Anda di halaman 1dari 16

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

PENDIDIKAN MORAL (A 07200)

KEUNIKAN DAN ADAT RESAM


MASYARAKAT IBAN

NAMA SARAVANA RAJ A/L THANGARAJAN


NO KP. 071120-02-1091
PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURURSAN
PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB
SEMESTER SEMESTER 2/2024
TAJUK KEUNIKAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT
IBAN
NAMA PENSYARAH EN. AHMAD FIRDAUS BIN SAIDIN

\
MAKLUMAT DIRI

NAMA : SARAVANA RAJ A/L THANGARAJAN

NO KAD PENGENALAN :071120-02-1091

SEMESTER :SEMESTER 2

PROGRAM :TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB

NAMA PENSYARAH : EN.AHMAD FIRDAUS BIN SAIDIN

ALAMAT KOLEJ : KOLEJ VOKESIONAL SUNGAI PETANI 1

ALAMAT RUMAH:

NO. TEL : 011-1613-9534

1
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya dapat
menyiapkan tugasan adaptasi bagi semester satu 2021.Masa yang diberikan iaitu selama 8 minggu
membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada EN.AHMAD FIRDAUS BIN SAIDIN selaku pensyarah
bahasa Pendidikan Moral saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga
pelajar yang lain dalam menyiapkan folio ini.

Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan pensyarah memudahkan pelajar
untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga atas dorongan dan
teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada pensyarah sudah pasti
saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini

2
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1. MAKLUMAT DIRI 1
2. PENGHARGAAN 2
3. ISI KANDUNGAN 3
4. PENGENALAN 4,5
5. OBJEKTIF 6
6. KEUNIKAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT IBAN 7,8
7. KEPENTINGAN 9
8. CABARAN 10
9. CARA 11
10. NILAI 12
11. REFLEKSI 13
12. RUMUSAN 14
13. BIBLIOGRAFI 16

3
PENGENALAN

Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka pada asalnya
berasal daripada Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya berpindah ke Sarawak pada masa yang
hampir sama dengan kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara. Mereka memasuki Sarawak
melalui Batang Air Kapuas, iaitu jalan masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-
Kalimantan .

Pada asalnya kaum Iban yang dipimpin oleh Singgalang Burung telah mendiami sepanjang
Sungai Kapuas. Manakala kaum iban yang dipimpin oleh Sera Gunting lebih meminati untuk
mendiami Banjaran Tiang Laju di bahagian barat Pulau Borneo. Walau bagaimanapun Singgalang
Burung dikatakan tidak mengemari kawasan tersebut maka telah diadakan satu persidangan dengan
pengikutnya di Merakai iaitu salah satu anak Sungai Kapuas untuk mengusulkan perpindahan kaum
Iban ke Batang Ai. Setelah kata sepakat diambil akhirnya, kaum iban telah memulakan
penghijrahan mereka dan tempat yang kali pertama mereka jejaki adalah daerah Kumpang, Sarawak
dan terus menetap di Kumpang .

Sebahagian daripada kaum Iban ini telah dipengaruhi oleh seorang pemimpin yang lain mula
membuat eksplorasi ke hulu Sungai Kumpang iaitu menghala ke Lubok Antu dan Engkilili dan
seterusnya menetap di kawasan Sungai Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai batang Ai. Dari
Batang Ai, suku kaum Iban berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mula membuat
penempatan mereka dengan membina rumah panjang mereka yang unik di kawasan yang dikenali
sebagai Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak.

Setelah itu sekali lagi sebahagian daripada kaum Iban ini telah mula membuat eksplorasi dengan
berpindah dan lalu menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau . Kaum Iban yang berpindah
ini adalah mereka yang dipimpin oleh Kajup dan mereka dikenali sebagai Iban Undup.

Jelas sekali perpindahan awal kaum Iban Sarawak mempunyai taburan yang agak berselerak di
kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Batang Saribas di bahagian Sri Aman dan perpindahan ini
berlaku sejak diawal abad ke 19 dari Hulu Batang Lupar melalui sempadan Kalimantan menuju ke
daerah Rejang .

Sementara itu satu lagi pemimpin iaitu Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya keluar
daripada Merakai dan menuju ke Undup serta mendiami Bukit Balau. Kaum Iban daripada
pimpinan Gelungan ini disebut sebagai Iban Balau kerana menetap di kawadan Bukit Balau iaitu
penempatan terawal masyarakat Iban di Sri Aman.

4
Kemudian sekali lagi Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya untuk berpindah ke
Sebuyau dan sebahagian generasi kaum Iban ini dikenali sebagai Iban Sebuyau. Sepatutnya
penghijrahan masyarakat Iban terhenti di kawasan Sebuyau namun setelah kematian pemimpin
Gelungan, iban Sebuyau dikatakan telah berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang, Gayam,
Lundu dan Samarahan.

Ketua-ketua suku kaum iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan Manggi telah
membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau Langkong, Tanjung Merarang, Sungai
Skrang dan Tisak.

Dan kerana itulah sememangnya bahagian Sri Aman mempunyai jumlah penduduk Iban yang
tertinggi dibanding dengan tempat-tempat lain di Sarawak diikuti dengan Kapit, Saratok, Mukah,
Kuching, Saribas, Baram, Song dan Sarikei. Ianya adalah satu hakikat bahawa kaum Iban telahpun
mendiami segenap pelusuk Sarawak dengan membawa bersama segala budaya dan adat mereka
sekali yang ternyata terlalu unik.

Kaum Iban Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri baik dari segi bahasa mereka yang
ternyata telah mempengaruhi kaum-kaum lain yang terdapat di sarawak

5
OBJEKTIF

i. Pelajar dapat menyenaraikan keunikan rakyat Malaysia dari segi agama, bangsa, budaya
dan Bahasa
ii. Pelajar dapat menjelaskan dengan contoh keunikan yang menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia.
iii. Pelajar dapat menghuraikan kepentingan mengekalkan keunikan rakyat Malaysia.
iv. Pelajar dapat mengekspresikan perasaan apabila dapat mengekalkan keunikan dan adat
resam rakyat Malaysia
v. Pelajar dapat mempraktikan peranan dalam mengekalkan keunikan rakyat Malaysia dalam
kehidupan harian.

6
KEUNIKAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT IBAN

i. PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Pakaian Lelaki Pakaian Wanita

7
ii. MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Cakar Ayam Kasam Ikan Midin Belacan

iii. PANTANG LARANG DALAM MASYARAKAT IBAN

 Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada
rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

 Masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan
dan keuzuran.

 Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

KEPENTINGAN MENGEKALKAN KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

8
1. Kepelbagaian agama dan kepercayaan, bangsa, budaya dan bahasa tidak akan bilang
dan dilupakan.
2. Memajukan ekonomi negara kerana keunikan Malaysia menjadi aset kepada kemajuan
ekonomi negara.
3. Menjadi lambing identiti sesuatu kaum dan kesinambungan tamadun bangsa.
4. Membentuk jati diri bangsa Malaysia.
5. Menjalin dan memperkukuh perpaduan antara kaum.
6. Meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara.
7. Generasi muda dapat mengetahui asal usul nenek moyang mereka dan tidak mudah
lupa diri.

CABARAN MENGEKALKAN KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

9
1. Memahami perbezaan budaya dan tradisi di antara kaum
 Salah satu cabaran utama dalam memelihara perpaduan kaum adalah
ketidakfahaman mengenai perbezaan budaya dan tradisi di antara masyarakat. Sering
kali, stereotaip dan prasangka antara kaum boleh menyebabkan ketegangan dan
konflik. Oleh itu, adalah penting untuk memperkukuhkan pemahaman mengenai
budaya dan tradisi masing-masing. Contohnya, melalui program-program pertukaran
budaya dan perayaan bersama, masyarakat dapat menghargai kepelbagaian dan
keunikan setiap etnik.

2. Meningkatkan pendidikan tentang pluralisme dan toleransi


 Isu-isu sensitif seperti agama, bahasa, dan hak asasi manusia sering menjadi punca
ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, penting untuk mencipta
ruang untuk dialog dan perbincangan terbuka tentang isu-isu ini. Masyarakat perlu
didorong untuk berkomunikasi dengan ikhlas dan berempati terhadap pandangan dan
pendapat orang lain. Contoh langkah ini adalah mengadakan forum-dialog dan sesi
perbincangan yang dipandu oleh pakar untuk membincangkan isu-isu sensitif secara
rasional dan harmoni.
3. Menggalakkan dialog dan perbincangan terbuka tentang isu-isu sensitif

 Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dan sikap


masyarakat terhadap kaum lain. Oleh itu, pendidikan tentang pluralisme dan
toleransi harus diperkukuhkan di dalam kurikulum pendidikan. Guru-guru perlu
memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai-nilai perpaduan dan
keharmonian dalam pengajaran. Selain itu, pelajaran mengenai sejarah dan
sumbangan masyarakat pelbagai etnik juga perlu diberi tumpuan untuk mengenal
pasti persamaan dan kepelbagaian di kalangan masyarakat.

4. Memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan kesaksamaan

 Satu lagi cabaran dalam memelihara perpaduan kaum adalah masalah diskriminasi
dan ketidakadilan. Untuk mencapai perpaduan yang sejati, kesedaran mengenai hak
asasi manusia dan kesaksamaan harus ditanamkan dalam masyarakat.
Penguatkuasaan undang-undang dan keadilan harus menjadi keutamaan dalam
menangani sebarang bentuk diskriminasi. Contoh, badan-badan bukan kerajaan dan
pertubuhan masyarakat sivil dapat menyediakan bantuan dan sokongan kepada
mangsa diskriminasi.

CARA MENGEKALKAN KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

10
a) DIRI
 Menerima & menghormati keunikan semua kaum
 Tidak memandang rendah adat/
 kepercayaan kaum lain Mengamalkan adat & budaya dalam kehidupan seharian

b) IBU BAPA
 Mengamalkan adat & budaya dalan keluarga
 Mendidik anak-anak supaya menerima kepelbagaian budaya
 Membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti kebudayaan pelbagai kaum

c) KERAJAAN
 Membanyakkan aktiviti keseniaan & kebudayaan peringkat sekolah
 Memartabatkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Mewujudkan muzium mini keseniaan dan kebudayaan

NILAI

11
Berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersikap keterbukaan serta
bersedia menerima kepelbagaian yang ada tanpa mengabaikan tradisi
masing-masing.
1. PATRIOTISME : KERAJINAN:

2. KERAJINAN : Berusaha bersungguh-sungguh mengekalkan keunikan warisan


bangsa.

3. BERDIKARI : Bertindak secara proaktif dalam menjalin hubungan baik antara kaum.

4. KEBERANIAN: Sanggup menghadapi cabaran demi mempertahankan budaya dan


identiti yang diwarisi agar tidak ditelan zaman.

5. RASIONAL : Memainkan perana n menjaga hubungan antara kaum kita dan kaum
lain dengan baik .

REFLEKSI

12
Tugasan bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106) di bawah bimbingan Encik Mansor Bin Abd.
Rahman telah diserahkan kepada saya pada 12 Januari 2013, merupakan tugasan secara individu
yang harus disempurnakan mengikut tempoh yang diberikan kepada saya sehingga 6 April 2013.

Tugasan yang diberikan ini penuh bermakna buat saya kerana hasil daripada tugasan inilah saya
dapat mengetahui bahawa terdapat kira-kira 80 etnik di Malaysia dan kini Malaysia diwarnai
dengan keunikan tersendiri. Melalui undian yang dibuat, saya diarahkan untuk mendokumentasikan
sebuah folio tentang "Kaum Iban" yang berfokuskan beberapa aspek seperti latar belakang kaum,
tempat tinggal, amalan, perayaan, makanan, pantang larang dan sebagainya.

Saya teruja dengan kaum Iban yang masih mengamalkan cara hidup yang berlandaskan hukum
adat, pantang-larang, tolak-ansur, dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu
sama lain. Mereka masih mengekalkan nilai, adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi
lambang tradisinya. Saya kagum dengan semangat yang ada dalam diri suku kaum ini. Saya dapati
setiap upacara berkaitan dengan adat dan budaya akan disambut oleh kaum Iban tanpa mengira
kawasan dan umur. Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah hasil daripada pegangan tersebut,
adat dan budaya kaum Iban masih dapat bertahan sehingga sekarang dan tidak lapuk ditelan zaman.

Tugasan ini juga memerlukan saya mencari maklumat tentang konsep-konsep asas hubungan
etnik dan saya perlu membuat kajian ilmiah tentang aplikasi hubungan etnik dalam realiti
kehidupan masyarakat majmuk berlandaskan nilai hormat- menghormati. Daripada pembacaan di
akhbar, buku-buku sejarah, jurnal, tontonan filem-filem melayu klasik dan moden membolehkan
saya memahami sedikit sebanyak kefahaman tentang perkara yang berkaitan disamping saya dapat
mencungkil sejarah lampau yang memperlihatkan hubungan etnik dalam realiti kehidupan
masyarakat majmuk. Sebenarnya, inilah peluang untuk saya menambah ilmu dan ternyata tidaklah
rugi buat saya dalam mempelajari sesuatu yang baru.

RUMUSAN

13
Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum,
budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama
kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian
bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua
kaum untuk mempertahankannya.

Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu
kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat
yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang
berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan
yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis.

Pengarajaran ialah setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing
dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah bekerjasama dan meghargai peranan
yang ada pada kaum-kaum lain.Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik
di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan
datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.

Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk
memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah
dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

BIBLIOGRAFI

14
Abdullah Zhidi Omar et al.,2014. Penghantar Pendidikan Moral. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

http://aesvy16penyiaranislam.blogspot.com/2017/01/adatresam-dan-pantang-larang-kaum-
iban.html?m=1 ( dicapai pada 28 Februari 2024)

15

Anda mungkin juga menyukai