menyelam minum air
• Hidup sandar-menyandar, umpama aur dengan tebing • Belakang parang diasah lagikan tajam

3
Pragmatik selepas diedit

Simpulan bahasa
• Simpulan Bahasa ialah ungkapan atau rangkaian perkataan yang disusun khas. Ungkapan tersebut membawa pengertian Yang berlainan daripada
perkataan perkataan asalnya *
• Simpulan Bahasa mempunyai makna berlapis iaitu makna tersirat yang berlainan daripada makna tersurat atau makna asal kata yang
membentuknya.
• Biasanya terdiri daripada dua patah perkataan tetapi ada juga yang lebih daripada dua patah perkataan

Contoh:
Kaki bangku
Puteri lilin

Perbilangan
• Bentuk strukturnya hampir sama dengan bidalan dan pepatah
• Perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi
• Banyak memperkatakan soal adat istiadat, undang-undang atau peraturan hidup masyarakat
• Kebanyakan perbilangan berkaitan dengan adat (Adat Perpatih)

Contoh:
• Biar mati anak, jangan mati adat
• Hukum berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda
• Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah

Kiasan
Kiasan ialah susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan
bandingannya atau tidak.

Kiasan digunakan untuk :-


- Menambahkan kejelasan perkara yang diperkatakan

4
Pragmatik selepas diedit

- Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada disebut secara terus terang
- Menambahkan kesan percakapan supaya lebih menarik
- Menjadikan bahasa lebih indah

Kiasan yang menyebutkan bandingan Kiasa yang tidak menyebutkan bandingan

- Manis seperti lautan madu - Pelanduk dua serupa


- Bibirnya bak delima merekah - Karam dalam lautan percintaan
Kiasan boleh dibahagikan kepada :
Kiasan asal Kiasan berpindah Kiasan permanusiaan Kiasan berkacau
• menggunakan sesuatu • Tidak menggunakan kata perbandingan • Perlakuan yang hanya * susunan kata yang
yang lain sebagai • Tujuh jenis dimiliki oleh manusia menimbulkan
perbandingan. a) Sandar terhadap objek tak kekeliruaan kerana
• Menggunakan kata b) Terus bernyawa mengandungi fakta
bandingan c) Berangkap • Contoh: yang bertentangan
Contohnya:- d) Berbunga antara satu sama lain
• Pahit bagai hempedu e) Pemanis a) Ombak memukul pantai
• Hancur bagai kaca f) Melompat b) Burung-burung Contoh:
terhempas ke batu g) Melarat menyanyi dengan riang • Diam seribu
• Matanya merah c) Daun nyiur melambai- bahasa (Tidak
seperti biji saga lambai bercakap)
d) Angin senja membelai • Jika diikutkan
rambutku hati, budak itu
kutelan hidup-
hidup. (Marah)

Sandar Susunan kata yang mengaitkan


perbuatan sesuatu benda
Contoh : nyawa-nyawa ikan
Terus Kiasan ini mempunyai makna yang
berbeza daripada makna asal perkataan
itu.

5
Pragmatik selepas diedit

Contoh: puteri lilin, kutu embun


Berangkap Susunan kata yang menunjukkan
perbandingan secara berirama
Contoh:
Terima kasih daun Kelada, kalau boleh
hendak lagi.
Berbunga Susunan kata yang menggambarkan
sesuatu dengan menggunakan bahasa
berbunga-bunga
Contoh:
Canai fikiran, lautan air mata
Pemanis Susunan kata yang digunakan untuk
memperkatakan sesuatu yang kurang
elok jika disebut secara terus terang
Contoh:
Datang bulan
Melompat Susunan kata yang menyatakan
menunjukkan perbuatan yang
bertujuan
Contoh:
Menjahit baju
Melarat Susunan kata yang menyimpang jauh
daripada maksud asal
Contoh:
Memotong cakap orang

6
Pragmatik selepas diedit

Konsep Ragam Bahasa


Ragam bahasa – bentuk bahasa yang digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan percakapan dan mempertajam pemahaman
pendengar atau pembaca
Boleh dibahagikan kepada:

terbalik merajuk

Menggiat

mengejek
tempelak

Sindiran
Jenis raga
bahasa

herdik

7
Pragmatik selepas diedit

Bahasa Sindiran
a) Ungkapan yang maksudnya tidak disebut dengan tepat tetapi dikiaskan kepada perkara lain
b) Jika orang yang ditujukan mengerti, maksud sindiran itu dapat dirasakannya.
Contoh:
I. Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus di sini.(menyindir orang lain yang malas bekerja)
ii. Orang yang baik tidak mengkhianati kawannya.(menyindir kawan yang didapati buat tidak baik terhadapnya)
Bahasa menggiat
- Bahasa menggiat ialah susunan kata yang seakan-akan bahasa sindiran tetapi tidak mengandungi kiasan
- Tujuan bahasa menggiat adalah untuk bergurau atau mengusik seseorang tetapi boleh menjadi sungguh-sungguh sehingga menyebabkan orang
malu
Contoh:
1. “Hai, tak lama lagi makan nasi minyaklah kita!”
(Ditujukan kepada pasangan yang selalu berdua-duaan)
2. “Ada hati juga orang tua ni!”
(Ditujukan kepada orang yang lupa diri selepas menjadi orang yang berpangkat)
3. “Hai, dah jadi orang bandar, tak kan nak balik kampung semula”
(Ditujukan kepada orang yang sudah lama tinggal di bandar tetapi tidak pernah balik kampung)

Bahasa mengejek
Bahasa mengejek ialah susunan kata yang mengata pihak tertentu dengan perkataan ejekan yang tepat dan disertai dengan aksi
- Tujuannya adalah untuk menampakkan kelemahan atau keburukan pihak yang diejek supaya mereka kelihatan bodoh dan menjadi bahan ketawa
- Pihak yang diejek pula berasa malu dan marah

Contoh:
. “Lihatlah tuan-tuan, beginikah orang yang ingin menjadi pemimpin kita?”
2. “Rupa-rupanya beginilah orang yang memperjuangkan bahasa!”
3. Gelagak bual rambutan jantan ;
Orang berbunga awak berbunga
Orang berbuah awak haram!
Bahasa terbalik
i. Bahasa yang berlawanan dengan apa yang dikatakan.
ii. Bahasa itu mesti difahami oleh orang yang mendengarnya.

8
Pragmatik selepas diedit

iii. Sekiranya orang tidak memahami mesej bahasa tersebut, mesej yang hendak disampaikan tidak Berjaya.

Contoh:
1. Mengapa datang awal hari ini? Sekarang baru pukul 11: 00 pagi(Ditujukan kepada pekerja yang datang lewat)
2. Hisaplah rokok itu tiga empat bungkus sehari! Kalau sakit, hospital kan ada.

Bahasa merajuk
i. Bahasa yang digunakan untuk menarik diri atau atau kecil hati disebabkan oleh sesuatu perkara yang dirasakan menghina dan tidak patut
dilakukan.

contoh:
a) Apa boleh buat , kita ni bukannya bijak. (merajuk kerana pendapatnya tidak diterima)
b) Apalah ada pada saya, rupa tak elok, harta pun tak ada.

Bahasa tempelak
i. Susunan kata yang seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga.
ii. Bertujuan untuk menyedarkan orang yang berkenaan supaya beringat-ingat pada masa akan datang
Contoh:
i. Bukankah dulu kau kata kau boleh buat! Sekarang apa dah jadi?
ii. Dulu bukan aku dah kata, jangan beli motosikal ini kerana ada masalah, tapi kau beli juga! Sekarang apa hal?
iii. Inikah suami yang kau kata baik dan bertimbang rasa dulu?

Bahasa herdik

i. susunan kata yang seakan- akan bahasa tempelak tetapi tujuannya adalah untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya
kesalahan yang lalu.
ii. Biasanya perkataan yang digunakan agak kasar dan mengandungi sedikit nada mengejek.
Contoh:
Inilah muka orang tak tahu malu! Menipu orang sana sini!
Macam kamu ni nak jadi pengerusi? Jangan haraplah!
Kalau tak mahu buat kerja, buat apa duduk di sini?

9
Pragmatik selepas diedit

Bahasa melampau/besar

Bahasa melampau atau bahasa besar mempunyai pengertian dan maksudnya yang sama iaitu bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu secara
berlebih-lebihan, melebihi apa yang sepatutnya hingga kadang-kadang sukar diterima akal

Contohnya
• Wajahmu manis tak terkira lautan madu di dunia.
• Cantik wanita itu bak bidadri di syurga.
• Gunung tinggi saggup ku daki lautan api sanggup ku renangi untukmu

Bahasa merendah

Bahasa kecil mempunyai pengertian yang sama dengan bahasa merendah iaitu yang mensifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuan umtuk
merendahkan diri walaupun memang sebenarnya perkara itu kecil atau besar.

Contoh:
• Inilah hadiah yang tidak seberapa ini
• Datanglah ke rumah kecil aku ini
• Makanlah seadanya, inilah yang mampu dihidangkan
• Muka macam aku ini semua la yang mahu sudah la muka seperti orang pecah rumah

Bahasa naik

Ragam bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati pembaca,akan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dari
dataran yang kendur kepada dataran yang semakin terik atau tegang, membawa pembaca atau pendengar selangkah demi selangkah sehingga sampai ke
kemuncak, iaitu kepada apa yang hendak disebutkannya.

Contoh:

10
Pragmatik selepas diedit

• Tanpa persoalan panjang, tanpa persediaan hebat dan tanpa kenduri yang meriah, tiga bulan kemudian perkahwunan mereka
dilangsungkan.’
• Sudahlah sekolah kerajaan didirikan, gaji guru-guru kerajaan bayar, buku-buku diberikan percuma,padang bola dan bola itu pun
disediakan oleh kerajaan juga!

Bahasa turun
• Menggambarkan sesuatu peristiwa dari tahap puncak, kemudian menurun dari satu tahap ke satu tahap
• Mengandungi unsur menggelikan hati, sama ada disengajakan atau tidak

Contoh:

Mula-mula bergaya dia dengan Mercedes, kemudian kelihatan dengan Perodua Myvi pula, baru-baru ini dengan kereta kelisa. Tadi, dia bermotosikal
sahaja ke pejabat. Kasihan pegawai itu.

Bahasa pertanyaan ingkar


- Ragam bahasa yang berbentuk pertanyaan tetapi tidak untuk mendapatkan jawapan, kerana jawapannya sudah ada pada yang bertanya, boleh
dijawabnya sendiri, atau dibiarkan begitu sahaja.
-Pertanyaan dilontarkan semata-mata untuk menguatkan makna hal yang dibincangkan.
2 jenis pertanyaan :
• Pertanyaan tidak perlu dijawab.
• Pertanyaan dijawab sendiri oleh penanya
Contoh:
Adakah jalan lain untuk kita berjaya, sekiranya kita tidak mahu berusaha?
Bahasa seruan
Ragam bahasa yang meluahkan perasaan yang keras dengan cara mengeluh.
Perasaan dilahirkan untuk menyatakan rasa kecewa atau sesal
Contoh;
Oh,kalaulah ibuku masih hidup!
Bahasa berulang

11
Pragmatik selepas diedit

Ragam bahasa yang mengulang sesuatu perkataan, ayat atau rangkai kata beberapa kali untuk menguatkan sesuatu perkara yang hendak ditekankan. Jadi
bahasa yang digunakan atau perkataan yang diulang-ulang. Hal ini demikian untuk menguatkan atau mengukuhkan maksud atau tujuan sesuatu kata itu.
Contoh:
Wang,wang, ya wang yang saya perlukan sekarang
“Aku malu, Syahir! Aku malu! Mengapa kau bawa perempuan itu ke kampung kita ni ha?
Kau tahu apa orang-orang kampung mengata-ngata kita ha?
Bangkitlah, bangkitlah, singsinglah lengan, mulalah bekerja sekarang juga. Sekarang juga o.

Bahasa bertimbal
Ragaman bahasa yang menghadapkan dua fikiran yang pendek, dekat-dekat seolah-olah bertentangan, baik berlawanan dari segi yang menggambarkan
ungkapan.
Contoh:
Alah membeli menang memakai
Makin murah makin menawar
Kendur berdenting-denting, tegang berjela-jela

Bahasa jenaka
• Ragam bahasa untuk tujuan bersenda
• Selalunya ragam ini berbentuk teka-teki yang mempunyai dua makna
• tetapi yang selalu disedari hanya selapis makna sahaja menyebabkan khalayak tersilap tafsir
Contoh:
Zirafah yang paling tinggi berapa kaki?
*Binatang apa yang seluruh tubuhnya di kepala?
Bahasa bukan
• Ragam bahasa yang menggunakan kata nafi "bukan" tetapi tujuannya untuk mengatakan yang sebaliknya
Contoh:
Bukan dia tidak tahu hari ini cuti umum
*Budak itu bukan main lagi seronoknya

12
Pragmatik selepas diedit

Konsep Kesantunan Berbahasa


● Kesopanan dan kehalusan ketika berbahasa dalam bentuk lisan dan tulisan
● Digunakan semasa berkomunikasi sama ada orang yang dihormati, orang yang sama pangkat atau lebih rendah tarafnya

● Meliputi beberapa aspek iaitu:


● Ungkapan bertatasusila
● Penggunaan bahasa halus, kiasan dan simpulan bahasa
● Penggunaan kata ganti nama diri yang hormat
● Penggunaan panggilan kehormat yang betul
● Penggunaan intonasi, nada suara dan ciri paralinguistik yang sesuai

Ciri Kesantunan Berbahasa


1. 2. Kata 3. BENTUK SAPAAN, GELARAN DAN RUJUKAN KEHORMAT 4. Gabungan 5. Intonasi
dan Gaya
Ungkapan ganti Gelaran (Bahasa
bertatasu nama diri Badan)
sila

- Menunju GELARAN GELARAN PERGAULAN GELARAN PERGAULAN TAK BERSAHAJA a.Pak Haji Intonasi
BadrulIsmail – penting
Menggun kkan KEKELUARGAAN BIASA (FORMAL) ketika
akan kosa perhubunga

13
Pragmatik selepas diedit

kata yang n antara Kekeluargaan (Pak) berkomuni


penutur dan + Haji (Keagamaan) kasi
halus dan Unsur –
pendengar a. Mak
sopan - - Berdasarkan pertalian darah & ikatan Engku
unsur
- Gelaran “cik” digunakan untuk perempuan dan “encik”
Contoh: Penggunaan perkahwinan untuk lelaki yang belum berkahwin
- Digunakan apabila terdapat Nurhafill
paralinguis
tik
selamat ditentukan sekatan sosial tertentu sama ada ah – memainka
pagi, oleh faktor sekatan pangkat atau hubungan Kekeluar n peranan
usia, yang belum rapat gaan semasa
terima berkomuni
keakraban (Mak) +
kasih, apa dan status Warisan kasi
khabar (Engku)
- Boleh digunakan semasa berkomunikasi dengan : Tujuannya
Contoh gelaran berdasarkan pertalian darah b. Tan Sri
untuk
: ayah, ibu, datuk nenek Dr. menyampa
Tengku ikan
Jamil bin sesuatu
-Digunakan dalam situasi rasmi Tengku perkara
Rahman mengguna
– kan gerak
Kurniaan badan :
• Orang yang sebaya
mata,
• Orang yang lebih muda daripada kendiri Kerajaan
tangan,
• Orang yang lebih tua daripada kendiri tetapi (Tan Sri) kerut
tidak + Ikhtisas
Contoh gelaran berdasarkan ikatan wajah,
• setua ibu bapa kendiri Contoh : tuan, puan, saudara, (Doktor)
perkahwinan : menantu, besan, mentua gerak
saudari + kepala
Keagama
an (Haji)
+
Warisan(
Tengku)

GELARAN WARISAN/KETURUNAN

Diwarisi oleh seseorang anak daripada bapanya


- Gelaran warisan terbahagi kepada 4:
i) Keturunan raja-raja yang memerintah
- Pangeran (Brunei Darussalam)
- Raja (Perak & Selangor)

14
Pragmatik selepas diedit

ii) Keturunan orang besar-besar


- Datu (Sabah)
- Abang (Sarawak)
iii) Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
- Syed dan Syeikh (lelaki)
- Sharifah (perempuan)
iv) Keturunan yang berasal dari luar Malaysia
- Raden (Jawa)
- Sidi dan Sutan (Minangkabau)

15
Pragmatik selepas diedit

16
Pragmatik selepas diedit

GELARAN KEAGAMAAN
Diberikan kepada individu yang telah mengerjakan fardhu haji dan berpengalaman luas dalam bidang agama islam

Panggilan Panggilan
Lelaki Perempuan
Hormat Hormat

Sahibus
Mufti - -
Samahah

Sahibul
Kadi Besar/Kadi - -
Fadillah

Ustaz Al-Fadhil - -

Haji Tuan Hajah Puan

GELARAN KEAGAMAAN
Diberikan kepada individu yang telah mengerjakan fardhu haji dan berpengalaman luas dalam bidang agama islam

17
Pragmatik selepas diedit

Panggilan Panggilan
Lelaki Perempuan
Hormat Hormat

Sahibus
Mufti - -
Samahah

Sahibul
Kadi Besar/Kadi - -
Fadillah

Ustaz Al-Fadhil - -

Haji Tuan Hajah Puan

PANGGILAN HORMAT KURNIAAN DARJAH KEBESARARAN

18
Pragmatik selepas diedit

19
Pragmatik selepas diedit

PANGGILAN HORMAT JAWATAN BERDASARKAN PENGLIBATAN POLITIK


JAWATAN PANGGILAN HORMAT

PENYANDANG ISTERI/ SUAMI PENYANDANG


JAWATAN
JAWATAN

Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Yang Amat Berbahagia

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Yang Amat Berbahagia

Menteri Besar / Ketua Menteri / Timbalan Menteri Besar Yang Amat Berhormat Yang Amat Berbahagia
/ Timbalan Ketua Menteri

Menteri / Timbalan Menteri / Setiausaha Parlimen Yang Berhormat Yang Berbahagia

Yang di-Pertua Dewan Negara / Dewan Rakyat Yang Berhormat Yang Berbahagia

Ahli Dewan Negara Yang Berhormat Senator Yang Berbahagia

Ahli Dewan Rakyat Yang Berhormat Yang Berbahagia

PANGGILAN HORMAT JAWATAN BAGI PENJAWAT AWAM

20
Pragmatik selepas diedit

21

Anda mungkin juga menyukai