Anda di halaman 1dari 8

A07100 Pendidikan Moral

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1(SEMESTER 1)
BIDANG 1.0 INSAN BERMORAL
STANDARD KANDUNGAN 1.2 INDIVIDU BERAKHLAK MULIA

1.2.1 Menyenaraikan ciri individu yang berakhlak


mulia.
1.2.2 Menjelaskan dengan contoh cara
mempraktikkan akhlak mulia.
STANDARD
1.2.3 Menghuraikan kepentingan berakhlak mulia.
PEMBELAJARAN
1.2.4 Mengekspresikan perasaan apabila dapat
berakhlak mulia dalam kehidupan harian.
1.2.5 Mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan
harian.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menerangkan dengan contoh dan ciri individu
OBJEKTIF yang berakhlak mulia dalam sesuatu situasi
2. Memerihalkan dengan cara mempraktikkan
akhlak mulia dalam pelbagai situasi.
NO. KOD A07100

1.2 INDIVIDU BERAKHLAK MULIA

TUJUAN:

Supaya pelajar dapat membentuk individu yang berakhlak mulia didalam berdasarkan
contoh situasi yang diberikan oleh pelajar. Akhinya pelajar dapat mempraktikan akhlak
mulia dalam pelbagai situasi.

1
A07100 Pendidikan Moral

BIDANG 1: INSAN BERMORAL


1.2 INDIVIDU BERAKHLAK MULIA
BERAKHLAK MULIA

Akhlak ialah elemen penting kerana ia merupakan tonggak peradaban dan tamadun
manusia. Maju dan mundur sesebuah masyarakat bergantung kepada peribadi dan
tingkah laku individu dalam masyarakat tersebut. Akhlak menurut bahasa berasal dari
kalimah al-khuluq yang membawa empat pengertian iaitu tabiat, perangai, maruah dan
agama(Wan Yusnee Binti Abdullah, 2017). Akhlak juga bermaksud tingkah laku
seseorang yang telah menjadi tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan
zahir dan batin seseorang. Selain itu ia memberi maksud sifat-sifat semulajadi yang
memang wujud pada dirinya sama ada ia pembawaan diri dari segi tingkah laku atau pun
perangai (‘Abdullah Muhammad Zain, 1992).

1.2.1 CIRI INDIVIDU BERAKHLAK MULIA

Pembentukan modal insan yang berakhlak mulia memerlukan penghayatan nilai murni
dan perkembangan dari segi penakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Akhlak
mulia dapat dibentuk melalui latihan serta amalan keserhanaan dalam kehidupan harian
sehingga menjadi tabiat dan kebiasaan. Individu yang berakhlak mulia mempunyai ciri
yang tertentu dan antara ciri-cirinya adalah.

Ikhlas dan jujur dalam


tindakan

Berusaha bersungguh- Sabar dan tenang ketika


sungguh untuk melakukan menghadapi kesukaran
kebaikan Ciri Individu hidup
Berakhlak
Mulia

Melakukan sesuatu kebaikan Berpegang teguh kepada


tanpa mengharapkan balasan nilai moral
Bersikap sederhana dalam
pemikiran, pertuturan dan
perlakuan

2
A07100 Pendidikan Moral

1.2.2 CARA MEMPRAKTIK AKHLAK MULIA

Berakhlak mulia juga merupakan satu standard yang menentukan seseorang individu
untuk menjadi insan yang baik. Akhlak mulia dapat membantu individu untuk
meningkatkan kualiti hidup yang diingini. Terdapat beberapa cara untuk mempraktikkan
keperibadian mulia.

CARA MEMPRAKTIK
AKHLAK MULIA

DIRI KELUARGA
- Menjaga Batasan pergaulan - Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam
- Bersikap pemaaf dan berani kehidupan

mengakui kesilapan diri. - Bersederhana dalam menyambut


hari istimewa anggota keluarga.

RAKAN SEBAYA MASYARAKAT


- Menegur kesalahan rakan dengan - Membantu mangsa bencana
cara baik. - Melibatkan diri secara sukarela dalam
- Memberikan pertolongan dengan program kemasyarakatan.
ikhlas.

NEGARA
- Mengelakkan diri daripada melakukan
penularan fitnah tentang negara.
- Mengharumkan nama negara dalam
pelbagai bidang.

3
A07100 Pendidikan Moral

1.2.3 KEPENTINGAN BERAKHLAK MULIA.


Setiap individu perlu mengetahui kepentingan berakhlak mulia agar tidak mudah
terpengaruh dengan tabiat yang negatif. Jesteru, akhlak mulia penting untuk diri,
masyarakat dan negara. Kepentingan berakhlak mulia dalam diri adalah seseorang itu
akan disayangi ramai pihak, dihormati dan dijadikan suri teladan oleh orang lain serta
hidup sentiasa tenang, gembira dan bahagia. Selain itu, masyarakat juga akan sentiasa
hidup aman dan harmoni disamping akan mewujudkan masyarakat yang penyayang
kesan dari berakhlak mulia. Seterusnya, dari aspek negara pula ialah kedaulatan negara
terjamin serta dapat memelihara kemakmuran negara. Selain itu, berakhlak mulia juga
dapat menjamin kestabilan, politik, ekonomi dan social. Berikut merupakan kepentingan
mempunyai keperibadian mulia bagi seseorang individu.

Sentiasa melakukan perkara yang Disenangi ramai


positif

Menjamin kebahgiaan dalam Memberikan ketenangan jiwa


kehidupan kepada diri

Dihormati dan dipandang mulia Menjadi suri teladan kepada orang


oleh orang lain. lain

Mencapai matlamat hidup yang


diingini.

4
A07100 Pendidikan Moral

AKTIVITI 1 : FAIL EDAR

Langkah Perlaksanaan

1. Bentukkan kumpulan anda yang terdiri empat ke lima orang.


2. Buka fail yang mengandungi kad situasi
3. Bincangkan situasi yang dicatatkan dalam kad situasi berdasarkan perkara seperti
berikut:
a. Kenalpasti sikap berakhlak mulia atau tidak berakhlak mulia terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
b. Kesan mengamalkan sikap berakhlak mulia terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
c. Tindakan berakhlak mulia sepatutnya diamalkan.
4. Hentikan perbincangan apabila tempoh tamat.
5. Tulis jawapan yang dibincangkan dan masukkan ke dalam fail.
6. Edarkan fail ini kepada kumpulan lain untuk penambahbaikan.
7. Ulang langkah di atas sehingga semua fail telah diedarkan dan dibincangkan oleh
semua kumpulan.
8. Buat rumusan dan bentangkan hasil perbincangan.

KAD SITUASI 1
Seorang remaja lelaki yang menggunakan nama
samaran “Alfonso” dilaman sosial telah memeras
ugut seorang gadis yang telah menolak cintanya.
“Alfonso” mengugut akan menularkan gambar gadis
tersebut yang berpakaian.

KAD SITUASI 2

Seorang gadis, Epy menjadi terkenal kerana sering


berkongsi videonya melalui media sosial tentang cara
menyolek seseorang. Dia juga mempunyai ramai
pengikut di laman sosial kerana penampilannya.

5
A07100 Pendidikan Moral

KAD SITUASI 3

Subhi gemar berkongsi video tentang aktiviti


menyelenggara dan membaik pulih tempat-tempat
bersejarah yang boleh dilawati dengan rakan-rakan di
Malaysia dan di luar negara.

KAD SITUASI 4
Jenny sering berkongsi gambar dan maklumat tentang
kucing yang terbiar. Kucing-kucing tersebut akan
dibawa ke klinik haiwan sebelum dipelihara. Jenny
juga menawarkan perkhidmatan mencari kucing yang
hilang kepada orang ramai.

KAD SITUASI 5
Bloq seorang penulis bernama “Boneka” mempunyai
ramai pengikut kerana berani mengkritik sesuatu
perkara yang dianggapnya tidak betul. Dia
menggunakan Bahasa yang kasar untuk menegur
individu yang tidak menjaga kebersihan Kawasan
pelancong

6
A07100 Pendidikan Moral

AKTIVITI 2 : MAIN PERANAN

Sekolah Vokasional Akasia akan mengadakan kempen


pemilihan pemimpin pelajar bagi tahu tersebut

LANGKAH PELAKSANAAN

1. Murid dibahagikan empat kumpulan.


2. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil untuk main peranan sebagai
calon pemimpin pelajar yang berkempen.
3. Ahli Kumpulan diminta Bersama-sama menyediakan manifesto untuk calon
yang dipilih berkempen.
4. Setiap calon akan menjalankan kempen manakala murid yang bertanding
sebagai calon yang diberikan boring pemilihan pemimpin pelajar untuk diisikan.
5. Pelajar akan memasukkan boring pemilihan pemimpin murid ke dalam kotak
undi yang disediakan.
6. Undi akan dikira dancalon yang mendapat undiaan terbanyak dipilih sebagai
pemimpin murid.

CONTOH BORANG PEMILIHAN PELAJAR

Akhlak Mulia Yang Tandakan ( X )


Nama Calon Manisfesto
Ada Pada Calon Calon yang
dipilih.

Abdullah
Sanjana Menon
Afina Sabani
Ganesh

7
A07100 Pendidikan Moral

SOALAN PENGUKUHAN

Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul ( x ) pada penyataan yang salah.

a) Remaja perlu beradab sopan terhadap anggota masyarakat supaya mendapat


pujian dan ganjaran.

b) Kesanggupan pihak Angkatan tentera mempertahankan negara daripada


serangan musuh menunjukkan sikap patriotic yang mesti dicontohi.

c) Kita perlu segera membantu orang yang dalam kesusahan.

d) Remaja tidak boleh menolak ajakan negatif daripada rakan sebaya kerana
perbuatan tersebut dianggap tidak memnghormati rakan sebaya.

e) Individu yang mengamalkan akhlak mulia dalam hidup akan menyebabkan dirinya
dan orang lain berasa gembira dan bahagia.

TAMAT STANDARD KANDUNGAN AKHLAK MULIA AMALAN HIDUP

Anda mungkin juga menyukai