Anda di halaman 1dari 6

041025121652

CADANGAN PENYEDIAAN PENYELIDIKAN

SEJARAH 940/4 ( 2023 )

TEMA 4 : SEJARAH TEMPAT

TAJUK : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KAMPUNG PULAU GAYA,SABAH


DARI TAHUN 1995 HINGGA TAHUN 2005

NAMA : SHAREFAH NURUL HASANAH BINTI SYED ABD SALAM

NO/KAD PENGENALAN : 041025-12-1652

NAMA KOLEJ : KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU

ANGKA GILIRAN: SE0026/1071

NO.PUSAT :

TANDATANGAN PELAJAR :

TARIKH HANTAR :

NAMA PENSYARAH : PUAN SURIATI BINTI AHMAD

TARIKH TERIMA :

TARIKH DISEMAK :

MARKAH :

1
041025121652

1.0 PENGENALAN

Pulau Gaya terletak kira-kira 10 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu, Sabah. Luasnya


1,465 hektar dan termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau-pulau yang
terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau
Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Separuh daripada pulau ini dilindungi daripada
aktiviti nelayan, pembalakan haram, carigali petroleum dan pelbagai sumber pencemaran.
Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu.
Sesiapa sahaja boleh melancong dan berkelah di pantai Pulau Gaya yang indah itu. Terdapat
pelbagai tempat tempat untuk melancong yang menarik di pulau tersebut.
Terdapat 6000 orang penduduk yang mendiami rumah air iaitu rumah kayu bertiang
dibina di tepi pantai yang cetek dan landai. Mereka terdiri daripada
etnik Bajau Ubian dan Bangsamoro yang pernah suatu ketika ialah rakyat Filipina yang
menjadi pelarian ke Sabah. Kehadiran mereka cukup dirasakan kerana dapat dilihat dari
pantai kota Kinabalu. Keadaan rumah yang tidak teratur, kurang kemudahan infrastruktur dan
kelihatan seperti kehidupan setinggan yang terbiar.
Umum mengetahui dengan nama Pulau Gaya, tetapi di pulau ini terdapat beberapa buah
kampung yang terpisah oleh budaya, ekonomi dan bangsa. Misalnya Kg Pulau Gaya, Kg
Pasir Putih, Pondo dan Lok Urai masing masing mempunyai identiti tersendiri.
Dari satu rumah ke satu rumah dihubungkan dengan papan-papan kecil nipis dan anda
pasti gayat meniti dari papan ke papan di satu kampung manakala di kampung yang lain agak
tersusun corak penempatan dengan rumah rumah yang tersusun semuanya menghadap ke
laut.
Bagi penduduk kampung pengangkutan utama ialah bot dan perahu nelayan. Mereka akan ke
Kota Kinabalu untuk membeli barang keperluan dan berkerja. Rumah air ini pernah terbakar
beberapa kali.

2
041025121652

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif;


i. Mengenal pasti latar belakang dan asal-usul Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
Mengkaji perkembangan infrastruktur di Pulau gaya dari sebelum pembentukan
Pulau Gaya sehingga tahun 2005.
ii. Hasil objektif kajian yang kedua ini ialah, perkembangan infrastruktur yang telah
berubah dari zaman ke zaman yang dilihat oleh masyarakat yang mendiami kawasan
Pulau tersebut
iii. Objektif yang ketiga pula ialah membuat penilaian terhadap perkembangan ekonomi.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci sejarah dan latar
belakang kewujudan Pulau Gaya yang telah berkembang menjadi sebuah sebuah
perkampungan dengan pelbagai infrastruktur. Selain itu, kajian ini juga dibuat bagi mengkaji
kemajuan infrastruktur yang dilihat sendiri oleh masyarakat yang mendiami Pulau tersebut
seiring berjalannya zaman. Akhir sekali, kajian ini dibuat bagi membuat penilaian terhadap
perkembangan ekonomi di Pulau Gaya.

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini terbahagi kepaa tiga bahagian iaitu tempat kajian, tempoh masa kajian dan isu
yang ingin dikaji. Tempat yang telah dikaji bagi kajian ini ialah perkampungan Pulau Gaya
yang terletak berletak berdekatan dengan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu.Bagi tempoh
kajian yang telah dipilih iaitu bermulan pada tahun 1995 sehingga tahun 2023.Perkara ini
kerana perkembangan ketara yang dapat dilihat dalam pembangunan infrastruktur di Pulau
Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

3
041025121652

5.0 SOROTAN KAJIAN

Secara umunya terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan tentang
perkembangan Pulau Gaya.Kajian maklumat berkenaan Pulau Gaya banyak terdapat di dalam
internet. Antaranya pautan yang mempunyai maklumat tentang Pulau Gaya ialah
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Gaya . Seterusnya,kajian tentang Pulau Gaya juga terdapat
dalam artikel di internet iaitu https://www.scribd.com/doc/85701100/Sejarah-Bandaraya-
Kota-Kinabalu-Kiong . Artikel ini menceritakan tetang perkembangan berkenaan sejarah
Pulau gaya dan kesan ekonomi terhadap masyarakat setempat. Selain itu, melalui pembacaan
buku-buku sejarah Pulau Gaya yang didapati melalui arkib negara dapat memberi info serba
sedikit bagi rujukan kajian.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakn kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah bagi
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah pertama yang
digunakan bagi mendapatkan maklumat ini ialah dengan mengguakan kaedah tinjauan.
Kaedah tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen dan
banyak digunakan dalam pelbagai bidang khusus.Kaedah ini dijalankan ke atas sampel dalam
sesuatu popolasi .Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi
yang ingin dikaji agar maklumat yang diperolehi melalui kajian tersebut boleh memberi
kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji.Bagi kaedah yang
kedua ialah kaedah pemgumpulan data melalui data primer. Kaedah ini ialah dengan menemu
bual beberapa orang informan di Pulau Gaya.Perkara ini bertujuan bagi mengenal pasti
sejarah kemunculan Pulau Gaya. Seramai 3 orang telah ditemu bual oleh pengkaji bagi
mendapatkan maklumat tentang Pulau Gaya. Kaedah lain yang digunakan bagi mendapatkan
maklumat tentang Pulau Gaya ialah dengan menggunakan kaedah pemerhatian.Pengkaji telah
membuat tinjauan ke Pulau Gaya pada 06 jun 2023. Pengkaji telah mengambil beberapa
keping gambar sebagai bukti rujukan bahawa pengkaji telah membuat tinjauan.

4
041025121652

7.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, penulisan esei ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
bahagian pengenalan, isi dan penutup. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan
tentang maksud perkembangan dan sejarah Pulau gaya secara umum serta metodologi kajian
yang telah digunakan untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Pada bahagian isi pula, pengkaji
akan menekankan objektif kajian. Pengkaji akan memberikan ulasan dapatan kajian tentang
sejarah perkembangan Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji juga akan memberikan
ulasan dapatan kajian mengenai perkembangan infrastruktur di Pulau Gaya, Kota Kinabalau,
Sabah. Pada bahagian penutup pula pengkaji akan menyatakan secara ringkas harapan
pengkaji mengenai dapatan kajian. Dalam bahagian ini juga, pengkaji akan merumuskan hasil
kajian yang khusus terhadap impak perkembangan dalam kalangan masyrakat yang
berdekatan dengan kawasan Pulau Gaya.

PENUTUP

Melalui hasil dapatan kajian ini, pengkaji berharap dengan adanya penghasilan karya
ilmiah ini masyarakat akan mengenali dengan lebih lanjut tentang sejarah penubuhan dan asal
usul Pulau Gaya, Sabah. Justeru itu, pengkaji juga berharap agar masyarakat dapat
mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai kewujudan Pulau Gaya, Sabah yang kini
telah tersedia dengan banyak kemudahan infrastruktur yang lebih maju dan moden. Hal ini
berdasarkan tempoh kajian serta memaparkan kesan perkembangan di Pulau Gaya,sabah.

8.0 BIBLIOGRAFI

INTERNET
https://pulaugaya.wordpress.com/pengenalan/sejarah-pendudukan-british-dan-jepun-
di-pulau-gaya/
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pulau_Gaya
https://dbkk.sabah.gov.my/index.php/en/info-dbkk/latar-belakang-dbkk/profil-dbkk
https://www.scribd.com/doc/85701100/Sejarah-Bandaraya-Kota-Kinabalu-Kiong
https://borneojournal.um.edu.my/index.php/BRJ/article/download/9792/6911/19696

5
041025121652

TEMU BUAL
Pengkaji telah menemu bual 3 orang penduduk yang menetap di Pulau Gaya. Seorang
penduduk merupakan guru Hal Ehwal Pentadbiran di sekolah Pulau Gaya manakala seorang
lahi merupakan YDP PIBG SMK Pulau Gaya dan penduduk Pulau Gaya.

Anda mungkin juga menyukai