Anda di halaman 1dari 14

JADUAL KERJA

TARIKH ISI KANDUNGAN CATATAN

18/6/2021 MENERIMA TAKLIMAT DARIPADA


GURU MATAPELAJARAN SEJARAH
BERKAITAN TAJUK TUGASAN DAN
MEMBERIKAN HURAIAN
20/6/2021 MELAYARI INTERNET TENTANG
CARA PENANAMAN PADI YANG
BETUL DAN BERKESAN
21/6/2021 MENENTUKAN TAJUK TUGASAN
YANG INGIN DILAKUKAN

22/6/2021 MEMBUAT KAJIAN KES SEJARAH

24/6/2021 MENYEMAK TUGASAN

25/6/2021 SELESAI MEMBUAT KAJIAN KES


DAN MENGHANTAR TUGASAN
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini untuk kerja khusus sejarah adalah untuk mengkaji tentang
ekonomi masyarakat Kerajaan Alam Melayu . Melalui kaedah ini saya dapat memenuhi
objektif berikut .

(a) Kajian ini dilakukan secara am-nya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih .
Selain itu , ia juga unutk menganalisis , mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional .

(b) Kajian ini menambahkan ilmu saya . Selain itu , saya dapati dalam kajian ini , saya dapat mengkaji kegiatan
penanaman padi . Disamping itu , saya dapat memahami tentang perkembangan teknologi yang digunakan dalam
kegiatan penanaman padi zaman dahulu dan zaman kini .
KAEDAH KAJIAN
(a) Merujuk Buku Teks dan Buku Rujukan

1) Buku teks Sejarah Tingkatan 2


PENERBIT
Dr. Suffian Bin Mansor, Dr. Mardiana Binti Nordin, Ahmad
Salehee Bin Abdul, Ishak Bin Saidoo
2) Alaf Sanjung , Sejarah Tingkatan 2

(b) Kaedah Melayari Internet

1) https://anyflip.com/unhcf/akto/basic
2) https://anyflip.com/tlmob/abpj/basic
3) https://www.tarahap.xyz/2020/05/sejarah-tingkatan-2-bab-2.html
(c) Kaedah Media Elektronik

- rakaman video dari sumber berita televisyen TV3 dan


Astro Awani , akhbar online seperti Sinar Harian ,
Berita Harian dan petikan Bernama . Bahan yang
diperoleh dapat membantu saya untuk melaksanakan
kajian ini dengan jayanya .
PERNYATAAN MASALAH
Alam Melayu mempunyai tanah yang subur untuk pelbagai kegiatan pertanian . Bincangkan

(a) Huraikan secara ringkas 3 kerajaan yang menjalankan penanaman padi di Alam Melayu .

- MARS
Antara kerjaan yang menjalankan penanaman padi di alam melayu ialah kerajaan Funan ,
Champa dan Angkor . Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong
dan mendapat manfaat dari kesuburan tanahnya . Ketika hujan , air hujan akan mengalir ke
Tasik Tonle Sap bekalan air tersebut akan digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi .
Selain itu , Pemerintah Kerajaan Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray
untuk menyimpan air . Akhir Sekali , Kerajaan Champa mempunyai ketua air di setiap
kawasan kampung
untuk menyelenggara terusan dan daik.
(b) Nyatakan Faktor Kemajuan Penanaman
Padi Di Alam Melayu
- Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan penanaman padi di alam melayu
adalah kerana alam melayu mempunyai tanah yang subur , ia memudahkan
untuk penanaman padi . Selain itu , ia juga kerana bentuk muka bumi di
Alam Melayu yang sesuai untuk penanaman padi . Di samping itu , kerajaan
Alam Melayu juga telah membuat sistem perairan yang berkesan untuk
mengalirkan air ke setiap kawasan-kawasan sawah padi . Akhir Sekali ,
kedatangan pedagang luar ke Alam Melayu juga menyebabkan kegiatan
penanaman padi giat maju dengan kerapnya .
c) Terangkan Kronologi Perkembangan Teknologi Dalam Kegiatan
Penanaman Padi Sehingga Kini .
- Kronologi bermaksud perubahan besar yang berlaku . Pada zaman dahulu , masyarakat
menanam padi secara berperingkat seperti pada mulanya mereka akan mencari kawasan
yang sesuai untuk menjadikan sebagai tapak semaian . Selain itu , masyarakat zaman dahulu
hanya menggunakan sabit untuk mengutip hasil tanaman . Di samping itu , mereka juga
menggunakan kerbau untuk membajak sawah . Pada zaman kini , Kehadiran teknologi
terbaharu berperanan dalam membantu memudahkan urusan pesawah dan hanya dijalankan
oleh mesin yang sedia ada contohnya mesin pengumpul jerami dan sebagainya . Pesawah
hanya perlu menggunakan traktor untuk mengutip padi .Dengan menggunakan kaedah ini ,
ia meningkatkan kecekapan penanaman padi dan juga menjimatkan kos pengeluaran dan
mengurangkan masalah rumpai . Seterusnya , padi akan dihantar ke kilang untuk menjalani
proses . Akhir Sekali , padi akan menjadi beras dan akan di pek seterusnya dihantar ke
pasaran untuk dijual .
d) Jelaskan Kepentingan Memanfaatkan Sumber
Kekayaan Negara

- kepentingan memanfaatkan sumber kekayaan negara ialah menjadikan kita


lebih bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita . Selain itu , kita
juga dapat meningkatkan sumber pendapatan eksport negara . Di samping itu
, sumber-sumber pendapatan negara dapat memberikan pelbagai manfaat
kepada masyarakat negara kita . Akhir sekali , tanpa dimanfaatkan oleh
berbagai tingkatan manusia maka tidak akan wujud negara yang maju dan
berteknologi tinggi seperti zaman kini .
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan kerja khusus sejarah dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan oleh guru . Semasa menjalankan kerja khusus , saya
dapat mengetahui tentang kegiatan pertanian masyarakat kerajaan alam melayu . Dengan
membuat kajian kes ini juga saya dapat mengetahui tentang sistem pemerintahan dan
kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan alam melayu . Disamping itu , saya dapat
mengetahui tentang cara-cara penanaman padi sekaligus dapat mengenal tentang
kemajuan penanaman padi kerajaan alam melayu .

Nilai murni yang saya dapat pelajari melalui kerja khusus ini ialah gigih berusaha .
Masyarakat zaman dahulu gigih berusaha menanam padi untuk menjadikan sumber
makanan .Selain itu , bekerjasama antara satu sama lain adalah sesuatu sifat yang ada
pada diri mereka
supaya memudahkan untuk menanam padi dan dapat
menjimatkan masa serta kerja menjadi lebih mudah .
Akhir sekali , saya amat berbangga sebagai seorang warganegara
kerana negara Malaysia memberi kemudahan yang sempurna
kepada semua rakyatnya . Bukan itu sahaja , Malaysia juga
mempunyai kemajuan teknologi dalam kegiatan penanaman .

Harapan untuk masa depan negara Malaysia agar terus maju


dalam kegiatan pertanian . Saya juga berharap agar remaja
zaman kini dan generasi akan datang dapat menceburui minat
dalam bidang pertanian .
CADANGAN
BERIKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN KEGIATAN
PERTANIAN DI NEGARA KITA .

Langkah-langkah untuk memajukan kegiatan pertanian di negara kita ialah para petani
hendaklah memainkan peranan yang tinggi untuk memastikan hasil tanaman mereka dalam
keadaan baik . Selain itu , petani juga boleh mempelbagaikan jenis tanaman dari masa ke
semasa untuk memajukan sektor pertanian . Disamping itu , para petani juga hendaklah
mengubah kaedah penanaman kepada cara penanaman moden dengan menggunakan teknologi
terkini . Penerapan menggunakan kaedah teknologi moden dapat membimbing petani untuk
menghasilkan produk yang terbaik . Akhir Sekali , strategi pemasaran untuk memperkenalkan
jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih . Dengan adanya pameran
seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama
memajukan bidang pertanian negara kita . Oleh itu , semua pihak yang
terlibat perlu bergabung tenaga untuk memajukan sektor ini .
RUJUKAN LAMAN WEB
RUJUKAN BUKU TEKS
CARA ORANG ZAMAN DAHULU MENANAM PADI

Anda mungkin juga menyukai