Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:
BUKU SKRAP YANG BERTEMAKAN BUDAYA
MASYARAKAT DI MALAYSIA

NAMA : NORASHIKIN BINTI SABARI


NO MATRIK : BI0001215
NAMA KURSUS : KEROHANIAN DAN MORAL
KOD KURSUS : SECE 2103
SEMESTER : EMPAT (4)
NAMA PENSYARAH : CIK SITI NURAISYAH BINTI JOHAR

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 Pengenalan 3
2 Objektif 5
3 Faktor Permasalahan Dalam Kalangan Budaya 6
4 Kelebihan Buku Skrap Yang Dihasilkan 7
5 Langkah Membuat Buku Skrap 8
6 Rumusan 10
7 Rujukan 11
8 Lampiran 12

2
1.0 Pengenalan

Iban adalah salah satu suku bangsa yang mendiami wilayah Borneo, terutama di
negara Malaysia dan Indonesia. Suku Iban ini memiliki Sejarah yang kaya dan unik. Asal
usul Suku Iban dikenali sebagai Dayak iban yang mendiami pulau Borneo sejak zaman kuno.
Mereka berasal dari daerah pendalaman dan Sungai di Kalimantan dan memiliki tradisi yang
kaya dalam seni, budaya dan ada istiadat.

Secara umumnya, Masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil di
Kalimantan, Indonesia. Namu ada juga orang-orangmengatakan bahawa Iban sebenarnya
berasal daripada Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak. Pada
zaman dahulu, Masayarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya, keberanian dan
kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai “Headhunter”. Ini adalah kerana sebagai
tanda kemenangan terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa
pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan digantung di rumah Panjang.

Ngayau (memotong kepala) ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang
dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada
mulanya Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul Suku Kaum Dayak Mengayau,
iaitu salah satu daripada suku kaum yang tinggal di Kalimantan Barat, Indonesia. Perkataan
Ngayau ialah bermaksud satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang
perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana ia dikenali sebagai “Kayau
Serang”. Dan satu lagi jenis serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikutnya
yang kecil dan ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan yang
sangat ditakuti oleh semua orang pada zaman dahulu. Mereka melakukan serangan ini tanpa
sebarang perancangan rapi atau boleh dikatakan ia dilakukan secara sepontan akibat hati yang
memberontak terhadap pihak musuh. Semasa ekspedisi ngayau ini pahlawan yang telah
berjaya mengalahkan musuh mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka
bunuh sebagai satu tanda keberanian mereka dalam serangan tersebut. Mereka juga akan
merampas semua harta benda musuh yang mereka suka dan juga menangkap semua musuh
yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung halaman supaya musuh itu nanti akan
dijadikan sebagai hamba abadi mereka. Ada juga diantara mereka yang berjaya mengalahkan
musuh ini telah menangkap anak putri Ketua Kayau musuh untuk dijadikan sebagai isteri
mereka

3
Masayarakat Iban mengamalkan pelbagai perayaan dan tradisi. Antaranya ialah
perayaan Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun setiap tahun oleh golongan masayarakat
Dayak sebagai tanda keberkatan dan kesyukuran terhadap penanaman padi. Selain itu, di
antara perayaan lain adalah Gawai Antu, Gawai Burung dan Gawai Lelabi. Oleh kerana,
kebanyakan masayarakat Iban menganuti agama Kristian, mereka juga menyambut perayaan
Hari Krimas.

4
2.0 Objektif

Terdapat beberapa objektif di dalam kajian ini. Kanak-kanak dapat belajar benda
baharu. Contohnya, kanak-kanak boleh mengetahui tentang asal usul suku iban, apakah kaum
iban, cara kehidupan mereka pada zaman dahulu dan juga pemakaiaan tradisional suku iban.

Seterusnya, akan menghormati budaya lain. Contohnya, menghormati budaya lain


membantu menciptakan hubungan yang lebih baik antara berbagai kelompok budaya. Ini
dapat mengurangi konflik antarbudaya dan menciptakan lingkungan yang lebih harmonis
untuk berinteraksi.

Selain itu, menarik minat untuk membaca. Contohnya, apabila menghasilkan buku
skrap yang menarik dan kreatif ia nya dapat menarik minat seseorang untuk membaca dan
mengetahui tentang suku iban mahupun orang dewasa atau kanak-kanak.

5
3.0 Faktor permasalahan dalam kalangan budaya

Adat dan tradisi Masyarakat di Sarawak ialah dari cara hidup. Masyarakat iban pada
zaman dahulu sangat mementingkan adat serta tradisi berbeza dengan dunia moden masa
kini. Banyak adat yang masih lagi dikekalkan dalam kalangan anggota Masyarakat di rumah
Panjang untuk menjaga keamanan masyarakat. Antaranya ialah penyimpanan tajau dan tawak
yang masih dikekalkan walaupun berkurangan pada masa kini. Adat yang lainnya adat
perkahwinan dan adat sewaktu menguruskan kematian walaupun tidak serratus peratus. Pada
masa kini, adat-adat masyarakat iban ini semua makin dilupakan terutamanya dalam kalangan
usia muda.

Pengabaian budaya dan adat resam dalam kalangan masyarakat iban makin
membimbangkan dari semasa ke semasa. Antara kesannya ialah, hilangnya identiti sesuatu
kaum. Ini tidak dapat dilihat dengan sekali imbas, namun perkara ini memberi impak dalam
jangka masa panjang. Generasi yang semakin moden sudah terpengaruh dengan gaya hidup
luar yang menyebabkan ada sesetengah daripada mereka yang berasa malu untuk
menzahirkan asal-usul mereka. Golongan muda lebih mementingkan imej untuk menjadikan
mereka tidak ketinggalan zaman. Sebagai contoh, pakaiaan tradisional iban iaitu Ngepan iban
dan Baju Burung amat penting dipakai terutama dalam majlis perkahwinan. Permasalahan
wujud apabila golongan belia lebih gemar menggayakan pakaian perkahwinan yang moden
disebabkan oleh kesan modenisasi dan faktor keagamaan.

Namun, mereka tidak seharusnya terus mengabaikan budaya dan adat resam kaum
sendiri kerana tiada siapa yang ingin mengamalakan adat turun temurun itu jika bukan dari
pihak mereka sendiri. Selain itu, tradisi turun temurun itu akan lupus. Ini kerana adat yang
diamalkan sejak ratusan tahun itu semakin dilupakan dan ditinggalkan oleh masyarakat iban
itu sendiri. Oleh kerana terlalu mengikut arus moden, masyarakat iban lebih-lebih lagi
golongan muda banyak berhijrah ke bandar sedikit demi sedikit mengubah jiwa mereka
kearah sesuatu yang lebih menarik.

Oleh sebab itu, arus moden ini telah melelenyapkan tradisi dan adat yang selalu
diamalkan di kampung asal mereka kerana tidak ditegaskan oleh orang tua mereka.
Pengabiaan terhadap adat resam mereka ini menyebabkan adat resam masyarakat iban
semakin dilupakan dan tidak ditonjol dalam kehidupan. Lama-kelamaan ini akan
mengakibatkan adat resam tersebut tidak lagi menjadi keutamaan dan akhirnya pupus
ditenggelam zaman.

6
4.0 Kelebihan buku skrap yang dihasilkan

Kelebihan buku skrap yang dihasilkan adalah masyarakat akan lebih mengenali
Sejarah-sejarah atau asal usul suku iban. Seperti pakaiaan, makanan, tempat tinggal mereka
kerana pada masa kini susah untuk mengetahui asal usul kaum iban disebabkan tiada generasi
yang mewarisinya.

Selain itu, pengetahuan tentang suku iban mampu mewujudkan jati diri dalam
kalangan generasi muda. Sejarah mendedahkan ketinggian peradaban dan tamadun nenek
moyang kita. Mereka akan dapat melihat ketinggian nilai seni, adat resam, dan pemikiran
mereka. Mereka turut akan sedar dan menghargai warisan bangsa sendiri. Bukan itu sahaja,
mereka akan berasa bangga terhadap pencapaian dan kedudukan warisan sendiri. Natijahnya,
golongan muda akan membentuk identiti diri dan tidak akan mengagung-agungkan budaya
Barat. Tegasnya, Sejarah penting untuk membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.

Buku skrap yang kreatif boleh menarik minat dan membimbing kanak-kanak dalam
mengetahui adat iban. Dapat meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman kanak-kanak
terhadap isi kandungan buku skrap. Kanak-kanak dapat mengaplikasikan dalam kehiduapn
seharian mereka berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari.

7
5.0 Langkah membuat buku skrap

Rajah 1.0 mencari maklumat tentang asal usul iban di laman sesawang

Rajah 2.0 menyediakan bahan-bahan untuk


membuat buku skrap seperti kertas warna, gunting, pensel, pen, gam dan hiasan-hiasan.

Rajah 3.0 melihat cara-cara untuk membuat kertas untuk membuat pelbagai bentuk.

8
Rajah 4.0 hasil yang telah jadi apabila
melihat cara membuat lipatan kertas.

Rajah 5.0 melekatkan abjad suku iban di muka hadapan menggunakan gam panas.

9
6.0 Rumusan

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan


warisan budaya negara. Seperti menganjurkan kempen, wawancara serta pameran untuk
menghidupkan warisan budaya. Sebagai contoh, pameran makanan, pakiaan, tarian dan
sebagainya. Dengan ini rakyat atau negara lain akan memahami tentang budaya mereka.
Selain itu, tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan dengan ini
warisan budaya dapat diikut dan dilihat sepanjang masa.

Warisan tradisional boleh juga disampaikan kepada generasi muda melalui latihan
tarian seperti Ngajat atau tarian Norek. System Pendidikan juga boleh menyelitkan budaya
tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Usaha ini akan memberi peluang kepada
mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya iban akan terus berkembang
persembahan ini akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat, seni jiwa
bangsa dapat dihayati bak kata perpatah ‘tak kenal maka tak cinta.

Disamping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di
Sarawak haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional
kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan tentang
budaya iban dengan lebih kerap dan meluas. Pihak media massa juga juga digalakkan
mengadakan sudut seni budaya seperti Akhbar Berita Harian yang merencanakan sudut
budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan dan sebagainya.
Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malayasia
Hari Ini” dan “Selamat Pagi Malaysia” untuk diperkenalkan di seluruh Malaysia.

10
7.0 Rujukan

1) Rujukan tentang ap itu Iban https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban#:~:text=Iban


%20adalah%20kaum%20Peribumi%20asli,(Iban%20Merotai)%20dan%20Labuan.

2) Rujukan tentang keunikan kaum Iban https://emelyajr.blogspot.com/2016/

3) Rujukan tentang tarian Kaum Iban


https://ms.wikipedia.org/wiki/Ngajat#:~:text=Tarian%20Ngajat%20atau%20Tarian
%20Norek,di%20Kalimantan%20Barat%20dan%20Sarawak.

8.0 Lampiran

11
Rajah 1.0 hasil buku skrap yang telah disiapkan.

Rajah 2.0 buku skrap.

12

Anda mungkin juga menyukai