Anda di halaman 1dari 14

CONTOH 1

TEMA :

TAJUK :

PENGENALAN

Sebelum penjajahan barat, penanaman padi merupakan suatu kegiatan ekonomi yang

dijalankan secara tradisional oleh masyarakat tempatan di Malaysia. Ia diusahakan secara

gotong royang bagi memenuhi keperluan sara diri. Namun kedatangan kuasa Barat telah

membawa kepada perubahan terhadap penanaman padi sama ada dari teknologi mahupun

hasil pengeluarannya. Kegiatan penanaman padi juga menjadi kegiatan ekonomi utama bagi

penduduk di Kampung Subang yang terletak di daerah Padawan, Sarawak. Majoriti

masyarakat penduduk tersebut yang berketurunan Bidayuh menjalankan kegiatan penanaman

padi sebagai punca pendapatan mereka. Penanaman padi di kawasan tersebut telah

mengalami perkembangan yang pesat dan ia menjadi satu tajuk yang sesuai untuk dikaji.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal penanaman padi di

Kampung Subang. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat mengetahui bagaimana

kegiatan penanaman padi kampung tersebut mula dijalankan.

Malah tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi oleh penduduk di Kampung Subang semasa kegiatan penanaman padi dijalankan.
Ini kerana dalam tempoh kajian tersebut banyak masalah yang dihadapi oleh petani di

kampung tersebut.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menjelaskan perkembangan dari segi

teknologi penanaman padi di kampung tersebut dari tahun 1950 sehingga 2000M. Penulisan

ini membolehkan dapat mengenalpasti perubahan dari peralatan dan teknologi yang

digunakan oleh penduduk di Kampung Subang dalam tempoh kajian.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian

dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Kampung

Subang yang terletak di daerah Padawan. Kawasan ini terletak 50 km dari bandaraya

Kuching. Ini kerana majoriti penduduk di kampung berkenaan terlibat dengan kegiatan

penanaman padi sebagai kegiatan ekonomi utama.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1950 sehingga

2000M. Tempoh kajian selama 50 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

perkembangan yang pesat dalam kegiatan penanaman padi di kawasan tersebut.

Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu

kepada asal usul permulaan kegiatan penanaman padi dilakukan oleh penduduk di kampung

tersebut. Dengan kajian ini dapat mengetahui bagaimana permulaan kegiatan penanaman padi

dijalankan. Malah kajian ini juga berfokus kepada penelitian terhadap masalah – masalah

yang dihadapi oleh petani dalam menjalankan kegiatan penanaman padi pada sepanjang
tempoh kajian. Dengan ini dapat mengenalpasti adakah masalah – masalah itu tersebut

berbeza atau berulang. Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada perkembangan

teknologi yang digunakan oleh penduduk di Kampung Subang yang menjalankan kegiatan

penanaman padi dalam tempoh kajian.

SOROTAN KAJIAN LEPAS (LITERATURE REVIEW)

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan kegiatan

penanaman padi di Malaysia. Namun kebanyakan kajian lebih tertumpu di kawasan jelapang

padi seperti negeri Kedah dan Selangor yang sinonim dengan penanaman padi. Hanya

sebilangan kecil kajian tertumpu di kawasan yang agak terpencil. Antaranya adalah penulisan

yang dihasilkan oleh Ellyika Rudik, bertajuk “Sejarah Penanaman Sawah Padi Tradisional di

Kampung Minodung, Tambunan dalam www.academia.edu. Penulisan ini dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu asal usul masyarakat Dusun, latar belakang lokasi kajian dan sejarah

penanaman padi. Hasil pembacaan, ia menjelaskan bagaimana masyarakat Dusun yang

tinggal di kawasan kajian iaitu Kampung Minudong telah menjalankan kegiatan penanaman

padi. Namun penjelasan tentang isu kajian hanya tertumpu pada bahagian ketiga sahaja.

Dalam bahagian ini, dijelaskan tentang tentang beberapa perkara seperti jenis peralatan yang

digunakan dan upacara ritual yang dikaitkan dengan dalam penanaman padi. Ia suatu yang

menarik untuk dibaca kerana dididapati setiap kawasan penanaman padi mempunyai amalan

yang tersendiri. Dari kajian ini menarik minat pengkaji untuk merintis kajian yang belum

lagi dilakukan terhadap perkembangan kegiatan penanaman padi di Kampung Subang.

Satu lagi penulisan akademi bertajuk Sejarah Penanaman Padi di Kedah oleh Mohd

Kasri b Saidon dalam www.scribd.com. Hasil ilmiah ini amat menarik dijadikan sebagai
bahan bacaan ilmiah. Kajian dihasilkan berdasarkan kronologi masa iaitu dari era zaman

silam sejak dari kewujudan Kerajaan Langkasuka sehinggalah ke abad 21M. ia menghalkan

bagaimana penanaman padi mula berkembang di Kedah dan perkembangan yang berlaku ke

atas penanaman padi. Antaranya adalah penanaman tersebut berkait rapat dengan pengaruh

Siam dan Acheh. Malah kegiatan penanaman padi berkembang selaras dengan kedatangan

kuasa British dan pendudukan Jepun di negeri tersebut. Apa yang menarik juga adalah di

akhir bahagian diselit juga dengan kegiatan penanaman padi dengan adat tradisi bersawah

dari zaman silam. Hasil pembacaan menunjukkan penanaman padi sawah di negeri Kedah

pada zaman silam juga dipengaruhi oleh unsur alam seperti pemerhatian pada burung ‘balai’,

burung ‘ruak - ruak’ dan tanda musim durian berbunga yang menunjukkan sesuatu musim

penanaman padi. Kajian yang dilakukan berdasarkan kronologi masa menarik minat pengkaji

untuk menghasilkan kajian penanaman padi di Kampung Subang.

Selain itu kajian berkenaan kegiatan penanaman padi juga terdapat dalam artikel yang

dihasilkan oleh Mohamad Soffe Razak yang bertajuk Sejarah Awal Transformasi Pertanian di

Malaysia dalam mohamadsofee.blogspot.my. Dalam artikel ini ia menyelitkan jua

perkembangan kegiatan penanaman padi sejak dari abad ke 19M lagi.Kegiatan penanaman

padi adalah merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara sara diri oleh masyarakat

Melayu. Antara negeri yang mengusahakan penanaman padi adalah Kedah dan Selangor.

Malah kegiatan penanaman padi adalah merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara

sara diri Kedah yang terkenal dengan kawasan deltanya subur dan luas telah mampu untuk

menghasil dan mengeksport padi sehingga ke negeri seperti Pulau Pinang dan sekitarnya. Ini

ditambah lagi adanya bantuan sistem pengairan yang diusahakan oleh pihak pemerintah pada

masa tersebut. Bagi negeri Selangor pula, pada abad ke 19M, penanaman padi adalah suatu

yang tanaman wajib terutama pada zaman Sultan Muhamad (1826-1857). Namun ekoran dari
berlakunya Perang Saudara (1866-73) telah membawa kepada kemerosotan pengeluaran padi

akibat kerosakan sawah padi. Ini menunjukkan kegiatan penanaman padi telah diusahakan

sejak sebelum kedatangan kuasa Barat lagi. Hasil pembacaan ini menarik minat pengkaji

untuk meneroka kajian perkembangan kegiatan penanaman padi di kawasan yang terpencil

seperti Kampung Subang.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 2 kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi

sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di Pejabat

Pertanian, Arkib Negeri dan Pejabat Daerah serta perpustakaan tempatan. Ini dilakukan untuk

mendapatkan rekod – rekod berkenaan kegiatan penanaman padi bagi Kampung Subang.

Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan –

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat

adalah Ketua kampung Subang, pegawai petanian di Pejabat Pertanian dan pegawai daerah.

Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan

kegiatan penanaman padi yang dijalankan di Kampung Subang. Bahagian ini juga
menerangkan secara umum latar belakang Kampung Subang yang menjadi kawasan kajian.

Seterusnya penulis akan mengaitkan dengan tujuan kajian dijalankan secara umum.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada 3 aspek. Aspek yang pertama adalah meninjau permulaan atau asal usul

kegiatan penanaman padi yang dijalankan oleh penduduk Kampung Subang. Seterusnya

penulis akan menghuraikan masalah – masalah yang dihadapi oleh petani yang

mengusahakan penanaman padi dalam tempoh kajian. Malah penulis juga akan mengupas

perkembangan teknologi yang berlaku ke atas kegiatan penanaman padi di kawasan tersebut.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian

berkenaan.

PENUTUP

Darpan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi khazanah tentang

kegiatan penanaman padi terutamanya di kawasan yang agak asing bagi masyarakat luar. Ini

sekaligus akan membolehkan Kampung Subang akan dikenali ramai bukan sahaja sebagai

kawasan petempatan tetapi jua dengan kegiatan penanaman padinya yang unik.

BIBLIOGRAFI

Syed Ibrahim. Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia. Kuala lumpur : Penerbit Golden Books
Centre, 1992.

Mohd Reduan Aslie. Jenayah Di Malaysia. Bangsar, Kuala Lumpur: Penerbit AMK Interaksi
Sdn. Bhd, 1990.
TPP Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim. Polis DiRaja Malaysia. Kuala Lumpur
Karya Bestari Sdn. Bhd, 1990.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Gambar-gambar Bersejarah di Daerah Sandakan:


Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2015.

Mustaffah Mohd Hassan, “New Sabah Times”, Sabah, 2010.

Tan Sri Lee Lam Thye, “New Sabah Times”, Sabah, 2013.

Rozzalin Hashis, “New Sabah Times”, Sabah, 2012.

BAHAN INTERNET

http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131324/re_04/ESSCOM-sebagai-arahan pusat

http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohan-pantai-timur sabah-
9460

http://m.facebook.com/PDRMSabah/posts/776797879054869

http://www.scribd.com/mobile/doc/15081789?width320

https://beritasandakanfm.wordpress.com/page/24/
CONTOH 2

TEMA: SEJARAH SUKAN

TAJUK : KELAB EAGLES: SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN

SUKAN RAGBI DI SANDAKAN ANTARA TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2015

PENGENALAN

Ragbi merupakan salah satu kegiatan sukan penting yang mula mendapat tempat di Malaysia

amnya dan Sandakan khususnya. Permainan ini nampak lasak, keras dan melibatkan

rempuhan. Asal-usul permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di England. Di Malaysia,

ragbi diperkenalkan selepas Perang Dunia Pertama dalam tahun 1925 di Negeri Sembilan.

Manakala di Sandakan pula, Kelab Eagles mula ditubuhkan pada 24 Februari 2005.

OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan

untuk menjelaskan latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles. Sejarah penubuhan
Kelab Eagles amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami pentingnya penubuhan

organisasi ini kepada perkembangan sukan ragbi di Sandakan.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan Kelab Eagles

dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Kajian dalam aspek ini perlu bagi mencapai matlamat

penubuhannya dalam melahirkan pemain ragbi di Sandakan.

Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan kejayaan Kelab Eagles

sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji dalam usaha menjejak pencapaian

Kelab Eagles dalam mengharumkan arena ragbi di daerah Sandakan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian melibatkan kesusahan atau kesukaran, perasaan ingin tahu dan

keraguan yang menjadi inti dalam sesuatu kajian. Dalam kajian ini terdapat tiga

permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang dan sejarah

penubuhan Kelab Eagles. Justeru, kajian tentang latar belakang adalah penting bagi

membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana perkembangan organisasi

ini dalam membantu melahirkan pemain ragbi bertaraf dunia lebih jelas dan mendalam.

Kajian ini juga untuk mengenalpasti signifikan dan perkembangan Kelab Eagles

dalam memacu kecemerlangan para pemain dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini

dikaji bagi memahami apakah dan bagaimana aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Eagles

sebagai organisasi sukan dalam melahirkan para pemain ragbi yang berkualiti di Sandakan

dengan lebih terperinci.


Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh mana

kejayaan Kelab Eagles dalam mengharumkan nama Sandakan dalam tempoh masa 2005

hingga 2015. Tuntasnya, kajian ini membolehkan masyarakat luar dapat memahami

perkembangan Kelab Eagles serta kejayaan organisasi tersebut dalam melahirkan pemain

bertaraf dunia di kawasan ini.

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang

pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini berfokus kepada

Kelab Eagles yang terletak di Bandar IJM Sandakan. Kedudukannya di kawasan bandar

memudahkan Kelab Eagles ini berkembang dari segi keahlian dan fasilitinya.

Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh tahun iaitu

dari tahun 2005 hingga 2015. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam tempoh

tersebut berlaku perkembangan dalam sukan ini. Malah dalam tempoh tersebut juga dapat

dilihat aktiviti yang telah dilaksanakan Kelab Eagles dalam membantu melahirkan pemain

ragbi di Sandakan.

Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini

cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi

bukan kerajaan yang membantu melahirkan pemain ragbi di daerah Sandakan. Malah ia juga

mengupas perkembangan kelab ini dan kejayaan yang telah dicapai dalam sukan tersebut.
KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan

maklumat. Penulis menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini, penulis

menemubual Presiden dan Setiausaha Kelab Eagles. Tokoh yang ditemubual ini adalah

tokoh yang terlibat secara langsung dalam Kelab Eagles dalam memajukan sukan ragbi di

kawasan kajian.

Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi

mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang

digunakan adalah Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, artikel, jurnal, majalah dan surat

khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi Kelab Eagles

sendiri.

Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan

penulis melihat dengan sendiri pembangunan yang telah dilakukan oleh Kelab Eagles bagi

membantu meningkatkan prestasi sukan ragbi di daerah berkenaan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam kajian yang bertajuk “Kejurulatihan dan Sains Sukan” yang dihasilkan oleh Encik

Gapor Ahmad,pada tahun 2007 terbitan Utusan Publications dan Distributors . Dalam kajian

ini jelas menyatakan bagi menyertai sesuatu perlawanan , kebiasaannya para pemain ragbi

akan menjalani latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka mempunyai kekuatan,

stamina dan keserasian bersama ahli kumpulan masing-masing. Selain itu, latihan yang
bersesuaian juga penting untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada setiap pemain .

Kebanyakan kelab ragbi yang ternama akan menggunakan mesin scrum untuk berlatih.

Berdasarkan Portal Rasmi MSN Sabah, Persatuan Ragbi Sabah(Sabah Rugby Union

1999) pada tahun 2000, persatuan ini telah ditubuhkan memandangkan banyak kelab atau

persatuan ragbi yang telah di wujudkan di setiap negeri di Malaysia. Ini jelas menunjukkan

rakyat Malaysia amat berminat dalam sukan ini. Oleh itu, kajian yang dibuat berdasarkan

penubuhan kelab ragbi di Sabah adalah wajar terutamanya di daerah Sandakan.

Kajian seterusnya menulis tentang bagaimana permainan ragbi bermula di luar negara

dan di Malaysia. Sejarah awal menyatakan permainan ini bermula di sebuah sekolah yang

berada di pekan kecil di negara England. Manakala di Malaysia pula, penulis laman web

(newtonsportscience,2004) tersebut menyatakan bahawa ragbi mula diperkenalkan di

Malaysia selepas perang dunia pertama.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam

bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum persatuan-persatuan mahupun

kelab-kelab sukan yang terdapat di Sandakan yang berjaya melahirkan atlet bertaraf

kebangsaan. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu daerah

Sandakan dan mengaitkan perkembangannya dalam melahirkan pemain ragbi yang bermutu.

Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama

yang dikaji adalah latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah
organisasi bukan kerajaan dalam membantu perkembangan sukan ragbi di Sandakan. Selain

itu penulis juga merungkaikan pencapaian-pencapaian Kelab Eagles dalam tempoh kajian.

Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan

hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP

Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan beroleh pemahaman

tentang perkembangan penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi yang membantu

melahirkan pemain ragbi yang berkualiti serta kejayaan-kejayaan yang diraih oleh kelab

tersebut.

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Laporan Tahunan Kelab Eagles

Minit Mesyuarat Kelab Eagles

Temubual

Nama : Vela Tan

Tempat lahir: Sandakan


Umur : 65 tahun

Pekerjaan : Presiden Kelab Eagles

Pengalaman : Menjadi Presiden Kelab Eagles

Tempat temubual :Ibu pejabat Kelab Eagles

Sumber Sekunder

Gapor Ahmad “Kejurulatihan dan Sains Sukan”, Utusan publication & Distributors, Kuala

Lumpur, 2007.

Anda mungkin juga menyukai