Anda di halaman 1dari 8

TAJUK:

SEJARAH

ASAL USUL SERTA PERKEMBANGAN KAMPUNG KALAI

DARI TAHUN 1940 SEHINGGA TAHUN 2000.

1. PENGENALAN 1.1. Mengikut dari segi sejarah , Kampung Kalai pada masa dahulu adalah merupakan kawasan penempatan penduduk Thailand yang bekerja untuk Raja Siam di sawah padi dan lombong emas.Pemilik tanah,iaitu Raja Siam menggunakan ramai buruh dari Thailand . Buruh-buruh tersebut dibawa ke tempat tersebut dengan menaiki tongkang dan perahu melalui Sungai Tadoh yang mengalir di sepanjang Kampung Kalai. Mereka kemudiannya membuka penempatan dengan membina rumah dan pangkalan di kawasan tebing sungai tersebut. Sejak itu, kawasan itu dikenali dengan nama Kampung Kalai yang merupakan singkatan sebutan perkataan pangkalan yang disebut kale dalam loghat Kelantan .Ada juga yang mengatakan perkataan kale adalah berasal dari bahasa Siam. Kini, tiada apa-apa bukti yang tinggal bagi membuktikan kesahihan kisah tersebut kerana ia telah ditelan arus zaman . Namun begitu, Sungai Tadoh yang dahulunya amat dalam sehingga mampu dilalui tongkang sudah menjadi cetek akibat pasir yang dialirkan dari kawasan lombong emas yang masih wujud sehingga ke hari ini.

2. OBJEKTIF KAJIAN

2.1. Mengkaji, menyelidik serta membongkar sejarah asal usul dan pembentukan Kampung Kalai. 2.2. Mengkaji taraf perkembangan dan perubahan ekonomi, sosial, dan pendidikan penduduk Kampung Kalai dari tahun 1940 sehingga tahun 1990. 2.3. Mengkaji serta menyelidik mengenai sejarah yang pernah berlaku di Kampung Kalai dari tahun 1940 sehingga tahun 1990.

3. PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja khusus ini, saya menghadapi pelbagai rintangan serta halangan untuk menyiapkan kerja kursus ini tidak kiralah dari segi mental mahupun fizikal. Masalah ini mula timbul apabila saya mencari maklumat dan semasa saya menjalankan penyelidikan di Kampug Kalai.

Antara masalah yang timbul ialah:-

3.1. Kurangnya Kerjasama Daripada Penduduk Setempat. Sepanjang waktu penyelidikan dilakukan,saya telah mendekati masyarakat Kampung Kalai bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat serta bahan yang diperlukan utuk menjalankan tugasan ini. Walaubagaimanapun, hasil dari tinjauan saya didapati bahawa penduduk di perkampungan ini kurang menunjukkan semangat kerjasama dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Mereka ini tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam menunjukkan lokasi-lokasi kajian,serta kurangnya bahan bukti bagi menjamin kesahihan cerita penduduk kampung dalam menceritakan asal usul kampung serta sejarahnya. .

3.2. Kekurangan Maklumat Serta Kesukaran Untuk Mendapatkan Bahan-bahan. Bagi mendapatkan lebih banyak bahan dan maklumat mengenai kampung Kalai, Saya telah berusaha mencari pelbagai sumber yang ada .Namun begitu, sumber mengenai kampung ini agak sukar untuk diperolehi. Hal ini kerana, sumbernya adalah sangat terhad dan kebanyakan penduduk kampung tidak memiliki kebanyakan sumber yang diperlukan.

3.3. Kesukaran Melawat Kawasan Kajian. Dalam melaksanakan kajian ini juga, saya terpaksa menghadapi beberapa rintangan dalam menuju ke kawasan bersejarah yang dikaji seperti lombong emas, terowong Jepun dan juga kereta api lama. Persekitaran yang dikelilingi hutan tebal telah menyukarkan saya untuk melakukan tinjauan. Malahan, dengan cuaca hujan ketika saya menjalankan

kajian telah menyebabkan persekitarannya berlumpur dan menyukarkan kami menjalankan kajian.

3.4. Kos Yang Tinggi. Bagi menyempurnakan kajian ini, modal dan dana amat diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Namun begitu , saya mengalami kekurangan modal disebabkan oleh kos untuk menyiapkan kerja ini agak tinggi. Dengan masalah ini,faktor kewangan memperlahankan saya menyiapkan tugasan ini. membuat penyelidikan serta mencari maklumat bagi

4.0 SKOP KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah memilih untuk mengkaji Kampung Kalai,Jeli,Kelantan. Negeri Kelantan, Kelantan berasal daripada perkataan kelatana,caton cina menyebut Ho-L0-Tan dan sultan Kelantan yang pertama bernama Long yunus4. Negeri Kelantan terletak di pantai Timur Semanjung Malaysia antara garis lintang 4 darjah 32 minit dan 6 darjah 37 minit di Timur Negeri yang bersempadan dengan Terengganu di Timur,

Negeri Pahang di selantan1. Oleh itu, saya telah menetapkan tajuk kerja khusus saya iaitu Sejarah asal usul serta perkembangan Kampung Kalai dari tahun 1940 sehingga tahun 2000 .Tujuan saya membuat kajian di kampung ini ialah untuk mengkaji

sejarah,ekonomi,pendidikan,dan sosial di Kampung Kalai dari tahun 1940 hingga tahun 2000 . Saya telah memilih Kampung Kalai kerana ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya, malahan saya juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai selok belok Kampung Kalai. Hal ini kerana saya telah menetap di kampung ini sejak kecil lagi. Sepanjang tempoh kajian, saya telah menjalankan kajian yang meliputi beberapa aspek iaitu mengenai asal usul kampung , perkembangan ekonomi , sosial serta pendidikan masyarakat Kampung Kalai.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kerja khusus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah serta caracara mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai Kampung Kalai.

Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah:-

5.1 Laman Sosial / Internet: Dalam melaksanakan kajian ini,saya telah memilih teknologi internet bagi mencari maklumat serta bahan mengenai kampung kalai. Melalui kaedah ini, saya telah memperoleh banyak maklumat serta butiran mengenai Kampung Kalai.

5.2 Temu Bual: Bagi mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan benar , saya telah menggunakan kaedah temu bual. Melalui kaedah ini, saya menemubual ramai penduduk Kampung Kalai. Saya telah menjalankan aktiviti temu bual terhadap beberapa orang penduduk serta tokoh-tokoh kampung bagi berkongsi ilmu mengenai salasilah serta rentetan sejarah yang pernah berlaku di Kampung Kalai.

5.3 Rujukan Di Perpustakaan: Bagi menyelesaikan tugasan ini juga, saya telah mengunjungi beberapa perpustakaan yang berdekatan kampung saya serta bandar Jeli bagi mendapatkan buku-buku , majalah serta ensiklopedia yang berkaitan dengan kajian yang telah saya jalankan. Saya juga turut, mengunjungi arkib cawangan negeri Kelantan di Kota Bharu bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Kampung Kalai.

5.4 Melawat Ke Lokasi Kajian: Bagi menyelesaikan tugasan ini juga , saya telah mengunjungi beberapa lokasi kajian bagi meninjau serta mengambil gambar di persekitaran kawasan yang dikaji . Antara tempat yang telah saya lawati adalah seperti terowong Jepun , Lombong Emas dan Landasan Kereta Api . Tujuan saya melawati kawasan tersebut adalah kerana untuk membuktikan kesahihan kajian yang telah saya kaji .

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

6.1 Bahagian 1 Kampung kalai kini

6.2 Bahagian 2 Sejarah awal dan Penubuhan Kampung kalai

6.3 Bahagin 3 Perkembangan Ekonomi , Pembangunan dan Pendidikan .

6.4 Bahagian 4 Kesimpulan

RUMUSAN

Dalam menyiapkan kerja khusus ini , saya telah berusaha sedaya upaya bagi menyelesaikan serta mendapatkan hasil yang terbaik. Walaubagaimanapun , saya terpaksa mengalami beberapa rintangan serta masalah di permulaan kajian . Namun begitu , saya dapat mengatasinya dengan penuh kesabaran demi menghasilkan kerja khursus yang sempurna. Melalui kajian saya di Kampung Kalai , saya dapat mempelajari serta mengetahui secara menyeluruh mengenai asal usul pembentukan kampung malahan satu persatu rahsia yang selama ini tersimpan telah terbongkar , Dalam menyiapkan kajian ini juga,saya dapat mengenal erti tanggungjawab dan kesabaran dalam melakukan sesuatu kerja . Tatkala itu juga , saya dapat mengambil iktibar serta pengajaran mengenai sorotan peristiwa lampau yang pernah berlaku di Kampung Kalai antara tahun 1940 sehingga tahun 2000.

Anda mungkin juga menyukai