Anda di halaman 1dari 7

TEMA 3 : SEJARAH TEMPAT

TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG LIKAS, KOTA KINABALU,

SABAH DARI TAHUN 1960 HINGGA 2015

1. PENGENALAN

Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Borneo, di kawasan Timur

Malaysia. Sabah bersempadan darat dengan Sarawak di barat daya dan wilayah Kalimantan,

Indonesia di selatan. Kota Kinabalu unik kerana ia adalah rumah bagi penduduk dari seluruh

Sabah, yang terdiri daripada 32 etnik yang hidup berdampingan dalam keadaan harmoni dan

bersama1. Kajian ini akan memfokuskan sejarah perkembangan sebuah kampung kecil di bandar

Kota Kinabalu iaitu Likas. Kampung Likas berkembang sejajar dengan perkembangan kompleks

membeli-belah, university, hospital, dan pusat pentadbiran kerajaan di bandar2. Masjid

Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak di Likas juga merupakan masjid utama kedua negeri

Sabah3.

Kajian ini akan menghuraikan latar belakang dan perkembangan kampung ini dari 1960

sehingga tahun 2015. Kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan cabaran-cabaran yang

dihadapi dari tahun 1960 hingga 2015.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti latar belakang Kampung Likas,

Kota Kinabalu, Sabah dari tahun 1960 hingga 2015. Di samping itu, tujuan kajian ini juga

adalah untuk mengkaji perkembangan Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah dari tahun 1960

hingga 2015.
Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran dan rintangan yang dihadapi

dalam membangunkan Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

3. PERMASALAHAN KAJIAN

Kemajuan dan pembangunan yang pesat di Likas, Kota Kinabalu telah menarik minat pengkaji

untuk mengkaji dan mengenal pasti pelbagai faktor yang telah menyumbang ke arah tersebut.

Di samping itu pengkaji juga akan mengkaji faktor penarik yang menyebabkan Likas,

Kota Kinabalu ini semakin bertambah jumlah penduduknya dan peningkatan drastik kawasan

perumahan di dalam kampung ini. Justeru itu, pengkaji akan mengkaji sejak bila dan bagaimana

daerah ini mula membangun dengan pesatnya.

4. SKOP KAJIAN

Skop kajian ini akan meliputi satu tempoh masa dari tahun 1960 sehingga tahun 2015 iaitu

selama 55 tahun. Kajian ini juga hanya akan melibatkan sebuah kawasan sahaja Likas, Kota

Kinabalu, Sabah sahaja. Pengkaji juga akan menjalankan temuramah melibatkan penduduk-

penduduk kawasan ini secara dalam talian bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

5. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan harapan dapat memberi faedah dan maklumat kepada masyarakat

awam yang ingin mengkaji sejarah asal-usul secara lebih mendalam. Selain itu, kajian ini juga

diharapkan dapat menyumbang maklumat dalam perkembangan, cabaran serta wawasan masa

depan Likas, Kota Kinabalu, Sabah ini. Ia juga diharap dapat menyebar luaskan lagi kaedah
penyebaran maklumat berkaitan kampung ini melalui alam siber selain daripada penulisan di

dalam buku, majalah dan surat khabar.

6. SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebelum pengkaji melakukan kajian tentang perkembangan Likas. Kota Kinabalu di Sabah ini,

didapati tiada pengkaji lain yang telah membuat kajian yang sama. Namun begitu, terdapat

beberapa kajian lain yang berkaitan telah dilakukan. Contohnya buku bertajuk Siri Sejarah

Nusantara: Sejarah Sabah, diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka yang ditulis oleh Buyong

Adil. Buku ini menjelaskan sejarah asal-usul Sabah dan tiga zaman pemerintahan di Sabah, iaitu

di bawah pemerintahan British, di bawah pemerintahan tentera Jepun dan Sabah di bawah

pemerintahan Malaysia. Abdul Halim Bandan pula menulis buku bertajuk Cerita Asal Usul

Sabah yang mengandungi cerita tradisi yang terdiri daripada cerita asal usul, legenda dan

dongeng yang bersifat didaktik, dan sekali gus memancarkan adat istiadat, sistem kepercayaan

dan pemerintahan yang pernah atau masih diamalkan oleh suku kaum tersebut. Terdapat juga

beberapa buah buku yang menceritakan tentang asal-usul masyarakat di Sarawak. Contohnya

buku yang berjudul Masyarakat Melanau Di Sarawak, ditulis oleh Jeniri Amir. Selain daripada

itu, teerdapat juga buku yang bertajuk Sejarah dan Warisan Kebudayaan Daerah Tenom 2017,

diterbitkan oleh Unit Penyelidikan Arkeologi Borneo (UPArk), Universiti Malaysia Sabah.

Begitu juga rujukan buku oleh Baszley Bee B. Basra Bee berjudul Sejarah dan Warisan

Kebudayaan Kimanis yang diterbitkan oleh Unit Penyelidikan Arkeologi Borneo.


7. KAEDAH KAJIAN

7.1 TEMURAMAH

Kajian yang akan pengkaji lakukan ini menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah kajian

kepustakaan, kajian lapangan, kajian internet dan juga menerusi temuramah. Bagi memperolehi

sumber primer berkaitan sejarah Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pengkaji akan

menemuramah beberapa penduduk di situ.

7.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN

Pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, jurnal, majalah, rekod-rekod lampau,

internet, buletin dan gambar yang berkaitan dengan perkembangan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi kaedah kajian kepustakaan ini, pengkaji akan membuat penyelidikan di Perpustakaan

Cawangan Tuaran, pengkaji akan mengenal pasti buku-buku yang berkaitan dengan sejarah

perkembangan Kampung Likas, Kota Kinabalu.

7.3 KAJIAN LAPANGAN

Melalui kaedah kajian lapangan ini pula, pengkaji akan melawat kawasan Kampung Likas, Kota

Kinabalu untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang suasana persekitaran dan

kemajuan yang telah dilakukan, Pengkaji akan melawat ke beberapa buah rumah di kawasan

tersebut.

7.4 KAJIAN INTERNET

Pengkaji juga akan menggunakan kaedah kajian internet. Kajian Internet lebih sistematik dan

mudah bagi memperoleh pelbagai maklumat. Maklumat yang berkaitan sejarah sesebuah
kampung, sejarah sesuatu tempat atau negeri sememangnya banyak di laman-laman web di

internet.

8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

8.1 PENGENALAN

Pengkaji akan menerangkan definisi kampung dan maklumat ringkas mengenai Kampung Likas

8.2 LATAR BELAKANG KAMPUNG LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH.

Bahagian ini menerangkan perkembangan ekonomi yang dibuat oleh Kampung Likas sehingga

berjaya membina kampung yang berupaya mempamerkan potensi untuk dibangunkan.

8.3 PERKEMBANGAN KAMPUNG LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH.

Bahagian ini mennerangkan tentang perkembangan ekonomi dan sosial yang dicapai oleh

kampung tersebut dalam tempoh tahun 1960 hingga 2015. Pengkaji akan menjelaskan

perkembangan yang telah dijalankan bagi membangunkan Kampung, Likas.

8.4 CABARAN DAN RINTANGAN KAMPUNG LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH.

Bahagian ini kan menerangkan cabaran dan rintangan yang dihadapi akibat pembangunan

Kampung Likas.

9. PENUTUP
Pada keseluruhannya,‍ kajian pengkaji ‍terhadap Likas, K
‍ ota Kinabalu,‍ Sabah ‍adalah ‍untuk

memperihalkan ‍perkembangan ‍dan‍ cabaran ‍yang ‍telah dialami oleh‍ kampung ini dalam‍ tempoh

55 tahun‍(1960 hingga 2015) ‍

10. BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Bandan, 2006, Cerita Asal Usul Sabah, Penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

Amarjit Kaur, 2016. Economic Change in East Malaysia: Sabah and Sarawak since 1850,

Penerbitan ST. Martin’s Press Inc.

Amy Azuan Abdullah, 2017, Sejarah dan Warisan Kebudayaan Daerah Tenom, Penerbitan Unit

Penyelidikan Arkeologi Borneo (UPArK), Universiti Malaysia Sabah.

Baszley Bee B. Basrah Bee, 2014, Sejarah dan Warisan Kebudayaan Kimanis, Penerbitan Unit

Penyelidikan Arkeologi Borneo.

Buyong Adil, 2019, Siri Sejarah Nusantara: Sejarah Sabah, Penerbitan Dewan Bahasa &

Pustaka.

Iliyas Ibrahim, 2008, The Man At The Helm, Penerbitan Kota Kinabalu City Hall.

Jeniri Amir, 2014, Masyarakat Melanau Di Sarawak, Penerbitan Institut Terjemahan & Buku

Malaysia (ITBM).

Jeniri Amir, 2015, Masyarakat Melanau di Sarawak, Penerbitan Institut Terjemahan & Buku

Malaysia.

Jiliah Situn, 2000, Sejarah Kota Kinabalu, Penerbitan Arkib Negeri Sabah.

Victor T. King, 2016. Borneo Studies in History, Society and Culture. Penerbitan Springer

Science, Business Media Singapore Pte Ltd.


1
https://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu
2
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Likas
3
https://dbkk.sabah.gov.my/index.php/en/info-dbkk/latar-belakang-dbkk/profil-dbkk

Anda mungkin juga menyukai